Merdeka dan Nikah

Teks: Hifzaila Hafni

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 57!

Alhamdulillah kita masih hidup dalam negara yang aman merdeka, damai dan bahagia. Walaupun dengan pelbagai dugaan yang datang, kita masih berada di sini sebagai sebuah negara merdeka.

Alhamdulillah juga majlis pernikahan dan persandingan adik ipar saya telah berlangsung dengan lancar semalam. Banyak yang ambil kesempatan menamatkan zaman bujang hujung minggu yang panjang ni, kan? Apapun, selesai satu urusan dan tanggungjawab abah mertua saya setelah tanggungjawab menjaga adik ipar saya tu dan berpindah ke tangan suaminya. Semoga berbahagia dengan hidup baru, Suraya.

Hari Jumaat, sebelum akad nikah, dibacakan khutbah nikah untuk perhatian pengantin dan juga seluruh ahli keluarga. Baik sangat didengar. Hal tanggungjawab suami-isteri, teguran dan nasihat untuk difikir dan diperbaharui (untuk pengantin lama macam saya). Antaranya, isteri jangan selekeh sangat depan suami. Suami kena sediakan tempat tinggal, keperluan keluarga. Itu antara yang saya ingat. Hehe.

Sesekali dengar khutbah nikah ni elok juga. Kita ni selalunya lupa. Atau buat-buat lupa. Kadang memang tak pernah tahu. Biasalah manusia.

Teringat masa nikah dulu, lenguh bersimpuh nak tunggu selesai. Maklum lah hari nikah dan sanding je saya kena jadi perempuan melayu terakhir. Menunggu akad nikah, teruja gembira dan sayu juga. Terharu pun ada. Setelah berhempas pulas siapkan majlis dan yang terharu saudara mara yang ramai hadir masa nikah sekaligus menggantikan mak ayah saya yang dah tiada.

Alhamdulillah juga semua berjalan lancar dan selamat. Dah ada anak seorang dah ��

Satu lagi yang perlu sangat saya syukuri sebab dikurniakan keluarga mertua yang baik. Mak dan abah mertua ada mengganti kehadiran arwah mak ayah saya yang dah pergi dulu. Alhamdulillah.

Perkahwinan perlu diiringi tanggungjawab. Banyak tanggungjawab yang perlu dipikul dan diambil perhatian. Saya pun terkadang terlupa tapi kita kena lah saling mengingat.

Selamat Hari Merdeka semua ��

====================================

Mahu sertai Kelas Asas Blog Penulisan?

Bersama-sama barisan Akademi Bekerja di Rumah dan jana wang dari rumah melalui blog.

Ketahui caranya. Hubungi:

Hifzaila Hafni, Pengurus Online

hifzaila.hafni@gmail.com

019-4603094

Punca Pendarahan di Awal Kehamilan

Teks: Hifzaila Hafni
Imej: Carian Google

Semalam, saya terima berita yang biras saya mengalami pendarahan. Dia sedang mengandung kira-kira 2 bulan. Jadi bila mendapat khabar begini, risau juga dibuatnya.

Bermula di rumah bila dia tengah buat kerja-kerja rumah, dia perasan ada cecair panas mengalir keluar. Rupanya darah. Terus ke klinik dan akhirnya ke hospital. Ibu mengandung sekalian, kalau terdapat walau setitik darah yang keluar sekalipun semasa mengandung, pergi klinik/hospital untuk pemeriksaan lanjut ya.

Pendarahan ringan di awal kehamilan biasa berlaku, yang mana rupanya macam darah haid juga tapi lebih ringan dan sedikit. Berwarna coklat ke merah dan sering berlaku dalam trimester 1. Pendarahan sebegini boleh jadi tanda-tanda biasa di awal kehamilan tetapi juga boleh menjadi tanda awal keguguran. Jadi elok jumpa doktor untuk tindakan lanjut dan pemeriksaan.

