Masuk Gua Seketika

Sibuk sikit akhir-akhir ini.

Dengan menjadikan rutin masak makan malam lepas balik kerja dan melayan kerenah anak bujang, malam rasa macam singkat sahaja.

Dan hujung minggu ni, ada misi besar untuk saya, yang mana apa usaha saya dalam sehari dua ini akan menentukan hala tuju hidup saya untuk tahun hadapan.

Semoga dimudahkan urusan semua, bertambah rezeki dan semakin berjaya. Doakan saya juga.

Yang mahu belajar buat kedai online, hadir kelas online, belajar buat blog, membeli ebook - semuanya ditawarkan sepanjang tahun. Boleh terus hubungi saya.

Hifzaila Hafni
019-4603094
hifzaila.hafni@gmail.com

Jeruk Mangga Asam Boi

Akhirnya berjaya buat sendiri jeruk mangga yang trending sangat di FB. Caranya mudah sangat cuma kadang-kadang tak terbuat. Tapi saya memang 'hantu' mangga sebulan dua ni. Jadi memang harus saya cuba buat jeruk mangga ni.

Semalam ke Hero Market (pilihan buah banyak di sini), dan memang teruja nampak banyak lagi mangga lemak. Sebenarnya elok guna mangga muda tapi saya saja nak cuba dengan mangga lemak, kurang masam sikit. Walaupun buat jeruk, saya tak suka jeruk yang terlalu masam. Maka, beli lah 3 biji.

Kemudian cili padi dan asam boi. Suami cadangkan tambah sikit asam betik, mana tahu sedap. Jadi jeruk mangga saya ada asam boi dan asam betik. Sedap juga.

Jeruk buah sebegini boleh dipelbagaikan lagi. Ada yang letak belacan bakar (resipi kawan saya). Boleh juga tukar buah lain seperti jambu batu atau kedondong.

Meh saya kongsikan jeruk mangga versi saya.

Bahan:

3 biji mangga lemak
1 peket kecil asam boi masam manis
1 peket kecil asam betik
Garam
Gula
3 batang cili padi

Cara buat:

1. Hiris mangga panjang-panjang. Cuci dan tos.
2. Dalam satu bekas atau besen, masukkan mangga. Taburkan gula dan garam serta cili padi yang dah dipotong.
3. Taburkan asam. Gaulkan kesemuanya.
4. Masukkan ke dalam balang/bekas.
5. Sejukkan dalam peti sejuk semalaman.

Yang mengidam tu, jangan lupa cuba :)

================================

Tempahan buat blog bisnes atau belajar buat blog bisnes sendiri; kini dengan pakej mampu milik.

Maklumat lanjut, hubungi:
Hifzaila Hafni
SMS/Whatsapp: 019.460.3094
Emel: hifzaila.hafni@gmail.com

Salam Maal Hijrah 1436H

Teks: Hifzaila Hafni

Salam Jumaat, hari terakhir di tahun 1435H.

Apakah yang sudah kita lakukan atau capai sepanjang tahun lepas? Adakah semua azam kita telah tertunai? Atau adakah masih sama seperti tahun sebelumnya yang mana azam hanya tinggal azam sahaja?

Kita sendirilah muhasabah diri, dan jika kita dapati kita sekarang dah jadi orang yang lebih baik daripada sebelumnya, alhamdulillah. Jika tidak, mulakan semula. Tidak terlambat untuk memulakan sesuatu.
Dengan pelbagai cabaran dan tekanan hidup di zaman sekarang, memang mudah kita nak menyalahkan situasi. Tapi adakah selesai masalah kita jika terus menyalahkan situasi tersebut tanpa kita bertindak apa-apa untuk mengatasinya?

Setiap masalah pasti ada jalan keluar dan penyelesaiannya. Doa dan mohon pada Allah diberikan hidayah dan petunjuk. Setiap usaha pasti akan ada hasilnya. Insya Allah.

Selamat Tahun Baru Hijrah. Semoga kita menjadi insan yang lebih baik daripada semalam.
Hijrah kepada sesuatu yang baru dan lebih baik dengan belajar bina blog bisnes atau asah bakat penulisan anda di blog dengan mendaftar ke kelas asas blog online/offline. 

Selain mendapat bonus ebook panduan menjana pendapatan sampingan dan berniaga sambilan, anda juga akan menyertai jemaah yang terdiri daripada individu yang telah berjaya di bidang masing-masing yang tidak kedekut berkongsi ilmu dan pengalaman.

Sertai Akademi Bekerja Di Rumah dan belajar sesuatu yang baru sempena tahun baru ini.
Menghampiri 1000 blog yang bergabung dalam akademi, hubungi saya untuk mendaftar kelas blog, menjadi rakan niaga atau membeli ebook.

Hifzaila Hafni
SMS/Whatsapp: 019.460.3094
Emel: hifzaila.hafni@gmail.com

Buku Resipi dan Panduan Pemakanan untuk Anak

Teks: Hifzaila Hafni
Imej: Carian Google

Bila anak dah mencecah 6 bulan, mulalah si ibu mencari resipi menu awal yang sesuai untuk anak memulakan makanan pelengkap - makanan pejal. Jangan terlalu teruja memberikan apa saja makanan kerana perut bayi di usia itu belum cukup matang lagi. Jadi ibu perlu berhati-hati dan mulakan dengan perlahan-lahan bertujuan untuk memperkenalkan anak dengan makanan pejal - makanan baru selepas susu ibu.

