Kepentingan Sarapan untuk Anak

Teks: Hifzaila Hafni

Menjengah buku hasil tulisan Wardina Safiyyah - Mama, Saya Lapar..., teringat masa mula-mula belajar nak sediakan makanan pejal untuk Fuaad. Banyak info yang saya dapat melalui buku ini dan sangat baik dijadikan panduan ibu-ibu yang ingin sediakan makanan yang baik dan berkhasiat untuk anak-anak.


Satu bab dalam buku ini, menerangkan tentang Sarapan Pagi. 

Sarapan sangat penting dalam membekalkan tenaga untuk anak untuk memulakan harinya. Mengambil sarapan patut dijadikan tabiat dan amalan, dan jangan jadikan alasan ibu tak sempat memasak di waktu pagi sebelum bergerak ke tempat kerja untuk tidak sediakan sarapan untuk anak.

Saya juga tak menafikan betapa sibuknya ibu yang bekerja di waktu pagi untuk siapkan sarapan untuk anak ke taska atau sekolah, tetapi ibu-ibu ada ikhtiar dan alternatif lain yang boleh dibuat. Contohnya membekalkan anak dengan bijirin sarapan atau roti ban / roti krim. Jika ada lebih masa, boleh sediakan menu sarapan yang mudah seperti sandwich tuna, french toast atau nugget goreng.

Antara contoh makanan yang baik untuk dijadikan sarapan adalah:

- Bijirin sarapan dengan susu
- Bubur oat dengan roti bakar
- Roti, biskut tawar dengan keju, marjerin dan jem
- Telur goreng hancur dengan roti bakar
- Kacang panggang, telur dadar dengan roti bakar
- Bubur ayam / ikan dengan sayuran
- Mihun / Mi / Kuetiau sup
- Apam kukus
- Tosai dengan kuah dhal / Idli
- Chee cheong fun dengan sedikit sos
- Pau daging, ayam atau kacang merah

Telur dan susu adalah sumber protein yang baik untuk tumbesaran anak. Jadi, jangan lupa masukkan dalam diet harian anak kita. 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ingin berbisnes online tetapi tiada produk dan tak tahu cara nak mula?

Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Produk fizikal dan digital tersedia. Dapatkan bimbingan dan jaringan bisnes yang luas dengan kami.

Daftar mana-mana kelas berikut untuk bermula.

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog fanpage
 mula bisnes
-produk sendiri
-makanan sunnah
-telekung solat borong dan runcit
-produk islamik
-projek raya
3. Kelas penulisan kreatif
4. Kelas penulisan ebook pertama
5. Kelas akaun wahm, soho, bisnes kecil
6. Kelas asas wordpress
7. Kelas beriklan mudah.my
8. Tempahan blog bisnes- 5 hingga 7 hari siap
9. Beriklan dengan kami pautan 750 blog di Soho Directory

http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/

Hubungi saya bila sudah bersedia.

Hifzaila Hafni
Pengurus Online ABDR
hifzaila.hafni@gmail.com
0194603094



Merancang Pemakanan Bajet di Rumah

Teks: Hifzaila Hafni

Pemakanan yang seimbang penting dalam diet seharian sama ada bagi orang dewasa atau kanak-kanak. Dengan harga barang yang semakin mahal, mampukah kita mendapat kebanyakan nutrien dalam diet harian kita dengan bajet yang kecil atau terhad?

Ya. Kita masih mampu mendapat segala nutrien yang perlu, sebab banyak sumber khasiat yang kita boleh peroleh walaupun dengan bajet yang terhad. Cuma kita perlu bijak memilih dan membuat perancangan.

sxc.hu


Merancang Pemakanan Bajet di Rumah

1. Rancang apa yang kita akan makan di rumah sepanjang minggu. 
Lazimnya, kita membeli barang keperluan dapur dan barang basah sekali seminggu. Keadaan biasa bagi kebanyakan ibu bekerjaya. Anda boleh merancang apa menu yang nak disediakan di rumah sepanjang minggu berkenaan. Jadi, kita hanya akan beli bahan yang terlibat untuk minggu itu sahaja.

2. Merancang berapa banyak yang kita akan masak, untuk hidangan berapa orang.
Ini pun penting, untuk mengelakkan pembaziran. Kita boleh anggarkan berapa banyak yang kita perlu masak setiap hari, berapa banyak bahan basah/kering yang kita perlukan dan berapa bilangan ahli keluarga. Kadang-kadang kita beli terlalu banyak, kesudahannya berlebihan dan berakhir di tong sampah kerana tidak dimasak. Amalkan beli apa yang perlu dan mencukupi sahaja.

