Aidil Fitri 2014/1435H

Alhamdulillah dikurniakan hidup hingga hari ke3 Aidil Fitri tahun ini.
Alhamdulillah diberi nikmat oleh Allah untuk terus hidup dan menambah amal baik.

Walau apapun yang berlaku dalam Ramadan lepas, yang baik dan positif dijadikan amalan dan tabiat; yang kurang baik ditinggalkan. Pesanan kepada diri sendiri yang mudah lupa dan lalai.

Tahun ini tahun pertama berbisnes dan alhamdulillah atas rezeki yang Allah kurniakan. Permulaan yang baik dan perlu ditambah baik untuk masa akan datang. Memang tak senang tapi apalav maknanya suatu kejayaan tanpa pengorbanan.

Saya sudah mula bekerja hari ini. Harapannya dapat mengekalkan momentum segar hingga ke akhir minggu. Motivasi siapkan kerja sehabis mungkin untuk pulang berhari raya dan bercuti di kampung halaman saya di Pulau Pinang hujung minggu hadapan. Biar sedikit terlewat tapi tetap juga pulang ��

Andai ada salah silap, tersilap bahasa dan tutur kata, terlajak perbuatan atau kelakuan; mohon kemaafan semuanya. Saya juga dah maafkan kalian semua. Semoga kalian juga maafkan saya atas percakapan dan perlakuan yang sengaja atau tidak sengaja.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri dari saya sekeluarga. Semoga kita semua diberkati Allah.

================================

Kelas-kelas online masih dibuka pendaftaran. Pilih dan daftar bila anda sudah sedia.

• Kelas asas blog penulisan
• Kelas asas blog bisnes dan fanpage
• Kelas asas urus akaun
• Kelas bisnes dropship
• Kelas bisnes borong telekung
• Kelas penulisan ebook
• Kelas asas blog penulisan kreatif

Untuk mendaftar melalui saya:
Hifzaila Hafni
Pengurus Online ABDR
hifzaila.hafni@gmail.com
Whatsapp 0194603094

Resipi Pindang Ikan

Maaf sangat-sangat kat kawan yang cari resipi pindang ikan ni tapi tak jumpa-jumpa.

Saya terlupa yang saya cerita pasal pindang sebelum ni tapi tak diletakkan resipi! Betul-betul ingat dah pernah kongsi. Maaf la ya.

Ok kalau sesiapa yang teringin nak cuba macamana saya masak pindang ikan, ni resipinya ya.

Pindang Ikan Senangin

Bahan-bahan:

1 ekor ikan senangin (dipotong dua)
2 biji bawang  merah (dimayang)
1 ulas bawang putih (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
1 biji tomato (dibelah 4)
1 cm kunyit hidup / serbuk kunyit (kalau kunyit hidup ditumbuk)
1 keping asam gelugur
2-3 cawan air 
Garam









Cara masak:

1. Masukkan air dalam periuk, buka api dan didihkan air.
2. Air dah mendidih sikit, masukkan bawang merah dan bawang putih dan kunyit. Biar mendidih dengan api sederhana.
3. Masukkan serai dan asam gelugur. Kacaukan. Biar mendidih lagi.
4. Masukkan garam.
5. Masukkan ikan. Jangan kacau kuat sangat nanti ikan hancur. Lepas beberapa minit baru balik-balikkan ikan supaya ikan masak sekata.
6. Masukkan tomato. Dalam 2 minit dah boleh tutup api.
7. Dah boleh dihidangkan.

Nota:
Beza kunyit hidup dengan serbuk kunyit, kunyit hidup lambat keluar warna kuningnya jadi jangan keliru kalau tengok awal-awal tu air mendidih belum jadi warna kuning lagi. Dan kunyit hidup kalau tumbuk kena halus kalau tak, tak selesa nanti makan dok tergigit kunyit hidup. Kalau guna serbuk kunyit, pastikan serbuk dah betul-betul larut dan sebati. Kalau tak, tak rasa macam pindang (pengalaman sendiri ni).

Ok. Senang je kan?

Ni menu kecemasan di rumah bila mana nak makan nasi tapi tak ada kuah. Ni lah penyelamatnya. Selain cepat, sihat pun ya sebab resipi ni rebus je.

Selamat mencuba!

