Posts

Showing posts from May, 2014

Resipi Tuna Omelette

Image
Hari ni sibuk mendobi. Suami kerja pula hari ni. Jadi, saya memang nak masak apa yang ada stok di rumah saja. Dan yang penting, cepat. Kalau saya seorang, tak apalah setakat nak makan mi kari semalam, tapi perut anak bujang ni kena la masak yang fresh dari ladang. Hehe.Di dapur ada stok telur. Ternampak setin tuna flakes. Terlintas nak masukkan tuna dalam telur. Senang. Buat tuna omelette. Tuna yang saya guna, bukan yang kita selalu sapu atas roti tau. Ini tuna flakes dalam sunflower oil. Sesuai nak buat sos pasta. Kadang-kadang saya memang standby tuna dalam tin yang jenis ni, kalau ada masa lauk basah tak ada. Sekurang-kurangnya taklah bujang sangat nasi goreng saya. Jadi nasi goreng tuna!Untuk omelette ni, saya cuma siapkan 4 bahan saja. Telur, tuna, daun kucai dan bawang besar. Senang kan? Cer semak resipi di bawah.Resipi Tuna OmeletteBahan-bahan:
4 biji telur
1tin tuna flakes (in water/oil)
1/2 biji bawang besar
Sedikit daun kucai
Garam
Lada sulahCara masak:
1. Pecahkan semua te…

Bersalin Alami: Seronok, Tenang dan Selesa oleh Iryani Ahmad

Image
Kenali, dalami dan ketahui apa itu bersalin secara alami, persediaan, teknik dan perkongsian pengalaman ibu-ibu yang telah melaluinya.
Ebook Bersalin Alami: Seronok, Tenang dan Selesa oleh Iryani Ahmad.



Kandungan ebook:

1          APA ITU BERSALIN ALAMI  1.1Cinta Melahirkan Cinta 1.2Bertuah Menjadi Wanita 1.3Cerita Seram Ibu Mengandung 1.4Kenapa Bersalin akan Rasa Sakit? 1.5Sistem Superb dalam Badan 1.6Budaya Bersalin 1.7Rahsia Buang Rasa Takut 1.8Selamat Tak Bersalin? 1.9Sejarah Bersalin Di Sisi Islam 1.10Trend Beralin Generasi Y 1.11Jihad Bersalin 1.12Proses Bersalin
2          PERSEDIAAN ASAS 2.1Rancangan Bersalin (Birth Plan) 2.2Teman Bersalin 2.3Sokongan Suami

Resipi Sambal Sotong

Image
Kenapa sambal kita selalu tak sama rasa dengan sambal mak kita?

Sebab kita guna cili giling yang dah siap asam garamnya, sedangkan mak kita guna cili kering yang direbus, kemudian dikisar sekali dengan bawang putih dan bawang merah. Sekali kisar banyak-banyak, simpan buat stok dalam peti ais. Cili giling ekspres kita tu, buka peket dan simpan dalam peti ais (sama konsep tapi tak sama rasa).
Saya mula-mula kekok nak sesuaikan rasa bila guna cili giling yang dah siap dimasukkan asam dan garam ni. Sebab macam tak yakin. Nak juga tambah perasa lagi kan. Sudahnya terlebih masam, terlebih masin, kadang-kadang tu terlebih masak (terlalu garing). Sebenarnya, cili giling jenis ni tak perlu ditumis lama, kalau tak, cepat hangit. Maklumlah, konsepnya ekspres. Tumis bawang putih dan bawang merah dan masukkan cili giling tu. Kemudian tambah gula sikit untuk seimbangkan rasa. Memang mudah tapi bila kita dah biasa makan yang lebih sedap, dah tentu lah tak puas kan.
Mungkin yang menjadikan cili keri…

Ulasan Kelas Urus Akaun Bisnes - Kuazue Mohd

Image
Teks: Kuazue Mohd
Salam Kasih sayang buat semua. Beberapa hari tidak bersiaran pula. Ada sahaja perkara/benda yang dikejar dan nak kena kejar pula. Ah dunia, lagi dikejar lagi berkejaran kita mengejarnya, yang pasti tidak akan pernah cukup bila mana kita sendiri tidak pernah tahu dan pasti apa yang patut dan perlu kita kejar sebenarnya dalam kehidupan yang merupakan ujian untuk hari akhirat nanti.

