Resipi Bihun Goreng Putih / Bihun Singapore

Teks & Foto: Hifzaila Hafni

Selalunya hujung minggu sajalah saya ada masa nak masak di rumah. Hari bekerja, boleh nak masak tapi lepas tu saya akan jadi sangat penat. Dan anak dah jadi sangat lapar tunggu saya siap masak. Jadi, hujung minggu kalau tak ke mana-mana, kami selesa makan di rumah saja.

Ahad lepas, saya masak bihun goreng putih dan cendawan goreng. 

Cendawan goreng rangup ni saya memang dah lama berniat nak buat lepas tengok resipinya yang mudah sangat dalam majalah. Bihun goreng pulak memang kegemaran saya sejak akhir-akhir ni. Apa saja jenis bihun; bihun goreng atau sup memang sedap sangat saya rasa. Dan bihun goreng putih ni memang selalu buat sebab mudah, bahan pun tak perlu banyak. Selalu bawak balik rumah mak kalau adik-beradik buat pot luck. Kadang-kadang adik-adik request suruh masakkan. Sedap la kot kan. Hehe.

Kalau nak cuba bihun goreng putih, atau ada yang panggil bihun singapore ye; ni resipinya ya. Anak pun boleh makan sebab tak pedas pun. Tapi Fuaad jenis yang makan pedas tau. Jadi saya lebihkan lada hitam sikit. Dalam resipi saya guna serbuk lada hitam je. Tapi nak lagi sedap, guna lada hitam biji dan tumbuk. Lagi original rasanya.

Resipi Bihun Goreng Putih

Bahan-bahan:
3 keping kecil bihun
4 ulas bawang putih
1 labu bawang besar Holland 
3/4 genggam ikan bilis 
5-6 ekor udang sederhana
1/2 batang carrot sederhana
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
2 sudu teh garam bukit
Minyak untuk menumis

Cara masak:
1. Rendam bihun seketika dengan air biasa. Jangan guna air panas nanti bihun lembik.
2. Kisar bawang putih, bawang besar dan ikan bilis.
3. Carrot dipotong julienne halus mudah nak bagi anak makan.
4. Panaskan minyak. Tumiskan bahan kisar hingga garing dan naik bau.
5. Masukkan udang. Kalau terlalu kering, masukkan sedikit air.
6. Masukkan garam dan lada hitam.
7. Masukkan bihun. Kacau rata. Masukkan carrot.
8. Goreng hingga bihun masak (hampir kering) dan carrot layu.
9. Siap untuk dihidang.

Boleh dihias dengan bawang goreng dan daun sup dan cili kicap. Atau telur hancur. Saya tak ada semua tu kali ni, cuma diiringi timun jepun. Sedapppp!


Resipi cendawan goreng saya kongsikan nanti ya.

Selamat mencuba.

Kit Ibu Berpantang dan Menyusu

Teks: Hifzaila Hafni
Foto: Carian Google

Adik ipar saya dah selamat melahirkan bayi kedua 2 hari lepas. Alhamdulillah. Mudah je bersalinnya. Bermula dengan sakit-sakit setiap 10 minit sekali, terus ke hospital, bukaan sudah pun 5 cm. Terus dibawa ke dewan bersalin, terus bersalin. Alhamdulillah dimudahkan.

Bertambah seorang lagi ahli keluarga.

Maka bermulalah tempoh berpantang. Ada yang pantang 40 hari, ada yang 44 hari. Terpulanglah. Yang penting berpantang. Sebab waktu pantang memang penting dan perlu diambil perhatian untuk kesihatan ibu di masa depan dan juga memastikan kesihatan anak yang akan disusukan nanti.

Dari segi ibu, tempoh pantang penting untuk memulihkan tenaga, merawat tubuh yang mengembang semasa mengandung serta mencuci sisa darah yang ada dalam badan. Sebab tu kena mengurut. Untuk lancarkan peredaran darah dan membuang angin serta melancarkan pengaliran susu. Jangan lupa param dan pilis juga. Atau apa-apa herba yang anda gunakan untuk memanaskan badan. Tapi jangan sebarangan. Kalau nak makan jamu atau apa-apa herba, tanya dulu orang yang lebih tua atau pakar.

Selain tu, jaga kesihatan dengan pengambilan vitamin perlu supaya susu badan yang terhasil berkhasiat dan berzat. Dan makan makanan yang seimbang serta minum banyak air untuk elak sembelit. Jangan pandang menu pantang sebelah mata ye, sebenarnya menu pantang sangat baik diamalkan sebab rendah lemak, tak berminyak dan sangat menyihatkan. Saya dulu sangat enjoy menu pantang saya. Mungkin sebab mak mertua saya masak sedap, agaknya.

Untuk yang akan melalui fasa berpantang, elok dapatkan ebook 44 Hari Panduan Pantang Tradisional & Moden. Boleh dapat banyak ilmu dan bersedia untuk berpantang.

Juga makanan tambahan dan vitamin untuk pastikan badan ibu sihat dan mendapat cukup zat untuk kembalikan tenaga yang hilang semasa bersalin serta menggalakkan penghasilan susu badan. Jangan putus asa kalau susu kurang di awal berpantang sebab keperluan bayi memang sedikit sahaja dan badan ibu menghasilkan badan mengikut keperluan bayi. Cuma kalau keadaan susu makin berkurangan, cuba makan makanan seimbang, minum lebih air dan kurangkan stres.

Selamat berpantang dan menyusu. Tips untuk ibu berpantang dengan yakin saya kongsikan nanti ya.

Untuk dapatkan ebook dan set menyusu ini, hubungi:
Hifzaila Hafni
019-4603094
hifzaila.hafni@gmail.com

Promosi Nasi Arab Al-Bayt

Sempena Hari Raya Haji.

Promosi 2 kotak hanya RM35 (asal RM40).

Promosi 4 kotak hanya RM70 (asal RM75).

Harga termasuk pos.

PM 019.460.3094 untuk order.

Maklumat lanjut di:
http://hif-onlinestore.blogspot.com

Apa yang Ibu Perlu Buat Bila Anak Selsema

Teks & Foto: Hifzaila Hafni

Semalam Fuaad selsema sikit. Berhingus hidung. Tapi alhamdulillah makan berkeping-keping jugak biskut, kata cikgunya. Dan bila bersembang pun, masih lagi melayan umminya yang hari-hari tanya soalan sama; hari ni Acik Nor (tukang masak taska) masak apa, hari ni main dengan siapa, makan biskut banyak tak. Sampailah tertidur. Angkat bawa masuk ke rumah pun, dia tak sedar. Terua tidur sampai pukul 10 malam.