Sebagai permulaan, di hari-hari pertama selepas anak mencecah 6 bulan, makanan yang baik diperkenalkan adalah puri. Puri buah atau puri sayuran. Tujuan pemberian makanan pejal pada waktu ini lebih kepada memperkenalkan dan membiasakan, bukan untuk mengenyangkan anak. Jadi jangan paksa anak makan. Dan tak perlu juga risau jika anak menolak. Anak kita baru nak belajar dan kita perlu bersedia dengan penolakan. Pemberian makanan juga tak perlu banyak dan kerap. Bermula dengan sekali sehari, 2 kali sehari. Ketika ini anak masih lagi bergantung kepada susu untuk tumbesarannya, makanan pejal sebagai pelengkap kepada nutrien yang terkandung dalam susu.

Saya dulu juga terumbang-ambing dan serba salah nak beri anak makan apa di permulaan hari-harinya. Yang pasti saya memang buat silap dan kesian anak saya ketika itu. Mungkin akibat tak cukup ilmu, kita kadangkala bertindak mengikut cakap orang lain sedangkan cara itu mungkin tak sesuai atau sebenarnya tidak boleh. Tapi saya anggap itu sebagai pengajaran dan saya mula membaca buku-buku resipi menu anak dan buat yang terbaik untuk anak saya.

Antara penulis buku pemakanan kanak-kanak yang saya suka ialah Annabel Karmel. Alhamdulillah dapat senaskhah buku beliau ketika di Pesta Buku. Saya beli buku 'What To Feed When..'. Tapi kebanyakan menu beliau tentu lah yang Western.. jadi kita sesuaikan lah ikut citarasa kita. Selain tu, saya beli juga buku Wardina Safiyyah. Resipi dalam bukunya taklah banyak, tapi info tentang pemakanan anak banyak dalam buku ni. Tajuk buku, Mama, Saya Lapar... Satu lagi buku yang saya ingin dapatkan, adalah kompilasi 300++ Resipi & Panduan Lengkap Pemakanan Anak terbitan Karangkraf. Nampak ada dijual secara online di Karangkraf Mall. Biarpun anak saya dah hampir 2 tahun, tapi saya tetap juga teruja nak tarik minatnya untuk makan. Makan lebih sikit pun tak apa. Anak saya tu selim melim orangnya!







Selain buku-buku, boleh juga dapat ilham melalui majalah. Lebih senang sekarang Google sahaja. Cuma kena pastikan makanan tersebut sesuai dengan usia anak kita. Biar cerewet sedikit daripada anak kita sakit di masa depan. Jangan menurut saja apa yang orang biasa buat, kadangkala amalan begitu tak sesuai atau tak berapa betul. Sebagai ibu, kita berhak menentukan makanan yang terbaik untuk anak kita. Dan jangan lupa amalkan 4 Days Rule - uji sesuatu makanan baru selama 4 hari pada anak untuk melihat sama ada anak alergik kepada makanan tersebut atau tidak sebelum kita teruskan bagi anak makan.

Selamat bereksperimen dengan menu baru dan selamat memasak untuk anak!

=========================================================================
Kelas Asas Blog & Fanpage (Blog Bisnes)
DAN
Kelas Asas Blog Penulisan
[Dua kelas serentak]

Pendaftaran dibuka sepanjang tahun.

Kelas secara online atau offline.

Bonus 4 ebook.

Keahlian automatik Akademi Bekerja Di Rumah.

Boleh mendaftar bila-bila masa sudah sedia.


Hubungi saya untuk mendaftar / menyertai kelas:
Hifzaila Hafni
SMS/Whatsapp: 019-4603094
Emel: hifzaila.hafni@gmail.com
Facebook: Hifzaila Hafni
Fanpage: Tip Bisnes Online


Idea Jimat Cermat oleh Suzardi Maulan (Pakdi)

Teks: Hifzaila Hafni

Sejak subsidi minyak dikurangkan (atau bahasa mudah harga minyak naik), makin ramai orang risau tahap kewangan masing-masing. Saya pun salah seorang yang merasa tempiasnya. Faham sajalah bila minyak naik harga, segala barang keperluan pun akan sama naik harga juga. 

Alasannya barang-barang dihantar dengan kenderaan yang pakai minyak juga. Sebab tu orang bukan setakat risau semakin kurang minyak di tangki dengan kos yang sama sebelum ni, tapi harga barang juga akan naik. Tambah lagi pelaksanaan GST tahun depan. Walaupun saya belum faham sepenuhnya bagaimana GST berfungsi tapi sedikit sebanyak saya tahu perubahan ini akan mempengaruhi harga barang.
Jadi, masing-masing akan mula cari pendapatan tambahan, dan bekerja lebih kuat lagi atau berjimat untuk menyara keluarga. Yang bujang pun sama terpaksa tabah untuk kelangsungan hidup di bandar. 
Saya terbaca satu artikel di Pakdi.net tentang idea jimat cermat. Memang la ada orang pertikaikan nak jimat macamana lagi, dah habis berjimat dah ni. Ye, saya faham. Tapi cuba kita perhatikan atau analisa mana tau idea-idea yang beliau utarakan ni boleh diguna pakai atau ditambah baik dalam amalan jimat cermat kita yang sedia ada sekarang. 
Sumber: www.pakdi.net
Berikut adalah 12 idea jimat cermat tambahan yang dapat kita buat:

1. Guna pengangkutan awam

Kalau duduk di Kuala Lumpur khususnya, pergi ke tempat kerja naik LRT atau motor. Cepat dan murah. Naik kereta melibatkan kos lain seperti parking, minyak dan tol.

2. Bawa bekal makanan

Masak yang simple sahaja. Telur dan ayam goreng letak sambal atau kicap. Cukup.Dapat isteri pula yang tolong buatkan, ada perasa kasih sayang yang makcik nasi lemak tak boleh bagi.

3. Berhenti merokok.

Kaedah paling berkesan. Kesihatan pun terjaga.Kalau sehari RM 10 habis untuk rokok, berapa habis untuk sebulan? Berapa habis dalam setahun? Pernah kira ?

