Penyakit Tangan, Kuku dan Mulut (HFMD)

Teks: Hifzaila Hafni
Sumber: babycenter.com
Imej: Carian Google

Tadi, ternampak status FB kawan pasal anaknya kena HFMD (Hand, Foot and Mouth Disease) atau dalam Bahasa Malaysianya Penyakit Tangan, Kuku dan Mulut. 

Dalam banyak-banyak komen tu, saya paling ingat komen kawan saya yang doktor syak anaknya kena HFMD masa pegi ke Taman Haiwan. 

Oh saya tak tahu HFMD boleh dapat dari situ. Sebelum ni saya anggap HFMD selalu dapat dari taska. Maklum la ramai budak kat taska... kita pun tak sedar bila penyakit tu berjangkit. Dan kawan saya kata lagi, shopping mall pun ada kemungkinan juga kalau ada budak yang memang dijangkiti turut berada dalam kawasan yang sama. Jadi, kena elak tempat-tempat yang terlalu sesak dan ramai orang.

Apakah HFMD?

Adalah penyakit yang disebabkan oleh salah satu kumpulan virus coxsackie. Anak akan mengalami lepuh pada kaki, tangan dan dalam mulut (seperti namanya).

Mengenali simptom HFMD

1. Anak kelihatan kurang sihat
2. Muncul lepuh pada kaki, tangan dan mulut
3. Sakit tekak
4. Demam ringan (mild fever)

Lepuh yang amat sakit mungkin membuatkan anak tak mahu menyusu dan makan minum.

Cara tangani anak yang HFMD

1. Memberinya paracetamol suspension (atas arahan doktor)
2. Menyapu teething gel untuk kurangkan sakit anak
3. Untuk mengelakkan dehidrasi, kerap tawarkan susu badan atau formula, air atau jus yang dicairkan. Untuk anak yang lebih besar, boleh beri ice lolly untuk kurangkan rasa sakit



HFMD akan mengambil masa antara 7 hingga 14 hari untuk surut. Waktu ini, anak memang memerlukan perhatian dan ibu akan penat. Tapi, macam tu lah pengorbanan ibu. Perlu banyak bersabar.

Jadi, kalau ibu-ibu perhatikan anak ada simptom-simptom di atas, atau suhu badan tinggi (lebih 39 C) serta muncul ruam yang kita tak pasti pada anak, cepat-cepat ke klinik ya. 

Semoga anak kawan saya cepat sembuh. Sama-sama kita doakan.



Belajar Buat Blog Langkah Demi Langkah

Walaupun ramai yang pandai buat blog, tapi ada segelintirnya tak sedar yang dia boleh memaksimumkan penghasilan blognya itu. Berbeza pendekatan blog penulisan dengan blog bisnes.

Kebanyakannya memang sudah ada blog, tapi tinggal separuh jalan. Sama ada tak tahu atau tak mahu teruskan. Atau tak kuasa nak teroka apa yang perlu buat untuk lengkapkan blog macam blog-blog orang lain yang cantik, user friendly dan trafik tinggi.

Ok, dah buat blog, dah siap. Macamana nak tarik orang datang ke blog kita hari-hari? Itu pun kena belajar juga. Tak kisah lah belajar dengan membaca atau bertanya kepada yang lebih berpengalaman. Nak dapat ilmu, kena rajin. Dan ada sesetengahnya perlukan pengorbanan dan pelaburan.

Tiada yang PERCUMA dalam dunia ini.

Kalau sesiapa berminat dan free hujung minggu ini, cikgu blog saya anjurkan kelas belajar buat blog di kediaman beliau. Nota dan minuman beliau sediakan. Tapi untuk muslimah yang serius nak belajar sahaja lah ya. Sambil tu ada juga slot belajar buat roti kalau nak turut serta. Dengar-dengar demonstrasi Tupperware pun ada. Kelas ambil masa 3 jam sahaja. Maksimum 3 orang per slot. Habis belajar dan bina networking dalam sehari (sebenarnya 3 jam sahaja).