---------------------------------------------------------------------------

Daftar kelas asas blog:
- Kelas asas blog penulisan
- Kelas asas blog bisnes dan fanpage
- Kelas asas blog bisnes dropship
- Kelas menulis ebook pertama
- Kelas asas blog penulisan kreatif
- Kelas asas blog bisnes borong telekung

Pendaftaran untuk semua kelas boleh melalui saya;

Hifzaila Hafni
hifzaila.hafni@gmail.com
PM/Whatsapp 0194603094


Resipi Nasi Goreng Kurma & Sup Petola Cendawan

Ahad lepas, encik suami minta ikut resipi ni setelah jenuh beliau menyelak buku masakan. Menarik juga, tak pernah terfikir dan terlintas pun nak guna rempah kurma dalam nasi goreng. Sebab tu teruja nak cuba. Selain tu menu ni, anak bujang kami pun boleh makan sekali.

Kedua-dua menu dipilih encik suami. Gandingan yang serasi. Nasi goreng dan sup.

Jom cuba buat resipi ni. Sesuai untuk hidangan berbuka atau pun sahur.

Nasi Goreng Kurma

Bahan-bahan:
2 cawan nasi sejuk
2 keping daging burger Darabif - dipotong dadu
1 biji bawang besar - dihiris
1 sudu besar cili giling
1 sudu besar rempah kurma
1/2 batang karot
3 sudu besar pure olive oil
Garam dan sedikit lada sulah

Cara-cara:
1. Gembur-gemburkan nasi sejuk dan taburkan garam. Kacau sebati. Ketepikan.
2. Goreng daging burger sekejap. Juga ketepikan.
3. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang besar hingga layu.
4. Masukkan cili giling. Tumis sekejap.
5. Masukkan serbuk kurma. Tumis hingga garing dan sebati. Hati-hati jangan sampai hangus.
6. Masukkan daging burger. Kacaukan. Tabur lada sulah sedikit.
7. Masukkan karot. Kacaukan hingga karot sedikit lembut.
8. Masukkan nasi. Gaul rata.
9. Sedia untuk dihidang.

Sup Petola Cendawan

Bahan-bahan:
1/2 batang petola - kupas kulit sikit dan dipotong
1/4 peket cendawan tiram - dicarik
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji telur
1/4 genggam ikan bilis -dicincang/ditumbuk
1 sudu besar pure olive oil
Garam dan sedikit serbuk lada hitam

Cara masak:
1. Panaskan minyak dan tumis ikan bilis hingga garing.
2. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis hingga layu.
3. Masukkan air. Agak-agak cukup untuk kuah. Kalau suka sup pekat, air sikit. Kalau suka berkuah, lebihkan air.
4. Biar mendidih. Masukkan petola. Masak hingga petola lembut.
5. Masukkan garam dan serbuk lada hitam sikit.
6. Pecahkan telur ke dalam sup. Jangan dikacau. Biar telur masak dahulu. Kemudian kacau perlahan saja.
7. Masukkan cendawan. Biar mendidih sikit lagi. Tutup api. Cendawan masak sekejap saja.
8. Hidangkan. Kalau ada bawang goreng, boleh taburkan.

Sekian menu ringkas untuk keluarga.  Juga menyihatkan untuk anak. Silakan mencuba!

Menu Ringkas Anak: Pindang Ikan Senangin & Kacang Buncis-Karot Goreng

Sabtu. Dan pagi kami tak ke mana- mana. Jadinya memasaklah saya untuk anak bujang sorang tu untuk makan tengah hari.

Menu ringkas saja dan saya memang selalu buat di rumah sebab senang dan suami suka. Lagipun nak masak pindang sekejap saja dah siap.

Saya pernah kongsi resipi pindang ikan sebelum ni, jadi hari ni saya kongsi resipi buncis goreng la ye. Resipi sayur tumis yang senang dan cepat nak buat.

Buncis dan Karot Goreng Bertelur

Bahan-bahan
5-6 batang kacang buncis (dihiris serong dan nipis)
Setengah batang karot sederhana (dipotong mancis)
1/2 biji bawang besar (dimayang)
1 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji telur
Garam dan lada hitam

Cara-cara
1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
2. Masukkan buncis dan karot. Kacau goreng sebentar.
3. Pecahkan telur. Masukkan dan kacau sebati dengan buncis dan karot tadi.
4. Perasakan dengan garam dan lada hitam.

Senang saja kan? Boleh juga nak tambah udang atau ikan bilis.

Pastikan buncis dipotong nipis supaya mudah anak makan. Dan tak perlu goreng terlalu lama, tutup api bila buncis dan karot dah lembut.

Selamat mencuba ye ��

Makanan Jejari untuk Anak

Bila anak dah mula makanan pejal dan sudah pandai nak makan sendiri, kita kenalah pelbagaikan makanannya. Kadangkala putus idea juga apa lagi yang kita nak dia makan. Sebenarnya ada macam-macam lagi dan antaranya makanan jejari atau snek.

