Memberi untuk Bahagia - Derma Banjir Pantai Timur

Teks: Hifzaila Hafni
Poster: imuslim.my

#prayforpantaitimur



Memberilah untuk bahagia.

Berterima kasihlah pada yang memberi pada kita, dan doakan si pemberi. 

Cubalah memberi. Mampu sedikit, beri sedikit. Mampu banyak atau lebih, berilah semampunya. Mungkin asbab doa orang yang menerima menjadikan kita terhindar daripada bahaya dan dijauhkan musibah.

Antara intipati Motivasi Pagi IKIM yang saya sempat dengar pagi tadi.

Berkenaan fenomena banjir besar yang melanda kebanyakan negeri Pantai Timur saat ini, banyak gerakan mengumpul dana dan bahan-bahan makanan serta pakaian dijalankan untuk menyalurkan bantuan ke sana.

Bantuan - tak kiralah wang ringgit, harta benda lain atau tenaga atau juga masa, sangat bermakna pada mereka yang dalam bencana sekarang.

Melintas di newsfeed Facebook saya semalam, ada yang update status kata kita memang derma, tapi kalau setakat puluh-puluh ringgit, cukup ke nak bantu diorang kat sana? Kalau derma ribu-ribu atau lebih barulah sesuai dengan keperluan mereka di sana yang diuji dengan pelbagai dugaan - rumah tenggelam, bekalan elektrik terputus dan macam-macam lagi.

Saya mula-mula baca status tu, tersentap juga. Maklumlah saya belum lagi jadi orang kaya yang mampu nak sumbang ribu-ribu ringgit (insha Allah suatu hari nanti), saya pun dalam golongan orang yang mampu beri semampu saya sahaja.

Jadi saya terfikir juga, perlu atau tidak menderma kalau setakat sikit-sikit?

Sampailah pagi tadi, dalam Motivasi Pagi ni yang saya dengar tadi tu, penceramahnya kata 'berilah yang mampu. Kalau mampu sedikit, bagi sedikit. Kalau mampu banyak, bagilah banyak'. Jadi kurang rasa bersalah saya nak teruskan niat.

Pada saya juga, biar bagi sedikit daripada tak bagi langsung. Atau daripada bagi banyak tapi mengungkit. Atau dah la tak bagi apa-apa, doa pun tidak. Lagi teruk kalau SUDAHLAH TAK MEMBANTU LANGSUNG TAPI DIKEJI DAN DIMAKI PULA USAHA ORANG YANG NAK MEMBANTU.

Jadi, seberapa yang kita mampu, setakat mana yang boleh seikhlasnya, kita bantulah. Share berita (kalau boleh sahih) pun membantu juga dalam penyebaran maklumat. Mana tahu akan sampai kepada pihak yang berkenaan.

Banyak saluran bantuan yang mula digerakkan, kita pilihlah yang mana kita YAKIN dan PERCAYA.

Untuk melihat badan-badan NGO atau orang perseorangan atau saluran bantuan (tabung banjir) yang mengendalikan dana atau barangan keperluan untuk mangsa banjir, boleh lihat senarai di SINI.

Sama-sama kita bantu dari segi apa jua pun. Semoga banjir akan makin surut dan cuaca makin baik. Semoga Allah melindungi semua yang terlibat dan menghapuskan dosa kita semua atas musibah ini.



=================================================================

Kami di Akademi Bekerja Di Rumah juga menjalankan kutipan dana untuk membantu mangsa banjir terutamanya di Kelantan. Dan bantuan dana ini akan disalurkan oleh pengasas ABDR sendiri, Puan Masayu Ahmad, yang berada di sana.

Sesiapa yang berniat untuk menyumbang, boleh dilakukan melalui guru online saya, Puan Zaila Mohamad, yang mana keluarganya juga turut terjejas akibat banjir ini. Boleh berhubung terus dengan beliau di 012-970 6828;

atau melalui saya Hifzaila di 019-460 3094.

Terima kasih.

Ulasan Ebook: Rahsia Khidmat Pelanggan Online

Sebagai peniaga online, amat penting menjaga khidmat pelanggan supaya pelanggan berpuas hati dengan layanan dan produk yang ditawarkan. Ketahui tips dan panduan dalam menjadi peniaga online yang menjaga pelanggan dengan baik melalui ebook Rahsia Khidmat Pelanggan Online.