Boleh hubungi saya untuk tempah slot. Moh daftar sekarang!

Rancang Menu Seminggu

Teks: Hifzaila Hafni
Imej: Carian Google

Hari-hari nak memasak, memang buntu dan keputusan idea dibuatnya. Kadang-kadang tak lalu nak makan masakan sendiri (masa berbadan dua ni selalu ada perasaan macam ni). Yang orang masak, atau makan kat rumah orang memang sedap bertambah-tambah. Hehe.

Walaupun macam tu, mujur juga suami saya jenis yang suka bagi idea. Dia cakap apa yang dia nak makan. Jadi tak adalah saya pening kepala nak fikir menu. Kalau dia yang masak, jangan tanya menu apa. Janji boleh dimakan. Apapun I totap love you forever lah.

Bulan depan, niat nak siapkan menu seminggu terus. Mudah nak rancang dan beli barang. Yang pasti memang menu mudah sahaja dan cepat nak masak.

Sebenarnya, antara tips nak jimat masa dan cepat masak ketika hari bekerja adalah dengan siapkan semua bahan-bahan di hujung minggu. Jadi, lepas balik rumah tinggal nak masak nasi dan terus masak. Cepat makan dan tak penat.

Dan lebih mudah kalau kita dah siapkan menu sepanjang minggu. Balik terus campak-campak masak saja.

Sekarang ni, siap boleh download aplikasi menu planner lagi ke handphone. Jadi, hari Sabtu ke Ahad dah boleh rancang siap-siap nak makan apa.

Saya guna aplikasi Food Planner dan Pepperplate. Baru je install. Minggu depan kita tengok efisien ke tidak ye.





Sebenarnya, nak masak atau tidak, terpulang kemampuan masing-masing. Cuma bila masak di rumah, kita dapat jimat banyak masa dan duit. Dan kita boleh kawal apa yang masuk dalam perut kita. Tambah lagi saya yang GDM ni, kena perhati pemakanan sikit. Bukan perlu nak masak yang rumit dan banyak jenis, asalkan cukup 1-2 lauk (protein dan sayur) dan mungkin sambal. Hujung minggu boleh la masak special sikit kan.

Makan kat luar pun bukan murah sekarang. Bagi saya, sekali sekala ok. Tapi kalau selalu, agak parah juga. Jadi terpaksa menguatkan diri masak yang termampu. Itulah antara push factor saya gagahkan diri masak walaupun ada masa memang penat sangat rasanya. Sebab tu jugak lah saya ambik makanan tambahan Shaklee (iklan sikit). Kalau tak, memang saya dah melepek balik rumah, rasa nak baring saja.

Nanti saya kongsi menu seminggu saya. Kejap nak google resipi dulu dan rancang untuk seminggu terus! Insya Allah.

Pek nasi arab pun senang nak masak. Kalau nak cuba, boleh contact 019-4603094 ye. Nasi mandy, kabsah atau maqluba siap tak sampai sejam :)



Coaching Kelas Blog

Teks & Imej: Hifzaila Hafni

Coaching kelas blog khas untuk mereka yang:

》 tiada masa untuk kelas blog online
》 ingin siapkan blog bisnes dengan pantas dan secepat yang mungkin
》 ingin lengkapkan dan sempurnakan blog sedia ada
》 mahu luaskan jaringan bisnes melalui Instagram & beriklan di Mudah.my

Kelas akan dijalankan secara offline (face to face) oleh pengajar dalam masa 3 jam sahaja.

Maklumat tentang kelas:

Hari: Sabtu atau Ahad
Tarikh: 22 atau 23 November 2014
Jam: 2 hingga 5 petang
Tempat: Kota Kemuning, Shah Alam
Pengajar: Puan Zaila Mohamad (Guru Online ABDR) - zailamohamad.com

Maksimum 3 orang untuk setiap slot. Nota dan minuman disediakan.

Yuran RM250
Belajar blog, fanpage, Instagram dan Mudah.my

Yuran RM200
Belajar blog dan fanpage sahaja

Untuk menempah slot, hubungi:
Hifzaila Hafni
019.460.3094

Sudah Dua!