Kalau macam Fuaad, sekarang ni nampak selera makannya boleh tahan juga. Sekejap-sekejap nak mengunyah. Tapi sekali makan tu sikit-sikit saja. Dia mesti nak rasa apa yang kita makan atau apa yang dia nampak.

Antara makanan yang saya boleh bagi dia adalah makanan jejari atau finger foods. Untuk anak yang dah lebih daripada setahun dah boleh mula bagi ni. Kalau belum setahun pun tapi dia dah mampu pegang dan kawal sendiri makanan yang dia makan, boleh cuba sikit-sikit dan perlahan. Cuma pastikan potongan makanan jejari kecil supaya anak tak tercekik.

Idea makanan jejari

1. Buah: potongan kecil pisang atau pir (yang lembut, kalau pir keras perlu direbus sebentar), kiub epal panggang, kiub tembikai, potongan avokado, hirisan buah kiwi

2. Sayuran: potongan keledek yang telah dimasak (rebus/stim/panggang), kacang pis, asparagus yang telah dimasak, floret brokoli (pastikan dipotong kecil), lobak merah dipotong dadu

3. Makanan lain: roti bakar, telur hancur, kepingan kecil keju, kepingan ayam yang telah dimasak dan dipotong kecil, bijirin, cebisan roti pita, roti naan atau capati, sandwic kecil, pasta yang telah dimasak, kiub tofu/tauhu

Fuaad suka makan tembikai, lobak merah, biskut, pasta dan tauhu. Kadang-kadang makan juga bijirin sarapan dengan susu.

Ibu-ibu boleh la cuba ya. Mana tahu selera anak bertambah ��

Pemakanan untuk Anak Berpuasa

Teks: Hifzaila Hafni

Kita dah sampai hari ke-10 Ramadan. Bagaimana puasa kita dan anak- anak kita?

Pemakanan semasa berpuasa perlu diambil perhatian untuk memastikan kesihatan yang baik. Makanan yang diambil perlu seimbang, menyihatkan dan tidak berlebihan serta mengikut piramid makanan. Pilih makanan yang tinggi serat semasa bersahur dan berbuka seperti nasi, mi, roti gandum penuh dan bijirin. Makanan yang tinggi serat boleh melambatkan rasa lapar dan rasa kenyang lebih lama. Juga pilih makanan yang kurang berlemak, berminyak dan tinggi gula.

Sebaiknya berbuka dan bersahur dengan buah kurma, selain merupakan salah satu makanan sunnah, kurma juga memberikan tenaga dan kaya dengan serat dan vitamin.

Untuk kanak-kanak, tidak digalakkan pemberian makanan tambahan sewaktu berpuasa. Memadailah dengan memastikan mereka mendapat cukup nutrisi yang terdiri daripada karbohidrat, protein, vitamin dan mineral untuk pertumbuhan dan kesihatan mereka.

Tips Menu Ramadan untuk Anak

■ Sediakan makanan panas sewaktu sahur, iaitu makanan yang baru dimasak. Makanan begini boleh menambah selera anak untuk bersahur.
■ Masakkan juadah kegemaran anak. Anak akan lebih bersemangat untuk makan.
■ Cuba pelbagaikan jenis makanan. Tidaklah nasi sahaja. Boleh dipelbagaikan dengan menu masakan Cina, ala Barat atau pasta.
■ Sediakan sup atau hidangan berkuah. Anak lebih berselera makan dengan hidangan yang mudah dan ringkas seperti ini. Selain mudah untuk dimakan.
■ Kurangkan makanan pedas atau berempah semasa sahur dan berbuka untuk mengurangkan rasa tak selesa pada perut.
■ Ambil buah-buahan dan minum air kosong secukupnya. Air kosong boleh diambil sedikit demi sedikit selepas berbuka hingga sahur untuk memastikan tubuh anak kekal terhidrat semasa berpuasa. Kurangkan minuman berkafein dan yang manis-manis.

Selamat berpuasa dan berbuka untuk hari ini!


=====================================
Kelas asas blog dan penulisan, kelas asas blog dan fanpage bisnes, kelas bisnes dropship, kelas borong telekung dibuka pendaftaran setiap hari.

Kelas asas urus akaun bisnes online dan offline juga masih dibuka pendaftaran. 