Ikuti komen salah seorang pembaca ebook ini.

------------------------------------------------------------------------------------------


Syukur Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah.

Ruang dan peluang yang ada sebaiknya digunakan bagi mendalami ilmu, kemahiran dan pengalaman yang bermanfaat. Moga kehidupan seterusnya dilalui dengan penuh bermakna.

E-book Rahsia Khidmat Pelanggan Online merupakan buah tangan dari penulis Pn. Masayu Ahmad selaku pengasas Akademi Bekerja di Rumah (ABDR). Saya sangat bersetuju dengan idea penulis betapa pentingnya khidmat pelanggan dalam memasarkan sesuatu produk. Bagi usahawan terutamanya online perlu bijak menawan hati pelanggan bukan disebabkan tipu helah untuk mengaut keuntungan. Akan tetapi etika yang perlu ada sebagai seorang usahawan online. Tanpa adanya pelanggan, bisnes yang dijalankan tidak mungkin berhasil.

Saya sendiri adalah pelanggan tegar online. Kebanyakan barangan saya perolehi melalui belian secara online. Walaupun melibatkan kos penghantaran, ianya tetap berbaloi. Saya boleh memilih barangan yang diperlukan secara mudah, menjimatkan masa dan tenaga serta dilakukan dalam waktu yang santai. Faktor utama saya membuat ulangan pembelian online disebabkan perkhidmatan pelanggan yang baik dan juga barang yang dipesan tiba seperti yang dimaklumkan dan berkeadaan baik. Walaubagaimana pun ada juga usahawan online yang tidak prihatin dengan khidmat pelanggan, mengambil sikap sambil lewa atas pesanan pelanggan. 

Terbitnya naskah e-book ini diharap dapat membantu para usahawan online yang baru dalam bidang ini. Seterusnya memberi input kepada usahawan sedia ada untuk ‘upgrade’ khidmat pelanggan bagi memastikan bisnes mendapat tempat di hati pelanggan. Promosi gila-gila pun tiada maknanya jika khidmat pelanggan hancur. Pelanggan akan mudah membeli sekiranya mereka berpuashati, secara tidak langsung membuka ruang dan peluang kepada pasaran yang lebih luas juga pulangan yang berganda.




Secara keseluruhannya, ia adalah sebuah perkongsian yang menarik. Ebook ini harus dimiliki oleh mereka yang ingin terus maju dalam bisnes yang dijalankan. 
sumber : http://noorazzahyusof.blogspot.com/2014/09/ulasan-e-book-rahsia-khidmat-pelanggan.html 

=======================================================

Berminat mendapatkan ebook ini?

Hubungi 019-4603094 untuk tempahan. Hanya RM30 untuk 50 pembeli terawal.


Sekatan Berbisnes di Facebook 2015: Apa Strategi Anda?

Teks: Hifzaila Hafni

Sebenarnya dah lama saya nak berkongsi maklumat ini. Tapi, tak terkarang. Yang dikarang, benda lain. Jadi, saya harap dengan perkongsian maklumat ini, bermanfaat untuk semua yang membaca.

Tahu kan Facebook akan mengambil langkah tegas dan menyekat mana-mana individu yang menggunakan akaun peribadi sebagai 'kedai'? Atau untuk tujuan pengiklanan untuk mudah faham.

Kalau belum tahu, boleh cuba Google dan dapatkan maklumat. Jika anda menjalankan bisnes online yang kebanyakannya melalui FB, anda PERLU TAHU maklumat ini. Kalau tidak, bermula 2015, sedikit sebanyak bisnes anda pasti akan mengalami masalah (bagi yang berbisnes secara hard selling).

Akaun peribadi Facebook bertujuan untuk sosial dan networking. Jadi, setelah sekian lama Facebook memberi peluang tumbuhnya ramai usahawan online, lama-kelamaan tujuan utama berFacebook sudah bertukar menjadi medan pengiklanan.

Jika anda mahu mengiklan, perlu pertimbangkan FB Ads (iklan berbayar di Facebook).

Saya takkan cerita tentang FB Ads sebab saya masih lagi belajar tentang ini. Saya hanya boleh berkongsi tentang Fanpage; yang mana juga diwujudkan oleh Facebook untuk tujuan bisnes.