Punca pendarahan faraj di fasa awal hamil boleh disebabkan oleh:
● Hormon yang kawal kitar haid telah cetuskan pendarahan pada waktu kita sepatutnya haid. Pendarahan ni namanya pendarahan penembusan.
● Perlekatan telur yang dah disenyawakan pada lapisan uterus. Ini dikenali sebagai pendarahan implantasi.

Tapi pendarahan faraj boleh disebabkan punca lain juga contohnya:
● Serviks yang terengsa. Hormon kehamilan dah ubah permukaan serviks menjadi lebih cenderung untuk berdarah terutamanya selepas bersama suami.
● Fibroid. Iaitu ketumbuhan pada dinding rahim. Kadang-kadang plasenta melekat di mana terdapatnya fibroid.
● Polip serviks. Iaitu ketumbuhan kecil pada serviks. Ketumbuhan ini walau bagaimanapun tidak membahayakan.
● Jangkitan serviks/faraj.
● Penyakit keturunan (Von Willebrand) iaitu penyakit darah sukar beku.

Selain daripada punca di atas, antara penyebab lain pendarahan adalah keguguran dan kehamilan ektopik; yang disertai dengan sakit perut dan kekejangan. Kehamilan ektopik adalah kehamilan luar rahim, yang mana darah tak henti mengalir. Warna darah pula lebih gelap dan cair. Cepat berjumpa doktor jika berlaku tanda-tanda begini pada anda.

Perlu juga ingat, aktiviti atau tindakan secara fizikal juga boleh menyebabkan pendarahan faraj seperti pukulan di luar perut, jatuh, kemalangan atau tumbukan langsung di perut. Terus ke klinik atau hospital berhampiran jika anda baru sahaja mengalami keadaan ini ya.

Hati-hati di fasa awal kehamilan (trimester 1). Badan kita dan janin masih beradaptasi dan menyesuaikan diri. Apapun untuk ibu memgandung di luar sana, jaga diri baik-baik ya!

=================================

Kelas Asas Blog Penulisan atau Bisnes dibuka secara online setiap hari. Boleh daftar bila sudah bersedia.

Untuk sertai, hubungi saya:
Hifzaila Hafni
Pengurus Online ABDR
PM/Whatsapp: 0194603094
Emel: hifzaila.hafni@gmail.com
Facebook: Hifzaila Hafni
Like di Facebook: Tip Bisnes Online
Kedai Online: Hif Online Store

Kelas Asas Akaun Offline (Shah Alam & Melaka)

Bengkel Asas Akaun - Offline

■ Dijalankan dalam kelas, bersemuka dengan pelatih akaun bertauliah

■ Sesuai untuk suri usahawan, wahm yang berbisnes online atau offline, usahawan online, usahawan bisnes kecil, peniaga kedai, individu yang ingin belajar akaun asas

■ Modul yang akan dibincangkan:
》Pengenalan book keeping dan perakaunan
》10 kesalahan biasa usahawan
》Bagaimana membuat record keeping
》Basic costing dan pricing
》Untung dan rugi
》Kajian kes

■ Bengkel 1
> Tempat: Shah Alam
> Tarikh: 6 September 2014, Sabtu
> Masa: 9.30 pagi - 5.30 petang

■ Bengkel 2
> Tempat: Melaka
> Tarikh: 13 September 2014
> Masa: 9.30 pagi - 5.30 petang

■ Yuran istimewa hanya RM199 (yuran asal RM220) untuk sesi ini

■ Makan tengah hari dan air mineral disediakan

Untuk pendaftaran atau info lanjut tentang mana-mana bengkel, boleh PM saya di 0194603094.

Kenapa Perlu Benci?