3. Tentukan tempat nak membeli.
Dengan kebanjiran pasar raya, pasar basah dan kedai runcit, kita pilih dan tentukan tempat yang kita nak membeli. Amalkan membanding harga dan kualiti barang di tempat yang berlainan. Kalau kita rajin mencari atau membanding, kita akan dapat tempat yang menjual barang yang berkualiti tapi dengan harga yang lebih murah. Buat perbandingan bijak. Biar ianya Tesco, Giant, Hero, Econsave, 99 Speedmart atau apa saja. Lebih baik kalau kita tahu barang yang dipromosi setiap bulan di pasar raya yang berdekatan. Mudah kita merancang dan membeli sewaktu promosi. Tentu lebih jimat, bukan?

4. Membeli barang yang berada dalam musim.
Selalunya merujuk kepada buah-buahan dan sayur-sayuran. Bila musim sejenis buah tertentu, maka akan banyaklah buah jenis itu. Jadi harga akan jadi lebih murah, dan berbaloi kita membeli. Jika beli di luar musim, permintaan tinggi tapi pengeluaran kurang, harga menjadi mahal. Jadi, kalau bukan dalam situasi kecemasan atau kurang perlu, kita boleh tunggu musimnya tiba, baru beli.

5. Cuba makanan dalam tin atau beku.
Pilihan begini kena dibuat dengan bijak, sebab makanan diproses tidak baik untuk diambil selalu. Tapi sangat praktikal untuk buat stok di rumah. Contohnya sardin atau tuna dalam tin, kacang panggang atau jagung krim dalam tin. Ikan, daging dan ayam beku juga makin mudah didapati dan lebih murah. Cuma mungkin rasanya tentulah tak sama dengan yang segar.

6. Fokuskan pada makanan yang mempunyai kos lebih rendah tetapi berkhasiat.
Kita selalu beranggapan makanan yang lebih mahal mempunyai khasiat yang lebih tinggi, tidak semestinya. Boleh cuba cari resipi atau menu yang menggunakan bahan-bahan yang lebih murah tetapi kita masih tetap mendapat khasiat yang sama. Contohnya menu yang menggunakan kekacang sebagai protein (sumber tumbuhan), keledek menggantikan kentang, salmon dan tuna menggantikan ikan lain. Untuk sumber protein, boleh selang-selikan dengan protein daripada haiwan juga, seperti daging, ikan dan ayam.

7. Menyediakan sendiri snek sihat di rumah.
Snek perlu diambil tapi pastikan yang sihat. Buah-buahan kering, yogurt beku, bijirin...boleh dicampurkan boleh dijadikan snek yang menyihatkan untuk anak. Lebih mengenyangkan dan lebih jimat jika kita dapat beli dalam kuantiti yang banyak. Makanan begini jangka hayat pun lebih lama.

8. Kurangkan makan di luar, lebihkan memasak di rumah.
Ini memang kita sedia maklum, kos makan di luar lebih tinggi berbanding makan di rumah. Jadi, cuba sediakan makanan di rumah semampu kita, untuk mengurangkan kos bulanan kita untuk makanan dan belanja dapur. Hubungan kekeluargaan lebih erat dan mesra dan ibu boleh mengasah bakat memasak juga. Anak pun mudah kita uruskan bila makan di rumah. Ibu boleh memilih rencah atau pek masakan yang mudah disediakan di rumah, yang tak mengambil masa yang lama untuk disediakan. Contohnya pes asam pedas, perencah nasi goreng dan pes nasi beriani. Proses memasak menjadi lebih mudah dan cepat.


Rezeki itu Jaminan Allah

Teks: Hifzaila Hafni

Ibu bekerjaya dan ibu yang bekerja di rumah, sebenarnya ada persamaan bebanan kerjanya cuma dari perspektif yang berbeza. Dan kedua-duanya, jika tak diuruskan dengan betul, sama-sama boleh memberikan tekanan dan stres. Tapi, yang bezanya, ibu bekerjaya berhubung dengan agenda pejabat, orang-orang pejabat dan majikan. Ibu bekerja di rumah berhubung terus dengan rumah, keluarga dan mungkin majikan atau pelanggan tapi mungkin hati lebih tenang. Mungkin ya. Bukan dijamin.