Saya berpeluang menghadiri Kelas Persediaan FB (Edisi Wanita) yang dijalankan oleh Sifu Eiman dan Puan Shahirah Abdullah kira-kira 2 minggu lepas. Para peserta didedahkan cara menggunakan Fanpage (FB page) untuk mempromosi perniagaan kita dan dalam masa sama menarik minat bakal pelanggan.

Semua peserta diberi Pelan Pemasaran FB - serta strategi untuk menggunakan Fanpage sebagai salah satu marketing tool untuk memasarkan produk. Tapi, harus hati-hati status update yang berbaur terlalu 'menjual' juga mungkin akan di'sembunyi'kan atau 'disekat'. Nak tahu macamana nak tackle masalah begini, kena lah pergi kelas Sifu Eiman ye.

Google atau search Sifu Eiman di Facebook untuk menghubungi beliau.

Ok. Untuk semua jemaah ABDR yang mengambil Kelas Asas Blog & Fanpage, kami kebanyakan sudah agak biasa dengan fanpage ini (termasuk dalam modul) tapi mungkin adakala tidak begitu arif memanfaatkannya.

Saya kira, menjelang 2015 ini masa yang amat sesuai untuk semua ahli ABDR dan juga bakal ahli untuk mengaktifkan fanpage masing-masing selepas Facebook mengetatkan syarat beriklan di akaun peribadi. Saya juga galakkan anda ke kelas Sifu Eiman untuk belajar lebih lagi tentang Fanpage, sebab selain kelasnya kebanyakannya terbuka untuk wanita sahaja, bahkan beliau akan menerangkan lebih lanjut tentang strategi pemasaran menggunakan Fanpage ini. Puan Shahirah pula akan menerangkan dari segi teknikal penggunaan Fanpage untuk menarik banyak 'Likers' dan membuat analisis pelawat dan post entri.

Satu lagi kelebihan ahli ABDR, semuanya SUDAH mempunyai blog - maka kini blog merupakan antara medium yang paling selamat dan berkesan untuk melaksanakan pemasaran produk anda. Mulakan dengan update entri di blog, kemudian kongsi di Fanpage. Itu perkara asas yang diajar dalam Kelas Asas Blog anjuran ABDR.

Jadi, nampak tak penggunaan Fanpage untuk mempromosikan blog secara tak langsung mempromosikan produk anda?

Sebenarnya, Puan Masayu Ahmad (pengasas ABDR) dah memang sediakan modul blog-fanpage dalam setiap kelas sejak awal lagi. Sudah bersedia daripada awal nampaknya :D

Jadi, anda masih nak teruskan berbisnes di akaun peribadi anda? Boleh. Cuma lama-lama berkemungkinan akaun anda akan di'convert' ke akaun fanpage. Lebih teruk jika setiap post anda di'hide' daripada muncul di timeline.

Ambil langkah bijak sebelum ianya berlaku pada bisnes anda. Berbisneslah dengan bijak.

Jika ingin menyertai KELAS ASAS BLOG BISNES & FANPAGE, atau ingin jadi RAKAN NIAGA ABDR, boleh hubungi saya:

Hifzaila Hafni
Pengurus Online ABDR
SMS/Whatsapp: 019-460 3094
Emel: hifzaila.hafni@gmail.com
Fanpage: Mudahnya Buat Blog



8 Surah Bacaan Ketika Mengandung

Teks & Imej: Hifzaila Hafni

Setiap ibu yang mengandung, mesti nakkan yang terbaik untuk anak dalam kandungan. Saya juga macam tu.

Selain menjaga kesihatan diri, kesihatan rohani pun kena diambil perhatian juga. Maklumlah, apa saja yang si ibu lakukan sepanjang kehamilan boleh mempengaruhi anak bila sudah dilahirkan nanti.

Dulu masa mengandungkan anak pertama, alhamdulillah saya banyak masa mengaji Al-Quran sebab masa tu masih berdua dengan suami, dan saya jadi wahm 2 bulan sebelum bersalin. Kini, berbeza sedikit sebab dah bertiga dan saya bekerja sepenuh masa. Tapi amalan mengaji Al- Quran masih perlu dijadikan rutin walau sesibuk mana pun kita.