Teks: Hifzaila Hafni
Perangai benci kalau dibiarkan, hidup selamanya tak tenang.
Benci tengok orang bahagia.
Benci tengok orang berjaya.
Benci tengok orang berusaha.
Sepatutnya benci tu ditukar kepada benci yang baik.
Benci nak bawak mulut.
Benci nak mengata orang.
Benci nak menyibuk hal orang.
Benci tengok kejayaan orang lantas mendorong kita lebih berjaya (tanpa mencantas atau menganiaya kejayaan orang itu).
Kurang-kurangkan lah sifat membenci orang lain. Kita pun tak segalanya sempurna. Setiap orang ada kelemahan masing-masing, begitu juga kita. Kena belajar terima keadaan atau sikap orang di sekeliling kita walaupun kebencian menggunung dalam hati. Mana tahu suatu hari benci bertukar suka. Allah Maha Kuasa.
Jangan sibuk pandang kesalahan orang pada kita, baik sibukkan muhasabah diri kita sendiri. Kalau asyik anggap kita sahaja yang betul segala - lebih lagi kena muhasabah diri.
Memang kita tak boleh nak buang sifat benci. Tapi kita boleh kawal dan atasi kebencian daripada melarat dan berpanjangan. Sifat negatif kalau tak dikikis dalam hati, sampai bila pun kita hidup sentiasa tak tenang.
Dan...sifat negatif yang ada pada kita, akan menarik perkara negatif juga datang pada kita. Berhenti membenci, hiduplah dengan positif. Kita berhak untuk hidup yang tenang dan bahagia.

Mengawal Marah

Marah.

Semua manusia di muka bumi ini dikurniakan Allah sifat marah. Itu fitrah. Hanya keldai sahaja yang tiada sifat marah.

Itu antara petikan daripada Ustaz Pahrol Md Juoi yang saya dengar di radio. Berkenaan marah. Dan katanya juga, yang paling penting kita boleh marah, tapi terkawal.

Dalam hidup kita hari-hari, mesti ada saja perkara yang membuatkan kita naik angin atau marah. Kadang-kadang hal kecil pun kita cepat rasa nak marah. Ada yang kaitkan marah ni dengan perubahan hormon, tekanan hidup atau stres. Kiranya banyak faktor yang bole menjurus kepada sifat marah.

Tapi, kita lah yang tentukan dan kawal diri bila rasa marah. Ada orang boleh tenangkan diri, ada orang perlu luahkan dan ada orang terus berdepan dengan sumber marahnya (contoh orang yang membuatkan dia marah). Pelbagai reaksi dapat dilihat bila kita sedang marah. Dan kini, kita boleh kesan melalui status di Facebook/Twitter/Instagram. Ada yang meluahkan rasa marah dengan memuat naik gambar atau menulis status yang menggambarkan kemarahan. Setiap orang ada cara tersendiri menzahirkan sifat marah.

Saya juga kadangkala cepat juga naik marah. Tapi seboleh-bolehnya saya cuba menenangkan diri supaya marah itu tak menjadi lebih parah. Kadang-kadang terlepas juga akibat terlalu marah. Apapun benar kata Ustaz Pahrol, marah perlu ditangani dengan baik dan dikawal.

Membaca artikel di blog Ustaz Norhisyam, marah adalah pintu syaitan. Syaitan akan masuk ke dalam hati kita dan mencetuskan lebih banyak kemarahan. Jadi cuba kawal marah dan kalau boleh 'jangan marah'.

Rupanya orang yang benar-benar kuat dan gagah adalah orang yang mampu mengawal marah. Bukan senang kan nak kawal marah ni. Jadi sama-sama kita berusaha menjadi kuat dengan melawan dan mengawal perasaan marah apabila marah menjelma. Kalau ketika marah kita berdiri, cuba duduk. Kalau sedang duduk, cuba berbaring. Kalau bimbang masih tak boleh kawal marah, beredarlah dari tempat tersebut.

Bagaimana pula kalau marahkan anak?

Memang banyak benda yang anak buat yang mana kebanyakannya mengundang kemarahan kita. Tapi sebelum marahkan anak, cuba fikir sekejap adakah anak itu punca marah kita atau sebagai tempat kita lepaskan kemarahan? Dan jikalau rasa marah sekalipun, jangan bertindak terburu-buru. Tarik nafas dalam-dalam dan istighfar. Kedengaran macam senang cakap daripada nak buat kan? Tapi kita kena berusaha untuk kawal marah pada anak-anak. Sebab kita tak mahu mereka membesar dengan mengikut contoh yang kurang baik yang kita tonjolkan.