Bila kerja hakiki memerlukan tenaga dan masa anda dikerah hingga perlu difikirkan pembahagian masa dengan keluarga, saya kira saya sudah tak sanggup nak hadapi semua itu. Dibandingkan semasa bujang, cabaran begini memang ditunggu-tunggu, yang mana inilah masa untuk mencabar diri dan membuktikan kita sebenarnya boleh. Tapi, keadaan dah berubah dan menjadi ibu yang terpaksa mengambil anak lewat di taska dan terpaksa berperang dengan perasaan sendiri membahagikan masa dan tenaga - saya memang tak sanggup untuk menjadi seperti itu lebih lama lagi. 

Ya, keadaan sibuk begini tak selalu, tapi kita tak tahu bila akan berulang lagi dan bila tiba waktu itu kita sendiri tak pasti sama ada kita masih mampu nak hadapi. 

Memang rasa 'down' tapi seperti suami selalu ingatkan: Kita perlu bersabar dengan apa yang kita ada, sebelum kita nak dapat apa yang kita tak ada.

Kadang-kadang fikir sampai bila nak bekerja makan gaji dan bekerja di bawah orang, tapi buat sementara waktu ini, bersabarlah dulu. Tapi, dalam masa yang sama membina tapak berniaga, meluaskan networking dan belajar selok-belok berbisnes secara online dan offline. Cari maklumat, info dan pengetahuan. Belajar dari pengalaman. 

Saya yakin dengan diri saya. Saya yakin saya boleh mencari rezeki Allah walaupun tanpa bekerja 9-5 seperti sekarang. Saya yakin rezeki tetap ada untuk kami sekeluarga. Mohon Allah kuatkan hati saya dan suami untuk teruskan apa yang dah kami mulakan. Insya Allah.


Semoga hari kita lebih baik hari ini berbanding semalam.

Blog Tetap Relevan


Mengapa blog masih lagi relevan pada zaman media sosial yang lebih aktif seperti Facebook, Twitter dan You Tube? Jom ikuti akronim B-L-O-G ;)
B – Bina Jenama
Blog amat penting dalam mebina jenama perniagaan kita. Seseorang masuk ke laman web kita sekali, dua, belum lagi akan membeli produk yang kita pasarkan. Ia memerlukan pelawat melawati laman web kita berkali-kali (5-6 kali) barulah mereka akan membeli daripada kita. Ini kerana, ia mengambil masa untuk membina kepercayaan orang ramai keatas laman kita, dan blog yang sering dikemaskini akan membina kepercayaan dan jenama perniagaan anda! ;)

L – Letakkan imej/gambar
A picture paints a thousand words! Untuk memberi tarikan kepada blog kita, pastikan setiap posting kita mengandungi imej atau gambar (dan bukan hanya teks sahaja). Imej atau gambar pada setiap posting blog anda akan memberi tarikan untuk pelawat membaca. Satu tip tambahan, meletakkan gambar orang/manusia dapat menarik psikologi pelawat oleh kerana manusia boleh relate dengan manusia lain.
O – Optima di enjin pencari
Enjin pencari seperti Google, Yahoo atau MSN suka pada laman web yang banyak maklumat dan sering dikemaskini. Blog, boleh mengoptimakan laman web kita di enjin pencari dan membawanya ke muka hadapan enjin pencari. Segala mesej-mesej yang ditulis di blog akan diarkibkan untuk selama-lamanya- tidak kira sama ada artikel yang ditulis pada tahun 2006 (seperti di blog ini), masih lagi boleh dijumpai di enjin pencari di muka hadapan!
G – Gandakan pendapatan
Di blog, kita boleh menjana pendapatan tambahan dengan meletakkan iklanGoogle.com/adsense ataupun NuffNang.com.my. Dengan meletakkan iklan di blog kita, sambil blogging, kita boleh menjana pendapatan.Jangan lupa juga, blog merupakan platform yang amat baik untuk menjalankan perniagaan berbentuk affiliate tanpa sebarang modal!