4. Berjimat jika makan di luar

Air sirap ais sekarang pun dah mahal. RM1.30 segelas bila letak ais. Baik minum sahaja air kosong. Terbaik, kombinasi cara #2.

5. Rancang perbelanjaan di pasar raya

Menulis terlebih dahulu senarai barang yang hendak dibeli sebelum ke pasar raya dan bawa wang secukupnya sahaja.

6. Semak keperluan ASTRO.

Kadang-kadang di dalam sebulan, hanya 2-3 kali sahaja kita menonton Astro. Tapi masih perlu bayar penuh. Aduh!Atau dari ratusan saluran yang kita langgan, saluran mana yang paling kita suka tonton. Sudah lah mahal, hujan tiada siaran. Unifi TV ?

7. Selamat tinggal surat khabar.

Tak perlu beli suratkhabar, baca sahaja di internet. Akhbar online pro kerajaan pun ada, akhbar online pro pembangkang pun ada.Percuma.

8.  Elak ke pawagam

Tonton wayang? Tak payahlah. Beli tiket kemudian beli air dan pop corn lagi. Haish.Cari sahaja di internet, percuma. Youtube pun dah banyak benda menarik. (Zed Zaidi jangan marah noo…)

9. Bundle pun ok

Beli baju di pasar malam untuk pakaian yang digunakan sekadar untuk pergi bermain bola, sekadar untuk pakai di rumah dan sebagainya. Tidak perlu berbelanja beratus ringgit semata-mata hendak orang kata “Wow, jersi Liverpool original la”.

10. Langganan kelab

Semak keahlian-keahlian kelab tertentu yang kita ada. Betul kah kita manfaatkannya?

11. Basuh sendiri kereta.

Tak perlu nak habiskan RM10 untuk benda yang kita sendiri boleh buat. Anak dah besar dapat bantu, boleh eratkan silaturrahim. Kalau duduk di Selangor kan ada air percuma. Hi hi hi.

12. Banding! Banding! Banding!

Buat perbandingan harga sebelum membeli produk yang bukan untuk kegunaan harian seperti perabot dan sebagainya. Semak harga di 2-3 kedai yang berlainan untuk tahu harga pasaran untuk produk tersebut.
Yang mana baik, kita ambil. Kalau tak tahan hidup berjimat cermat begini, boleh fikir cara lain mengikut keperluan masing-masing.

Tapi, alangkah beruntungnya kalau berjimat dan dalam masa yang sama dapat jana duit sampingan juga. Tapi yang penting kena lah usaha. Nak buat kedai online, nak jadi ejen makanan sunnah, nak jadi ejen dropship -- boleh saja kalau berkeinginan. Boleh hubungi saya untuk info lanjut.

Hifzaila Hafni
PM/Whatsapp: 019-4603094
Emel: hifzaila.hafni@gmail.com

Throwback Thursday #1 - Pengalaman Kelas Asas Blog Penulisan

Teks: Hifzaila Hafni

Saya mula mendaftar kelas asas blog penulisan seingat saya Februari 2014. Apa yang mendorong saya mendaftar kelas ini?

Saya mahu menulis secara serius, menulis blog bagi menjana pendapatan sampingan. Bagaimana blogger dapat menjana pendapatan...? Saya tak tahu. Sebab tu saya masuk kelas ni dan belajar sebanyak mana yang boleh. Lagipun, bukan saya tak pernah menulis blog, cuma blog yang ada sekadar di pinggiran saja (untuk suka-suka).

Dah hampir 9 bulan sejak saya mendaftar kelas ini, dan alhamdulillah telah siap semua tugasan. Disebabkan tema hari ini adalah throwback, marilah mengenang kisah silam sekejap ye.

Saya mulanya berniat untuk kembangkan bakat menulis. Saya bukanlah pandai menulis cuma saya suka menulis. Tapi sejak dah beranak kecil ni, saya dah jarang menulis. Maka hilang satu cara saya 'escape' daripada kehidupan saya sehari-hari. Saya juga tak pandai nak membebel (ye ke?) dan salah satu cara saya membebel melalui penulisan. Tapi saya tulis untuk simpanan sendiri dan kongsi dengan kawan-kawan rapat je. Tak ada niat nak jana pendapatan atau berbisnes pun melalui blog. Semata-mata menulis. Cita-cita biasalah nak tulis buku lah, artikel majalah lah...tapi tak tahulah jika masa depan Allah makbulkan cita-cita sekian lama tu.

Bila dalam kelas asas blog ni, kelas online saja. Hanya ikut tugasan yang dah ditetapkan langkah demi langkah. Ikut masa sendiri, masa adalah fleksibel dan jika cepat anda siapkan tugasan, cepatlah habis kelas. Jangan rasa terbeban sangat dengan tugasan-tugasan ni, bukannya cikgu online nak marah pun sebab tak ada had masa nak kena siapkan. Cuma, sayang kalau tak siapkan sebab kita dah bayar. Rugi.

Saya ambil pakej RM200. Saya memang dah niat nak mula kelas ni bila saya dapat bayaran kerja-kerja freelancing saya. Alhamdulillah dengan pelaburan yang dibuat. Saya dapat lebih daripada apa yang saya bayar. Saya bukan setakat belajar menulis blog (bagi yang memang pro, tak mengapalah, tapi saya tidak), saya belajar berbisnes kecil-kecilan dan dropship sebab pakej RM200 ni automatiknya saya jadi Rakan Niaga juga. Iaitu belajar menulis blog dan berbisnes dengan mempromosi produk-produk Akademi Bekerja Di Rumah. Mula-mula memang tak tahu macamana nak buat bisnes ni, tapi bila dah lama-lama, akan terbiasa dan mula faham. Hinggalah saya bina kedai online saya sendiri - Hif Online Store; yang kini produk utamanya adalah pek nasi arab segera jenama Al-Bayt; di samping produk-produk makanan yang lain.