Satu lagi cara nak meredakan marah, cuba berwuduk. Insha Allah dengan berkat air wuduk, api kemarahan akan terpadam.

Jangan marah-marah tau!

Pentingnya Ilmu Keibubapaan untuk Ibu Bapa Moden

Teks: Hifzaila Hafni

Apabila anak menginjak hampir 2 tahun, semakin membesar, semakin bijak (semakin banyak akal kita selalu kata) dan semakin aktif - sebenarnya tempoh masa inilah yang lebih mencabar berbanding semasa anak masih peringkat bayi. Sebabnya, anak sudah mula memahami segala percakapan, tingkah laku dan perbuatan yang dilakukan oleh orang di sekelilingnya. Anak juga sudah mula pandai mempamerkan perasaannya sama ada gembira, marah atau cemburu.

Kalau diikutkan, setiap peringkat umur anak pun ada cabaran untuk ibu bapa hadapi. Yang penting, ibu bapa kena peka dan memantau perkembangan anak. Pantau dan ikuti perkembangan anak ni penting sebab kita perlu pastikan anak kita membesar dengan baik dan normal. Kalau ada apa-apa masalah, kita boleh atasi daripada awal.

Fuaad dulu, lambat berjalan. Risau saya dan suami. Iyalah budak lain sebaya dia kebanyakan dah boleh berjalan. Dia baru mula berjalan pada usia 1 tahun 5 bulan. Itu normal selagi belum mencecah umur 1 tahun 6 bulan. Kalau lebih daripada itu, kena buat pemeriksaan kalau ada apa-apa masalah perkembangan tulang ke, otot ke atau masalah-masalah lain.

Alhamdulillah, akhirnya dia berjalan dan sekarang ni bukan main seronok berlari. Rupanya ada hikmahnya bila budak merangkak dalam tempoh yang lama. Saya pernah baca, budak ini lebih cerdik (atau genius) mindanya. Dan bila lama merangkak, otot kakinya lebih kuat. Patut lah sejak boleh berjalan, Fuaad alhamdulillah memang kuat kakinya dan kuat pula tu berjalan! Wallahua'lam.

Yang penting, dia sihat.

Kalau sebelum ni, banyak baca buku tentang perkembangan fizikal dan kesihatan bayi, sekarang nampaknya dah perlu beralih ke satu lagi topik - Keibubapaan atau Parenting.

Tak mudah nak mendidik anak zaman sekarang. Lain zaman, lain didikannya. Cuma ibu bapa sendiri pun kena siapkan diri dengan ilmu sebab budak-budak sekarang cepat belajar. Memang mencabar. Kena banyak membaca dan bertanya pada yang lebih tahu.

Saya anak baru seorang pun dah rasa hilang kawalan dan terkapai-kapai. Betul kata orang, ibu beranak satu kena belajar dengan ibu beranak dua dan seterusnya. Jangan belajar dengan orang yang masih belum ada anak pula. Cabarannya berbeza. Tapi apa pun anaklah harta paling bernilai dan amanah daripada Allah. Peliharalah mereka sebaik-baiknya.

Semoga anak-anak kita sentiasa mendoakan kita.

