Kombo Set Berpantang Moden Shaklee + Ebook 44 Hari Pantang Tradisional & Moden

Masa berpantang memang kritikal betul, nak pulihkan luka episotomi (bersalin normal) atau luka pembedahan Caesarean, dua-dua perlu perhatian dan jagaan yang betul.

Ada yang mudah bersalin, ada yang mungkin lama menanggung sakit bersalin. Masing-masing ada pengalaman sendiri.

Saya dulu, Fuaad keluar secara normal, tapi dengan sedikit bantuan alat. Saya dah semput sangat dengan 2 kali push tetapi bayi tak keluar. Doktor terus vakum / forsep (tak ingat dah) supaya anak tak lemas.

Alhamdulillah. Tapi luka jahitan agak banyak sebab doktor ambil masa nak dekat sejam jahit luka.

Lama juga saya ambil masa nak pulih dari luka tu mungkin sebulan lebih. Jalan pun kena slow, nak riba anak pun tak boleh lama, sakit. Nak buang air pun mencabar sebab bila kena air, pedih.

Dugaan. Ini bahagian saya. Orang lain, lain pula kan.

Masa tu pula, susu badan tak sebanyak mana. Menambah stres. Bila dah stres, lagi lah susu susah keluar. Tapi, mujur pergi berurut. Lancar sikit peredaran darah, dapat segarkan badan, kurangkan lenguh.

Hampir kemurungan juga saya masa berpantang tu. Alhamdulillah ibu mertua dan keluarga terutama suami sentiasa memberi sokongan dalam menguruskan saya (dan dalam masa yang sama sibuk untuk persiapan adik ipar nikah).

Selain pemakanan, sokongan moral dan emosi juga penting dalam memastikan ibu berpantang dapat pulih sepenuhnya. Alhamdulillah juga kakak ipar memperkenalkan set suplemen ibu berpantang dan menyusu waktu itu. Bertambah penghasilan susu badan dan emosi lebih stabil.

Ibu yang tengah pantang ni, perlu sangat ambil makanan yang seimbang dan berkhasiat supaya dapat menghasilkan banyak susu. Yang tak boleh sangat makan menu berpantang, tetap juga kena pastikan zat-zat yang penting diambil dengan cukup dengan mengambil makanan tambahan.

Selain untuk disalurkan kepada anak melalui susu badan, juga untuk pemulihan badan sendiri.

Saya dulu tak pandai dan tak cukup ilmu masa pantang dulu. Jadi, jangan jadi macam saya dan cari sebanyak mungkin info dan sediakan siap-siap keperluan sebelum bersalin.

Selain barang-barang ibu dan bayi, makanan tambahan dan pengetahuan tentang pantang perlu diambil tahu juga ya.

Jadi, untuk yang memilih (sebenarnya tak perlu pilih, mesti cuba usahakan melainkan ada masalah atau penyakit yang menghalang) untuk menyusukan bayi.

Paling penting, konsep supply and demand. Lagi kerap bagi anak menyusu, lagi banyak susu terhasil.

Pastikan mengambil nutrien-nutrien berikut semasa pantang. Insha Allah badan sihat sekaligus dapat menghasilkan susu badan dengan meriah!

Nutrien yang perlu diambil oleh ibu berpantang:

  • Zat besi (iron) untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan, mengelakkan kelesuan dan mengembalikan darah yang banyak hilang semasa bersalin.
  • Vitamin B untuk melegakan saraf (kan banyak urat putus),  mengurangkan risiko kemurungan (meroyan), memberi tenaga dan mengurangkan stres.
  • Vitamin C untuk menyembuhkan luka bersalin, meningkatkan keimunan badan, membekalkan vitamin C kepada anak dan bantu kulit cantik dengan menghasilkan kolagen.
  • Zink untuk pulihkan luka dengan cepat, kurangkan keguguran rambut dan berfungsi macam pati ikan haruan (jika tak sanggup nak telan pati tu lah).
  • Kalsium dan magnesium untuk memberi tenaga, juga legakan saraf selainkan meminimumkan rasa penat. Bekalan kalsium sangat penting dalam menghasilkan susu badan dan mengurangkan lenguh dan sakit pinggang. Yang susah minum susu tu, kena usahakan cari pil kalsium tau.
  • Sumber protein untuk mencetuskan tenaga dan salah satu komponen penting dalam susu badan. Ibu pantang perlu ambik cukup protein.