Bermula dengan hanya niat tulis blog dengan serius, melarat ke bisnes dan menambah jaringan kenalan. Juga mengenali orang-orang yang hebat dan usahawan-usahawan yang berjaya. Bergaullah dengan orang yang berjaya supaya kita juga suatu hari nanti akan berjaya seperti mereka. Insya Allah.

=================================

Kelas blog boleh berjalan secara online mahupun offline. Tak ada idea untuk menulis, kita analisa dulu minat dan kepakaran. Nak belajar buat blog berniaga, kami tunjukkan jalan.

Kelas Asas Blog Penulisan atau Bisnes (Online/Offline). Yuran pakej serendah RM200.

Pendaftaran setiap hari, bila-bila masa bila dah sedia.

Hubungi:
Hifzaila Hafni
PM/Whatsapp: 019.460.3094
Emel: hifzaila.hafni@gmail.com

Sent from Blogger for Android

Sharing is Caring

Teks: Hifzaila Hafni
Imej: freeimages.com

Pagi ini, cikgu blog saya Zaila Mohamad beritahu yang 'ayat power' saya tentang penerangan Pakej Mampu Milik - Kedai Online digunakan oleh seorang lagi cikgu blog ABDR, Normi Yusof.

Ini status yang dikongsi di Facebook Cikgu Normi.



Mungkin kedengaran biasa saja, tapi itu dah cukup menceriakan hari saya hari ini. Bila mana perkongsian kita bermanfaat untuk orang lain, kita patut tumpang gembira, betul?

Itulah kelebihan yang ada di ABDR, bila setiap ahli saling berkongsi maklumat dan pengisian, dengan dikreditkan teks yang diambil kepada penulis asal. Saya juga bila berkongsi info daripada blog rakan-rakan yang lain, akan memberi kredit kepada mereka. Itu juga satu cara kita menghargai hasil tulisan masing-masing. Jangan main copy je dan claim itu hasil kerja kita. Bukan tak ada penulis yang sampai buat laporan atau aduan tentang karya mereka yang diplagiat. Ramai. Sebab itu perbuatan melanggar etika.




Tapi, hasil tulisan saya ni bukanlah dalam kategori itu. Ini perkongsian untuk semua supaya lebih memahami apa dia Pakej Mampu Milik yang akademi tawarkan. Namun saya tetap berbesar hati orang lain boleh menggunakan maklumat yang saya senaraikan.

Bersama-sama kongsi minat, kepakaran dan pengalaman dengan kami di Akademi Bekerja Di Rumah. Berkenalan dengan rakan niaga daripada pelbagai latar belakang dan bergabung dengan lebih daripada 800 blog untuk luaskan jaringan (networking).

Daftar Pakej Mampu Milik - Kedai Online anda sekarang dan mula jana pendapatan dengan bekerja di rumah.

Berikut iklan yang Cikgu Normi hasilkan menggunakan sebahagian teks daripada blog saya. Saya suka!



Pakej Mampu Milik - Kedai Online Anda

Teks: Hifzaila Hafni

Pakej Mampu Milik - Kedai Online ini untuk siapa?

☆ Individu yang mempunyai bisnes atau produk sendiri
☆ Suri rumah yang ingin menjana pendapatan dengan bekerja dari rumah
☆ Individu yang ingin mula berbisnes tapi tidak tahu bagaimana nak bermula
☆ Suri pejabat yang ingin mencari pendapatan sampingan
☆ Individu yang sudah lama berbisnes offline/produk fizikal dan ingin mengembangkan secara online
☆ Individu yang ingin bina blog bisnes tetapi tak tahu cara atau tiada masa

Akademi Bekerja Di Rumah menawarkan pakej bina blog bisnes bagi golongan di atas.

Apa yang dimaksudkan dengan Pakej Mampu Milik ini?

☆ Pakej tempahan siapkan blog bisnes dan kemudahan dropship untuk suri mula berbisnes di rumah
☆ Tak perlu simpan stok
☆ Tak perlu uruskan pengeposan/penghantaran

Berapakah yuran pakej ini?

☆ RM200 yuran tempahan blog bisnes + boleh menjadi Pengurus Online Akademi Bekerja Di Rumah (jalankan promosi kelas online dan ebook dan kumpul komisen bagi setiap jualan) + dropship produk mknn
☆ Boleh dibayar penuh atau ansuran selepas mendaftar:
RM200 (bayaran penuh) atau
RM100 × 2 atau
RM50 × 4

Apakah kelebihan pakej ini?

☆ Blog bisnes beserta pautan ke lebih 830 blog disediakan
☆ Boleh mula bisnes dengan modal rendah (perlu bayar yuran pakej sahaja) dengan menjadi ejen dropship
☆ Meluaskan pasaran bakal pelanggan dengan jaringan blog di Akademi Bekerja Di Rumah bagi yang mempunyai produk sendiri
☆ Dapat berkenalan dan berkongsi ilmu dan pengalaman dengan blogger dan usahawan online yang telah berjaya

Tempah blog bisnes anda sekarang.

Hubungi saya Pengurus Online anda,
Hifzaila Hafni
PM/Whatsapp: 019.460.3094
Emel: hifzaila.hafni@gmail.com

Sent from Blogger for Android





Sumber Kalsium untuk Anak Selain Daripada Susu

Teks: Hifzaila Hafni
Imej: Carian Google

Kebanyakan kita (ibu-ibu) tahu keperluan kalsium untuk anak amat penting bagi memastikan pertumbuhan tulang dan gigi anak yang kuat. Dan kebanyakan kita juga berpendapat kalsium hanya boleh didapati melalui susu sahaja.