Antara surah-surah yang baik untuk diamalkan sepanjang mengandung, yang saya petik daripada buku Amalan Ibu Mengandung oleh Ustazah Siti Nor Bahyah adalah:

1. Surah Al Fatihah
Untuk menerangkan hati dan menguatkan ingatan anak

2. Surah Maryam
Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat

3. Surah Luqman
Untuk memperolehi anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa

4. Surah Yusuf
Untuk memperolehi anak yang cantik rupa dan cantik akhlak

5. Surah Hujurat
Untuk memperbanyak susu badan dan menjadikan anak seorang yang berhati-hati

6. Surah Yaasin
Untuk ketenangan hati dan anak tidak mudah terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat

7. Surah At Taubah
Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat

8. Surah An Nahl
Untuk melahirkan anak yang berdisiplin

Banyakkan membaca surah-surah ini di samping banyakkan berdoa juga.

Saya kadang-kadang pasang CD dalam kereta... dengar sambil ikut baca. Boleh biasakan anak dengar ayat Quran sejak dari dalam kandungan. Insha Allah.

Semoga bermanfaat. Semoga kita semua dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah.

5 Alasan yang Boleh Membantutkan Bisnes Online Anda

Teks: Hifzaila Hafni
Imej: Carian Google

"Saya tak reti la tulis blog ni, takde idea. Nak tulis apa hari-hari?"

"Macamana nak buat iklan kat Fesbuk ni, tak tau macamana nak sharing"

"Awat tak dak orang like pun post aku ni? Hang tolong la like sat"

"Blog memang aku dah ada tapi dah berhabuk bersawang dah. Malas la nak update"

"Apsal post dia ni kat Fesbuk ni ramai orang like, post aku sorang pun tak like ni?"





Biasa dengar ke tidak?

Kalau biasa dengar, atau mengalaminya, saya cuma nak kongsi SATU nasihat sahaja.

BELAJAR.

Pergi masuk kelas tak kisah la online ke offline, atau belajar dengan orang yang pandai.

Melainkan anda rajin cari maklumat di internet dan belajar bertungkus-lumus seorang diri. Tapi, kaedah ini perlu banyak masa dan perlu diingat, barang PERCUMA takkan sama dengan BERBAYAR.

Bukanlah saya nak kata yang berbayar tu confirm anda pandai, tapi pendekatan dan ilmu yang disampaikan lebih mudah difahami dan lebih telus. Trainer tu pun belajar juga untuk mengajar anda. Dan kita MAHU ilmunya, kena lah melabur sikit.

Bukan apa, bila kita kena keluarkan duit untuk sesuatu, kita selalunya akan lebih MENGHARGAI.

Tapi, kalau anda boleh buat kesemua itu, dengan harapan hasilnya sama macam orang yang dah berjaya buat; anda boleh teruskan hingga beberapa tahun. Terpulanglah.

Jika tidak, mulakanlah selidik kelas-kelas yang menawarkan teknik pemasaran online, belajar memasarkan produk melalui media sosial (dengan cara yang betul) dan luaskan sasaran pelanggan anda.

Sudah ketinggalan kalau nak guna cara tradisional. Melainkan digabungkan dengan teknologi dan media sosial yang ada.

Sehari anda ketinggalan, 100 orang dah mendahului anda.

2015, tahun yang mana Facebook dan Instagram akan mengetatkan syarat pengiklanan produk. Jadi bersiap siagalah ya.

Jadi...

- masih nak biar blog bersawang?
- masih tak mahu belajar cara nak idea menulis datang?
- masih tak mahu mula ada blog untuk iklan produk?

Selamat tinggal lah jawabnya.

Tapi, kalau nak dan SERIUS MAHU BERUBAH , saya boleh tunjukkan cara. Yang pasti, ianya datang bersama KOS yang berbaloi.

Hubungi saya untuk menempah blog bisnes anda; atau untuk daftar kelas asas blog (online / offline):

Hifzaila Hafni
PM/Whatsapp: 019-460 3094
Emel: hifzaila.hafni@gmail.com



Positif dengan Allah

Teks: Hifzaila Hafni


Kadangkala rasa perlu bertapa sekejap dalam 'gua'.

Muhasabah diri bila rasa ada saja yang tak kena.

Ber'gua' dan fikir adakah selama ini kita melakukan sesuatu pada landasan yang betul atau tidak.

Kita putuskan untuk melakukan sesuatu itu disebabkan apa.

Betullah...

Minyak zaitun diperah kuat untuk mendapat minyak zaitun yang bernilai,
bunga diperah untuk dijadikan pewangi,
manusia diperah dan ditekan untuk mengeluarkan apa yang terbaik daripada dalam dirinya; bukan Allah saja-saja nak menguji.