Agaknya badan kurang sihat, awal dia tidur. Dan bila bangun pukul 10 tu, boleh makan nasi ayam lagi. Alhamdulillah masih nak makan dan minum. Ada la bersin sekali sekala, terus keluar hingus.

Bila Fuaad ada tanda-tanda nak selsema macam ni, saya selalunya akan bagi dia Nutriferon Shaklee. Untuk tingkatkan keimunan badan dengan sumber semula jadi.

Nutriferon ni dalam bentuk serbuk, mudah larut dalam air. Untuk anak setahun ke atas, boleh bagi suku sachet dan bancuh dengan air, bagi dia minum. Fuaad memang dah biasa minum. Lagipun rasa macam teh bunga tanpa gula. Saya dan suami pun minum bila ada tanda nak selsema. Orang dewasa boleh ambil 1 sachet.

Semalam tidur pun ok, tak ada nak terjaga banyak kali macam malam sebelumnya. Batuk, bersin pun tak ada. Pagi ini bangun pun hidung bersih kurang hingus. Nampak mood baik juga. Siap lambai abahnya nak pergi kerja.

Apa yang saya buat bila anak mula tunjuk tanda selsema, batuk, bersin:
1. Usahakan anak untuk minum lebih banyak air masak
2. Sapu minyak panas pada betis dan tapak kaki dan tidur pakai stoking (akan datang nak cuba buat minyak bawang putih)
3. Lebihkan menyusu badan. Bagi je bila-bila masa dia nak
4. Beri madu (sapu pada lidah atau dibancuh dengan air) kalau batuka berkahak
5. Beri Nutriferon dan Chewable Vitamin C Shaklee untuk tingkatkan keimunan badan

Semoga anakanda kurang selsema dan sihat macam biasa. Selsema-batuk-bersin biasa jadi kat anak yang duduk taska terutamanya. Sebab tu kat rumah saya memang sentiasa kena ada stok Nutriferon ni. Selain nak mengurangkan kebergantungan kepada ubat klinik (yang selalunya tak berkesan pada anak saya untuk kes ringan macam ni). Pilih yang semula jadi dan selamat.

Cerita tentang Nutriferon serta kebaikannya ada di sini:

http://vitamin-aktif.blogspot.com

Tempahan Blog Bisnes - Gula Kapas Shariz

Teks: Hifzaila Hafni

Alhamdulillah. Jumaat lepas saya menerima satu tempahan membina blog bisnes daripada Shariz Enterprise yang menjual produk makanan ringan seperti gula kapas (cotton candy) dan bertih jagung (popcorn).

Blog bisnes ini sudah hampir siap, jemput singgah ya.


Screenshot blog

Semoga bisnes ini bertambah maju dan sukses dengan adanya blog dan fanpage ini.

Berminat untuk menempah gula kapas atau popcorn untuk majlis anda, hubungi Puan Rina Rahman ya.

Sesiapa yang ingin menempah blog bisnes, boleh hubungi saya:
Hifzaila Hafni
SMS/Whatsapp: 019-4603094
Emel: hifzaila.hafni@gmail.com


Pakej Ebook untuk Suri Bekerja Di Rumah

Teks: Hifzaila Hafni
Imej: Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)

2 pakej ebook yang sesuai untuk mereka yang mahu mula berbisnes dari rumah.

Pakej A

Pelbagai idea bisnes boleh dijalankan dengan hanya beroperasi di rumah sebagai permulaan -- dapatkan idea melalui ebook 101 Home-based Bisnes.

Menjadi suri rumah tangga atau suri bekerjaya yang efisien dalam menguruskan kedua-dua urusan bisnes di rumah (jika ada) dan keluarga. Ikuti perkongsian ibu-ibu yang menjalankan bisnes di rumah dan dalam masa yang sama menyeimbangkan masa mengurus rumah tangga dalam ebook Super Wahm Super Mom.

Pakej kedua-dua ebook ini hanya RM50 sahaja 

(harga asal RM75).




Pakej B

Sudah mula bisnes di rumah atau ingin memulakan bisnes di rumah, jika sebelum ini berbisnes secara offline, kini mahu meneroka pasaran online, boleh mula dengan blog untuk memperkenalkan bisnes. Pelajari langkah demi langkah cara membina blog lengkap untuk mengembangkan pasaran bisnes anda melalui ebook rujukan wajib dalam Kelas Asas Blog anjuran Akademi Bekerja Di Rumah -- Belajar Asas Blog hasil tulisan Puan Masayu Ahmad.

Pakej ini disertakan dengan ebook 101 Home-based Bisnes yang amat membantu dalam proses bekerja di rumah.

Pakej ini juga hanya RM50 untuk kedua-dua ebook 

(harga asal RM100).





Untuk menempah ebook-ebook ini, boleh hubungi:

Hifzaila Hafni
Emel: hifzaila.hafni@gmail.com
PM/Whatsapp: 019-4603094

Untuk melihat dan menempah ebook lain >> DI SINI


Ciri-ciri Blog Berpengaruh

Teks: Hifzaila Hafni
Imej: Carian Google

Sesiapa saja mampu menulis blog. Dalam blog juga pelbagai cerita, isu atau info boleh dikongsi dan disebarkan. Tapi, bagaimana nak menjadikan sesuatu blog itu blog yang berpengaruh?



Berikut adalah 10 ciri penulisan blog yang berpengaruh:

1. Mesra pembaca, tidak ada gajet atau bling bling yang melampau
2. Sentiasa update dengan entri yang baru dan segar
3. Menulis entri penyelesai masalah
4. Penulisan santai dan bersahaja namun banyak kisah pengajaran
5. Blog yang konsisten menjadikan pembaca datang dan datang lagi
6. Blog yang menjadi rujukan khusus
7. Blog yang berinformasi, bebas memberi pandangan dengan penuh etika
8. Blog yang menjaga tatabahasa asas, penulisan Bahasa Malaysia formal
9. Blog yang boleh dipindahkan menjadi wang
10. Blog yang berjaya menukar pembaca kepada pelanggan

Sumber: Ebook Belajar Asas Blog oleh Puan Masayu Ahmad

Belajar menulis blog berpengaruh melalui barisan guru online Akademi Bekerja Di Rumah.

Pendaftaran dibuka setiap hari.

Untuk mendaftar:
SMS/ Whatsapp Hifzaila: 019-4603094
Emel: hifzaila.hafni@gmail.com

==================================================================

Melihat kelas asas blog yang ditawarkan >> http://hifzaila.blogspot.com/p/rakan-niaga-abdr.html

Membeli pek mudah masak Nasi Arab Al- Bayt >> http://hif-onlinestore.blogspot.com

Ebook Rahsia Khidmat Pelanggan - Pre Order

Teks: Hifzaila Hafni
Imej: Blog Puan Masayu Ahmad (http://naufalsayang.blogspot.com)




Siri 1 akan terbit pada 25 September 2014.