Itu tidak benar.

Susu memang sumber terbaik untuk kalsium. Namun, masih terdapat banyak lagi makanan lain yang turut mengandungi kalsium, yang kita boleh bagi pada anak. Selain mengelakkan anak bosan dengan hanya SUSU sebagai penyumbang kalsium dalam dietnya, dapat juga menarik minat anak mencuba makanan lain dan menggalakkannya makan (bagi anak yang kurang selera makan).

Anak yang kurang selera makan, mungkin juga sebab sudah kenyang dengan meminum susu. Perlu diberi perhatian, anak yang sudah menjangkau lebih daripada 2 tahun, keperluan atau kebergantungannya pada susu botol / formula tidak sama dengan keperluan sebelum dia mencecah 2 tahun. Dan saya juga terbaca di Facebook Dr Suriyakhatun, anak-anak perlu digalakkan minum susu melalui cawan, bukan menggalakkan tabiat minum daripada botol sambil berbaring dan terus tidur. Tabiat begini mungkin menyebabkan anak terlebih minum susu atau masalah gigi kemudian hari. Kadang-kadang bukan anak tak mahu makan, tetapi sudah kenyang dengan susu.

Fuaad, memang tak kuat sangat minum susu. Saya dan suami bimbang juga. Tapi dia masih lagi menyusu badan. Insya Allah sebulan lagi sebelum dia mencecah 2 tahun, dan saya kini dalam fasa untuk memisahkan dia daripada terus menyusu badan. Tapi kalau ada rezeki lagi untuknya, saya teruskan sahaja setakat yang saya mampu.

Setelah dia berusia setahun setengah, kami menukar susunya daripada Friso kepada susu Ilham. Alhamdulillah ok dan dia pun suka. Cuma macam biasa lah, dia tak minum banyak. Dia banyak minum air masak. Tapi kini bila dah tahu banyak sumber lain yang boleh menyumbangkan kalsium dalam diet anak, nak juga cuba offer. Sebelum ni, ikan bilis, keju dan brokoli saja.

Apakah makanan yang juga mengandungi kalsium selain susu?

1. Bijirin dan roti yang diperkaya dengan kalsium
2. Jus oren yang diperkaya dengan kalsium
3. Susu beras, susu soya atau tauhu yang juga diperkaya dengan kalsium
4. Salmon dalam tin (dengan tulang lembut)
5. Buah oren
6. Sayur-sayuran hijau (brokoli, kailan, kacang pis, bayam)
7. Kekacang

{Sumber: whattoexpect.com)

Berikut pula, info yang saya perolehi daripada Babycenter.com:

The best sources of calcium
Dairy products such as milk, yogurt, and cheese are some of the best sources of calcium, but you'll also find it in some unexpected places. Here are some calcium-rich foods to try:

  • 1/4 cup raw tofu prepared with calcium sulfate: 217 mg (The calcium content of tofu varies, depending on how it's processed. Check the label.)
  • 1/2 cup plain yogurt: 207 mg
  • 1 tablespoon blackstrap molasses: 172 mg
  • 1/2 cup fruit yogurt: 122 to 192 mg
  • 1/2 cup calcium-fortified orange juice: 133 to 250 mg
  • 1/4 cup ricotta cheese: 167 mg
  • 1/2 cup milk: 150 mg
  • 1/2 cup chocolate milk: 144 mg
  • 1/2 ounce Swiss cheese: 112 mg
  • 1/2 cup vanilla frozen yogurt, soft-serve: 102 mg
  • 1/2 ounce cheddar cheese: 102 mg
  • 1 slice whole grain bread: 24 mg
  • 1/2 ounce mozzarella cheese: 103 mg
  • 1/4 cup collard greens: 66 mg
  • 1/4 cup homemade pudding (from mix or scratch): 76 mg
  • 1 tablespoon tahini (sesame seed butter): 64 mg
  • 1/4 cup turnip greens: 50 mg
  • 1/4 cup cooked spinach: 60 mg
  • 1/2 cup calcium-fortified cereal (ready to eat): 51 mg
  • 1/2 cup calcium-fortified soy beverage: 40 to 250 mg


Ada macam-macam sumber kalsium kan? Haa apa lagi, jom pelbagaikan diet anak dengan pelbagai pilihan makanan dan yang penting dia dapat kalsium yang dia perlukan :)

---------------------------------------------------------------------------------------------------
Belajar bina blog bisnes dan bergabung dengan lebih 860 blog 
di Akademi Bekerja Di Rumah, hubungi:
Hifzaila Hafni
PM/Whatsapp: 019.460.3094
Emel: hifzaila.hafni@gmail.com

Membeli pek nasi arab segera: 

Menempah doorgift untuk sebarang majlis:

Menghadapi Kos Sara Hidup yang Meningkat

Teks: Hifzaila Hafni

Di saat semua orang merasa marah dan terbeban dengan pengurangan subsidi minyak dan pelaksanaan GST tahun depan, saya pun tak terkecuali. Tapi nak kata marah sangat tu, tidaklah. Dengan marah-marah pun, kita tetap kena telan kos yang perlu ditanggung. Apa yang perlu difikirkan adalah bagaimana untuk berjimat secara optimum dan meningkatkan pendapatan sampingan untuk menampung keperluan. Kehendak? Dah lama diabaikan. Kos hidup sekarang ni, cukup untuk tampung keperluan sahaja, yang kehendak tu kalau nak, kenalah berusaha lebih sikit.

Saya pun bukanlah berasal daripada keluarga yang senang pun. Arwah mak meninggalkan saya masa saya 12 tahun, dan sejak itu ayah saya menjaga kami saya dan adik saya seadanya berdasarkan kemampuannya. Kami juga pernah merasai tempoh-tempoh sempit dan sesak tapi ayah saya tak pernah putus asa atau merungut depan kami. Kami tak ada kereta (ada tapi agak uzur) dan pengangkutan utama adalah pengangkutan awam. Makan seadanya. Alhamdulillah masih cukup.