Salam Jumaat.

Semoga Allah memberkati kita semua dalam apa juga yang kita lakukan.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya, dan Allah mahu kita berfikir.


Ulasan Kelas Asas Blog & Penulisan oleh Puan Noraini Dollah


Teks: Puan Noraini Dollah 


Ulasan Kelas Asas Blog & Penulisan ABDR

Saya mula melibatkan diri dalam bisnes secara online pada tahun 2011. Sebelum itu pada tahun 2008-2009 saya ada membuka kedai menjual pakaian dan mengambil tempahan jahitan serta membuat kursus belajar menjahit. Kedai ini diusahakan bersama sahabat saya tetapi terpaksa ditutup kerana masalah pekerja dan kami masing-masing ada komitmen baru. Jadi selepas bersalin suami meminta saya menjaga sendiri anak di rumah. Bermula dari situ saya mula mencari peluang bisnes dari rumah.

Saya menyertai bisnes secara dropship tanpa modal di internet. Produk dropship agak bagus malangnya saya tidak pandai bahagian pemasaran. Kemudian saya pergi ke kursus belajar FB ads untuk beriklan di facebook. Setelah faham cara beriklan di facebook, saya ditemukan dengan sahabat saya yang belajar di USM dahulu yang telah menjadi pemborong barangan kanak-kanak. Apalagi saya terus menjadi agennya dan berbekal ilmu FB ads saya berjaya mendapat untung bersih mencecah 4 angka, dan kini saya menjadi pemborong pula. Tetapi sejak akhir-akhir ini FB semakin mengetatkan polisi iklan dan kos iklan di facebook semakin mahal.

Kemudian saya ditemukan dengan kak Masayu Ahmad yang sering bercerita tentang Akademi Belajar Dari Rumah di facebooknya. Saya berasa begitu tertarik dengan konsep ini lantas terus berdaftar kursus asas blog dan penulisan dengan beliau. Saya diwajibkan melengkapkan 44 entri sebagai tugasan utama tetapi selepas beberapa entri saya hilang fokus dan blog ini terbiar.

Tetapi apa yang mengejutkan saya apabila saya dihubungi ramai ibubapa yang menemukan blog saya dan ingin membeli set membaca daripada saya selepas saya bercerita di blog tentang ajar anak membaca. Ini benar-benar membuka dimensi baru buat saya. Rupanya pemasaran melalui blog sangat besar kesannya dan lebih diyakini. Tetapi jika buat blog sendiri secara individu tentu kesannya tidak sebaik berblog melalui Akademi Bekerja Dari Rumah ini. Sebabnya sebelum ini juga saya ada blog sendiri untuk jualan tetapi tiada pengunjung. 

Namun dengan menyertai Akademi ini, saya mendapat jaringan bisnes yang luas dan capaian blog saya lebih tinggi kerana ada lebih 600 blog yang bergabung dan saling membantu sesama ahli akademi untuk menaikkan blog kita di google. Dengan ini kita akan mendapat lebih ramai pelawat dan tentu sekali lebih ramai pelanggan! Nasihat saya, jika ingin berbisnes online jom bergabung dengan kami di Akademi Bekerja Dari Rumah.

=============================================================

Berikut pula komen Puan Noraini tentang kekuatan berblog bersama ABDR.




Jemput ke blog beliau: http://norainidollah.blogspot.com



Ingin menjadi sebahagian daripada jemaah ABDR?

Hubungi 019-460 3094 untuk mendaftar Kelas Asas Blog atau ingin menjadi Rakan Niaga.


Merawat Batuk dan Selsema Anak Di bawah Umur 2 Tahun

Teks: Hifzaila Hafni
Imej: Pa&Ma

Seminggu lepas, Fuaad batuk berkahak. Bila musim hujan-panas macam ni, memang cepat sangat dia kena selsema-batuk macam ni. Hingus pun asyik meleleh je. Masa tidur malam la paling kesian, dengar dia batuk kong-kong macam tu.

Selalunya tindakan pertama kami bila dia batuk berkahak (tapi badan tak panas), kami akan bagi madu. Sebab madu selalunya berkesan untuk dia. Sampaikan pernah bagi beberapa hari berturut, agaknya kuantiti agak banyak, pernah jadi panas pulak badan dia. Sejak tu kami kurangkan kuantiti madu tu dan kadangkala saya bancuh dulu dengan air bagi dia minum.