=========================================================================================
Jutawan internet yang kata BLOG masih relevan walaupun dengan adanya media sosial yang lain. Jadi, amat perlu bagi mereka sedang atau bakal berbisnes online ada sebuah blog. 
Daripada blog, kita dapat mempromosikan produk yang kita ada dengan lebih jauh lagi dan dapat memberikan segala maklumat tentang produk dan bisnes kita dengan berkesan. 
Bergabung dengan kami dengan lebih 700 blog kini, di Akademi Bekerja Di Rumah, sama-sama menjana pendapatan melalui blog. 
Jika tak pandai bina blog, akan belajar hingga pandai. Jika tiada masa nak bina blog, ada servis bina blog untuk anda.

Hubungi saya untuk tahu caranya.
Hifzaila Hafni
Pengurus Online
Akademi Bekerja Di Rumah
PM/Whatsapp: 019-4603094

Solat Dhuha: Menarik Rezeki, Menolak Kepapaan

Solat sunat dhuha, antara faedahnya, Allah memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan keduniaan manusia setiap hari. Dan dengan solat dhuha juga, mampu menarik rezeki dan menolak kepapaan.




Cuba cari masa melakukan solat dhuha. Insya Allah.

Alhamdulillah ada doa dhuha secara berlagu begini, yang mana mudah kita nak menghafalnya. Kalau dihayati makna doa dhuha, kita akan sedar betapa 'power' solat dhuha ini.




Solat ini dilakukan pada waktu Dhuha iaitu pada saat matahari naik lebih kurang sepenggalahan (istiwak). Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah 8 rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan oleh 2 rakaat.


DALIL

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : أو صاني خليلي بثلاثة صيام أيام من كل شهر وركعتين الضحى وأن أوتر قبل أنام .
(رواه البخاري ومسلم)
Maksudnya :
Daripada Abi Hurairah r.a katanya : Rasulullah telah berwasiat kepadaku tiga perkara, iaitu puasa tiga hari setiap bulan, sembahyang Dhuha dua rakaat dan sembahyang sebelum tidur.



NIAT
أُصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala.


SURAH YANG DIBACA

Tiada ditemui riwayat tentang surah-surah yang dibaca oleh Nabi SAW. dalam solat ini. Antara surah yang dianjurkan ulamak ialah Surah Al-Kafirun dan Al-Ikhlas atau As-Syams dan Ad-Dhuha.


DOA SOLAT DHUHA


اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ . اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ .


Maksud :
Ya Allah ! bahawasanya waktu Dhuha itu adalah waktu Dhuha-Mu, keindahan itu adalah keindahan-Mu, kecantikan itu adalah kecantikan-Mu, kekuatan itu adalah kekuatan-Mu, kekuasaan itu adalah kekuasaan-Mu, dan perlindungan itu adalah perlindungan-Mu. Ya Allah ! Ya Tuhanku, jika rezekiku berada di atas langit, maka turunkanlah, dan jika berada di dalam perut bumi maka keluarkanlah, dan jika sukar maka mudahkanlah, jika haram maka sucikanlah, jika masih jauh maka dekatkanlah. Berkat waktu Dhuha-Mu, Keagungan-Mu, Keindahan-Mu, Kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.

Jom sama-sama kita solat dhuha! 


Hari Lahir Mak

Semalam sambut hari lahir mak. Kononnya nak buat makan-makan keluarga je, langsung tak cakap apa-apa kat mak. Biasalah, kami adik-beradik selalu pakat surprisekan mak.

Menu semalam: stimbot, bbq kepak ayam dan kambing, bihun goreng putih, koktel buah dan jus alpukat (avokado). Dan pastinya kek hari lahir lah.

Gambar semua dalam kamera. Saya dah agak lama pencen ambik gambar ni. Semalam pun encik suami yang jadi photographer.

Fuaad pun semalam beria-ia makan. Ramai la katakan. Cuma sunyi sikit sepupu semua tak ada. Tapi ligat betul ke sana sini. Makanan selain nasi dia nak makan. Mujur lah daripada tak nak makan langsung.

Semalam, menjadi juga lah surprise untuk mak, sebab mak tak jangka pun ada kek semua tu. Adik ipar sorokkan kat dapur.

Oklah, janji mak seronok. Kek pun sedap. Kalau nak cuba, kek daripada King's Confectionary. Kek pandan kelapa. Sedap tak muak sangat. Kek span dilapis dengan kastard. Masing-masing cakap sedap.

Semoga mak panjang umur dan dimurahkan rezeki. Dikurniakan kesihatan yang baik dan sihat-sihat selalu. Anak, menantu, cucu semua sayang mak.

Happy birthday, mak!