Teks & Foto: Hifzaila Hafni


14.11.14

Daripada hidup berdua, kini dah jadi bertiga.

Daripada prinsip hidup semua perlu sempurna, kini dah jadi prinsip tutup sebelah mata.

Daripada hidup penuh masa terluang untuk diri sendiri dan suami, kini dah jadi tunggang-langgang (kadangkala).

Daripada baca Nur dan Dara, kini dah tukar kepada Pa&Ma.

Daripada tengok drama Korea, kini kalau boleh tengok berita pun dah cukup bahagia.


Begitulah bagaimana hidup saya berubah sejak kehadiran Fuaad. Dengan pantas anak bertuah ini membesar dan pelbagai cabaran dan pengalaman yang ummi abah dia belajar.

Kami belajar sabar. Belajar menerima dugaan. Belajar meresap tekanan. Belajar mengawal emosi.

Dan belajar meningkatkan taraf hidup dan ekonomi keluarga.


2 tahun, cepat sahaja. Daripada hanya susu ke nasi ayam. Daripada meniarap ke berlari. Daripada senyum-senyum ke menyanyi.

Alhamdulillah.

Ummi abah takkan sentiasa dengan kamu, tapi Allah akan.


Selamat Hari Lahir anakanda.


Menurunkan Panas Badan Anak

Teks: Hifzaila Hafni


Hari ini, alhamdulillah Fuaad dah beransur sihat. Panas di bahagian kepala dan leher dah berkurang, tinggal batuk sahaja lagi, itu pun hanya di waktu malam. Kesian terganggu tidur dia.

Hasil pengorbanan suami saya EL dan menjelum kepala Fuaad selang beberapa jam, agaknya antara faktor yang membantu dia makin pulih. Saya hanya mampu EL sehari sahaja (ini bab semua ibu bekerjaya tak suka) dan Sabtu pula terpaksa tinggalkan dia dengan abahnya sebab saya ada training Shaklee yang dah lama saya nak pegi. Berat hati juga tapi saya anggap itu salah satu pengorbanan untuk membaiki kehidupan kami sekeluarga di masa depan.

Bila anak kurang sihat, memang akan meragam. Macam Fuaad, benda kecik pun dia cepat naik marah. Ada masa tak nak kawan pun dengan saya, semua nak abah. Nak abah dukung, nak abah suap makan, nak abah suap minum. Sepanjang 2-3 hari dia tak bermaya, susah betul nak dengar suara. Tanya apa pun, geleng kepala saja atau cakap 'nanak'. Basikal dan kereta mainan dia pun tak berusik. Dia hanya baring dan tengok Pocoyo.

Cara menurunkan panas badan anak:

1. Cuba bagi air cap kaki tiga (air badak). Tapi tak bagi direct, dicampur dalam air masak dia. Itu pun hanya sukatan kecil sahaja (3 penutup untuk 300 ml air).

2. Jelum kepala dengan air asam jawa. Malam sewaktu tidur, letak tuala rendam air asam jawa tu atas dahi dia.

3. Masak sup dengan banyak bawang putih. Sup sayur sebenarnya tapi dilebihkan bawang putih. Alhamdulillah Fuaad makan banyak. Minum sup pun ok, asalkan ada cecair yang masuk dalam badan selain minum air masak.

4. Pakaikan stokin semasa tidur malam. Takut malam dia kesejukan sangat pulak. Kipas kuat, hujan pulak musim sekarang.

5. Bagi apa sahaja yang anak teringin nak makan - asalkan dia makan. Fuaad hari tu dibagi karipap (favourite), nata de coco, biskut.

6. Standby ubat demam / ubat punggung - takut suhu badan anak naik mendadak. Sekurang-kurangnya dapat bertahan sebelum tindakan selanjutnya (bawak ke hospital).