Setakat ni, alhamdulillah. Tapi ambil masa dalam 4-5 hari juga lah. Selang seli juga diberi Nutriferon Shaklee untuk tingkatkan sistem imun.


Sebenarnya, sebelum ni Fuaad dah banyak telan ubat pun. Sampai saya rasa badan dia dah penuh ubat :( Lebih malang, ubat tu tak berkesan pun. Saya tak tahu sama ada ubat tu tak serasi dengan dia atau apa. Sejak tu lah, kami cuba rawatan alternatif dan home remedies. Dan sebenarnya, untuk anak di bawah 2 tahun, memang tak boleh dibagi ubat sebarangan tanpa arahan doktor. Tapi kadang-kadang doktor yang bagi ubat macam... hmm. Ibubapa pun kena ada ilmu juga ye. Ambil tahu apa ubat yang doktor bagi. Dan ikut sukatan yang betul. Anak 2 tahun ke bawah sebenarnya ada cara lain untuk merawat sebarang masalah kesihatan selain ubat, melainkan dalam kes-kes yang betul serius atau kecemasan.


Pagi tadi, terbaca artikel oleh The Malaysian Medical Gazette berkenaan Bahaya Ubat Batuk dan Selsema Pada Kanak-kanak.

Antara saranan yang diberikan oleh Mr Mark Cheong (ahli farmasi yang menulis artikel ini) jika anak di bawah 2 tahun mengalami batuk dan selsema adalah:

1. Menggunakan 'mist humidifier' untuk legakan hidung tersumbat dan mudahkan pernafasan
2. Titiskan cecair saline atau semburan saline untuk kekalkan kelembapan rongga hidung dan elak hidung tersumbat
3. Bagi kanak-kanak berusia kurang 1 tahun, hidung yang tersumbat boleh disedut menggunakan picagari 'bulb' berserta atau tanpa titisan saline

Untuk kanak-kanak yang lebih 2 tahun:

1. Ikut arahan pada label ubat semasa beri pada anak
2. Jangan beri melebihi dos yang ditetapkan walaupun tidak nampak perubahan positif (perubahan mengambil masa)
3. Sukatan dilakukan dengan menggunakan sudu penyukat atau picagari untuk lebih tepat. Elak guna sukatan sudu kecil atau sudu besar
4. Elak menggabungkan ubat batuk/selsema yang berlainan tanpa arahan doktor atau ahli farmasi

Jadi, hati-hati ketika menangani anak yang batuk dan selsema. Jangan senang-senang bagi ubat. Dan jangan pula senang-senang bagi home remedies yang kadangkala kurang sesuai. Madu, contohnya, tidak sesuai untuk kanak-kanak kurang 1 tahun, apatah lagi kurang 6 bulan.

Kalau masalah anak berterusan, cepat-cepat jumpa doktor untuk mengelakkan masalah lebih serius. Semoga Allah melindungi anak-anak kita.

===================================================



Mahu Saya Buatkan Blog untuk Anda?

Teks: Hifzaila Hafni

Blog memang salah satu medium efektif dan 'tool' yang perlu ada bagi setiap individu yang ingin berbisnes online.

Kenapa?

Daripada blog, anda dapat menerangkan produk atau servis anda dengan lebih lanjut, dan bakal pelanggan mudah mencari maklumat tentang produk atau diri anda kerana kini segalanya boleh didapati dengan melayari internet. Dan di blog juga, anda tidak tertakluk kepada syarat-syarat seperti yang dikenakan oleh Facebook, yang mana mulai 2015, pemasaran secara 'hard selling' di Facebook akan disekat. Yang dimaksudkan adalah Facebook personal ya. Untuk tujuan bisnes, boleh manfaatkan penggunaan Fanpage atau FB Ads.

Tapi sebilangan orang yang berbisnes ini, bukan tak mahu buat blog, tapi mungkin kurang arif, kurang faham atau tiada masa untuk buat.

Jadi, disebabkan itu, kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) ada menawarkan perkhidmatan TEMPAHAN BLOG BISNES bagi mereka yang mahu mulakan blog bisnes sendiri.

Blog yang dibangunkan akan lengkap dengan widget yang perlu ada sebagai sebuah blog bisnes. Juga akan disediakan Fanpage dan pautan.