Harga istimewa untuk 50 pembeli pertama hanyalah RM30 (selepas itu kembali ke harga asal RM50).


Boleh pre-order sekarang!


Antara kandungan dalam ebook ini:

Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online

Bab 1: Urusniaga Online

Bab 2: Menggembirakan Pelanggan

Bab 3: Membina Keyakinan Pelanggan

Bab 4: Menawan Hati Pelanggan

Bab 5: Menghargai Pelanggan

Bab 6: Kuasa Khidmat Pelanggan

Bab 7: Khidmat Pelanggan Profesional

Bab 8: Kuasa Suara Dan Gerak Hati

Bab 9: Tingkatkan Bilangan Pelanggan Setia 

Bab 10: Tingkatkan Keuntungan Dengan Kuasa Pelanggan Gembira

Untuk tempahan (pre-order):

Hifzaila Hafni

PM/Whatsapp: 019-4603094

Cara Mendaftar Kelas Asas Blog ABDR

Teks: Hifzaila Hafni
Imej: Carian Google

Kebanyakan orang yang pm saya bertanyakan kelas asas blog adalah  bagaimana nak mula kelas blog online/offline dan bagaimana kelas dijalankan.

Baik, hari ni saya akan kongsikan cara untuk mendaftar kelas asas blog ini, selepas anda menghubungi Pengurus Online (PO) yang mengatakan anda berminat untuk tahu lebih lanjut tentang kelas.




Langkah 1:
Kenal pasti pakej kelas yang dipilih, sama ada kelas penulisan atau bisnes (atau kelas penulisan kreatif pun ada). Ini bertujuan untuk memudahkan Guru Online (GO) menyediakan bahan sebab kedua-dua kelas fokusnya berbeza. Lebih baik juga anda sudah meneliti pakej kelas yang ditawarkan supaya mudah anda membuat keputusan (selanjutnya tentang pakej kelas di sini)

Langkah 2:
Tentukan kelas yang ingin disertai secara online atau offline. (*Kelas offline untuk kelas penulisan atau bisnes sahaja).
Kelas online - dijalankan melalui secret group di Facebook, boleh mula bila-bila masa.
Kelas offline - berjumpa dan belajar secara langsung dengan GO setelah dipersetujui tempat, hari dan masa.

Langkah 3:
Bayar kepada PO harga pakej kelas yang dipilih. Kemudian maklumkan pembayaran supaya PO boleh emelkan link ebook bonus yang didatangkan dalam pakej yang telah dipilih.

Langkah 4: 
Boleh mula baca dan khatamkan ebook wajib, Belajar Asas Blog sebelum mulakan kelas untuk memudahkan proses analisa minat dan kepakaran dan pembelajaran seterusnya.

Begitulah sedikit sebanyak gambaran bagaimana proses pendaftaran kelas dilakukan. Mudah saja. PM dan bincang dengan PO tentang apa saja kemusykilan berkenaan kelas.

PO bertugas,
Hifzaila Hafni
019-4603094

Ketahui lebih lanjut tentang kelas-kelas online yang ditawarkan DI SINI.


Resipi Ikan Kembung Masam Manis

Teks & Foto: Hifzaila Hafni

Hari cuti seperti semalam selalunya saya masak di rumah. Maklum lah hari bekerja kadang-kadang terkekang dengan masa, jadi bila cuti begini barulah berpeluang nak masak untuk keluarga.

Hari ni macam biasa, saya masak resipi yang ringkas dan mudah saja. Ikan kembung masam manis dan sup cendawan dengan karot. Memang sekejap je dah siap.

Resipinya mudah saja, kalau sesiapa ingin cuba.

Ikan Kembung Masam Manis

Bahan-bahan

3 ekor ikan kembung - diperap dengan garam dan kunyit
1 sudu besar cili giling
2 biji bawang merah - dimayang
3 ulas bawang putih - dihiris
1/2 inci halia - dihiris
2 sudu besar sos pedas manis ABC
1 sudu besar sos tiram
1/2 biji tomato - dipotong baji
Minyak untuk menggoreng

Cara masak

1. Goreng ikan hingga garing. Ketepikan.
2. Kurangkan minyak goreng ikan tadi hingga cukup untuk menumis sahaja.
3. Tumis bawang merah dan putih serta halia hingga layu dan naik bau.
4. Masukkan cili giling. Tumis hingga garing.
5. Masukkan sos pedas manis dan sos tiram. Masukkan sedikit air.
6. Biar mendidih sebentar.
7. Masukkan tomato.
8. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Gaul rata kuah sos dengan ikan.
9. Hidangkan. Tabur daun bawang atau daun sup jika ada.
Senang, kan. Sos pedas manis kalau tak ada boleh ganti dengan sos cili dan sos tomato. Ok je.

Resipi sup cendawan karot saya akan kongsikan nanti ya. Atau boleh check resipi Sup Petola Cendawan di label Resipi :)

Selamat memasak!

Dia Pakai Prada? Kita Pakai Chanel.

Teks: Hifzaila Hafni
Imej: Carian Google

Dalam hidup kita sehari-hari, mesti tak lepas daripada berhadapan dengan orang yang kita kurang gemar atau yang bersikap sangatlah menjengkelkan.

Apa kita akan buat bila kita terpaksa menghadapi orang sebegini saban hari? Adakah kita mengalah atau 'membalas dendam' dengan melakukan yang lebih baik lagi?

Semalam, saya habiskan masa dengan anak dan suami menonton 'The Devil Wears Prada'. Ok, anak saya taklah menonton, dia sambil-sambil main. Filem ni, kegemaran suami saya sebab katanya setiap kali tengok dia akan 'refresh' cara untuk tangani dan kawal emosi dan perasaan bila berhadapan dengan situasi atau orang yang sukar dalam hidup kita - tapi dengan cara yang terhormat dan berhemah. Bukan dengan membalas apa yang dilakukan pada kita, tetapi lakukan yang lebih baik daripada apa yang dijangkakan.

Bunyinya sukar, dan menuntut kesabaran dan ketahanan yang tinggi. Benar, dalam filem ini, betapa Andy (dilakonkan oleh Anne Hathaway) kerapkali mengecewakan kawan-kawannya dan keluarganya dek tuntutan kerja yang melampau mengikut arahan bosnya, Miranda (lakonan Meryl Streep).