7. Sentiasa periksa suhu badan anak dengan termometer. Suhu badan normal antara 36-37.2 C. Lebih daripada 37.2 C (demam sedikit) dan mencecah 38 C, perlu rujuk anak ke hospital. Suhu yang terlalu tinggi boleh pengaruhi otak. Jadi ambil perhatian terutamanya bagi anak yang di bawah 2 tahun.



8. Lap badan / mandikan anak dengan air yang suam-suam kuku (jangan terlalu sejuk). Saya tak basahkan kepala (ikut petua orang tua). Selalu lapkan badan pun boleh bagi turun suhu.

9. Pakaikan anak dengan pakaian yang jarang atau lubang-lubang dan longgar. Biar anak selesa. Kami siap berkampung di ruang tamu sebab pengudaraan lebih baik. Siap ada tambahan kipas, untuk elak anak rasa panas.

10. Jangan marah atau paksa anak makan atau minum. Tapi ubat memang kena paksa sikit, kalau tak memang dia takkan makan. Masa ni, anak memang akan crancky, dan cuba offer makanan lain. Atau selang setengah jam, offer semula (untuk minum air). Makanan pula, boleh cuba yang lembut dan berkuah seperti bubur dan sup. Fuaad nak makan nasi dengan sup dan telur hancur. Semalam dah sihat sihat sikit, makan juga nasi dengan ayam paprik. Alhamdulillah.

Bila panas dah berkurang, kini tinggal batuk dan bersin sikit, saya bagi dia Nutriferon Shaklee. Untuk bagi kuat imun. Seminggu sekali sahaja. Suku sachet je untuk kanak-kanak.

Alhamdulillah, dia memang minum Nutriferon ni, tak banyak songeh sebab rasa macam teh bunga.

Semoga anak-anak kita sihat selalu dan dihindarkan daripada penyakit-penyakit yang berbahaya.

=========================================================================

Berminat memulakan blog; atau ingin menjana pendapatan secara online?

Maklumat lanjut, hubungi:

Hifzaila Hafni
019-4603094


10 Tips Mudah Masak untuk Suri Bekerjaya

Teks: Hifzaila Hafni
Imej: freeimages.com

Untuk memasak di rumah setiap hari, bagi ibu bekerjaya, memang mencabar. Tapi bila difikirkan pahala yang dapat dan kos yang dapat dijimatkan jika makan di rumah, sekurang-kurangnya boleh dijadikan motivasi untuk terus memasak walau pun penat.

Tak perlu masak menu yang rumit, lebih mudah masak menu ringkas kegemaran keluarga dan cepat disediakan. Tapi hujung minggu mungkin boleh masak yang istimewa sikit ye.

Tapi situasi saya mungkin tak sama dengan ibu bekerjaya lain ya, terpulang kemampuan masing-masing. Keluarga saya mungkin ok dengan menu ringkas macam ayam atau ikan goreng garam kunyit dengan kuah pindang tapi saya tak tahu dengan keluarga lain. Tapi dengan lambakan resipi di majalah dan di internet, saya kira tak terlalu susah nak mencari resipi ringkas dan mudah yang lain (saya pun selalu macam ni bila dah bosan dengan ikan goreng dan pindang hehe).

Antara tips yang boleh diamalkan untuk memudahkan proses memasak di minggu bekerja:

1. Protein seperti ayam, ikan dan daging boleh dicuci bersih dan dipotong siap-siap serta disimpan mengikut saiz hidangan keluarga masing-masing. Saya simpan dalam beberapa bahagian ke dalam plastik. Jadi bila nak masak, ambil 1 plastik yang berkenaan sahaja. Bahan mentah begini tak boleh dinyah beku dan dibeku semula sebab boleh menggalakkan pertumbuhan bakteria. Jadi, bahagikan siap-siap mengikut keperluan.

2. Protein tadi boleh diperap dengan garam kunyit terus. Senang nak masak nanti. Tapi mungkin ada bahagian yang tak diperap... kalau kita nak masak sup ke gulai ke.



3. Cili kisar siap-siap dengan bawang besar dan bawang putih. Untuk peminat sambal tumis - boleh buat ni, cepat siap sambal. Saya selalu nak buat ni tapi asyik tak kesampaian. Bukan apa, cili giling peket tu tak sesedap yang kita buat sendiri. Cuma bertahan je dengan cili giling peket sebab nak juga makan sambal tumis.