Saya pun bukan layak nak kata yang semua orang perlu berjimat dan berbelanja mengikut kemampuan sedangkan saya sendiri pun masih lagi merasai sesaknya hidup di tengah bulan. Tapi, alhamdulillah dengan bisnes kecil-kecil yang saya buat, dapatlah juga menampung belanja kami seharian. Dan masih lagi perlu berjimat. Kurangkan makan di luar, menggunakan tenaga elektrik dengan berhemah dan sedang dalam perancangan untuk tamatkan Astro. Kita cut cost mana yang patut. Dan tingkatkan pendapatan.

Selain tu, kena juga memperbaik hubungan dengan Allah. Sebab Allah yang bagi rezeki. Dah banyak orang kongsi amalan menjemput rezeki cuma kita nak amalkan atau tidak sahaja. Tapi satu yang pasti, Allah bagi dugaan macam ni kat kita semua untuk kita lebih dekat dengan-Nya. Minta dengan Dia, doa banyak-banyak. Dan yang paling penting kena jaga solat. Saya pun terkadang terlalai. Terlalu ikutkan sangat perasaan malas dan tuntutan kerja lain yang kononnya lebih penting daripada panggilan Tuhan. Itu yang utama untuk diperbetulkan dahulu.

Walau apapun lagi cabaran akan datang, kita tetap kena hadapi dan menerima dengan hati terbuka sambil berusaha mencari jalan penyelesaian. Doa pada Allah cukupkan rezeki yang ada dan pada masa yang sama berusaha mencari lebih lagi. Insya Allah dimudahkan rezeki dan urusan. Yakin pada Allah.

=================================

Pakej Mampu Milik Kedai Online
☆ Miliki kedai online sendiri (blog bisnes dan Facebook page)
☆ Berbisnes produk sendiri atau produk sunnah; digital dan fizikal
☆ Bergabung dengan jaringan 860 blog untuk pasaran lebih luas

Hubungi saya untuk penerangan lanjut.
Hifzaila Hafni
PM/Whatsapp: 019.460.3094
Emel: hifzaila.hafni@gmail.com

Sent from Blogger for Android

Zikir Pengubat Stres

Teks: Hifzaila Hafni
Saya dapat senarai zikir nama-nama Allah ni daripada suami saya.
Hidup kita sehari-hari memang tak selalunya indah. Biar pun petir, puting beliung yang melanda pun kita tetap kena hadapi semasa di tempat kerja. Begitu juga kalau wahm yang bekerja di rumah. Cuma mungkin tekanannya berbeza.
Banyak zikir yang boleh diamalkan. Selawat, istighfar dan Asmaul Husna. Kita terkadang sibuk mencari penyelesaian fizikal tapi terlupa penyelesaian secara rohaniah begini.
Kita takkan terlepas berhadapan dengan orang yang sukar, orang yang 'memberi' masalah atau orang yang membenci kita. Walau sebanyak mana kita tak sanggup, tak mampu dan tak mahu berhadapan tapi kita kena ingat Allah tak bagi kita mengadap semua tu saja-saja. Mesti ada hikmahnya. Untuk jadikan kita lebih kuat dan tabah, mungkin. Fikir positif!
Semoga dengan menyebut nama-nama Allah ini, mampu menenangkan jiwa kita dan mengurangkan stres yang melanda setiap hari.

Resipi Nasi Goreng Ekspres

Teks & Foto: Hifzaila Hafni

Bangun pagi ini, teringat banyak lagi nasi dalam periuk yang berbaki. Rugi dan membazirnya kalau buang macam tu saja. Jadi, apa lagi... nasi gorenglah jawabnya.

Tapi dek kerana kesuntukan masa nak pergi kerja lagi, maka yang jadi adalah Nasi Goreng Ekspres yang amat ringkas dan siap dalam 15 minit sahaja!

Sebenarnya resipi ni turun-temurun daripada arwah mak saya. Dan saya memang suka nasi goreng ni sampai sekarang.

Jom tengok bahan dan cara nak buat Nasi Goreng Ekspres ni:

Bahan-bahan:
Nasi putih
3 ulas bawang putih (hiris)
1/2 genggam ikan bilis kopek
1 kiub pati ikan bilis
2 tangkai daun bawang
2 biji telur
Minyak untuk menumis
Secubit garam bukit

Cara masak:
1. Gembur-gemburkan nasi, biarkan.
2. Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Pecahkan telur, goreng hancur. Angkat dan ketepikan juga.
4. Menggunakan minyak yang berbaki, tumis bawang putih hingga wangi.
5. Masukkan nasi dan gaul rata.
6. Larutkan kiub pati ikan bilis dengan sedikit air. Tuang dalam nasi dan kacau sebati.
7. Masukkan ikan bilis goreng dan telur hancur dan gaulkan. Tambah garam secubit.
8. Potong daun bawang (lagi cepat dengan gunting) dan hiaskan / kacau dalam nasi.
9. Dah siap!
10. Masukkan dalam bekas tapau masing-masing :)

Tadaaa. Kan dah siap Nasi Goreng Ekspres. Itulah sarapan kami anak beranak pagi ini. Saya dan suami seorang sebekas dibawa ke pejabat dan sebekas lagi bekal anak ke taska. Suami kata sedap. Kembang semangkuk la saya hehe. Agaknya sebab resipi mak kan. Walaupun sekadar nasi goreng tapi tetap penuh kasih sayang. Cuba lah ye!