Bengkel Asas Urus Akaun Bisnes Kecil (Offline)

Masalah Rutin Usahawan Bisnes Kecil


-Tidak tahu menjejaki kos, untung, aliran tunai bisnes
-Terlalu banyak kos tersembunyi kos tersembunyi yang mengecilkan keuntungan
(dilakukan dari awal mula bisnes)
-Mencampur aduk wang syarikat dan wang sendiri
-Menggunakan wang syarikat/bisnes dengan bebas tanpa rasa bersalah
-Membeli banyak stok pada awal bisnes menyebabkan 0 keuntungan
-Jualan meningkat setiap bulan, akan tetapi tidak ada rekod kewangan yang tepat, menyebabkan tidak ada
wang keuntungan
-Tidak memasukkan kos pengurusan, kos minyak menyebabkan 'bahagian wang untung' semakin mengecil dan hampir tidak ada untung
-Selepas setengah tahun beroperasi, bisnes masih pada tahap sama, jualan tidak konsisten dan tidak tahu keuntungan yang tepat
-Bisnes seperti maju, produk laris tetapi tidak ada 'aliran tunai' yang banyak di dalam tangan

Jika kalian kategori usahawan di atas:
-Perlu tahu wang peribadi perlu diasingkan dengan wang syarikat
-Belajar buat bajet kewangan
-Buat unjuran sasaran yang perlu dicapai
-Buat sasaran bahagian 'gaji' yang perlu diambil dari 'pendapatan syarikat' selepas layak mengambil gaji
-Perlu tahu kos yang terlibat dalam urusan operasi bisnes
-Perlu tahu mana untung mana rugi
-Perlu tahu kesihatan 'kewangan' atau 'akaun' syarikat adalah bisnes semakin untung atau semakin rugi
-Perlu tahu asas keluar masuk wang
-Perlu tahu bahawa rekod aliran wang yang tepat membantu usahawan menjejaki keuntungan yang sepatutnya lebih meningkat dari bulan ke bulan

Bagi usahawan yang mengalami masalah di atas, boleh sertai bengkel urus kewangan seperti berikut:

Bengkel Offline Asas Akaun
Tarikh: 14.6.2014, Sabtu
Lokasi: Shah Alam
Tempat: Tingkat 2, PKNS Bizpoint, Shah Alam
Masa: 9 pagi hingga 5.30 petang
Yuran: RM220

Makan tengahari dan air mineral disediakan.

Modul Bengkel:
1. Pengenalan Book keeping and accounting
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer
3. How to do record keeping
4. Basic costing and Pricing. Bagaimana anda meletakkan Harga?
5. Profit & Loss...anda untung @ Rugi????
6. Case Study (full set of Bookeeping)
case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping.


Pendaftaran terhad kepada 50 peserta sahaja.

Tarikh akhir pendaftaran bengkel adalah pada 9.6.2014 (Isnin).

=========================================================================

Info lanjut tentang bengkel ini, boleh menerusi saya:

Hifzaila Hafni
Pengurus Online ABDR
hifzaila.hafni@gmail.com
019-4603094

Bisnes Borong Telekung Solat

Akademi Bekerja Di Rumah menawarkan kelas blog dan fanpage untuk bisnes borong telekung solat bagi yang berminat. Peluang khas untuk mereka yang mahu mula bisnes musim perayaan.

Terhad hanya untuk 30 pendaftaran sahaja!
 
Kelas Borong Telekung Solat (Yuran Kelas RM250 Kelas premium)

-Telekung Solat Vietnam
-Telekung Solat Indonesia
-Telekung Solat Sulam
-Telekung Solat Kanak-Kanak.
- Bonus 4 ebook sebagai rujukan

Kelas ini dikendalikan oleh salah seorang guru online akademi, yang merupakan pakar jualan borong bulan Ramadhan. Pendaftaran masih dibuka, dan boleh mendaftar terus melalui saya.

Apa yang kalian bakal dapat? 
InsyaAllah,
- Ilmu membina blog & fanpage niaga blog yang menepati minat pembeli
- Bersama dalam satu fanpage group dengan barisan guru-guru online Akademi Bekerja Di Rumah - yang berpengalaman dalam bisnes online
- Produk telekung pelbagai jenis yang sedia ada stoknya


Info lanjut atau pertanyaan tentang kelas borong telekung solat, melalui:

Hifzaila Hafni
Pengurus Online ABDR
hifzaila.hafni@gmail.com
019-4603094



Mendidik Anak Bertanggungjawab

Fuaad sekarang dah pandai baling barang atau mainan. Kalau dia rajin, ada lah usaha dia kutip semula dan baling lagi. Kalau dia dah bosan, kat situlah mainan tu sampai abah atau ummi kutip.