4. Sayur -sayuran berdaun hijau. Boleh cuci bersih dan asingkan daun dan batang dan simpan dalam peti ais. Mudah sangat nak masak. Dan sayur lebih tahan lama. Kalau bayam, lagi mudah sebab batangnya lembut, saya patahkan aje batang dengan daun, simpan dalam bekas atau plastik. Kalau sawi atau kangkung pun boleh. Asingkan batangnya.



5. Sayur-sayuran kacang seperti buncis, kacang panjang dan bendi. Memadai cuci bersih dan simpan. Jangan dipotong dahulu sebab nanti lebam. Pengalaman sayalah. Kalau sesiapa ada cara nak simpan sayur kacang yang dah dipotong tanpa lebam (atau hitam-hitam), kongsi la dengan saya ye. Nak masak cepat, potong dengan gunting je.

6. Sayur-sayuran keras seperti lobak merah boleh dipotong siap-siap dan disimpan (potongan jejari, bulat atau half moon). Kobis bunga dan brokoli boleh diceraikan floretnya. Nak masak, boleh terus ambil sahaja.



7. Cendawan tiram adalah salah satu bahan yang mudah masak dan boleh dimasukkan dalam pelbagai hidangan. Selain rasanya yang tersendiri. Selalu ada di dapur saya.

8. Sediakan satu hidangan yang ada protein dan sayuran seperti sup, tomyam, paprik atau stew. Sekali masak je.

9. Boleh cuba makanan barat atau cina. Lazimnya menu begini ringkas dan mudah. Boleh cuba pasta atau kacau goreng (selalunya menu sayur cara cina guna kaedah begini). Bahan yang guna pun tak banyak.



10. Masak hidangan segera. Bukan makanan segera ya. Maksud saya macam pek sejuk beku atau yang mudah masak seperti perencah tomyam, nasi goreng, asam pedas atau nasi arab (saya jual pek nasi arab segera - iklan jap hehe). Sekejap saja masa yang diambil untuk sediakan. Tapi kalau berkemampuan  sediakan perencah sendiri, lebih baik.

Saya pun ada masanya tapau juga, tapi tidaklah selalu. Selain dapat kurangkan kos, lebih puas hati masak sendiri untuk keluarga biar pun makanan yang simple sahaja. Kadang-kadang bila menu ikan goreng tu lah yang makan bertambah!






Untuk mendapatkan pek nasi arab segera Al Bayt, boleh lihat di sini:

atau hubungi 019 460 3094.


Kisah Tonsil, Jangkitan dan Batuk

Teks & Foto: Hifzaila Hafni

Bermula kembali episod anak kurang sihat. Bila badan anak panas, suhu naik, memang ibu bapa patut risau dan jangan dibiarkan. Sangat berbahaya lebih-lebih lagi jika anak di bawah 2 tahun.

Sebab tu setiap rumah kena ada termometer. Kat rumah kami pun ada tapi termometer tu kini dah jadi 'mikrofon'. Alahai anak.

Hujung minggu lepas, Fuaad mula batuk-batuk. Dan kebiasaannya, kami bagi dia Nutriferon. Bancuh suku sachet dalam air masak, bagi dia minum. Insya Allah minum konsisten 4-5 hari, akan kurang batuk dan selsema (kalau masa tu diiringi selsema juga). Kali ni pun, bagi juga tapi agaknya selang-selang maka tak kurang batuknya :(

Selain tu, saya cuba juga bagi air madu (setengah sudu teh madu + setengah gelas air) dan sapu dada dan tapak kaki Fuaad dengan minyak bawang putih (2 ulas bawang putih bakar yang dihancurkan + 2 sudu besar minyak kelapa dara). Malam nak tidur, saya pakaikan stokin.