Dahlah teruk dimaki hamun, bukan tak dikutuk, bahkan macam-macam terpaksa dia hadapi. Tapi, apa yang kita boleh belajar dan ambil iktibar -- bagaimana Andy berubah menjadi lebih baik dan mengubah penampilan (sebab beliau dalam industri fesyen perlu menjaga penampilan) dan dalam masa yang sama cuba kuatkan hati dan semangat dengan mencabar diri melakukan semua tugasan yang diberikan dan tidak membiarkan sikap bosnya yang angkuh tu menjatuhkan dirinya dan membuatkannya mengalah.

Haa. Saya memang kagum dengan sikap macam ni dan saya berharap dapat sedikit tempias pun tak apa.

Nak tahu lanjut, boleh beli DVD dan tonton ya. Sangat memberi inspirasi.



Satu lagi filem kesukaan saya, The Pursuit of Happyness.

Lakonan mantap Will Smith, berdasarkan kisah benar seorang stock broker, Chris Gardner. Bagaimana Chris mengendali hidup gelandangan, tidak berumah, miskin, isteri lari sebelum berjaya dalam bidangnya.

Saya belajar maksud ketahanan dan kesabaran, serta menggunakan segala sumber yang ada walaupun minimum. Hidup dengan sumber yang ada, dan bersyukur dengan itu.

Chris adalah jurujual mesin imbas ketumpatan tulang. Dia bergerak dari satu hospital /klinik untuk menjual mesin tersebut dan memang sukar nak yakinkan doktor untuk membeli. Selain pengetahuan luas tentang produk dia (mesin tersebut), dia juga tahu membaiki komponen yang rosak pada mesin tersebut. Kalau kita menjual pun, kena lah ada ilmu tentang produk yang kita jual ye. Kalau tak, macamana nak yakinkan orang untuk membeli. Ini memang iktibar dan panduan yang sangat baik untuk saya. Walaupun bisnes kecil tapi yang besar selalunya bermula dengan kecil, kan.

Berbalik kepada Chris. Dia terus berusaha nak habiskan stok 1 lagi mesin tapi masih tak berjaya. Dalam pada itu, hidupnya terhimpit dengan masalah kewangan, isteri yang dah tak tahan lagi hidup begitu, dan perlu menanggung seorang anak. Akhirnya hidup sebagai gelandangan, berebut dengan gelandangan lain untuk mendapatkan bilik berteduh. Pernah tidur dalam tandas. Sampailah dia berjaya menjadi perantis satu syarikat besar; yang bukan mudah dia nak dapat peluang tu. Ada lagi perjalanan sukar dia sebelum mencapai kejayaan tu, tapi cukuplah saya kongsi yang di atas ini.

Macam biasa, sila cari DVD untuk tahu cerita keseluruhannya. Moral yang sangat baik untuk direnung dan diambil pengajaran.




Nak kekal bermotivasi, motivasi perlu dicari. Tak cukup buku, dengar ceramah, tengok video atau dengar lagu yang mampu beri inspirasi. Atau tonton filem. Jangan asyik baca blog gossip aje ye. Ops.

Selamat Hari Malaysia!

=====================================================================

>> Pendaftaran kelas blog dibuka setiap hari. Boleh pilih nak belajar secara offline (face to face) atau online.

>> Peluang menjadi Rakan Niaga / Pengurus Online ABDR juga dibuka pendaftaran sekarang.

Hifzaila Hafni
hifzaila.hafni@gmail.com
019-4603094


Resipi Sarapan: Lempeng Oat

Teks & Foto: Hifzaila Hafni

Bersarapan lempeng oat pagi semalam. Selalu buat lempeng biasa saja cuma terfikir macamana nak manfaatkan sebalang besar oat yang dah dibeli. Niat untuk amalkan pemakanan lebih sihat, gitu.

Selain daripada dijadikan minuman, oat juga boleh dipelbagaikan cara pengambilannya. Ada yang menyalut makanan yang ingin digoreng dengan oat untuk hasil gorengan yang lebih rangup dan berkhasiat. Ada yang membuat biskut. Kali ni saya cuba masukkan oat dalam lempeng.

Mulanya guna Google juga untuk pastikan resipi, tetapi lepas tu gabungkan saja resipi yang saya jumpa berdasarkan bahan yang ada di rumah.

Ini resipi lempeng oat versi saya.

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan oat segera
1 biji telur
1/2 cawan susu segar / rendah lemak
1 1/2 cawan air
1 sudu besar minyak masak
Sedikit garam
Sedikit mentega

Cara masak:
1. Bancuh tepung dengan air. Air dimasukkan sedikit demi sedikit.
2. Masukkan oat, telur yang telah dipukul dan susu.
3. Kacau sebati dan pastikan bancuhan tidak berketul.
4. Masukkan minyak dan garam. Gaul sebati.
5. Bancuhan perlu cair sedikit supaya lempeng tak terlalu padat dan keras.
6. Panaskan kuali non-stick.
7. Lengserkan sedikit mentega dalam kuali dan tuang 1 senduk bancuhan tepung. Ratakan.
8. Biarkan masak barulah dibalikkan.
9. Masak dalam 2-3 minit, kemudian boleh diangkat.
10. Hidang bersama madu.

Selain madu, boleh guna sirap mapel atau coklat, mentega kacang atau serunding. Terpulang mengikut selera masing-masing.

Selamat mencuba!

Bebaskan...bebaskan...

Teks: Hifzaila Hafni
Imej: Carian Google
Video: Youtube

Walaupun saya belum pernah menonton Frozen, tapi mendengarkan komen yang sangat positif daripada orang-orang di sekeliling saya, membuatkan saya teringin juga nak tengok. Katanya kisah adik-beradik ya (itu pun baca di Wikipedia). Tak apa nanti nak pinjam CD Frozen kat anak buah la macam ni.





Yang pasti, saya suka lagu tema Frozen - Let It Go. Sepanjang minggu ini, saya mesti dengar sekurang-kurangnya sekali. Saya suka lirik dan tenaga yang ada dalam lagu tersebut. Lagu ni pun dah ada versi Bahasa Malaysia - Bebaskan nyanyian Marsha. 

Rasa motivasi menurun, rasa takut, rasa terperangkap - bersemangat sikit lepas dengar lagu ni. Tak bersemangat banyak, sikit pun tak mengapa kan.





Salam Ahad! 

Selamat berhujung minggu :D


Manfaatkan Platform Promosi Produk

Teks: Hifzaila Hafni
Video: Youtube

Apa pun produk yang kita jual, yang penting adalah promosi. Yang penting ketahui kumpulan sasaran pelanggan dan gunalah segala media sosial yang ada untuk mempromosikan produk anda.

Kalau ada berapa banyak pun stok, atau betapa bagus produk anda, tetapi tidak diiklan atau dipromosikan kebaikannya, bakal pelanggan takkan tahu. Jadi, dengan kemajuan teknologi yang ada sekarang, mudah sahaja untuk tingkatkan pelanggan dan mensasarkan pelanggan baru selain menambah jaringan bisnes.