Untuk menjamin kesihatan ibu berpantang yang optimum dengan membekalkan semua nutrien di atas, Shaklee ada rangkaian suplemen yang merangkumi semuanya malahan lebih lagi.

1. Vitalea with Iron Formula - Multivitamin dengan zat besi.

2. B-Complex with Folic Acid - Semua komponen vitamin B terkandung dalam ni.

3. Sustained Release Vitamin C - Pelepasan nutrien perlahan-lahan yang memastikan penyerapan optimum.

4. Zinc Complex - sumber zink.

5. Ostematrix - bekalan kalsium dan magnesium.

6. Energizing Soy Protein - ESP - sumber protein dan tenaga.

7. Alfalfa Complex - sejenis tumbuhan yang ditabletkan untuk membantu membanyakkan susu badan, memulihkan rahim, bantu penyerapan nutrien penting yang lain.

8. Lecithin - mengembalikan berat badan selepas bersalin dan membantu mengurangkan duktus susu yang tersumbat.

Sebelum bersalin ni, elok juga tambah pengetahuan dan bersiap sedia dengan baca buku panduan berpantang. Cara moden ada, cara tradisional pun ada.

Dua-dua pun sama penting.

Boleh juga cuba resipi berpantang yang sihat berkhasiat dan sedap. Hari-hari boleh tukar resipi. Taklah bosan resipi sama tiap-tiap hari.


Ebook Panduan 44 Hari Pantang Tradisional dan Moden.
Percuma ebook 44 Resipi Pantang Tradisi Melayu.
Harga pengenalan RM30.
Hari ni hari last (31/3/2014) ebook ini dijual pada harga pengenalan RM30. 

Berbaloi sangat untuk dibuat koleksi. Sebenarnya resipi pantang ni, untuk yang berdiet pun elok juga :)

Jadi, moh le PM saya cecepat!

Elok sangat ibu yang tengah hamil, yang dah nak dekat bersalin, memang dalam pantang, atau ibu yang bersedia untuk hamil lagi, atau sesiapa saja yang nak tambah ilmu pantang (bukan ilmu hitam tau).

Ayah, abah, baba, papa, daddy atau walid yang nak hadiahkan kat isteri tersayang pun boleh.

Dapatkan kombo Set Optimum Berpantang Shaklee + ebook 44 Hari Pantang Tradisional & Moden (berserta ebook 44 Resipi Pantang Tradisi Melayu) hari ni.

Perfect match for a wonderful mommy :D

Untuk tempah, boleh isi dalam borang pesanan di bawah, atau hubungi:

Zaila Hafni
0194603094


Review Makan: Tam Nasi Ayam, Shah Alam

Kalau sesiapa nak duduk makan di suatu tempat yang ada macam-macam pilihan (tetapi bukan kedai mamak), saya cadangkan di Tam Nasi Ayam, Shah Alam.

Lokasi kedai ni sebelah Aeon Big Seksyen 23, Shah Alam. Juga bersebelahan dengan Lebuh raya Kemuning-Shah Alam (LKSA). Juga dekat dengan Uptown Shah Alam (Seksyen 24).

Asal kedai makan ni adalah Tat Nasi Ayam (perhatikan perubahan nama di situ). Sekarang ni, Tat dah pindah ke Seksyen 19, Shah Alam dan tempat lama Tat ini dah jadi Tam pula.

Tak tahulah apa yang berlaku, kenapa Tat jadi Tam, yang pasti seronok makan kat Tam ni.

Selain menu utama nasi ayam, ada gerai-gerai kecil di sekeliling kedai.

Pisang goreng cheese.
Waffle. 
Takoyaki. 
Durian crepe.
Roti naan.
Sate ayam, daging, kambing.
Sate ikan.
Sotong bakar.
Cendawan goreng.
Otak-otak. 
Sata.

Meriah sangat. Dan servis cepat sebab waiter guna tab untuk ambil order.