==================================

Miliki kedai online anda sendiri melalui Pakej Mampu Milik oleh Akademi Bekerja Di Rumah.
Ketahui cara dengan menghubungi:
Hifzaila Hafni
PM/ Whatsapp 019-4603094
Emel hifzaila.hafni@gmail.com

Beli pek mudah masak Nasi Arab Al-Bayt:
http://hif-onlinestore.blogspot.com

Menempah cotton candy/pop corn untuk sebarang majlis:
http://gulakapasshariz.blogspot.com

Salam Aidil Adha yang Tertangguh

Teks & Foto: Hifzaila Hafni

Salam Aidil Adha untuk semua. Belum terlambat lagi kan?

Ada yang ketika ini masih di kampung, yang sudah dalam perjalanan pulang ke bandar semula dan ada yang beraya di rumah sendiri sahaja (tak balik kampung). Saya balik kampung pun sekejap saja, lagipun dekat. Dan hari ni dah balik ke rumah, menguruskan kerja rumah mana yang patut. Kain segunung kena lipat. Satu lagi gunung menanti petang nanti hehe.

Raya korban kami tahun ini ringkas sahaja. Di rumah mertua pun sedikit sunyi sebab ada ipar yang balik ke rumah sebelah keluarga satu lagi. Sunyi jugak Fuaad dibuatnya sebab sepupu-sepupunya tak ada. Dan ada makciknya yang bekerja di hari raya.

Tapi rutin raya macam biasa. Solat raya. Makan raya. Menu mak mertua saya: nasi impit, kuah kacang, lemang, rendang ayam pencen, pulut kuning, nasi lemak. Saya masak mi kuah daging. Aduh naik gula dalam badan macam ni huhu. Kena kawal juga, makan pun beringat-ingat. Semua serba sikit nak juga saya rasa. Alhamdulillah semalam masa buat ujian glukosa darah (adik ipar ada glucometer), bacaan normal. Alhamdulillah.

Pulut, nasi putih, roti putih, makanan bersantan - antara penyumbang dan penyebab diabetes jika tidak dikawal pengambilannya. Jangan kita ingat gula putih, aiskrim, kek, air berkarbonat dan pemanis mulut saja penyebabnya. Sebarang makanan yang berkanji dan mengandungi gula ringkas memang tidak digalakkan. Tapi hmm... itulah yang sedap, kan.

Bagi yang menghidap diabetes atau diabetes ketika mengandung, cuba tukar sumber karbohidrat ringkas kepada karbohidrat kompleks.

Apakah karbohidrat kompleks?
Pilihan karbohidrat yang lebih sihat kerana mengandungi nutrien penyembuh seperti fiber, vitamin, mineral, antioksidan dan phytochemicals. Antioksidan adalah nutrien yang melawan 'radikal bebas' - iaitu molekul tak stabil yang merosakkan sel sihat. Phytochemical adalah bahan yang wujud semula jadi dalam makanan yang membantu melawan penyakit. Contoh makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks: bijirin penuh, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran.
(Foods That Combat Diabetes, 2008)

Berhati-hati dengan makanan anda. Sebab tu kadang-kadang ada yang berdiet tapi tak kurus sebab caranya tak betul. Karbohidrat masih perlu diambil tetapi dengan sukatan yang betul dan daripada sumber yang lebih sihat.

Selamat berkorban!

Suatu Hari di Klinik Kerajaan

Teks: Hifzaila Hafni
Imej: freeimages.com

Saya ke klinik kerajaan pada suatu hari. Ada lah urusan pemeriksaan kesihatan sikit. Macam biasa, KK memang penuh dengan manusia. Dan jenuh nak menunggu giliran. Tapi kalau anda dah biasa dengan servis KK, anda akan sanggup tunggu - macam saya contohnya.

Mungkin ada unsur terpaksa juga untuk saya ke sini tapi saya rasa ianya berbaloi dengan servis yang saya dapat. Macam Nisah Haron kata, berpadanan la harga yang dibayar dengan masa dan 'servis' yang kita dapat kalau di hospital atau klinik kerajaan. Kos mendapatkan rawatan di KK hampir semuanya percuma. Tapi sabarlah menunggu.

Masa saya tengah tunggu giliran, dengar seorang ibu ni dok jerit-jerit marahkan anaknya. Sambil tu si ibu jugak tengah memangku seorang anak lagi yang lebih kecil. Jenuh dimarahnya si abang, mula-mula buat perangai tak nak ditimbang berat, lepas tu dok tarik-tarik baju dan kain ibunya. Dan ibunya pula agak kuat jugak la suaranya dok marah si abang.

Teringat saya kalau saya marah sangat dengan Fuaad. Sesekali nak naik suara jugak. Itulah tak khatam lagi baca buku Screaming Free Parenting. Sebenarnya bila ibu bapa marah macam tu, lagi lah anak buat perangai. Takde dia nak ikut cakap pun. Sebab tu kena belajar strategi nak tackle anak buat perangai di khalayak ramai. Ok saya pun tengah belajar mengawal emosi dan marah kat anak kalau masa dia buat perangai. Tapi selalunya Fuaad buat begitu bila lapar atau mengantuk. Atau tak sihat. Memang kena banyak sabar.

Dengar khabar kos perubatan meningkat lepas GST, saya rasa KK nanti mesti lagi ramai orang datang. Ubat percuma, jumpa doktor percuma. Kot ada la servis yang kena bayar RM1 saya tak pasti apa dia. Cuma bertahan menunggu. Tapi agaknya sebab saya dah biasa dan dah boleh agak tempoh masa yang akan diambil, jadi saya boleh isi masa menunggu dengan membaca atau ehem update blog.

Nak daftar kelas blog penulisan, hubungi saya tau. Iklan jap.