Itu info yang Irfan Khairi kongsikan dalam video di bawah. Jemput tonton :)


Iklan di mana sahaja, kini terdapat pelbagai platform untuk mengiklan dan mempromosi seperti Mudah.my, eBay atau Lelong.com. dan macam-macam lagi.

Atau boleh juga beriklan di Soho Directory, tapak sewa iklan yang diuruskan oleh barisan guru online Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Dengan sewa yang berpatutan, produk atau bisnes anda akan diiklan di lebih daripada 800 blog yang bergabung di ABDR, sekaligus meningkatkan jaringan bisnes dan capaian sasaran pelanggan.

Hubungi:

Hifzaila Hafni
Pengurus Online ABDR
Emel: hifzaila.hafni@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-4603094

=======================================================================

Untuk melihat contoh iklan di SOHO Directory:

>> http://sohodirectory.blogspot.com/2014/08/hif-online-store.html


Untuk lebih info tentang meletakkan iklan di SOHO Directory, di sini:

>> http://hifzaila.blogspot.com/p/sewa-ruang-iklan-soho-directory.html


Ulasan Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif oleh Nurhidah Halun


Teks : Nurhidah Halun
Gambar : Carian Google

Ulasan Kelas Asas Blog Penulisan

Terus-terang saya katakan, saya biasa menulis. Baik di muka buku, blog, dalam komputer riba atau komputer peribadi, buku catatan harian, malah di kertas kosong hatta kertas kerja pelanggan sekalipun. Pendek kata, saya memang suka menulis.

Berhenti bekerja, bukanlah keputusan yang mudah. Namun, sesuatu harus dilakukan bagi menggantikan kebiasaan bekerja agar tugas sebagai suri rumah tidak begitu membosankan bagi segelintir masyarakat seperti saya. Lalu, harapan saya tinggi. Mungkin, setinggi Gunung Kinabalu sewaktu menjelajah laman skrin ‘Google’ dan mencari buku atau nota panduan bagaimana menjadi seorang penulis dan menghasilkan karya penulisan yang terbaik.

Rezeki saya bertemu dengan laman di muka buku yang bertajuk Kelas Asas Blog Penulisan Karya Kreatif di bawah kelolaan Puan Monalita Mansor. Selepas berhubung dan mengetahui terma-termanya, saya teruja untuk mengikut sesi pembelajaran secepat mungkin.

Lalu, saya menerima pelbagai buku panduan penulisan dan senarai tugasan kelas. Saya bertindak membaca secepat mungkin agar bersedia mengikut kelas dalam masa terdekat. Angan-angan saya setinggi Gunung Kinabalu tadi sudah diletakkan sebagai matlamat.

Melalui kelas, saya diajar pelbagai perkara seperti :-
1) Perkara-perkara asas seperti pembinaan blog, pautan dan menjemput trafik yang tinggi ke dalam blog. Saya yang hanya tahu tentang asas seperti memasukkan entri dan membuat pautan sudah mengetahui lebih banyak, termasuklah mencantikkan blog dan memasukkan muzik ke dalam blog

2) Penggunaan tatabahasa dan kesilapan-kesilapan yang biasa dilakukan oleh seorang penulis. Penekanan diberikan kepada kepentingan tatabahasa yang betul mencerminkan kebijaksanaan penulis. Kekurangan kesilapan ini akan menarik minat penerbit untuk tujuan terbit karya, ataupun melancarkan pembacaan. Oleh itu, pelajar akan didedahkan kepada kesilapan-kesilapan ketara dalam penggunaan ‘di’, ‘dari’, ‘daripada’, tanda baca, dan lain-lain lagi.

3) Bagaimana menghasilkan sebuah cerpen yang bermutu. Penggunaan tema, plot, konflik, gaya bahasa, teknik, perlukisan latar dan pemilihan watak dan perwatakan serta format penulisan dikupas satu per satu dengan teliti dan mendalam. Oleh itu, penulis diajar dan dikerah untuk mengguna pakai semua perkara di atas ketika menyiapkan tugasan yang berupa cerpen.

4) Cara menghasilkan karya (cerpen) dengan teknik yang mantap dan menarik minat pembaca. Melalui teknik ini, tugasan akan diberikan untuk menghasilkan cerpen yang baik. Saya sendiri telah siap menulis beberapa cerpen yang dikategorikan sebagai baik dan sesuai untuk terbitan (menurut komen cikgu kelas). Bagaimanapun, saya akan peram dahulu sebelum bersedia untuk dihantar terbit.

5)  Pendedahan Melalui Sesi Bedah Karya. Di sini juga buat pertama kalinya saya berdepan dengan situasi ‘mengkritik’ karya yang dihasilkan. Setelah penat menulis dan menggarap idea, saya menyangkakan keberhasilan yang terbaik dan meminimakan kesilapan. Namun, kesilapan itu terlalu banyak yang tak terlihat oleh mata kasar sekalipun sebenarnya saya tahu. Paling menarik, kita didedahkan dengan pengurusan emosi selepas karya dikritik, dikomen, dihentam, ditegur dan diulas. Berdepan dengan para guru (termasuklah di kalangan rakan penulis sendiri) adalah lebih baik sebelum karya kita dihentam dan dikritik oleh para pembaca di luar sana.

6)  Pengenalan tentang cara menghantar karya untuk tujuan terbit dan pemilihan sasaran pembaca. Nasihat dan panduan daripada tenaga pengajar dan para penulis yang pernah berkongsi pengalaman terbit karya. Oleh itu, selepas karya dikritik dan dibaiki, kita disarankan agar menghantar kepada pihak pernerbitan yang sesuai mengikut tema cerita. Jadi, kita akan diberikan garis panduan terma-terma yang perlu diikuti selaras dengan rumah penerbitan yang dipilih.

7)  Pasukan/Jemaah pengkarya yang mempunyai angan-angan dan impian yang sama. Di sinilah saya membina pasukan jemaah penulisan untuk sama-sama berkongsi ilmu, memberi semangat dan nasihat/teguran membina serta melakar haluan penerbitan karya kami bersama. Syukur, saya temui rakan-rakan yang memberi impak yang cukup besar dalam dunia penulisan saya yang kecil ini. Sesungguhnya, inilah ganjaran yang tidak terukur nilainya pada saya.