Sesekali saya dan suami ajar juga dia kumpul dan simpan semula barang-barang yang dia sepahkan. Contohnya kasut. Kasut-kasut dia disusun di atas kerusi yang tak digunakan untuk duduk, jadi abahnya jadikan kerusi tu tempat diletakkan kasut-kasutnya. Kalau datang angin dia nak main 'shoes', habis berterabur kasut-kasut tu semua. Jadi, abahnya akan suruh dia kutip dan letak semula.




Kadang-kadang, dia ikut. Kadang-kadang, tak. 
Kadang-kadang kena cakap baik-baik baru dia buat. Atau kena rephrase ayat "Fuaad buat macam ummi buat ni".

Memang biasa usia sebegini suka sepah barang. Jadi, kena mula ajar dia simpan barang semula. Kalau tak, jenuh la mak jemah kena kemas satu rumah tau!

Menurut Zaid Mohamad, dalam blog beliau http://ibubapabijak.blogspot.com/

Kanak-kanak perlu diajar bertanggungjawab seawal mungkin. Salah satu dari tugas asas yang boleh kita berikan kepada mereka ialah untuk mengutip dan mengemaskan barang permainan mereka sendiri. Saya tahu ramai ibu bapa yang telah berjaya melakukannya dengan baik.

Apakah rahsia mereka?

Ianya perlu dimulakan seawal mungkin - dari segi usia dan juga sebaik sahaja mainan itu dibeli. Anak-anak tiga tahun ke atas sudah boleh memahami perkara ini. Suruh dan beri peringatan kepada mereka secara konsisten. Buatlah perjanjian dengan mereka tatkala mainan itu dibeli bahawa ianya adalah tanggungjawab mereka. Jika ianya tidak disimpan dengan baik dan akibatnya rosak atau hilang, mereka harus mempersalahkan diri sendiri.

Berikan banyak galakan dan pujian. Rekodkan aksi mereka, terutama yang masih kecil, tatkala mereka bersusah-payah mengemas barang mainan mereka. Kongsikannya dengan orang lain agar anak-anak itu merasa bangga.

Anda juga boleh memberi "hadiah" kecil seperti aiskrim, asalkan ini bukannya menjadi satu tabiat.

Apa yang penting ialah untuk kita menimbulkan rasa tanggungjawab dan mahu berusaha. Berikan pujian di atas usaha mereka bilamana mereka berkata dengan bangganya bahawa, "saya kutip dan kemaskan mainan saya sendiri!"

Jadi, kena mula daripada sekarang (dan konsisten) untuk pastikan dia faham tanggungjawab. Tips merekod video dan bagi hadiah tu saya suka. Boleh dicuba tu. 

Matlamat Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)


(Pengasas Akademi Bekerja Di Rumah, penulis buku Jana Wang Di Rumah dan ebook Asas Blog)

Matlamat Akademi Bekerja Dari Rumah


Sejak bermula sebagai suri bekerja dari rumah, penghujung 2008. Saya adalah wanita yang dahulunya bekerja di luar rumah, kemudian bertukar status bekerja di rumah.


Pada masa tersebut, tidak banyak sumber dan buku sebagai panduan. Sejak dari itu saya memulakan blog saya pertama, masayuahmad.blogspot dan catatan harian di naufalsayang.blogspot. Iaitu catatan awal bekerja dari rumah dan mula berkongsi tentang panduan bekerja dari rumah.


Penulisan adalah fokus utama dan sudah tentu pencarian bahan penulisan sangat berkaitan dengan bisnes dari rumah, bisnes skala kecil juga motivasi wanita. Ini tema utama dalam buku, ebook dan manuskrip yang saya hasilkan.


Dua sumber utama pendapatan adalah pendapatan aktif dan pendapatan pasif. Segalanya bermula dari blog.
Sejak itu juga blog saya selalu disinggah pembaca dari kalangan suri rumah, suri berkerjaya, juga sesiapa sahaja yang mencari peluang bekerja dari rumah.