Atas perjanjian, haiihss, lama sudah berjanji pun, ini pula baru cik azue menulisnya.
Maaf ya wahai cikgu-cikgu sekalian, inilah resmi anak murid yang satu ini. Banyak benda nak kena selesai baru boleh menyambuang draft entri yang sudah berkurun tersimpan cantik dalam komputer ini.
Oh kelas apakah itu? Jika anda hendak tahu, ya, di suatu hari yang indah bertarikh 24 Mac yang lalu, cik azue telah pun mengikuti Kelas Asas Urus Akaun Secara Online.
Kenapa pula cik azue mengikuti kelas ini ya? Bukan kerana cik azue tidak tahu langsung tentang asas urus akaun, cuma nya, cik azue ni bukan lah pelaja…

Upah Buat Blog Bisnes

Image
Siapa yang perlu upah?
Usahawan yang sudah ada bisnes offline yang ingin kembangkan secara onlinePeniaga online yang ingin luaskan pasaran pelanggan berpotensiIndividu yang baru nak mula berbisnes Usahawan offline/online yang ingin tambah jaringan bisnes
Bisnes lebih maju dengan blog!

Hubungi:
Hifzaila Hafni
Pengurus Online ABDR
0194603094
hifzaila.hafni@gmail.com



Menangani Perubahan Anak

Image
Teks: Hifzaila Hafni Sumber: Google
Anak yang makin membesar memang sangat menguji kesabaran. Ada sahaja benda yang boleh buatkan ibu-ibu sentiasa nak naik angin. Ada sahaja perkara yang buatkan ibu-ibu menjerit.

Anak sepahkan mainan, baju yang dah elok dilipat dikecah-kecahkan, suka nak main kat dapur dan macam-macam lagi yang sememangnya amat menuntut ibu beristighfar dan bawak banyak bersabar.


​ Fuaad, sejak dah boleh berjalan, banyak akal dia sekarang. Cerdik sangat, semua benda nak dicuba, semua benda nak dijadikan mainan. Dah pandai tunjuk apa yang dia nak, dah pandai geleng dan cakap taknak pada benda yang dia taknak. Kalau nak makan, suka makan ramai-ramai macam di taska. Bila balik rumah, makan mahu tak mahu saja, tambah lagi kalau ummi yang suapkan. Nasib baik dia nak makan dengan abahnya, kalau tak dia rela leka main dan makan sikit-sikit sahaja.
Ikut hati manusia biasa ni, memang la mendidih saja darah tapi dikenangkan macam tulah cabaran mendidik anak dan cabaran mendidi…

Menu Mudah: Ikan Pindang dan Sambal Sotong

Image
Berhujung minggu di rumah mak mertua. Menantu masak apa yang patut. Sedap ke tidak, belakang kira. Yang penting, yakin dan masak dengan rasa kasih sayang. Sudah la sekarang ni hilang deria rasa, masak apa pun main agak-agak sajalah. Tu yang penting, yakin. Menu makan malam ni, ikan senangin masak pindang, sambal sotong, ikan kembung goreng dan kacang buncis goreng. Pindang, memang mudah nak masak, tapi kadang-kadang tak menjadi juga. Nak seimbangkan rasa pindang agak tricky juga dan saya pernah buat pindang tak jadi sebelum ni. Entah macam tak cukup rasa. Jadi berhati-hati sikit buat kali ni. Adik-adik ipar kata ok. Bos (suami saya) belum rasa lagi. Nak tau betul menjadi ke tidak, kena dengar komen beliau.Sambal sotong, senang masak sebab mak mertua dah siap blend cili dengan bawang. Tinggal tumis dan perasakan. Saya dah banyak kali percubaan berjaya-gagal bila bab sambal tumis. Tapi sebab suami dan saya sendiri peminat sambal, terpaksa memandaikan diri. Dah belajar daripada mak mertu…

Cara Menghalau Tikus dalam Rumah

Image
Sejak akhir-akhir ni, bukan main bermaharajalela tikus bersimpang-siur dalam rumah saya. Laju je melintas dari dapur ke bilik air, menyelinap di bawah pintu.
Memang sakit jiwa!
Seperti yang kita sedia maklum, tikus memang sangat bahaya kalau ada dalam rumah. Selain daripada kotor, bau yang tak menyenangkan, tikus juga merupakan ejen penyakit. Ejen penyakit memang tak bermanfaat langsung, ejen jual makanan tak apa ya.
Jadi, huru-hara kami sekeluarga di rumah sekarang. Nak buat apa pun sentiasa risau. Dengan anak kecil lagi. Jadinya kami dah isytihar Ops Perangi Tikus; yang mana hujung minggu ni akan berjalan operasi pembersihan rumah besar-besaran sekaligus menyahkan musuh-musuh ini.
Tapi, langkah pencegahan juga akan tetap dijalankan. Supaya tikus-tikus takkan kembali dan bermastautin pulak.
Antara cara yang boleh dilakukan untuk menghalau tikus:
1. Meletakkan daun durian belanda di kawasan yang ada tikus. Katanya berkesan, cuma susah sikit nak cari daun ni. Tapi adik ipar saya memang guna …