8)  Penasihat/Pembimbing dan Editor utama. Bagi saya matlamat jangka panjang itu boleh dicapai dengan pembinaan ukhuwah yang berpanjangan terhadap sesama rakan dan guru pembimbing. Ini kerana pengalaman dan pengetahuan mereka sangat luas. Bukan sahaja dalam penulisan cerpen tetapi juga penulisan novel. Jadi, melalui kelas ini saya berasa bersyukur mempunyai guru yang boleh bertindak sebagai editor saya bukan setakat untuk cerpen bahkan untuk penulisan novel yang sedang saya usahakan. Semoga kejayaan saya akan menjadi kebanggaan para guru suatu hari nanti.

Buat Cikgu Monalita Mansor, ucapan TERIMA KASIH yang tak terhingga dari saya. Semoga Allah dapat membalas segala ilmu yang cikgu curahkan kepada saya selama ini dan akan datang. Amin.

http://nurhidahhalun.blogspot.com/

***Nota Guru - Cerpen pertama Nurhidah sudah tersiar di majalah Wadah Siswa pada keluaran no 19, bertajuk Tali Leher Pengawas. Bakal menyusul cerpen yang kedua iaitu, Air Mata Adik. Insya-Allah. 


---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mengalami pengalaman yang sama seperti Nurhidah dan mengasah bakat penulisan kreatif anda?

Daftar ke Kelas Asas Blog & Penulisan Kreatif melalui:
Hifzaila Hafni
SMS/Whatsapp: 019-4603094
Emel: hifzaila.hafni@gmail.com
Facebook: Hifzaila Hafni

Untuk melihat kelas-kelas asas blog online yang ditawarkan:
>> http://hifzaila.blogspot.com/p/rakan-niaga-abdr.html

Untuk membeli pakej ebook pilihan suri:
>> http://hifzaila.blogspot.com/p/ebook-pilihan-suri.html

Untuk membeli pek Nasi Arab Al-Bayt:
>> http://hif-onlinestore.blogspot.com


Apa Itu Dropship? oleh Puan Zefa Nor Asmara

Teks: Hifzaila Hafni

Ramai yang tidak tahu atau keliru tentang konsep dropship. Sebenarnya bisnes dropship sangat bagus untuk orang yang mahu mula berbisnes tetapi kekurangan modal. Juga sesuai untuk yang baru hendak mula berbisnes dan menjana pendapatan sampingan di samping belajar selok-belok bisnes. 

Bisnes dropship lazimnya dijalankan secara online sahaja. Jadi, perkara penting yang harus ada sebelum memulakan bisnes ini adalah gajet seperti laptop atau telefon pintar beserta talian internet.

Ramai juga usahawan online yang bermula dengan bisnes dropship seterusnya mampu menyimpan modal dan menjadi dropshipper pula. 

Ikuti dengan lebih lanjut penerangan tentang konsep dropship melalui perkongsian cerita mudah oleh rakan ABDR, Puan Zefa Nor Asmara.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Apa Itu Dropship?

Teks: Zefa Nor Asmara Jubir (http://zefanorasmara.blogspot.com/)

Foto: Carian Google

Tahun ini masuk hampir tahun ketiga saya benar-benar serius dengan bisnes online. Bermula dengan dropship, kemudian modal kecil-kecilan, dan kini alhamdulillah mampu mempunyai stok sendiri dengan rangkaian dan jaringan rakan bisnes di bawah saya.

Walaubagaimanapun, hingga kini masih ada juga barang yang saya jual yang berkonsepkan dropship. Ini kerana konsep dropship ini mudah, kurang risiko dan menguntungkan.

Apa itu dropship?

Secara ringkasnya, dropship adalah perniagaan tanpa modal dan boleh digambarkan dengan carta di bawah..

Apa itu dropship?

Untuk memudahkan pemahaman, saya akan jelaskan apa itu dropship dalam bentuk penceritaan beserta soalan dan jawapan.

Kisah Salmah dan Sistem Dropship

Salmah mahu berniaga, tetapi dia tidak mempunyai modal. Syarikat ABC yang menjual pakaian kanak-kanak menawarkan Salmah menjadi agen dropship untuk barang-barang dikedainya. Salmah bersetuju dan berdaftar sebagai agen dropship Syarikat ABC. Merujuk kepada carta di atas Syarikat ABC adalahdroshipper dan Salmah adalah reseller.
Bagaimana Salmah menjual?

Salmah akan diberikan maklumat dan gambar yang berkaitan dengan produk jualan Syarikat ABC. Selepas itu Salmah perlu mula mempromosi di blog, di FB, promosi pada jiran-jiran, promosi pada kawan sekerja, dan lain-lain cara mengikut kreativiti Salmah.

Sekiranya ada pelanggan (buyer) yang mahu membeli barang tersebut, Salmah akan mengambil pesanan dan bayaran. Selepas itu Salmah beri pula maklumat tempahan kepada syarikat ABC dan membuat bayaran.

Syarikat ABC akan menguruskan penghantaran barang kepada pelanggan.

Bagaimana Salmah untung?

Sebagai contoh, sepasang gaun kanak-kanak dijual dipasaran dengan harga RM85.00 tetapi Salmah hanya perlu membayar RM65.00 kepada Syarikat ABC untuk harga pakaian dan kos pos. maka Salmah untung RM20.00 di atas hasil jualan tersebut. Harga agen biasanya telah ditetapkan oleh droshipper.

Apa kelebihan yang Salmah terima?

Salmah tetap boleh berniaga walaupun dia tiada modal. Selain itu, salmah juga tidak perlu menyimpan stok dan tidak perlu memnanggung kerugian sekiranya barang jualan tidak laku. Untuk online bisnes pula, Salmah tak perlu susah-susah pergi pejabat pos sebab dropshipper yang akan uruskan. Salmah hanya perlu kempen dan mendapat keuntungan hasil jualan.

Adakah dropship dikenakan yuran?
Ini bergantung kepada syarikat yang mengendalikan program dropship tersebut. Sekiranya ada, yuran yang dikenakan kebiasaannya tidak tinggi dan lebih kepada yuran komitmen untuk mengelakkan peserta berdaftar hanya kerana mahu harga yang murah untuk pembelian diri sendiri. Malah pengendali dropship akan memberi maklumat-maklumat penting dan cara-cara pemasaran yang berkesan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ingin cuba berbisnes online atau dropship:



Ingin belajar bina blog bisnes dan fanpage:



Ingin menempah pek mudah masak Nasi Arab (Mandy, Kabsah dan Maqluba):



atau berhubung terus untuk info lanjut:

Emel: hifzaila.hafni@gmail.com

SMS/Whatsapp: 019-4603094

Facebook: Hifzaila Hafni

Menangani Anak Mengamuk

Teks: Hifzaila Hafni
Imej: Carian Google

Kadang-kadang sesabar mana pun ibu bapa, ada ketika hilang sabar juga. Tambah lagi bila kita kepenatan dan anak buat perangai. Walaupun puas menahan sabar, bila dipujuk berkali-kali masih tak menjadi, memang kita mudah nak naik angin.