Mulakan dengan apa yang ada

Saya selalu berkongsi konsep mulakan dengan apa yang ada atau menggunakan modal minima. Mulakan dengan secara sambilan sebelum mengambil keputusan bekerja sepenuh masa. Atas usaha inilah saya kumpulkan maklumat, bahan dan juga kisah-kisah dari wanita yang sudah berjaya, wanita bergelar suri rumah, wanita yang sudah pun berstatus usahawan dari rumah.


Akademi Bekerja Dari Rumah

Sertai Kami di Akademi Bekerja Di Rumah.



Akademi ini adalah kelas secara online, rentetan saya berterusan menerima soalan, perkongsian dari suri yang mahu bermula dan tidak tahu cara. Pelbagai dilema yang dikongsi. Memandangkan juga kebanyakan adalah mempunyai masa yang terhad dan juga kekangan modal. Jadi dua kelas online diperkenalkan. Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan sejak bulan pertama diperkenalkan. Kini lebih 100 blog sudah pun dihasilkan melalui kelas secara online. Penyertaan adalah berdasarkan, analisa awal untuk mengenalpasti apa matlamat utama mahu belajar di kelas ini.



==================================================

Terkini, jumlah blog yang bergabung di ABDR sudah menghampiri 800 blog, dengan pelbagai latar belakang. Blog bisnes, penulisan kreatif dan catatan pengalaman. 

Sertai kami melalui mana-mana kelas atau servis yang ditawarkan:
1. Kelas Asas blog dan penulisan - online & offline
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes - online & offline
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho-daftar - Bengkel offline 14 Jun 2014
Pendaftaran akan ditutup pada 9 Jun 2014.
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
7. Kelas Online Bina Blog Borong Telekung Solat terhad untuk 30 orang sahaja.
8. Pendaftaran pengurus online
Pakej untuk bulan puasa, raya dan rumah terbuka. Stok sedia ada.

Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes - siap 3 hingga 5 hari.
2. Beriklan di SOHO Directory juga bersama pautan kami 700 blog.

PM saya untuk sertai ABDR apabila sudah sedia.

Hifzaila Hafni
Pengurus Online ABDR
hifzaila.hafni@gmail.com
http://hifzaila.blogspot.com

Daftar Agen Jualan Projek Duit Raya

Bulan puasa dan raya, bukan sahaja kita berpeluang nak kumpul pahala (semestinya kan), boleh juga kumpul duit lebih. Maklumlah, hari raya menuntut banyak duit nak uruskan itu ini. 

Tapi bukanlah bermakna kita perlu sampai berhabis duit keterlaluan. Berbelanja semampu kita tapi kalau nak belanja lebih sikit (nak sponsor duit raya, nak bagi duit lebih kat mak ayah, nak sedekah kepada lebih ramai orang), kita boleh juga cari sumber sampingan.

Akademi Bekerja Di Rumah mulakan #projekduitraya, yang mana suri rumah atau suri bekerja boleh ambil peluang tambah duit raya tahun ini dengan menjual produk-produk yang selalu menerima permintaan tinggi di musim perayaan. 


Dan yang paling best, selepas raya pun boleh sambung jual lagi...sepanjang tahun!

Cara mendaftar sebagai Agen Jualan #projekduitraya:

Pendaftaran sebagai Agen Jualan pakej barangan puasa, raya, rumah terbuka, pakej mudah masak untuk suri, produk pakej untuk sepanjang tahun dan musim raya (rujuk pakej produk di SINI).

1. Yuran komitmen RM150 sekali bayar sahaja, terus boleh mula berjualan sampai bila-bila

2. Setiap agen yang berdaftar secara automatik menjadi alumni Akademi Bekerja Di Rumah

3. Berpeluang untuk membina blog jualan online khas untuk produk ini

4. Bonus 2 ebook (ebook belajar asas blog dan 1 ebook pilihan)

5. Kumpulan sokongan jualan di group facebook


6. Agen hanya perlu membuat promosi dan jualan, samada melalui blog (jika belum ada, akan belajar membina blog), facebook, pages atau secara offline berdasarkan kreativiti setiap agen. Setiap tempahan yang diterima, agen perlu mengisi borang pengurus untuk pihak akademi menerima pesanan dan menguruskan penghantaran.


7. Agen akan menerima komisen daripada setiap hasil jualan.


Berminat dan ingin info lanjut, atau ingin mendaftar jadi agen jualan #projekduitraya, boleh melalui saya:

Hifzaila Hafni
Pengurus Online
Akademi Bekerja Di Rumah
019-4603094


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...