Yang kami makan, nasi ayam (pastinya).


Nasi ayam biasa untuk saya, nasi ayam bakar untuk Ferus. Nasi ayam ok sedap. Baik yang biasa (kiri), baik yang bakar (kanan). Yang ayam bakar dibagi sekali satu kuah seakan air asam yang dalam piring kecil tu. 


Cendawan goreng. RM5 sepinggan. Sedap lah juga. Separuh pinggan saya makan non-stop. Tanya Ferus nak ke tidak tapi mulut saya tak berhenti pula mengunyah. Hehe. Cendawan ni didatangkan dengan dua jenis sos. Sos cili dengan mayonis (kot).


Otak-otak. Tak ingat harga. Otak-otak pun sedap. Panas-panas lagi masa akak tu letak atas meja. Ada 10 keping otak-otak, tinggal 3 aje. Kira sendiri la berapa keping kami makan.



Pisang goreng cheese. RM6 sekotak. Boleh tahan. Tengok cheese kat atas tu. Pisang goreng rangup ditabur gula (macam gula perang) dan parutan cheese melimpah. Rasa manis-manis masin.

Kebanyakan menu sedap-sedap. Pilihan pun banyak. Lain kali datang, nak cuba yang lain pula la. Bagi yang duduk di sekitar Shah Alam atau luar pun boleh juga, meh la cuba.

Kenali Produk Akademi Bekerja Di Rumah

4 hari ni, memang seronok sangat ada atas jalan (sama ada sebagai pemandu atau teman sebelah - bukan teman pengganti ye). Maklum la jalan lengang bila cuti sekolah :)

Tapi, kenikmatan tu akan berakhir esok. Minggu depan sekolah dah mula buka balik. Maka, terpaksalah menghadap jam untuk kesekian kalinya.

Traffic jam adalah salah satu faktor yang membuatkan saya nak sangat kembali menjadi wahm. Tak sanggup bersesak-sesak macam tu. Insha Allah akan sampai waktunya. Doakan.

Ok, nak kongsi sikit cerita semalam. Ada kawan pm saya pasal Bengkel Branding Yourself and Business Strategies. Semalam sebenarnya pertama kali saya promote pasal bengkel ni dan bila ada orang pm, tentu-tentu saya rasa seronok. Dan dia memang berniat nak daftar untuk isteri dia. Bukan sekadar nak tau info, tapi memang nak daftar.

Teruja.

Dan saya pun ambil peluang promote produk hebat lain yang saya ada, yang sesuai untuk dia dan isteri yang baru nak mula bisnes.



Antara produk yang boleh dipilih ikut kesesuaian atau keperluan bakal usahawan online:

1) Pakej Kelas Online
- Kelas Asas Blog & Fanpage
- Kelas Asas Blog & Penulisan
- Kelas Asas Blog & Teknik Beriklan di Mudah.my
- Kelas Asas Blog & Penulisan Kreatif
- Kelas Pengurusan Asas Akaun untuk WAHM SOHO

2) Ebook 
- Belajar Asas Blog (RM50)
- Super WAHM Supermom (RM25)
- 101 Idea Home-Based Bisnes (RM50)
- Panduan Mula Bisnes Butik (RM50)
- 101 Idea Bisnes Makanan (RM50)
- Panduan 44 Hari Pantang Tradisional & Moden (RM30) > harga pengenalan dengan percuma 44 Resipi Pilihan Tradisi Melayu, promosi hingga 30.03.2014
- Gabungan pakej-pakej

3) Ruang pengiklanan di SOHO Directory
- RM50 untuk 6 bulan
- RM100 untuk setahun
- RM200 untuk upah buat blog, fanpage
- RM300 untuk upah buat blog, fanpage, borang pesanan, iklan setahun dalam SOHO Directory

4) Bengkel Branding Yourself and Business Strategies
- Secara offline
- Dijalankan oleh trainer berpengalaman
- 3 tempat, 3 tarikh berbeza (Melaka, KL, Kelantan)
- Dalam bulan April 2014 sahaja, setakat ini

Untuk nak hadiri kelas online, nak beli ebook, nak beli ruang iklan, nak hadiri bengkel - semua pun boleh daftar dengan saya. Isi saja borang pesanan di bawah.