Review Makan: Asam Pedas Opah, PJS

Image
Teks: Hifzaila Hafni Imej: Sony Ericsson Xperia Mini
Kedai asam pedas ini antara tempat kegemaran geng makan saya untuk makan tengah hari. Kedainya selesa, pilihan menu pun banyak dan yang penting sedap.
Dah namanya pun kedai asam pedas, jadi signature menu dah pastilah asam pedas. Ada banyak jenis asam pedas untuk dicuba. Antaranya asam pedas ikan pari/jenahak/patin/kembung, ayam, daging, sotong dan udang.

Setiap set asam pedas akan disertakan dengan nasi putih, telur masin, sambal belacan dan timun. Harga setiap set bergantung kepada jenis asam pedas yang dipilih, dalam lingkungan RM6.00 ke RM12.00.



Ada satu hari tu, saya cadang kat suami nak tak cuba makan kat sini. Asam pedas sedap, saya kata. Tapi masa tu, saya kurang sihat, jadi dia saja yang order asam pedas. Sampai bertambah nasi! 
Saya order sup campur dan telur bungkus. Supnya jenis berempah sikit. 




Oklah kalau nak cuba, peminat asam pedas sekalian. Cuma satu peringatan, kalau order nasi goreng jenis ada lauk macam nasi goren…

Berhenti Membuat Anggapan

Image
Teks: Hifzaila Hafni
Imej: Google

Kita selalu beranggapan orang lain lebih baik hidupnya berbanding kita. Betul ke macam tu?



Dia banyak duit, tak payah susah-susah nak kerja, duduk di rumah banyak masa, suami kerja besar, dan macam-macam lagi yang 'baik' sahaja tentang orang itu sedangkan kita tak tahu dia juga ada masalah dia sendiri. Dia juga ada cabaran dan kesusahan yang agaknya lebih lagi daripada kita. Kita nakkan kesenangan dia, tapi mahukah kita pakej sekali kesusahan dia tu pada kita? Agaknya lah, kalau kita berada di tempat dia, mungkin kita tak sanggup pun nak lalui pengalaman dia.

Begitulah bila kita sentiasa rasa orang lain sentiasa lebih baik daripada kita.

Saya pun sering kali berperasaan begitu. Memang saya tak nafikan. Fitrah manusia, sentiasa rasa yang baik dan elok tu semua yang ada pada orang. Sedangkan kita sepatutnya bersyukur dengan apa yan kita ada.

Kata Aa Gym, kita tidak sepatutnya takut dengan rezeki yang kita tak ada, tetapi perlu takut jika kita ti…

Tips Berniaga Sambil Bekerja

Image
Teks: Azura Abdullah

Bismillah. Lahirnya ebook ini adalah atas rasa tanggungjawab saya untuk memanjangkan ilmu dan pengalaman yang saya kutip sepanjang bekerja sebagai seorang jurutera di sebuah syarikat multinasional di utara tanahair dalam masa yang sama saya mengusahakan perniagaan kecil secara online dan offline (butik). Saya ambil ini sebagai tanggungjawab sosial saya untuk beri kesedaran kepada suri tentang pentingnya menyediakan payung sebelum hujan. Saya bukanlah seorang jutawan atau ahli perniagaan hebat. Pendapatan perniagaan kecil saya hanya menggantikan pendapatan di kala saya bermajikan dulunya. Saya juga tak janjikan apa-apa magis di dalam ebook ini. Ianya sekadar perkongsian tulus ikhlas dari saya di atas pengalaman yang saya kutip sendiri dengan benar-benar terjun dalam dunia perniagaan kecil ketika saya masih bekerja bermajikan. Jika kita boleh belajar dari pengalaman orang lain kenapa kita perlu lalui pengalaman jatuh gaung. Sekali lagi saya tekankan ebook ini bukan te…