Memang sesiapa saja boleh bina blog sendiri, tapi kelebihan bila blog ini dihasilkan melalui servis ini, secara automatik anda akan berada dalam jemaah ABDR, yang mana rangkaian kami menjangkau hampir 1000 blog ketika ini. Blog anda juga akan dipautkan kepada semua ahli maka potensi bisnes anda akan lebih berkembang.

Dengan bayaran serendah RM200 bagi setiap tempahan blog, anda akan dapat blog bisnes anda sendiri, email dan fanpage bisnes anda. Anda juga layak meletakkan tapak iklan di SOHO Directory dengan tambahan bayaran RM50 untuk ruang iklan selama 6 bulan.

Masa yang diambil untuk setiap tempahan siap adalah 3-5 hari sahaja.

Contoh tempahan blog bisnes yang telah siap adalah bisnes Gula Kapas: http://gulakapasshariz.blogspot.com

Luaskan potensi bisnes anda melalui blog. Dan sertai ABDR. Anda bukan sahaja dapat blog sendiri tetapi juga dapat berkenalan dengan para usahawan yang berkaitan dengan bisnes anda sekaligus mengembangkan bisnes anda.









Anak di Taska, Anak di Rumah

Seperti biasa pagi ini, hantar Fuaad ke taska. Cuti sekolah begini, taska sedikit sunyi sebab kawan-kawannya yang sekolah kebanyakannya tak datang. Yang tinggal kawan-kawannya sebaya dengan dia.

Sejak dah menginjak 2 tahun, alhamdulillah nampak perkembangannya ok di taska. Pandai berkawan kadang-kadang sampai terlebih ramah. Banyak bercakap. Dan sekarang dah pandai nak mainan yang sama dengan apa yang kawan ada. Sebelum ni saya tak tahu yang dia selalu ambil mainan kawan tapi kata dia punya, sampailah satu hari saya terpaksa menumpang di taska tunggu suami jemput. Baru saya tahu selama ni macamana dia di taska. Nasib baiklah kawan dia yang diambil mainan tu tak bergaduh tapi kesian la kawan tu.

Betapa tak prihatin saya dengan perkembangan anak. Saya tak sedar yang anak saya dah besar. Dah pandai. Dah cerdik.

Alhamdulillah kat taska tu cikgu-cikgunya memahami kerenah dia. Daripada kecil, banyak perubahan dia sepanjang dia di taska tu. Ada baik dan buruk tetapi saya memandang banyak yang baik dan atas sebab itu saya tak sanggup tukar taska walaupun berpindah jauh. Dan baru saya faham kenapa ada kawan-kawan saya dahulu bertindak begini juga. Rela hantar ke tempat yang anak kita serasi walaupun jauh dari rumah, asalkan segalanya dijaga dengan baik. Faham sahajalah taska zaman sekarang. Dan baru-baru ni, ternampak di wall FB tentang upah mengasuh bayi boleh mencecah RM550 seorang!

Mahal sungguh bagi saya.

Tapi saya tak tahu taskanya bagaimana. Apa khidmat yang ditawarkan. Cuma bayangkan kalau dah dua anak, dah hampir mencecah RM1000 sebulan.

Atas faktor inilah juga, saya bersedia daripada sekarang untuk menjaga anak saya sendiri di rumah. Atau anak hanya dihantar separuh hari sahaja sebab saya masih bekerja tetapi di rumah. Atas alasan itu juga, saya perlu bekerja keras untuk memastikan impian saya untuk lebih masa di rumah tercapai.

Taska atau playschool masih perlu, untuk anak belajar bersosial dan belajar. Tetapi bukan untuk diserah bulat-bulat tanggungjawab. Saya dan suami tetap berperanan besar membesarkan anak sebab itu AMANAH.

Sama ada kita bekerja di pejabat atau di rumah, yang penting tanggungjawab kepada keluarga dan anak tidak terabai. Kedua-duanya memerlukan pengurusan masa dan tenaga yang baik. Kedua-duanya juga ada pro dan kontra. Bukanlah ibu bekerjaya lebih baik daripada ibu bekerja di rumah atau sebaliknya, kedua-duanya berperanan sama. Hormati satu sama lain.

Cuma jika ingin bekerja di rumah, saya boleh bantu tunjukkan cara. Zaman online, segalanya mungkin. Antara hendak atau tidak sahaja.

Ketahui cara menjana pendapatan di rumah, hubungi:

Hifzaila
019 460 3094