Nak tanya info lanjut pun boleh juga.
PM saya di 0194603094 (Zaila Hafni)

Mengenali Supermak Sebenar

Saya selalu perhatikan macamana mak mertua saya urus rumah tangga. Maklumlah, pengalaman mak saya sendiri saya dapat hingga umur 12 tahun saja, bila mana Allah lebih sayangkan mak saya lebih daripada saya.

Itu pun, dalam tempoh yang singkat tu, sempat juga dapat sikit ilmu daripada arwah. 

Mak mertua saya, memang sangat efisien. Beliau adalah suri rumah sepenuh masa (title idaman saya) dan kesemua ipar saya dijaga sepenuhnya oleh mak.

Saya panggil mak mertua saya - mak.

Tiap kali balik rumah mak, atau ada masa terpaksa berkampung kat umah mak beberapa hari, selalu terinspirasi nak jadi ibu hebat macam mak. Bila cuba ikut rutin mak satu hari kat rumah sendiri, nah kau baru tau rupanya penat betul dan kadang-kadang tak sempat rehat pun. 

Baru faham kepenatan dan kelelahan mak bila alami sendiri. 

Tapi macam tu lah tenaga orang lama. Alhamdulillah mak masih kuat sihat walaupun umur dah makin meningkat. Kita yang muda ni, belum apa-apa dah semput.

Rutin mak setiap hari lebih kurang macam ni, berdasarkan pengamatan saya:

6.00 - 6.30 am
Bangun, mandi dan solat Subuh. Bilik tidur mak dah siap kemas. 

6.45 - 7.00 am
Masukkan baju dalam mesin. Sementara tunggu baju siap, mak siapkan minum pagi abah, dan minum pagi mak sekali, walaupun mak tak minum masa tu tapi senang dah buat siap-siap. Minum pagi abah, oat. Dan mak abah amalkan minum jus Monavie. Secawan kecil setiap pagi. 

7.00 am
Sambil-sambil teman abah minum kat meja luar (kat porch), mak akan menyapu kat dalam dan luar rumah. 

7.15 am
Bila abah dah pergi kerja, mak urus dapur. Basuh pinggan (sape lah tinggal pinggan tak berbasuh semalam tu ye, tettt), panaskan nasi semalam dan semua lauk yang masih ada, masak air.

8.00 - 9.00 am
Mak bersarapan. Rehat kejap. Kadang-kadang mak sempat tengok Tanah Kubur atau apa-apa drama yang adik-adik ipar dah tolong rekodkan. 

9.00 - 11.30 am
Sidai baju. Dan basuh baju lagi. Selalunya dalam 2 round basuh baju.

12.00 pm
Kadang-kadang mak masak, tengok la kalau ada orang kat rumah. Abah petang baru balik. Adik-adik ipar pun sama. 

1.00 - 2.30 pm
Kalau cuaca panas, mak terbalik-terbalikkan baju kat ampaian. Bagi kering sekata. Kita? Sampai ke petang posisi sama. Haha.

3.00 - 5.00 pm
Mak rehat-rehat kejap. Kadang seterika baju dan seluar abah. Jahit butang yang tanggal. Atau mak angkat baju yang dah kering, terus lipat. Mak tak pernah buat gunung baju. Kagum.

6.00 pm
Mak masak untuk makan malam. Atau lepak kat luar ambil angin, main dengan cucu (kalau ada di rumah). 

7.00 - 10.00 pm
Rehat-rehat. Tunggu adik-adik ipar balik. Sambil-sambil kemas kusyen, mainan yang cucu sepahkan. Hehe.

10.30 - 11.00 pm
Tido.

Macam ni lah lebih kurang jadual mak kalau tak menjaga cucu. Kadang-kadang ada kecemasan terpaksa hantar Fuaad kat mak kejap, jadi lagi padatlah jadual ni.

Saya sebenarnya sangat bersyukur Allah bagi peluang saya merasa ada mak lagi selepas arwah mak saya tiada dengan memberikan saya mak mertua yang baik, yang jaga saya macam anak sendiri juga. Dan alhamdulillah dipertemukan jodoh dengan anak mak yang hensem tu :D

Semoga mak sentiasa sihat dan terus masak yang sedap-sedap untuk anak menantu. Projek saya dan adik ipar nak kumpul resipi mak. Harap menjadi lah.

Doakan supaya Allah kurniakan kesihatan yang baik-baik saja kat mak. 

Transformasi

Setelah melalui sesi 'brainstorming' dan 'post-mortem' dengan pengkritik tersohor saya semalam, blog ini bertukar.

Transformasi, begitu.

Bertukar nama, tajuk dan tema, tapi penulis tetap sama. Cuma cerita yang akan datang tak bertumpu kepada pemakanan saja, tapi boleh jadi apa sahaja cerita tentang saya, anak saya, suami saya, keluarga saya, rumah saya dan apa yang berlaku di sekeliling saya.

Serta cerita bisnes yang saya buat sekarang dan bisnes-bisnes yang saya akan buat pada masa akan datang, insha Allah.

Tapi, bab makan tetap di hati ye.

SuperMak. SuperIsteri. WAHM.

Cita-cita mesti tinggi. Walaupun kita tak dapat capai bulan, dapat bintang pun tak apa. Jadi, tak salah nak ada impian atau cita-cita tinggi.

Super, super pun mungkin pancit juga di tengah jalan. Yang penting, jangan pancit lama-lama. Lepas dah pulih pancit, pecut la semula. Ye tak?




Mengenang MH370


Berakhir. Hari ke-17.

Takziah kepada seluruh keluarga penumpang dan krew.



Merawat Anak Demam Campak

Terjawab persoalan kenapa sehari dua ni Fuaad tak berapa sihat.

Rupanya kena demam campak.

Aduhai anak...kecil lagi dah kena, tapi dari satu segi, elok juga kena masa awal usia macam ni daripada dah besar macam ummi.

Ummi dia dulu kena demam campak masa belajar kat universiti. Dah tua baru kena. Hehe.

Asalnya saya dan suami perasan ada ruam-ruam kat badan dia. Sebelum ni, memang ruam lampin, dan dah sembuh pun. Cuma ada sesetengah bahagian tu macam tak baik-baik dan akhirnya jadi bintik-bintik kasar. Ingatkan lampin tak sesuai ke (sebab baru tukar ke Mamy Poko daripada Huggies Dry), tapi nampaknya tak signifikan sangat pun kedua-dua lampin tu. Sebab bila cuba selang-selikan penggunaan, kesan tetap sama.

Sebelum ni, dah minta cikgu taskanya hentikan guna bedak talkum, sebab di taska saya bekalkan dia bedak talkum Drypers (tak pernah guna sebelum ni). Di rumah, guna Pureen. Takut dia alergik dengan bedak Drypers. Jadi, bedak tu disedekahkan ke taska. Pun begitu, ruamnya masih ada.

Jumaat lepas, naik bintik-bintik kat kedua-dua belah lututnya pula. Nak merangkak pun tak boleh, dia merangkak sambil angkat punggung. Lawak pula tengok, tapi dalam masa sama, kasihan. Walau macamanapun, dia tetap aktif main.

Cuma hari Sabtu, memang dia merengek dan nak melekat dengan ummi saja. Tidur pun sekejap-sekejap terjaga dan menangis. Kemuncak dia sakit kot. Dengan gatal di badan dan ulser di mulut, agaknya dia memang tak selesa dan dok menahan sakit :(

Semalam, dia dah tak demam. Tapi masih tak boleh nak makan dan minum macam selalu, agaknya mulut masih sakit. Tapi alhamdulillah, pagi ini nampak dah boleh minum air daripada botol air dia tu...agaknya ulsernya dah beransur sembuh.

Tadi pun, Wannya telefon beritahu dia tengah makan bahulu. Fuaad tak ke taska seminggu ni, rehat di rumah Wan.

Budak demam campak, mana boleh dihantar ke taska.

Demam campak, macam yang kita sedia maklum, tak ada ubat yang khusus. Cuma merawat simptom demam, selsema, gatal sahaja. Segala ruam akan dibiarkan keluar, dan tubuh akan menghasilkan antibodi baru menentang serangan di masa akan datang (insha Allah takkan kena lagi).

Rawatan demam campak

1. Jika demam, diberi ubat demam, begitu juga kalau selsema.
2. Untuk kurangkan gatal, selalunya disapukan losyen Calamine selepas mandi.
3. Boleh dibasahkan badan dan dimandikan dengan air sejuk (air suhu biasa) dan ditambah soda bikarbonat untuk kurangkan gatal.
4. Baju pun pakai yang nipis atau yang berlubang-lubang supaya kulit sentiasa kering. Kalau berpeluh nanti, gatal.
5. Mandi dengan air daun semambu.
6. Berikan anak air / cecair sebanyak yang boleh. Jika sukar nak minum melalui botol, cuba beri guna cawan atau sudu. Kalau masih sukar, guna picagari. 'Tembak' air kalau boleh setengah jam sekali, sebanyak 2-3 ml. Anak perlu minum banyak untuk elak dehidrasi. Tapi kurangkan pemberian jus buah.
7. Kuarantinkan. Elak ke tempat sesak dan ramai orang.
8. Kuku dipotong pendek supaya kulit tak bercalar atau ruam semakin merebak bila anak menggaru.
9. Anak yang dah besar sikit, boleh diberikan loli sejuk untuk kurangkan sakit dalam mulut (ulser).
10. Diberi minum atau dimandikan dengan air kelapa (petua orang lama).

Semoga semakin sihat anak ummi.

Insha Allah.

Jadilah Orang yang Positif

Cuba pun belum, dah kata tak boleh.
Selagi tak cuba, kita memang takkan tahu sama ada kita boleh atau tidak.
Jadi, pernyataan tak boleh, tak pandai, tak reti adalah tak sah selagi belum mencuba.

Semua orang ada potensi masing-masing. Antara sedar dan tidak sahaja.
Jika tak diteroka atau diasah bakat dan potensi yang ada, memang rugi.

Kita memang tak pandai, jadi tambahlah ilmu untuk jadi pandai. Belajar dari yang pakar dan berpengalaman.

Selagi kita hidup, kita tak boleh berhenti belajar. Sebenarnya, setiap hari pun ada perkara yang kita pelajari.

Fitrah manusia; nak senang, nak kaya, nak berjaya tapi taknak berusaha. Mana ada kejayaan atau duit datang bergolek depan mata. Semuanya perlu diusahakan dan perlukan pengorbanan.

Pengorbanan masa, tenaga dan duit. 

Korban masa dengan keluarga atau diri sendiri.
Korban tenaga walau penat dan lelah, hampir putus asa.
Korban duit untuk tambah ilmu, tambah kemahiran, tambah jaringan.
Anggap semua pengorbanan sebagai pelaburan.

Tentukan hala tuju matlamat. Buat benda yang kita minat.
Bukan sekadar ikut trend - orang ada, kita pun nak kena ada. Orang buat, kita pun nak kena buat.
Kena lah faham kapasiti dan keupayaan sendiri.

Setiap orang ada peluang.
Sama ada nak direbut atau dilepaskan.
Atau cukup berani nak keluar dari zon selesa dan cipta masa depan yang lebih baik.

Cukup-cukuplah berfikir negatif. Cukup-cukuplah berkata aku tak boleh.
Dunia ini banyak perkara positif yang boleh difikirkan dan dilakukan.

Tips Membeli Makanan di Luar

Sudah hari Khamis. Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bernafas lagi hari ini.

Saya lewat bangun sikit pagi ini, jadi tak sempat masak untuk makan malam. Mungkin beli di luar saja.

Nak beli makanan di luar, perlu memilih sikit. Maklumlah, makanan luar tak sama macam yang disediakan di rumah. Walau bagaimanapun, tetap boleh 'tapau' cuma ada beberapa perkara untuk diambil perhatian.

Tips Membeli Makanan di Luar


Kredit: sxc.hu

1. Pastikan premis makanan yang dipilih bersih dan menjual makanan yang dijamin halal. Tahap kebersihan perlu diambil kira untuk memastikan makanan yang dibeli juga bersih untuk elakkan keracunan makanan atau penyakit lain.