Kerja Dari Rumah Secara Online Trend Golongan Wanita Zaman Kini

Teks: Zabedah Shafie

Sebelum ini saya telahpun melibatkan diri di dalam perniagaan online sejak 5 tahun 
yang lalu. Saya mempunyai Blog Bisnes, Facebook dan juga Fanpage bisnes. Prestasi 
bisnes online saya ada pasang surutnya. Jika saya mendiamkan diri, tidak update di blog 
atau Facebook, maka jualan pun tiada. Begitulah sebaliknya.
Terus terang saya katakan di sini, bekerja di rumah secara solo, seorang diri di samping 
kerja-kerja di rumah yang seakan-akan tidak pernah habis memerlukan semangat dan 
motivasi yang sangat tinggi. Sokongan daripada suami, anak-anak dan juga keluarga 
terdekat amat diperlukan.
Sehingga pada awal bulan Jun 2014, saya terpanggil untuk menyertai Akademi Bekerja 
Di Rumah (ABDR). Saya memberanikan diri untuk pm bertanyakan apa yang perlu 
dan boleh saya lakukan untuk menambah pendapatan keluarga pada masa yang sama 
ingin menjana pendapatan dan mendidik anak-anak sendiri.
Saya diberikan 8 soalan analisa diri. Selepas itu barulah dicadangkan supaya saya 
mengikuti kelas penulisan dan asas blog. Saya perlu menyiapkan sebanyak 44 entri 
di blog baru saya iaitu Diari Surirumah Online. Di sini, mata saya terbuka luas.
Rupa-rupanya ramai wanita terutamanya ibu-ibu di Malaysia yang mempunyai niat 
yang sama seperti saya. Mahu melihat anak membesar depan mata sendiri dan pada 
masa yang sama dapat menjana pendapatan untuk keluarga dari rumah.
Saya mula menjelajah ke blog-blog guru kelas online yang lain dan juga alumni 
kelas-kelas online. Sungguh tidak disangka, kerja dari rumah secara online, kini telah 
menjadi trend terutama golongan wanita yang berpelajaran tinggi.
Telah banyak pendedahan mengenai perlunya wanita berada di rumah untuk menjaga 
dan mendidik anak-anak sendiri. Terasa rugi seketika kerana agak terlewat menyertai 
ABDR padahal saya telahpun mengikuti blog Puan Masayu Ahmad iaitu 
naufalsayang.blogspot.com beberapa tahun yang lepas. Apapun, saya panjatkan jutaan 
kesyukuran kerana masih ada ruang untuk saya bergerak bersama-sama dengan ABDR 
secara berjemaah.
Untuk sahabat yang masih tertanya-tanya apa itu ABDR:

Secara ringkasnya Akademi Bekerja Di Rumah ini adalah satu kumpulan sokongan 
atau satu kelompok khususnya para suri yang bekerja di rumah.


Kami bergabungan bersama dengan 780 blog peserta, 25 kelas dan 11 guru online 
yang berdedikasi.
Operasi ABDR adalah 100% secara online (atas talian) dengan menawarkan 
kelas online untuk menjana pendapatan dari rumah melalui platform blog dan 
fanpage niaga di Facebook.
Kelas online yang dijalankan adalah berbentuk tutorial. Setiap protege (peserta) 
akan dibekalkan Ebook belajar asas blog sebagai rujukan utama.

Protege akan dimasukkan dalam group kelas online di laman facebook dan 
komunikasi antara protege dan guru online adalah secara one to one (personal coaching). 
Nota dan tutorial bergambar juga disediakan di dalam group kelas online tersebut.


Jadual kelas online adalah fleksibel mengikut masa dan kesediaan protege sendiri 
untuk mula kelas.

Peserta ABDR adalah di kalangan yang mempunyai pelbagai latarbelakang pendidikan 
dan pengalaman.
Sekarang, setelah lebih 2 minggu saya menjadi keluarga ABDR, jumlah kenalan semakin 
bertambah 
walaupun hanya di alam maya. Kata-kata dan pengalaman mereka begitu terkesan 
dengan jiwa.
Jika dulu saya memperkenalkan diri sebagai surirumah yang tidak bekerja, segan 
untuk memberitahu tentang bisnes online yang naik turun prestasinya. Sekarang tidak lagi. 
Saya sudah mula memperkenalkan diri sebagai WAHM. Saya percaya dengan kata-kata 
dan doa serta usaha yang konsisten, matlamat saya 
ingin menjana pendapatan setiap hari InshaaAllah akan menjadi kenyataan.

Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada jemaah keluarga ABDR. Tahniah!


Berkenalan dengan Puan Zabedah, Ummu Aimy ButikSpa

Selamat Datang Ogos!

Teks: Hifzaila Hafni

Alhamdulillah. Berkesempatan jumpa Ogos tahun ini. Dengan tibanya Ogos, bermakna hanya tinggal 5 bulan sahaja lagi untuk habiskan tahun 2014.