Tapi nampaknya kurang berkesan. Bangun pagi, satu badan Fuaad panas. Terus ke klinik. Mujur ada klinik 24 jam yang dekat dan boleh diharap, doktor ambik suhu 37.7 C. Terus doktor masukkan ubat punggung. Yang saya tahu, ubat punggung selalu digunakan untuk turunkan suhu badan anak dengan cepat. Dan bila doktor check tekak, ada bengkak tonsil sikit.

Memang suami saya dah agak (saya memang selalu blur) yang mungkin tonsil Fuaad bengkak ni. Sebab tu dia kurang selera makan dan minum. Dan asyik merengek je. Tambah-tambah lagi kalau dengan saya. Ada je yang dia membangkang...huhu.

Doktor bagi ubat batuk, ubat demam dan ubat punggung. Agaknya infection kat tekak dia disebabkan virus. Jadi jangan mintak antibiotik pula bila doktor tak bagi sebab tak kena fungsinya. Dan sebolehnya elakkan selalu bagi antibiotik pada anak melainkan keadaan terpaksa (bila keadaan makin teruk). Dan usahakan bagi anak minum banyak air dan turunkan suhu badan dengan basahkan dahi dan kepala sekerap mungkin. Letakkan tuala basah kat dahi. Lapkan badan dia bagi suhu turun.

Ubat batuk - dia langsung tak boleh telan. Terasa kat lidah je, terus muntah. Kalau la ada lolipop melegakan batuk untuk kanak-kanak, lolipop madu ke... senang dia nak kemam-kemam. Kalau sirap batuk macam tu... mintak maaflah.

Hmm. Pagi ni, kepala dan leher je yang panas. Bawah badan hingga ke kaki, normal. Jadi, kami buat hipotesis (ok budak Sains haha) yang mungkin Fuaad salah urat. Biasa salah urat pada budak, bahagian pinggang ke atas - panas, bahagian pinggang ke bawah - sejuk. Dan demam / panasnya on dan off. Fuaad dah pernah beberapa kali jadi macam ni, maklumlah budak lasak main sana sini, tidur pun lasak. Agaknya ada la tu terseliuh ke tergeliat kat mana-mana. Dan tambah lagi tonsil bengkak - memang melepek dia jadinya.

Maka suami saya bawak dia balik ke umah Wan dia, sebab tukang urut yang kami selalu bawak dia duduk dekat sana. Saya tak mengikut sebab ada check up di klinik kesihatan. Sedih je tengok dia terbaring kena urut - mesti nangis. Tapi alhamdulillah suami kata dia makin ok. Makan pun ada selera sikit.

Fuaad memang ada banyak sejarah sakit tekak - jangkitan bakteria, jangkitan virus, Croup - hingga pernah masuk wad. Tapi, ni dah lama dia tak kena. Alhamdulillah. Agaknya dah makin besar (seminggu lagi menginjak 2 tahun), makin besar juga cabaran dia nak bina sistem imun dia ya.

Setiap yang berlaku, menambah ilmu kami suami isteri. Baik dari segi simptom, cara mengawal dan tindakan selanjutnya. Habis korek Google, buku, kawan-kawan yang berpengalaman sama dan kawan-kawan doktor kami rujuk. Elok ada ilmu sikit tentang sakit dan ubat untuk anak. Dan alhamdulillah sejak berkecimpung dengan vitamin dan suplemen, makin banyak kami belajar untuk meningkatkan kesihatan keluarga.

Untuk ibu bapa yang senasib dengan kami (anak tengah kurang sihat), sama-sama kita tabah ya. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik pada anak-anak kita. Semoga Allah kurniakan kekuatan untuk kita menghadapinya juga. Insya Allah.

*Dah sihat nanti umi bagi makan papadom ye.

Pengalaman Bisnes Tanpa Modal

Teks: Hifzaila Hafni

Dengan situasi ekonomi yang makin mencabar sekarang ni, ramai yang mula mencari jalan menambah pendapatan sampingan. Yang berkeinginan, tapi kurang atau tiada modal. Yang bermodal tapi tiada keberanian untuk mencuba. Sebenarnya sesiapa juga boleh berbisnes jika rajin meneroka dan menangkap peluang serta berani mencuba sesuatu yang baru. Kena belajar keluar daripada zon selesa.