Dengan teknologi yang ada, kita boleh buat macam-macam di hujung jari sahaja. Bisnes secara online dibuka 24 jam. Menulis blog boleh guna telefon pintar sahaja. Melayari media sosial juga semua mudah janji ada talian internet. Tapi jangan disalah guna. Teknologi kalau diguna dengan betul, banyak manfaatnya.

Berbalik kepada menunggu di KK, hampir 3 jam baru selesai urusan saya. Alhamdulillah. Biarpun lama tapi saya tahu memang begitu prosedur di KK dan perlu hormati prosedur yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia. Kalau rasa prosedur begini remeh atau menyusahkan, baik anda fikir begini - biar susah sekarang daripada susah kemudian hari. 

Bukanlah nak mengatakan servis di swasta tak bagus, mungkin dalam sesetengah aspek apa yang kerajaan sediakan lebih bagus. Tapi itulah, kadang-kadang bergantung kepada rezeki dan nasib juga. Apa yang kita boleh buat, doakan urusan kita dimudahkan dan berjalan lancar. 

=====================================================================

Daftar mana-mana kelas asas blog online penulisan / bisnes & fanpage 
ATAU 

untuk upah saya buat blog bisnes anda, hubungi:

Hifzaila Hafni 
PM 019-4603094
Emel hifzaila.hafni@gmail.com

Promosi Nasi Arab sempena Hari Raya Haji:

Tempahan cotton candy dan popcorn sebagai cenderahati / doorgift untuk sebarang majlis:

Restoran Ole Ole Bali, Sunway Pyramid


Teks & Foto: Hifzaila Hafni

Sabtu lepas, selepas 'membeli-belah' di HO Shaklee berdekatan Sunway Pyramid,  suami cadangkan kami makan tengahari di sini sahaja. 

Kami pilih untuk makan di Restoran Ole Ole Bali. Restoran berkonsepkan makanan Bali berdasarkan pada namanya.

Satu menu yang perlu order, menu yang ada nasi sebab anak bujang dah memang minta nasi. Abahnya order menu ala pecal/ gado-gado namanya Tipat Cantuk. Untuk saya dan Fuaad, Nasi Campur. Tapi bukan sebarang nasi campur... banyak betul lauknya! Satu lagi menu - Chicken Strip. Air, saya order jus epal dan suami order honeydew mint.


Gambar atas: Nasi Campur. 
Ada nasi putih, ikan, sotong dan udang gril, 2 jenis sambal, sayur kangkung tumis, rempeyek, sate lilit dan rendang daging. Harga ~ RM38.

Gambar bawah: Chicken Strip. 
Isi ayam disaluti tepung rangup. Dihidang bersama kiub kentang goreng dengan sos cendawan-lada hitam. Memang sedap. Harga ~ RM18

Alhamdulillah puas hati makan di sini. Sedap dan mengenyangkan. Servis pun cepat mungkin ketika kami datang, pelanggan belum ramai lagi. 

Satu yang istimewa tentang nasi putihnya ditabur bawang goreng buatan sendiri dan diletak dan dihidang atas daun pisang. Aroma yang wangi dari daun pisang membangkitkan selera. 

Kalau ada rezeki akan datang ke sini lagi, nak cuba Pisang Bakar dan Soto Ayam pula. 

Sesekali nak ubah selera, boleh la cuba datang  Ole Ole Bali ni. 

Sekian kisah jjcm saya hujung minggu lepas. Hehe.




Cara-cara Menyediakan Jus Daun Betik untuk Merawat Denggi

Teks: Hifzaila Hafni
Imej: IMR

Banyak sungguh kes denggi akhir-akhir ni. Dan saya dengar dalam berita tadi, peningkatan kes mungkin berlaku penghujung November ni sebab perubahan cuaca. 

Kan jentik-jentik hidup dalam air bertakung yang jernih. Faham sajalah kalau cuaca sekarang kerap hujan, longkang atau bekas kosong yang bertakung air tempat berpotensi pembiakan nyamuk Aedes.

Kita selalu dengar pesakit denggi diberi sup ketam, minum air 100 Plus banyak-banyak, minum air masak pun banyak untuk bantu merawat denggi.

Semalam, di group Whatsapp ada kawan saya yang juga seorang doktor berkongsi cara penyediaan jus betik sebagai rawatan sampingan untuk denggi. Jus betik, menurut kajian IMR (Institute of Medical Research) dapat membantu menaikkan kandungan platlet (yang selalunya pesakit denggi mengalami masalah kekurangan platlet maka sukar nak melawan penyakit). 

Rawatan denggi menggunakan daun betik bukanlah ubat tetapi ikhtiar sebagai rawatan sampingan.


Sebagai panduan, lihat cara penyediaan jus betik untuk diberikan kepada pesakit denggi seperti dalam gambar di bawah.

(Maaf kalau poster sedikit kabur)

Sama-sama kita menjaga kebersihan alam sekitar dan memerangi Aedes. Sungguh pun kecil tetapi kesannya amat besar dan membahayakan.

Semoga dengan ikhtiar dan dapatan kajian yang positif ini dapat mengurangkan kes denggi yang makin serius di Malaysia.

=================================

Pendaftaran kelas-kelas sepanjang Oktober:
¤ Asas Blog Penulisan atau Bisnes & Fanpage
¤ Kelas Penulisan Kreatif
¤ Kelas Menulis Ebook 
¤ Rakan Niaga
¤ Ejen Dropship
¤ Kelas Borong Telekung
¤ Kelas Akaun Online

Untuk mendaftar:
Hifzaila Hafni | 019.460.3094 | hifzaila.hafni@gmail.com

  Promosi Nasi Arab sempena Hari Raya Haji:

Untuk dapatkan Tips Motivasi dan Kesihatan:

Mencari cenderahati/doorgift untuk sebarang majlis: