Kenapa Perlu Ke Kelas Blog?

Memang senang je nak buat blog. Semua orang pun boleh buat. Tak pun, cari je kat internet. Buat apa nak masuk kelas, boleh buat je sendiri.

Takkan nak buat blog pun kena masuk kelas? Kena bayar pulak tu. Mahal. Baik buat sendiri. Senang je.

Itu yang selalu kita dengar. Saya pun pernah tergolong dalam golongan yang berfikiran begitu. Nak buat sendiri kononnya, kesudahannya tak ke mana-mana.

Hilang fokus, dah mula tapi tak tahu arah tuju. 

Bila muhasabah balik, sebenarnya tak pandai pun. Lepas tu putus asa. Blog pun tergantung begitu saja.

Memang, namanya kelas asas blog. Online pulak tu kelasnya. 

Banyak soalan kan?

Macamana kelas dijalankan, siapa yang mengajar, buat apa ke kelas untuk tulis blog sedangkan ada orang dah kaya dengan blog buat sendiri je, internet tak ada, apa yang online-online ni semua?

Begini.

Kelas Online
Maksudnya, dijalankan dalam talian. Hanya perlu ada gajet dengan sambungan internet. PC atau telefon pintar atau tablet, terpulang anda. Masa kelas fleksibel. Kelas dijalankan melalui Facebook. Anda akan dipandu dengan tugasan demi tugasan (atau langkah demi langkah) oleh guru online yang anda pilih. Tiada tempoh masa nak siapkan setiap tugasan, terpulang kepada keselesaan anda, hingga sempurna blog yang dimulakan. Tiada paksaan untuk siapkan dalam tempoh tertentu.

Guru Online
Adalah blogger yang dah biasa menulis blog dan menjana pendapatan dari blog mereka. Ditambah lagi ilmu daripada pengasas ABDR, Puan Masayu Ahmad. Anda akan dibimbing untuk menggunakan blog sebagai platform menjana wang juga selain dididik cara menulis entri yang berpengaruh dan berkesan.

Jaringan Bisnes
Bagi yang membina blog untuk bisnes, akan akan dapat luaskan jaringan pasaran bisnes anda. ABDR bergabung daripada 600 blog yang akan membantu meluaskan sasaran pelanggan, yang sama-sama mengiklan bisnes alumni.

Pertanyaan dan pendaftaran mana-mana kelas asas blog online boleh melalui borang tempahan di bawah atau:
Emel: hifzaila.hafni@gmail.com
PM/SMS/Whatsapp: 019-4603094
Like Facebook: Tip Bisnes Online


Berani Membuat Perubahan Diri

Pentingnya mencari dan berada dalam kumpulan sokongan yang betul dengan matlamat kita. Jika tidak, kita akan terus hanyut dan tertekan dan akhirnya putus asa.

Berani dengan setiap keputusan yang kita buat, dan semoga Allah mudahkan perjalanan kita.


Sama-sama berkongsi pengalaman dan mendapat manfaat daripada salah seorang wahm dalam Akademi Bekerja Di Rumah ini.


=======================================================

Teks: Hasliza Abu Hassan

Setelah 5 tahun bekerja makan gaji, keinginan untuk menjadi suri rumah begitu tinggi. Pada awalnya suami tidak mengizinkan kerana faktor kewangan. Jadi saya mengambil inisiatif memiliki sesuatu kemahiran yang boleh menjana pendapatan seterusnya membantu keluarga. Saya telah menghadiri beberapa kelas seperti kelas masakan dan jahitan. Begitu juga saya pernah menjadi agen menjual produk makanan seperti biskut raya dan coklat. Namun sambutan kurang menggalakan. Saya mencari punca kegagalan saya iaitu gagal dalam pengurusan masa.

Pada tahun 2012 semua anak-anak telah bersekolah, jadi saya tidak mampu membahagikan masa saya bersama suami, anak-anak, beribadat, pekerjaan dan juga kerja sambilan. Keadaan menjadi tunggang langgang dan saya mengalami masalah tekanan yang amat sangat. Oleh itu saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menumpukan sepenuh masa untuk beribadat dan juga keluarga. Disamping itu juga dapat meneruskan bisnes "online".
Pada April 2014, surat perletakkan jawatan sudah diserahkan. Dalam pemikiran saya berlegar-legar, apa yang perlu saya lakukan setelah berhenti. Dengan izin Allah, saya dipertemukan dengan Puan Zaila di alam siber semasa mencari-cari ilmu berkaitan bekerja dari rumah. Tanpa membuang masa dan atas dorongan kuat dari suami, saya mendaftar menjadi ahli "Akademi WAHM". Moga-moga pertemuan yang diaturkan oleh Allah s.w.t ini akan membuka jalan dan ruang untuk saya menjana pendapatan dari rumah.
Akhir sekali, niat saya adalah untuk membantu mereka yang mempunyai masalah berkaitan dalam bidang saya. Mudah-mudahan apa yang bakal dikongsikan di sini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Diharap Allah Taala memberi ganjaran pahala untuk bekalan di akhirat kelak.

Mengapa Perlu Berbisnes?

Saya sebetulnya, tak pandai pun nak berbisnes. Yang saya nampak, saya akan tetap bekerja, atau paling kurang jika saya betul-betul ambil keputusan nak jadi wahm, saya mungkin akan cergaskan aktiviti freelance saya untuk bantu ekonomi keluarga.

Bisnes? Tak terlintas langsung sebab dah mindset kata 'aku mana reti nak meniaga-niaga ni'.

Semua bermula awal tahun ini, bila saya rasakan segala-galanya berkos tinggi, aliran kewangan keluarga sentiasa cukup-cukup makan. Ini baru anak seorang. Bukan maksud saya anak tu menambah beban, ada anak lagikan bertambah murah rezeki. Maksud saya, perbelanjaan untuk seisi rumah bertambah sedangkan pendapatan hakiki tak pula seiring. Kos taska, lampin (alternatif akan datang: lampin kain), susu (alhamdulillah menyusu badan jadi susu formula tak perlu banyak), perubatan. Semuanya kena bayar.

Betul, 5 tahun pertama dalam perkahwinan, diuji dengan cabaran ekonomi. Tapi, bertabahlah dengan ujian itu. Bukan perlu difikir kenapa orang lain banyak duit, fikirkan bagaimana kita pun nak ada banyak duit - macam dia.

Bermula sebagai pengguna suatu produk kesihatan hingga akhirnya terjebak menjalankan bisnes itu. Juga dalam masa yang sama bermula dengan cita-cita nak HANYA menulis blog dengan mendaftar kelas asas blog secara online, tetap juga terjebak dengan bisnes bila mana kedua-duanya ada saling kaitan rupanya. 

Tapi tak rugi pun. Menyesal pun tak. Bahkan saya sangat teruja dan bersyukur Allah detikkan hati saya untuk memberanikan diri buat perkara yang sebelumnya saya tak suka dan tak yakin. 

Saya yakin dengan keputusan saya kerana sokongan suami, bimbingan dan kepercayaan daripada mentor-mentor saya, dan juga mentor kepada mentor-mentor saya. Memang betul, hidup kita hari-hari perlu diisi motivasi. Dan kesemua peringkat mentor inilah motivasi saya setiap hari. 

Jadi, tak perlulah hari-hari kita dok renung kenapa gaji sentiasa tak cukup. Setiap yang sukar ada jalan keluar. Doakan Allah temukan kita dengan orang-orang yang mampu mendekatkan kita dengan matlamat kita. Saya dan suami juga masih bertatih tapi akan sentiasa memperbaiki status kewangan kami. Insya Allah.

Sampai bila nak kerja makan gaji dan kerja dengan orang lain sedangkan kita sebenarnya mampu bekerja sendiri? 

Mulakan dengan sambilan. Belajar daripada yang kecil-kecil. Matlamatkan yang besar.

Berkongsi nota Irfan Khairi tentang semut dan keldai - Mengapa Perlu Pilih untuk Berniaga?




Pilihan di tangan kita.

Selamat hari Khamis!

Mendidik Hati Ummi

Kadang-kadang dalam waktu sibuk kita dengan tugas seharian di pejabat, urusan rumah tangga, kita terlupa tentang anak.

Bukan maksud saya kita lupakan anak kita terus, kita mungkin terlepas pandang beberapa perkara yang berlaku pada anak dek sibuk sangat dengan urusan-urusan lain.

Sebenarnya anak sentiasa memerhati apa yang kita buat. Dia mungkin tak faham, tapi dia akan ikut apa yang kita selalu buat. Sebab tu penting kena buat sesuatu yang baik depan anak. Anak cepat mengikut (duplicate).

Muhasabah diri saya sebenarnya. Kadang-kadang kita mungkin terleka sikit, tapi bila tersedar tu, kita cuba untuk cepat-cepat ubah.

Ada juga masa saya tak dapat kawal suara bila dengan lajunya si kecik saya merangkak laju nak masuk dapur. Faham sajalah, segala bahaya ada kat dapur. Dulu hanya pandai merangkak masuk saja, sekarang ni dah boleh berdiri nak buka laci. Tangan pun dah boleh cecah tombol dapur gas.

Macamana saya tak menjerit...tapi cuba didik hati jangan keluarkan suara. Tarik nafas panjang-panjang, minum air, dukung dia letak kat ruang tamu. Sepahkan buku-buku dan mainan yang dia suka -- terleka dia kejap.

Tapi lepas tu dia explore benda lain pulak lah. Budak tengah bijak, kadang-kadang memang hilang sabar juga nak layan tapi macam tu lah bila dah jadi mak.




Ada masanya, malam saya baring aje sebelah dia sambil dia tengok tv. Kadang-kadang baca majalah sama-sama, tengok gambar-gambar dia di telefon. Tinggal kejap hal rumah. Kadang-kadang suami dah tolong uruskan hal rumah mana yang patut. Jadi saya boleh layan anak main sambil-sambil praktis dia berjalan.

Malam, bukannya lama sangat masa yang kita ada dengan dia. Pukul 9-10 dia dah mula mengantuk. Sebenarnya, dalam sehari kita hanya ada beberapa jam saja dengan keluarga. Kita mungkin terlepas semua yang pertama bagi dia. Tapi alhamdulillah saya dapat tengok sendiri perkembangan anak saya masa saya jadi wahm dulu. Pertama kali meniarap, duduk, merangkak, berjalan.

Memang tak semua orang dapat peluang ni, tapi tak bermakna takkan ada peluang lagi di masa akan datang.

Walau apapun pilihan kita, pilih yang terbaik. Hanya kita yang tahu. Orang hanya boleh bercakap dan komen. Komen yang baik, kita ambil. Yang tidak, abaikan dan maafkan lah saja dia.

Semoga kita jadi mak yang sentiasa terbaik di mata anak-anak kita, dengan cara kita sendiri :)


Persiapan dan Persediaan untuk Berpuasa dan Raya

Bulan puasa dah nak sampai tak lama lagi. Dah bersediakah kita?

Kalau belum habis ganti puasa, mulalah daripada sekarang (saya la tu salah seorangnya). Nanti dah dekat sangat dengan Ramadan, tak sempat pula. Mana lah tau tiba-tiba tak sihat ke, atau apa-apa halangan lain yang menyukarkan kita habiskan puasa ganti kita tu.



Persediaan berpuasa bagi ibu menyusu kena ambil perhatian sikit. Sebab ibu menyusu ni keperluan kalori dan nutrisi lebih sikit. Ibu mengandung pun sama juga. Tapi tak bermakna tak boleh puasa melainkan keadaan kesihatan yang tak mengizinkan. Cuma bagus juga praktis daripada sekarang, supaya badan dah terbiasa nanti.

Persediaan untuk berpuasa bagi ibu menyusu:

1. Pastikan minum air secukupnya. Minum 2-3 liter air pada sebelah malam dan sahur.
2. Jangan tinggal sahur. Makan makanan yang berserat tinggi dan berkhasiat (roti gandum penuh, nasi)
3. Kurangkan minum teh dan kopi, kedua-dua jenis minuman ni menggalakkan kita buang air. Nanti cepat sangat air hilang daripada badan. Kita akan cepat dahaga.
4. Ambil suplemen yang sesuai untuk kita kekal bertenaga sewaktu berpuasa.

Semoga kita sempat bertemu Ramadan kali ini. Insya Allah.

-------------------------------------------------------------------------------------------

Promosi Bulan Puasa dan Raya

Menu berbuka puasa atau rumah terbuka hari raya. Atau boleh makan bila-bila masa saja.

1. Pes Nasi Arab

2. Pes Mee Bandung

3. Kurma dengan badam dan walnut

4. Sambal tempe



Hubungi saya untuk tempahan.

Emel: hifzaila.hafni@gmail.com

SMS/Whatsapp: 019-4603094

Like Fanpage: Teknik Buat Duit Online






Menu Pantas bagi Ibu Sibuk

Seorang mak, biarpun dia kata atau dia percaya dia boleh buat macam-macam kerja sehari, dalam hati tercetus jugak rasa penat.

Mak pun manusia biasa. Sama ada mak yang berkerjaya, atau bekerja di rumah (orang kata tak kerja) sama-sama ada cabaran dan kepenatan.

Ni dah nak dekat puasa-raya, banyak nak kena disiapkan. Dan dah mula fikir dah tentang keperluan dan persediaan untuk puasa dan raya.

Kalau bab masak, kalau boleh nak yang cepat. Yang tak ambil banyak masa nak sediakan.

Jadi, menu yang segera ni memang mendapat tempat lah kan.

Sesuai untuk berbuka puasa atau untuk menu rumah terbuka.

Pes Nasi Arab.

Pes Mee Bandung.

Sambal tempe.

Senang, cepat, insya Allah sedap juga.

PM saya untuk order.

Emel: hifzaila.hafni@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-4603094
Like Fanpage: Teknik Buat Duit Online




Ulasan Ebook 101 Idea Home-based Bisnes

Lebih ramai yang ingin menjana pendapatan tanpa keluar rumah. Ada yang ingin mencari pendapatan sampingan, dan ada juga yang ingin melakukan secara sepenuh masa.

Kedua-duanya boleh. Dan banyak bidang bisnes yang boleh dijana hanya dengan beroperasi dari rumah, tanpa melibatkan premis perniagaan atau pejabat. Sebagai langkah pertama untuk bermula. Bila dah maju, boleh lah mengintai premis atau ruang perniagaan yang lebih luas atau besar untuk menampung bisnes yang makin berkembang.



Dalam ebook ini, disenaraikan pelbagai jenis bidang bisnes yang boleh diteroka, bergantung kepada minat, kepakaran, kemahiran dan sumber yang anda ada.

Kadang-kadang kita memang minat nak berbisnes tapi kita tak tahu bidang apa yang sesuai dengan kita. Bagaimana nak mula. Di sini perlunya kita analisa dan kaji dahulu, kekuatan yang kita ada.

Panduan dan nasihat ada digariskan dalam ebook ini untuk membantu kita membuat keputusan.

Kalau suka memasak...

Boleh cuba menjual sarapan pagi, penghantaran makanan tengah hari dan makan malam, jamuan majlis hari jadi atau keraian, katering kecil-kecilan.

Kalau suka buat kek dan roti...

Cuba cipta resipi kek yang sedap dan dihias dengan kreatif. Boleh mula dengan promosi di majlis kahwin atau kawan-kawan. Roti atau kek boleh juga dibungkus dan diletakkan di kedai-kedai, kantin sekolah atau stesen minyak.

Kalau pandai berseni kreatif...

Tangan berseni ni, untung. Guna bakat seni yang dikurniakan Allah untuk anda jana lebih pendapatan. Menggubah bunga, hantaran, bunga telur atau apa-apa saja produk kreatif. Bidang yang berkait rapat juga dengan majlis perkahwinan. Boleh cuba dulu dengan majlis kahwin rakan atau saudara-mara.

Kalau anda graduan berijazah...

Boleh cuba jadi tutor atau guru tuisyen. Tawarkan servis mengajar. Boleh dilakukan di rumah atau mengajar di sekitar kejiranan. Masa yang fleksibel. Pahala pun banyak, sampaikan ilmu.

Kalau pandai menjahit...

Untung kalau pandai menjahit. Pakaian, langsir, beg atau produk jahitan lain. Kalau belum pandai, tapi minat, boleh masuk kelas jahitan dulu. Mula dengan jahit baju keluarga, adik-beradik, saudara-mara.

Kalau suka menulis...

Kini menulis saja boleh jana banyak pendapatan. Tak kisah lah menulis apa saja. Blog, artikel, ulasan buku atau novel. Tapi nak menulis selain bakat (rezeki Allah bagi), perlu ada ilmu juga. Supaya bermanfaat.

Untuk dapatkan lebih idea tentang apa lagi bidang yang boleh diceburi dengan beroperasi dari rumah, dapatkan ebook ini.

Yang belum dapat ilham, akan dapat ilham nak berbisnes apa. Yang dah ada ilham, boleh fokuskan dengan bidang yang diminati.

Ebook ini berharga RM50 sebuah.

Tapi, separuh harga jika dibeli pakej ebook ini dengan ebook Belajar Asas Blog.




Ebook 101 Idea Home-based Bisnes DAN ebook Belajar Asas Blog, hanya RM50 sahaja.

[Ambil peluang mula bisnes di musim raya]

Hubungi saya untuk order.

Emel: hifzaila.hafni@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-4603094
Like Fanpage: Teknik Buat Duit Online




Menjana Pendapatan Di Musim Raya

Banyak cara kita boleh raih pendapatan lebih di musim-musim perayaan. Yang penting, kita tahu apa yang orang selalu nak beli bila hari raya (atau di bulan puasa).

Yang paling ketara, bisnes makanan dan pakaian. Untuk yang baru nak mula bisnes, bagus juga dimulakan dalam bulan puasa-raya ini sebab selalunya permintaan tinggi.

Kalau yang nak mencuba, minat berbisnes tapi tak cukup modal, boleh jadi ejen dropship. 

Teknik dropship, maksudnya, anda hanya perlu buat promosi dan iklan (tak kiralah secara online atau offline), dan ambil tempahan. Segala urusan penghantaran akan diuruskan oleh pihak yang menawarkan dropship tadi. 

Ringkasnya, anda hanya perlu: 

1. Buat promosi (online, offline)
2. Ambil tempahan dan bayaran
3. Bayar dan serahkan details pelanggan kepada pihak yang tawarkan dropship
4. Anda dapat komisen
5. Barang akan dipos terus oleh pihak tadi kepada pelanggan

Anda tak perlu simpan stok, cuma uruskan order dan buat promosi.

Jom jadi ejen dropship untuk musim raya ini :)

Antara produk yang ditawarkan:

Pes Nasi Arab Segera 

Pes Mee Bandung Meletops

Kurma

Sambal tempe

Pretzel



Borong telekung solat (dewasa, kanak-kanak)

Kerepek

Hamper raya

Untuk maklumat lanjut tentang menjadi ejen dropship, boleh hubungi saya:

SMS/Whatsapp: 019-4603094
Like Fanpage: Teknik Buat Duit Online


Pentingnya Berada dalam Kumpulan Sokongan yang Betul

Bila baca banyak kisah orang yang berjaya, dapat dikesan ada persamaan antara mereka. 

Kebanyakan melalui fasa yang sukar mulanya. Banyak halangan, pengorbanan, kena kutuk, hampir putus asa. Macam-macam, entahkan ada yang lagi teruk daripada itu, kena fitnah, kena hentam, dikenakan orang lain yang dengki.

Orang yang senang sekarang dah susah dulu. Kita hanya nampak apa yang mereka ada sekarang tapi lupa nak tengok apa yang mereka tiada suatu ketika dulu.

Kita tak boleh gunakan alasan tak ada itu dan ini untuk memulakan sesuatu. Gunakan apa yang ada dan maksimumkan penggunaannya. Mesti ada caranya. 

Ayat klise; nak seribu daya.

Walaupun baru bermula dengan bisnes-bisnes hampir 2 bulan (baru lagi tu), kadang-kadang ada juga rasa putus asa. 

Betul ke apa yang saya buat ni? Tepatkah keputusan saya untuk lakukan semua ni?

Memang akan ada hari saya rasa macam tu dan asyik terfikir-fikir.

Bisnes memang memakan masa, sebab itu perlu terus bermula. Tapi jangan pula sembarangan, masih perlu ada hala tuju dan ilmu. 

Baca buku / artikel yang bermanfaat yang berkaitan dengan bidang yang kita nak ceburi. Tanya orang yang lebih berpengalaman. Sertai kumpulan sokongan yang bermatlamat sama dengan kita.

Kalau tak ada semua ni, memang kita akan hanyut seorang diri. Mula-mula putus asa, lepas tu terus patah hati, kecewa, terus gagal.

Saya tak nak jadi macam itu. Sekali saya rasa hampir putus asa, saya rasa rugi dengan apa yang saya dah mula dan saya akan ingat balik matlamat saya kenapa saya pilih keputusan macam ini. 

Analisa semula. Muhasabah diri.

Alhamdulillah saya dilorongkan Allah untuk berada dalam 'pasukan-pasukan' yang betul. Saya berada dalam dua kumpulan sokongan yang bermatlamat sama walaupun dengan perspektif berbeza. Saya manfaatkan kedua-duanya.  

Sesiapa pun boleh. Asalkan mahu keluar dari zon selesa dan berubah.

Hubungi saya untuk sertai pasukan hebat ini :)

Emel: hifzaila.hafni@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-4603094
Like Fanpage: Teknik Buat Duit Online

7 Tips Elakkan Sihir - Ustaz Sharhan Shafie

Sebagai renungan.

Sihir ni, kalau orang nak tuju pada kita, bila-bila masa saja. Walaupun kita rasa takkan ada orang dengki dengan kita atau sengaja nak susahkan hidup kita -- kita kena sedar dalam dunia ni, ada saja orang yang bermuka-muka. Atau depan kita dia baik tapi rupanya berniat tak baik pada kita.

Kita tak perlulah nak balas apa yang dia buat pada kita, cukup Allah saja yang balas. Apa yang kita boleh buat, ambil iktibar dan lebih berhati-hati. Dan juga 'mendinding' diri sendiri dengan amalan yang disarankan.

Saya pernah tengok satu video berkenaan amalan yang boleh dibuat untuk elak terkena sihir, oleh Ustaz Sharhan Shafie.

7 tips elakkan sihir

1. Jangan tinggal solat 5 waktu. Wajib. Setiap bacaan Al-Fatihah tu pengubat mujarab untuk lindung diri kita daripada anasir-anasir jahat.

2. Mulakan setiap pekerjaan dengan Bismillah. 

3. Sentiasa dalam keadaan berwudhuk. Wudhuk akan melindungi kita, malaikat akan jaga kita. Wudhuk boleh jadi benteng yang kemas bagi diri kita.

4. Amalkan doa Nabi Yunus.  Zikir yang mujarab untuk elak gangguan saka, santau, sihir. 

5. Amalkan membaca "Bismillahilladzi-layadhurru-ma'asmihi-syaiunfil-ardhi-walafissama-wahuwassami'ul-a'lim".

6. Lazimkan baca 3 Qul (Surah An-nas, Al-falaq, Al-Ikhlas).

7. Membaca wiqayah Jibril -- "A'uzubikalimatillahi-ttammati-min-sharri-ma-khalaq".


Jom kita sama-sama beringat dan amalkan. Wallahua'lam.



Peluang Berbisnes di Bulan Puasa dan Hari Raya

Teks: Hifzaila Hafni
Sumber: Zaila Mohamad

Menjelang bulan puasa dan hari raya ni, banyak orang ambil peluang berbisnes. Ada yang dah mula mencari-cari tapak di Pasar Ramadan, yang jual kain - dah mula pilih-pilih kain yang design terkini dan tercantik, yang tukang jahit dah mula ambil tempahan menjahit baju raya. Macam tu juga dengan cabang bisnes yang lain, contohnya makanan.

Untuk yang berkira-kira nak menjana duit raya lebih tahun ni dengan nak berbisnes, saya beserta cikgu online saya dan kawan-kawan lain ada tawaran untuk yang berminat nak mencuba.

Antara produk yang ditawarkan:

Kerepek (pelbagai jenis termasuk kerepek tempe)


Kurma badam


Pretzel


Pes segera nasi arab


Pes segera mee bandung


Borong telekung

Hamper raya


Bagi yang berminat, boleh pm saya untuk dapatkan terma dan syarat untuk sertai kami berbisnes.

Jom tambah rezeki di bulan puasa ini!

Emel: hifzaila.hafni@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-4603094
LIKE di Facebook: Teknik Buat Duit Online


Impak Belajar Buat Blog

Seronok pagi tadi. Sebab suami tercinta cuti, jadinya menghantar kami dua beranak - Fuaad ke taska, saya ke pejabat.

Fuaad, macam kebanyakan Isnin, bila sampai je taska, tengok ummi dah berlalu tu...mula la cebik. 

Sindrom hari Isnin. Maklumlah dua hari dia di rumah, bangun pukul 9. Bangun-bangun je Ummi Abah depan mata. Main kat rumah, lepas tu keluar jalan-jalan. Nak-nak pulak kalau hujung minggu tu balik rumah Wan...puas hati bergusti dengan kakak dan abang sepupu. 

Tup-tup Isnin kena pergi taska lagi.

Sabarlah anak. Nanti akan sampai masa Fuaad tak payah dah dok taska lama-lama macam sekarang ni.

Doakan bisnes Ummi Abah berjaya nanti kita home-schooling!

Hujung minggu lepas, bawak balik kain pasang berbondong-bondong ke umah mak. Kalau dulu, saya yang teruja pilih-pilih kain kalau kawan serumah bawak, kali ni saya pulak yang tukang bawak balik kain-kain. Walaupun kurang arif tentang kain, tapi bila dah terceburkan diri macam ni, belajar pasal kain la pulak.

Seronok juga. Ada la juga yang berkenan nak sambar sepasang dua. Nak buat pergi kerja, nak pergi kenduri, nak buat raya :)

Alhamdulillah. 

Begini seronoknya berbisnes (kalau orang beli bertambah seronok). Walaupun mula kecil-kecil, elok daripada tak mula langsung atau tak pernah nak mencuba. Biasa lah bisnes ada naik turun tapi kita tetap masih boleh berusaha dan rezeki kita tak tahu Allah nak kurniakan daripada mana, daripada siapa Allah salurkan.

Penyakit nak berbisnes ni nampaknya dah berjangkit ke suami saya. Apa saja yang lalu depan kami sekarang ni, semua kami anggap sebagai potensi bisnes. Haha.

Macam ni impak masuk kelas blog. Asalnya nak tulis blog saja, terus terjebak dengan bisnes. Untungnya.

Semoga Allah murahkan rezeki kami dan anda semua juga. 


Ulasan Kelas Asas Blog

Teks: Hifzaila Hafni
Guru Online: Zaila Mohamad

Saya pernah menjadi seorang ibu yang bekerja dari rumah sebelum ini (wahm). Dan saya ingin sangat kembali seperti itu semula.

Tapi, saya dah tak nak jadi wahm yang tak efektif, tak efisien, malas, buat kerja ikut mood, selalu berfikiran negatif dan banyak buang masa macam dulu.

Kini, walau pun saya bekerja, niat nak menjadi wahm tetap ada. Dan saya fikirkan itu setiap hari supaya saya terus dengan usaha saya untuk merealisasikan cita-cita tersebut.

Menginjak 2014, saya memang bertekad nak cari pendapatan sampingan dan nak bekerja dari rumah. Tahun ini saya mesti keluar dari zon selesa saya dan nak membuat perubahan membantu suami mengukuhkan tahap ekonomi keluarga.

Saya mula menganalisa kekuatan dan kemahiran yang saya ada dan menyenaraikan apa yang saya boleh lakukan jika mahu berhenti kerja dan bekerja dari rumah. Suami juga dah bagi syarat, tetapkan target bila nak berhenti kerja dan sebelum berhenti, pastikan kedudukan kewangan kukuh dahulu dengan mula mencari pendapatan sampingan dan menabung daripada sekarang.

Saya cari maklumat di internet tentang suri rumah yang bekerja dan terjumpa blog Puan Zaila Mohamad. 

Wah. Jarang jumpa orang yang bernama sama dengan saya. Teruja dengan nama dan kandungan blog beliau. Hampir sebulan saya baca blog beliau berulang-kali, akhirnya saya membuat keputusan untuk mendaftar masuk Kelas Asas Blog dan Penulisan pada Februari 2014.

Niat saya cuma nak kembangkan kemahiran dan minat menulis, tapi kini saya dah makin terjebak dengan dunia bisnes dan saya tak pernah sangka saya boleh buat perkara yang selama ini saya tak pernah terfikir nak lakukan.

Semua ini gara-gara kelas asas blog inilah. Sebab pakej kelas yang saya ambil ni termasuk keahlian Rakan Niaga akademi. Alhamdulillah. Selain belajar menulis blog dengan baik, saya diperkenalkan dengan cabang-cabang bisnes dan peluang yang ada sebagai persediaan untuk bergelar wahm semula nanti.

Dan dapat berkenalan dengan guru-guru online hebat yang lain juga, sekaligus saya bersyukur berada dalam kumpulan sokongan yang kena dengan semangat dan jiwa saya.

Puan Zaila juga sentiasa menjawab semua persoalan saya. Tak kira apa soalan sekali pun. Beliau sangat membantu memberi panduan dan membimbing serta menegur mana-mana yang perlu, tentang blog dan urusan bisnes. Untungnya kami berdua bukan sahaja bernama sama, rumah pun dalam kawasan yang sama dan sebaya pula!

Kini saya sudah boleh menjana sedikit pendapatan daripada produk-produk hebat yang dihasilkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah. Saya tak kisah walaupun bermula dengan komisen yang kecil sebab saya tahu rezeki Allah akan beri jika kita gandakan usaha dan berdoa serta bertawakal kepadaNya.

Saya dah bermula dan akan teruskan. Saya mohon semoga Allah tetapkan hati saya supaya terus dengan apa yang sudah saya mulakan. Dan saya mengharapkan saya juga dapat membantu suri bekerjaya yang lain yang mempunyai dilema seperti saya untuk berjaya sebagai wahm suatu hari nanti. Walaupun perjalanan menuju SOHO kami masih jauh atau panjang, sekurang-kurang berusaha daripada sekarang.

Semoga Allah lancarkan urusan dan tunjukkan jalan.


Untuk info lanjut tentang Akademi Bekerja Di Rumah, boleh tanya saya.

Emel: hifzaila.hafni@gmail.com

SMS / Whatsapp: 019-4603094

Facebook: Tip Bisnes Online

Anak Penyeri Pagi

Teks: Hifzaila Hafni
Sumber imej: Carian Google

Pagi ini, anak bujang saya bangun awal, bangun sendiri. Mujur abahnya nampak dia dah nak mula merangkak keluar bilik, kalau tak, risau kalau-kalau terlanggar kipas. Selalu dia tak bangun awal macam ni.

Bila dia dah bangun tu, huru-hara sikitlah ummi abahnya. Sebab nak kena tengok-tengokkan dia takut merangkak sampai ke dapur. Selalu kami dah bersiap baru kejutkan dia. Hari ini, dia bangun minum air, saya sempat susukan dia sekejap, makan biskut sambil tengok tv. Alhamdulillah tak banyak kerenah dia pagi ini.

Dalam perjalanan ke taska pun, selalunya dia diam aje tengok keadaan kat luar. Bas kilang, lori, kereta, van sekolah. Bila berhenti kat lampu insyarat merah je dia bersuara. Tak suka kereta berhenti, agaknya. Jadi, saya cerita kat dia: Lampu isyarat merah, kita kena berhenti. Dah hijau nanti kita jalan ya. Mahu la dia diam sekejap. Hehe.

Sempat singgah beli kuih untuk sarapan dia tadi. Kuih ketayap + apam. Makcik jual kuih pun sempat dia tegur. Senyum-senyum lagi. 

Sampai je kat taska, dah sengih-sengih tengok kawan dok main. Masa saya nak gerak ke tempat kerja, saya lambai dia dari dalam kereta. Dia lambai semula dengan dua-dua belah tangan sambil senyum-senyum. 

Jarang nak dapat momen begitu.

Indah pagi saya hari ini. 

Ummi abah doakan Fuaad sihat-sihat sahaja.

Jadi anak yang soleh, cerdik pandai, dengar nasihat. Doakan ummi abah selalu ya.



Tak Salah Berangan!

Teks: Hifzaila Hafni

Kita kebanyakannya tak dapat tidak mesti akan ada juga angan-angan yang bila difikirkan mustahilnya aku nak dapat ni, betul tak?

Berangan nak rumah besar, kereta mewah, duit berkepuk-kepuk. Fitrah manusia. Dan bagi saya, itu normal.

Dan tak salah pun nak berangan.

Berangan untuk mendapat benda yang 'besar-besar' begitu, perlu untuk cetuskan motivasi. Atau sekurang-kurangnya itulah matlamat kita nanti. Apa yang kita nak dan macamana kita nak dapatkan.

Semustahil mana sekali pun, kalau Allah dah tentukan begitu rezeki kita, kita akan dapat.

Tapi, kena lah diingat...benda yang 'besar' juga perlu pengorbanan yang 'besar'. Semua orang yang berjaya juga mula dengan angan-angan atau kita namakan impian, cita-cita atau apa sahaja lah namanya. Yang pasti, dengan adanya impian begitu, barulah kita boleh merangka strategi untuk mencapai matlamat tersebut.

Beranganlah. Tapi masih tetap berpijak di bumi nyata dan terus bergerak walau pun payah.

Sebab pengalaman semasa payah itulah yang membuatkan kita jadi lebih kuat.

Tak kisahlah berapa kali jatuh pun, yang penting berapa kali bangun dan pecut semula.

*Pesanan untuk diri sendiri yang selalu lupa.

Berbisnes dengan Ilmu

Teks: Hifzaila Hafni

Nak berjaya, dalam apa bidang sekali pun, kena ada ilmu.

Tak kira lah daripada mana pun ilmu tu kita dapat, mungkin daripada pengalaman orang lain, dengan membaca buku, dengan hadir seminar atau bengkel, atau secara online. 

Apa sahaja sumber ilmu yang bermanfaat, kita perlu gali dan amalkan.

Mungkin ada ilmu yang kita dapat percuma, tapi ada juga yang kita perlu korbankan sedikit wang atau buat pelaburan untuk mendapatkannya. Kita juga kena faham, orang yang menyediakan atau memberi perkhidmatan atau perkongsian pengalaman mereka juga mengorbankan bukan setakat wang, malahan lebih lagi untuk memberi yang terbaik untuk kita.

Dan harus juga diingat, orang yang berjaya juga belajar daripada orang yang berjaya terdahulunya dan juga tak banyak sikit mesti berkorban juga.

Kadang-kadang orang sukar nak buat sedikit pelaburan untuk kejayaan yang lebih di masa depan. Ada yang rasa buat apa nak bayar untuk benda mudah, diri sendiri pun boleh buat. Atau saya boleh buat semua dengan sendiri.

Ya. Memang ada orang mampu buat semuanya sendiri. Tak kisahlah, kemampuan individu pelbagai. Setiap orang pun ada kepakaran. Terpulang kita mengenali potensi diri, sumber dan bakat yang ada untuk menambah ilmu dalam konteks bisnes.

Tapi, kita kadang-kadang perlu sedar yang dengan membaca buku yang bermanfaat, hadir seminar dan bengkel atau menyertai kumpulan sokongan yang betul dalam mengembangkan bisnes secara tak langsung dapat menambah jaringan dan meluaskan pasaran.

Bab ini yang kadang-kadang kita terlepas pandang. 

Untuk berbisnes, perlu ada ilmu, dan tentulah ada harga yang perlu dibayar untuk mendapatkannya.  




Sama-sama kita mendapat manfaat daripada perkongsian video ini.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk mendaftar kelas asas blog, kelas asas akaun WAHM / SOHO, untuk membeli pakej ebook panduan memulakan bisnes online - boleh dilakukan setiap hari.

PM saya untuk info lanjut.

PM / SMS / Whatsapp : 0194603094
Emel: hifzaila.hafni@gmail.com
Facebook: Teknik Buat Duit Online


Selawat Relaksasi

Ketagih dengar ini.

Sesuai namanya, memang sangat relaks.




Jom banyak selawat hari Jumaat ini :)

Semoga dimudahkan urusan dan dimudahkan rezeki kita hari ini dan hari-hari akan datang.

Ulasan Ebook Super WAHM Supermom

Akhirnya! Khatam juga saya baca buku yang kecil-kecil cili padi ni. Sekejap saja habiskan sebab seronok sangat baca, tengok-tengok dah muka surat akhir dah.

Ebook Super WAHM Supermom
RM30

Ebook ni, khas untuk semua suri sama ada yang berada di rumah sepenuh masa atau yang bekerja. Dalam ebook ni, banyak panduan dan perkongsian oleh suri yang lebih berpengalaman (yang makan garam dulu) dalam mengurus rumah tangga sehari-hari walaupun dalam kesibukan.

Semua orang sibuk dengan hal masing-masing. Tapi ada yang berjaya menggunakan sepenuh masanya dengan optimum, tapi ada yang tidak dan sentiasa tak cukup masa.

Sebenarnya, hidup sebagai suri rumah atau suri berkerjaya ni kena ada perancangan. Macamana nak pastikan anak-anak dan suami terjaga walaupun mak / isteri bekerja. Begitu juga dengan suri rumah, macamana nak optimumkan masa di rumah selain fokus utama mengurus rumah tangga, dan dalam masa yang sama mengembangkan bakat dan minat dan ambil peluang itu untuk buat duit.

Boleh merancakkan ekonomi keluarga juga. Suami pun mesti suka. Tapi kena la tahu cara dan taktiknya.

Saya asalnya bekerja juga, kemudian menjadi WAHM seketika selepas melahirkan anak pertama. Disebabkan kurang ilmu untuk menjadi WAHM yang komited, setelah melalui fasa-fasa sukar (yang pastinya dilalui oleh kebanyakan suri juga), akhirnya saya mengalah dan kembali bekerja.

Bila saya baca ebook ni, saya dapat bandingkan hidup saya ketika menjadi WAHM dan juga bekerja. Kedua-dua situasi ada pro dan kontra. Dan sebenarnya banyak panduan dalam ebook ni yang mendorong dan memotivasikan saya untuk tak putus asa menjadi WAHM semula.

Dengan syarat, kena rangka strategi.

Macamana tu? Haa ada dalam ebook ni Cik Jah.

Kalau nak tahu cara ibu beranak lima mengurus rumah tangga, dalam masa yang sama menulis buku, menjalankan bisnes online dan mengendalikan kelas online -- inilah dia.

Nak tahu rahsia seorang suri bekerjaya yang berjaya mendapat rank tertinggi dalam bisnes produk kesihatan ketika masih lagi bekerja - ada perkongsian kisahnya dalam ebook ini.

Dan macam-macam lagi kisah kejayaan yang boleh dijadikan panduan. Perkongsian kisah dari pelbagai latar belakang yang mungkin salah satunya berkait dengan hidup kita juga.

Rajin-rajinkan diri membaca. Tambah ilmu.

Untuk yang masih tak tahu apa itu WAHM,
atau sedang merangka strategi nak jadi WAHM.
Untuk yang sedang menuju destinasi SOHO impian,
atau sesiapa yang nak jadi Supermom.
Juga suri rumah yang berupaya cari dan jana duit poket sendiri.

Dapatkan ebook ini sekarang. Tak rugi pun baca.
Semoga bermanfaat dan mencetuskan motivasi.

Nak order, hubungi saya ye:

Emel: hifzaila.hafni@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-4603094


Akhirnya Kena Catu Juga

Bangun pagi, macam biasa, tuju ke bilik air.

Dengan yakin buka paip air...eh kenapa air tak keluar? 

Pulas kepala paip sampai habis, masih tak ada air keluar.

Air kena catu lah ni.

Oh akhirnya rumah saya terlibat dalam catuan air setelah sebulan lepas langsung tak kena catu (walaupun kawasan rumah terlibat dalam jadual catuan). Mungkin simpanan tangki masih ada waktu tu, atau sebetulnya kawasan rumah memang tak dicatu pun sebelum ini, saya pun tak tahu.

Nasib baik ada 2 tong air Ferus dah tadahkan. Mandi runcit-runcit saja lah ya :)

Patutlah semalam tergerak hati nak buat stok air tapis. Simpan dalam botol. Kumpul baju kotor nak hantar dobi.

Macam tau-tau saja hari ni tak ada air.

Dengar kat radio IKIM tadi, katanya catuan air tetap diteruskan hingga 30 April, walaupun hujan dah mula turun. Mungkin hujan tak turun di empangan, atau disebabkan kekeringan yang agak melampau sebelum ni, ambil masa sikit empangan nak betul-betul penuh atau pulih untuk bekalkan air seperti biasa.

Empangan bukannya kecil-kecil anak. Dah tu nak bekal air ke seluruh Selangor ni, faham-faham sajalah ya. Populasi pesat dan padat.

Ni pun kat taska Fuaad, mak ayah bekalkan air masing-masing untuk anak mandi. Tak cukup harapkan air tadahan kat taska saja. Saya pun angkut sebotol air yang 5 liter tu untuk kegunaan Fuaad mandi. Harap-harapnya dah tak gatal la badan dia tu.

Teruk naik bintik merah macam campak, tapi alhamdulillah bukan.

Agaknya sebab kurang air atau air tercemar ni yang buat kulit Fuaad gatal-gatal, ruam begitu. Wallahua'lam.

Cepatlah hapus catuan air ni, susah jugak bila air tak ada. Nak masak dan aktiviti yang sewaktu dengannya akan ambil masa sikit, sekaligus membuatkan kita letih berganda.

Apa kata malam ni kita makan luar saja ye, suamiku. Hehe.