Daftar melalui:
Hifzaila Hafni
Pengurus Online ABDR
hifzaila.hafni@gmail.com
SMS/Whatsapp 0194603094

Resipi Tomyam untuk Anak

Semalam buat pertama kalinya saya buat tomyam untuk anak bujang saya. Saja nak  ubah selera, akhir-akhir ni susah betul nak teka seleranya. Tapi alhamdulillah di taska dia makan. Banyak pula tu. Kalau di rumah, makan sambil main. Jadinya sikit saja makan. Atau mungkin dah kenyang menyusu. Sebab perkara pertama yang dia nak bila sampai rumah tiap-tiap hari adalah menyusu badan. Kadang-kadang sempat balik rumah, kadang-kadang terpaksa berhenti dulu tepi jalan untuk dia menyusu. Kalau tak mengamuk sepanjang jalan.

Berbalik kepada tomyam. Ini pertama kali saya buat. Saya pernah baca resipi tomyam untuk anak sebelum ini tapi belum sempat mencuba. Tomyam boleh diberi kepada anak yang besar sikit kot dalam setahun 6 bulan ke atas. Itu pun disediakan dengan bahan yang minimum sahaja.

Resipi Tomyam untuk Anak

Bahan-bahan:

Ayam - dipotong kecil
Bawang besar - dihiris bulat
Bawang putih - dihiris
Serai - diketuk
Tomato - dibelah 4
Limau nipis - diambil jus
Sos cili - ambil 1-2 sudu
Daun limau purut - 2-3 helai
Garam

Cara masak:

1. Masukkan air dan ayam. Masak dan biar mendidih sebentar.
2. Masukkan bawang merah, bawang putih, serai, tomato, sos cili. Kacaukan. Biar mendidih lagi.
3. Perasakan garam. Masukkan jus limau nipis (sedikit sahaja).
4. Masukkan daun limau purut yang dicarik kasar.
5. Sedia untuk dihidang.

Fuaad makan banyak juga. Alhamdulillah. Mungkin tak pernah rasa agaknya. Tapi hati- hati jangan terlalu masam ya. Kita cuma nak bagi anak rasa pelbagai makanan saja tak perlu macam tomyam yang kita makan.

Saya ada juga masukkan lobak merah. Ibu- ibu boleh juga ganti dengan kobis bunga atau sayuran lain.

Selamat mencuba!


Bengkel Asas Akaun Untuk Bisnes Kecil, Offline dan Online

Bagi yang berbisnes kecil, produk sendiri, secara offline atau online, yang masih mencari-cari cara untuk urus akaun bisnes dengan betul, boleh hadiri bengkel akaun ini. Anda akan dapat menjejak untung dan rugi dan bagaimana merekod setiap transaksi dengan kemas. Bengkel dikendalikan oleh pengajar kewangan yang bertauliah.

Pendaftaran Bengkel Asas Akaun di Shah Alam masih dibuka.


Tarikh: 19.07.2014, Sabtu
Lokasi: Shah Alam
Tempat- 2nd Floor PKNS Bizpoint Shah Alam
Masa: 8.30 pagi - 4.30 petang

Bagi yang berminat, pendaftaran akan ditutup pada 12 Julai 2014.

Modul yang akan dibincangkan:
1. Pengenalan Book keeping and Accounting
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer
3. How to do record keeping
4. Basic costing and Pricing. Bagaimana anda meletakkan Harga?
5. Profit & Loss...anda untung @ Rugi?
6. Case Study (full set of Bookeeping)
case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping.

PM 0194603094 untuk mendaftar. Tempat adalah terhad.

Detoks Melalui Puasa

Teks: Hifzaila Hafni
Imej: Carian Google

Ibadah puasa bukanlah semata-mata menahan lapar dan dahaga sahaja, tetapi jika dilihat dari sudut kesihatan, banyak juga faedahnya.

Sewaktu berpuasa, badan direhatkan daripada memproses makanan, jadi badan akan lebih fokus kepada proses pembuangan toksin (detoks). Usus besar dan buah pinggang perlu dijaga dengan baik semasa berpuasa supaya proses detoks dapat berlaku dengan optimum. Semasa proses detoks berlaku dalam badan, di awal-awal kita berpuasa, kita akan alami beberapa keadaan seperti berikut:

- Sakit kepala
- Lenguh-lenguh badan
- Kencing pekat dan berbau
- Lidah berdaki dan mulut berbau
- Cirit-birit
- Letih lesu

Semua keadaan ini berlaku kerana badan sedang memproses bahan toksin yang selama ini berada dalam badan kita untuk disingkirkan. Jadi, jangan risau jika kita mengalami keadaan di atas di minggu awal berpuasa kerana badan sedang menyahtoksin.

Jangan lupa minum banyak air dan elakkan makanan yang terlalu berempah semasa berbuka puasa. Makan secara sederhana dan elakkan pembaziran.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...