Apa yang telah kita capai sepanjang tahun ini? Adakah menepati matlamat atau semakin jauh? Atau kita sudah berhenti di tengah jalan dan berputus asa?

Apa saja keputusan, baik atau sebaliknya, kita yang tentukan.

Saya mula menyertai Akademi Bekerja Di Rumah awal tahun ini, dalam bulan Februari. Bermakna sudah hampir 7 bulan saya bersama-sama dengan jemaah ini dan sememangnya banyak ilmu yang saya pelajari. Saya pada mulanya hanya ingin fokus kepada penulisan sahaja dengan menyertai kelas asas blog dan penulisan tapi ternyata apa yang saya perolehi melebihi apa yang saya jangkakan.

Alhamdulillah ditemukan dengan barisan guru online yang banyak membantu dan berkongsi ilmu dan pengalaman mereka dalam merealisasi impian menjadi 'working at home mom' atau membantu mempersiap suri bekerjaya lain untuk memegang gelaran itu suatu hari nanti.

Kelas asas blog dan penulisan yang saya ikuti di bawah seliaan Puan Zaila Mohamad. Setelah selesai semua tugasan, saya boleh terus menulis tentang topik yang saya pilih dan pada masa yang sama saya belajar berbisnes dengan cikgu saya ini.

Bermula dengan RM200 sebagai yuran pendaftaran kelas blog, saya secara automatik telah menjadi Rakan Niaga ABDR dan boleh mempromosikan produk-produk yang ditawarkan dan mula mengumpul komisen.
Di ABDR, kami menawarkan produk digital seperti ebook, kelas-kelas online dan terkini produk makanan sunnah dan islami. Selain belajar menulis blog penulisan atau bisnes dengan strategi yang betul, anda boleh menjana pendapatan sampingan.

Masuk bulan ke-7 saya bersama jemaah ini, saya sudah mula belajar cara untuk mula jana pendapatan sampingan. Selain mengutip pengalaman bisnes, saya jadikan sebagai persediaan untuk saya bergelar wahm kelak. Insha Allah.

Kalau saya boleh, sesiapa saja pun boleh asalkan ada kesungguhan dan tidak mudah mengalah. Biarpun saya bermula kecil dan bergerak perlahan, saya tetap pastikan saya teruskan dengan apa yang telah saya mulakan. Pengalaman dan jaringan bisnes serta sokongan rakan-rakan niaga banyak membantu saya menetapkan matlamat dan meneruskan cita-cita saya untuk bekerja di rumah sepenuh masa nanti.

Apa jua cita-cita anda, apa saja impian bisnes anda, cari dan sertai kumpulan sokongan yang betul dan selari dengan cita-cita anda. Dari situ anda akan peroleh kekuatan berdasarkan pengalaman dan perkongsian oleh mereka yang telah lebih dulu melaluinya. Sememangnya kita tak boleh berdiri sendiri. Kita perlukan sokongan dan bantuan. Perlu juga pengorbanan dan pelaburan. Tiada kejayaan datang bergolek depan mata.
 
Siapa yang berusaha, dialah yang layak mendapatnya, dengan izin Allah jua.

Wallahua'lam.

=================================

Sertai jemaah Akademi Bekerja Di Rumah dengan mendaftar salah satu kelas berikut:
■ Kelas asas blog penulisan
■ Kelas asas blog penulisan dan bisnes
■ Kelas asas blog bisnes dropship produk sunnah dan islami
■ Kelas asas blog bisnes telekung
■ Kelas asas blog projek hari raya dan selepas raya

Anda akan dibimbing langkah demi langkah oleh guru online yang berpengalaman. Juga akan diberi ebook panduan untuk setiap peserta sebagai bonus. Dan peluang menjadi Rakan Niaga ABDR.

Pendaftaran mana-mana kelas boleh melalui saya:
Hifzaila Hafni
Pengurus Online ABDR
hifzaila.hafni@gmail.com
Whatsapp 0194603094