Saya mula berbisnes awal tahun 2014, yang mana asalnya memang saya sendiri tak merancang untuk terjebak sebab mindset saya adalah 'saya tak pandai menjual dan takkan berjaya buat bisnes'. Dah tentu bukan mindset yang bagus untuk diamalkan.

Saya bermula dengan dropship, iaitu nasi arab, sambal kentang dan kurma badam/walnut semasa bulan Ramadan lepas. Saya buat dropship dengan cikgu blog saya, Puan Zaila Mohamad. Beliau memang aktif berbisnes dan saya belajar sedikit demi sedikit dengan beliau tentang konsep dropship dan alhamdulillah banyak ilmu yang saya dapat dan pelajari.

Bisnes dropship sebenarnya amat baik untuk mereka yang tiada modal atau hanya mempunyai modal yang minimum. Kita tak perlu simpan stok atau uruskan tentang pengeposan/penghantaran barang kepada pelanggan. Yang perlu anda buat adalah kenal dan tahu produk yang anda buat dropship, buat promosi (online /offline), uruskan pembayaran dan kumpul komisen. Tidak melibatkan sebarang modal.

Tapi sesetengah penjual mungkin mengenakan sedikit modal (kadar minimum) untuk memulakan bisnes dropship mereka; mungkin ejen dropship perlu tahu rasa atau packaging (produk makanan) sebelum menjual. Atau sebagai bayaran sampel untuk dicuba sebelum membuat promosi lanjut. Ejen dropship akan lebih yakin dan mudah menjual.

Pengalaman saya menjadi ejen dropship Nasi Arab Al-Bayt, alhamdulillah kini maju setapak menjadi ejen.

Begitulah perjalanan bisnes produk makanan saya bermula. Dan saya pasti anda juga boleh lakukannya.

Bisnes tanpa modal bukan sesuatu yang mustahil untuk dilakukan, jika anda tahu dan mahu belajar caranya.

Hifzaila Hafni
0194603094
http://hif-onlinestore.blogspot.com
Hif Online Store (Facebook page)

Makna November Pada Saya

Teks: Hifzaila Hafni

Setiap tahun di bulan November akan memberikan saya pelbagai cerita.

20 tahun dulu, mak saya dijemput Allah.
3 tahun lepas, saya berkahwin dengan jejaka pilihan saya yakni kawan sekolej saya.
2 tahun lepas, alhamdulillah melahirkan anak sulung.
Tahun ini, ambil satu ujian yang mencabar setelah sekian lama, tapi tiada rezeki lulus (kecewa sikit di situ).

Jadi, bulan November penuh cerita best dan tak best.

Apa pun ceritanya, kita dah semakin hampir ke penghujung 2014. Kurang 2 bulan lagi untuk ke tahun baru seterusnya. Baiklah kita muhasabah dan review hidup kita sepanjang tahun ini. Adakah makin baik berbanding tahun lepas, masih sama atau sudah bertransformasi?

Alhamdulillah saya mulakan tahun ini dengan belajar buat blog melalui kelas asas blog dan semakin seronok dapat berkenalan dan berkongsi pengalaman serta pengetahuan dengan jemaah di akademi. Jika saya tak ambil langkah begitu awal tahun ini, saya tak tahu bagaimana corak hidup saya dalam tahun 2014 ini. Tapi yang pasti sekarang, hingga saat ini, penuh warna warni. Banyak yang saya belajar, banyak yang saya perolehi. Jatuh dan bangun, susah dan senang.

Saya bersyukur Allah kurniakan suami yang banyak membantu di rumah dan menyokong kerja-kerja bisnes kami. Semoga Allah panjangkan jodoh kami suami isteri, panjangkan umur dan murah rezeki kami sekeluarga.

Insya Allah.

*Mode anniversary. Haha.

Belajar bisnes dropship, hubungi:
Hifzaila Hafni
0194603094
hifzaila.hafni@gmail.com