Tapi, bukan salah anak kita.
Kita yang tak memahami keadaan emosi dia.

Ini situasi untuk anak di bawah 2 tahun ya, iaitu merujuk kepada situasi saya sendiri.

Anak saya kurang sihat. Selsema dan batuk. Jadi, memang faham sangat bila dia jadi sedikit cranky dan buat perangai. Tapi, dia hanya buat perangai begitu bila dengan saya atau abahnya saja. Dengan Atuk dan Wan, makcik-makciknya, sepupunya semua ok. Boleh bermain aktif walaupun dia kurang sihat. Begitulah cabarannya kan. Anak lain macam mengadanya bila dengan mak ayah. Manja sangat tiba-tiba.

Semalam, dalam perjalanan balik ke rumah dari rumah mak, anak saya ok saja. Ditunjuk lampu, bas, lori, tol -- dia ikut saja apa yang saya sebut. Sebelum sampai ke rumah, kami singgah beli burger. Masa tu pun, mood dia masih ok. Sesampai kami di rumah pun, dia ok sampailah saya nak makan burger tadi. Ada 2 biji - satu untuk saya, satu untuk abahnya. Biasa memang saya kongsi saja makanan saya dengan dia. Tapi semalam, dia tak nak tapi nak yang abahnya punya. Siap ambil sendiri atas meja dan minta saya bukakan bungkusan burger. Dan nak MAKAN SENDIRI sebiji burger ayam tu.

Tak dibaginya kita suapkan. Nak pegang sendiri. Nak makan sendiri. Saya tak bagi, dia mula menangis. Makin kuat sampai saya memang hampir hilang sabar. Saya dah bagi, dia menangis juga. Abahnya pujuk pun, menangis lagi. Sampai satu tahap, saya habiskan burger saya, saya biarkan dia tenang sendiri tanpa dipujuk. Abahnya dukung keluar dia tetap juga menangis.

Kedua-dua kami tak berjaya nak memujuknya.

Saya tarik nafas dalam-dalam. Dukung dia bawa masuk semua bilik dengan harapan dia akan tenang. Sama saja dia tetap mengamuk hinggalah saya baringkan dan menyusukannya.

Baru dia berhenti menangis. Memang menyusu lazimnya jalan terakhir saya gunakan untuk tenangkan dia.

Saya dan suami membuat kesimpulan: dia mengantuk (kesan ubat mungkin) tetapi ditahan matanya. Dan dia marah / sentap bila saya tak benarkan dia pegang burger tadi sendiri sekaligus meleret-leret marahnya, mengamuk hingga sukar dipujuk.

Anak tunjuk perasaan.

Dia tak mampu bersuara, menangis la 'suara'nya.

Dan kami tak faham signal itu semalam. Sedih sangat rasa bila kita tak faham apa yang anak kita mahukan. Dan dari situlah betapa penting dan perlunya belajar ilmu keibubapaan (parenting).



Di Facebook tadi suami saya ada tag artikel berkenaan tantrum pada anak dan cara mengatasinya. Di sini saya kongsikan, untuk perhatian ibu bapa yang membaca.


Menangani Tantrum Anak

Sumber: Facebook
Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.
Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:
1- Pegang dia seperti dalam gambar ini.
2- Bisik kan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
3- Baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kepadanya dan anda.
4- Tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang
5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.

*Kenali Apa Itu Tantrum?
Tantrum bermaksud kemarahan secara tiba-tiba. Manakala "Temper Tantrum" ialah suatu luapan emosi yang meledak-ledak sehingga tiada kawalan diri. Temper Tantrum seringkali muncul pada anak usia 15 bulan – 6 tahun. Tantrum biasanya terjadi pada anak yang hyper-aktif. Tantrum juga lebih mudah terjadi pada anak-anak yang dianggap "sulit", dengan ciri-ciri sebagai berikut:
1) Kanak-kanak tidak cukup tidur.
2) Makan dan proses pembuangan najis tidak teratur.
3) Kekok dengan situasi baru atau orang yang dia tidak kenali.
4) Lambat beradaptasi terhadap perubahan.
5) Emosi tidak tenteram (sering negatif).
6) Mudah marah dan mudah menangis.
7) Sulit dialihkan perhatiannya.
Tantrum termanifestasi dalam berbagai perilaku. Berikut adalah beberapa contoh perilaku Tantrum, mengikut peringkat usia:
Dibawah Usia 3 tahun
·Menangis
·Menggigit
·Memukul
·Menendang
·Menjerit
·Memekik-mekik
·Menghempaskan badan ke lantai
·Memukul-mukulkan tangannya
·Menahan nafas
·Menghentakkan kepala
·Melemparkan barang
·Menyangkung
·Memeluk tubuhnya
Usia 3-4 tahun
·Perilaku tersebut diatas
·Menghentakkan kaki
·Berteriak
·Meninju
·Membantingkan pintu
·Mengkritik
·Merengek
Usia 5 tahun keatas
·Perilaku-perilaku tersebut diatas
·Memaki hamun orang lain @ ibubapanya
·Menyumpah
·Memukul kakak @ adik @ kawan-kawannya
·Mengkritik diri sendiri
·Memecahkan barang dengan sengaja
·Mengancam
·Merungut
·Trauma @ fobia keatas sesuatu yang menekan emosi anak.
*FAKTOR PENYEBAB TANTRUM
Ada beberapa faktor yang menyebabkan terjadinya Tantrum. Diantaranya adalah seperti berikut:
1) Kehendak @ Keinginan Anak Di Halang
Setelah tidak berhasil meminta sesuatu yang tetap pada keinginannya, maka sianak mudah saja melepaskan emosi tantrumnya yang bertujuan mendesak ibubapanya agar memenuhi impiannya.
2) Ketidakmampuan anak mengungkapkan dengan perkataan
Kanak-kanak bawah usia 4 tahun memiliki keterbatasan bahasa. Amat sukar sekali untuk mereka menterjemahkan keinginan mereka dalam bentuk bahasa yang mudah untuk kita fahami. Oleh itu, kondisi mereka yang masih tidak betah telah menekan emosi mereka menjadi kecewa dan secara tidak langsung mewujudkan frustasi pada diri mereka dan disampaikan dengan sikap tantrum.
3) Pergerakan yang Terhad
Kanak-kanak yang hyper-aktif sudah biasa dengan pergerakan yang bebas tanpa kongkongan atau batasan. Sekiranya, ibubapa cuba mengawal pergerakan atau hadkan kelakuannya menjadi sopan dan bertertib, maka ini mewujudkan stress pada diri sianak. Untuk anak melepaskan stress, maka wujudnya tantrum. Sebagai contoh; anak hendak minum menggunakan gelas, ibu atau pengasuh tidak benarkan dan menggantikan dengan cawan plastik; sianak masih bertegas dengan keinginannya, maka telah wujud sifat amarah dalam dirinya dan untuk dia melepaskannya dia akan bersikap tantrum agar kehendaknya
diperbolehkan.
4) Asuhan Ibubapa
a. Terlalu dimanjakan apabila semua keinginan dipenuhi dan tetiba ada keinginannya yang lain tidak diikutkan.
b. Asuhan yang tidak konsisten – tidak menerangkan yang mana baik dan yang mana buruk (tiada penjelasan diberikan). Apabila anak melakukan kesilapan dan secara tiba-tiba kita menegur dan menghukum, maka inilah komplikasi yang timbul dengan wujudnya tantrum.
c. Ibubapa bertelagah pendapat yang mana baik @ buruk untuk si anak.
5) Anak merasa penat, lapar atau dalam keadaan sakit.
6) Anak sedang stres
Samada anak penat dengan bebanan tugasan sekolah, dan lain-lain atau kerana merasa tidak aman (insecure).
7) Trauma @ Fobia
Anak diseksa atau pernah menyaksikan sesuatu yang ngeri atau diperkosa sejak kecil. Trauma yang melanda dirinya menjadikan emosinya tak tenteram. Kanak-kanak mengharapkan perlindungan yang aman. Apabila itu terjadi, dia beranggapan bahawa ibubapa tidak memberikan kasih sayang atau keamanan yang diharapkan. Maka dia akan tantrum untuk melepaskan tekanan yang melanda emosinya. Tantrum ini memakan masa untuk pulih dan akan terbawa sehingga dia dewasa.
Moga bermanfaat untuk kita menangani tantrum yang mungkin terjadi pada anak-anak kita. Banyak yang aku pelajari daripada artikel ini. Sharing is caring.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jadi ibu yang bijak urus masa, urus tenaga dan urus rumah tangga.

Dapatkan ebook Super WAHM Super Mom - sebuah perkongsian ibu-ibu yang sibuk dengan kerjaya dan bisnes tetapi masih mampu mengurus keluarga dengan baik.




Ebook ini hanya RM25 tetapi penuh dengan ilmu dan info.

Atau dapatkan pakej ebook promosi berikut, pilihan yang lebih nilai dan berbaloi. Harga asal pakej ini ialah RM75 (kini hanya RM50 untuk dua ebook).



Untuk melihat pilihan ebook lain >> http://hifzaila.blogspot.com/p/ebook-pilihan-suri.html

Tempah melalui:

Hifzaila Hafni
SMS/Whatsapp: 019-4603094
Emel: hifzaila.hafni@gmail.com
Facebook: Hifzaila Hafni



Ulasan Kelas Asas Blog Bisnes, Fanpage & Beriklan di Mudah.my

Teks: Puan Maya HS (daripada blog http://mayahscollection.blogspot.com)

Ulasan Kelas Asas Blog Bisnes, Fanpage & Beriklan di Mudah.my





Kebanyakan status beliau bercerita tetang perniagaan online dan bagaimana mahu berniaga online. Jadi suami menyarankan agar saya bertanya terus kepada beliau. Saya menceritakan masalah saya pada puan Zaila dan beliau meyarankan saya agar mengambil pakej "belajar kelas asas blog, fanpage & iklan mudah.my .
Kelas ini merupakan kelas 100% menggunakan Bahasa Melayu, agak mudah difahami kerana saya bukanlah orang yang hebat dalam Bahasa Inggeris dan dalam pengetahuan computer. Saya juga pernah ke kelas offline puan Zaila iaitu di rumahnya. Banyak tips dan cara-cara membina perniagaan di internet, cara asas menulis di blog dengan betul, cara berniaga di fanpage dan cara letak iklan di mudah.my telah diberikan kepada saya. Barulah saya tahu berniaga online bukan hanya di facebook sahaja dan bukannya perlu 24 jam menghadap komputer sahaja untuk mengepos gambar peniagaan kita. Dulu, walaupun saya telah mempunyai fanpage,blog dan akaun Mudah.my tetapi saya tidak tahu cara bagaimana menggunakannya, inilah kelemahan diri saya. Saya tahu membuat kesemua akaun tetapi tidak tahu cara untuk memainkan perniagaan di situ.
Puan Zaila juga mengajar online sesuai bagi saya yang tiada masa untuk pergi ke mana-mana ini. Sambil berniaga pun saya boleh belajar di kelas online beliau sentiasa memberi tunjuk ajar kepada saya apa bila saya buntu. Walau pun pelajaran kelas saya telah berakhir tetapi puan Zaila sentiasa memberi kata-kata semangat dan nasihat-nasihat yang positif, nasihat yang boleh diguna pakai di dalam perniagaan.
Dengan mengikuti kelas asas ini kini saya tidak lagi perlu 24 jam menghadap komputer, kehidupan saya teratur,kerja-kerja rumah selesai,saya mempunyai masa untuk keluarga dan untuk pergi ke kelas pengajian al-quran & tajwid yang saya ikuti dan yang paling penting peniagaan saya berjalan lancar.
Apa pun yang kita lalukan harus ada mentor dan mentor itu penting.
kata-kata nasihat oleh Dr Azizan Osman saat saya dan suami mengikuti seminar beliau di Kuala Lumpur masih terngiang-ngiang di telinga saya, benar sekali...Wang bukan ukuran untuk kita menimba ilmu. Jadi kepada anda yang mempunyai masalah sama seperti yang saya alami, jom sertai AKADEMI BEKERJA DI RUMAH dengan mengikuti kelas-kelas asas berniaga yang mereka anjurkan.
Sekian ulasan saya mengenai kelas asas blog,fanpage & iklan mudah.my .
Semoga ianya bermanfaat untuk anda.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk melihat senarai kelas online yang ditawarkan melalui Akademi Bekerja Di Rumah >> http://hifzaila.blogspot.com/p/rakan-niaga-abdr.html

Untuk mengetahui pakej yuran kelas online >> http://hifzaila.blogspot.com/p/yuran-pakej-kelas-online.html

Untuk mendapatkan ebook pakej bekerja di rumah >> http://hifzaila.blogspot.com/p/ebook-pilihan-suri.html

Untuk tempahan blog bisnes >> http://hifzaila.blogspot.com/p/tempahan-blog-bisnes.html

Ingin menjadi Rakan Niaga ABDR >> http://hifzaila.blogspot.com/p/rakan-niaga-abdr_8.html

Untuk menempah pek mudah masak Nasi Arab Al-Bayt >> http://hif-onlinestore.blogspot.com