2. Pilih makanan yang sihat. Kurangkan kekerapan beli makanan yang digoreng, banyak santan dan tinggi lemak. Nasi goreng paprik boleh diganti dengan nasi putih dengan lauk paprik. Satu kebaikan lauk paprik ni adalah jenis one-dish meal (protein dan sayur dalam satu hidangan). Tak perlu dah pilih banyak lauk :)

3. Untuk anak, pastikan pesan yang kurang pedas atau beritahu taknak cili atau cili padi. Kadang-kadang hidangan sup atau sayur campur pun ada cili padi. Macamana anak nak makan makanan yang pedas berdesing tu.

4. Kalau beli burger, sandwic, salad atau bubur; boleh minta asingkan sos, dressing atau topping. Kita sendiri yang kawal kuantiti sos dan yang sewaktu dengannya semasa makan nanti. Cuma kadang-kadang perkhidmatan macam ni kena bayar lebih sikit.

5. Kalau dine-in, pastikan bawa air kosong untuk anak. Atau kadang-kadang saya pesan air barli suam. Fuaad suka :)

Supermak macamana sekalipun, ada masa kita tak sempat juga masak di rumah jika ada komitmen lain. Pilihlah makanan di luar dengan berhemah. 


Resipi Stok Ayam Homemade

Pagi yang lambat, semakin lambat.

Bila keluar rumah lewat 5 minit pun, boleh bagi impak besar dalam perjalanan seterusnya. Nasib baik dah jumpa jalan short cut dari rumah nak ke lebuh raya, jimat sikit masa di situ. Tapi, cabaran tetap ada di atas lebuh raya hinggalah sampai ke pejabat.

Fuaad pula hari ni, masuk saja kereta dah tunjuk nak 'nenen'. 

Alahai anak. 

Dah sampai depan taska, sekali lagi dia tunjuk. Mengalah la umminya. Hampir 5 minit juga untuk menyusu dia tadi. Tak sampai hati pula kalau tak bagi.

Maka terkejar-kejar lah ummi nak ke pejabat. Apakan daya, hidup di bandar, kenderaan di lebuh raya pada waktu puncak macam semut gayanya. Mujur ada jalan alternatif, kalau tidak lagi lambat agaknya.

Apapun, alhamdulillah sampai selamat di pejabat.

Awal pagi ini, memang dah rancang tak masak macam selalu. Sebab nak buat mi goreng atau pasta balik nanti. Jadi, malam ni, menu tanpa nasi.

Setakat beberapa hari sebelum ini, memang cuba konsisten memasak awal pagi untuk makan malam, untuk jimatkan masa dan tenaga bila balik kerja.

Alhamdulillah, praktis macam tu memang boleh maksimumkan penggunaan masa. Bila balik rumah, tak terkejar-kejar sangat bila anak dah lapar. Ummi pun lapar juga.

Dan saya juga dah sediakan stok ayam yang dibuat sendiri. Mudah bila nak masak sup. Atau masukkan dalam apa-apa masakan, buat ganti kiub pati ayam. 

Nak buat stok ayam sendiri, senang saja.

Bila saya beli ayam, dah suruh penjual tu potong kecil-kecil (saya suka potong 24), jadi balik cuma cuci dan simpan. 

Saya asingkan bahagian isi dengan tulang. Yang tulang digunakan untuk buat stok ayam ni. Terpulanglah berapa banyak yang nak. Yang isi dicincang atau dipotong kecil; kadang-kadang dibuat bebola (rujuk resipi bebola ayam homemade di sini).

Semasa merebus tu, saya masukkan bawang putih dan bawang merah untuk menambah rasa. Kadang-kadang ketuk halia sedikit untuk kurangkan bau hanyir ayam. Kadang-kadang saya perasakan dengan garam dan lada, kadang-kadang tak.

Saya renehkan dengan api kecil dan periuk ditutup. Biar lama sikit, hingga kuah sedikit pekat. Kemudian sejukkan, dan simpan dalam peti sejuk. Nak guna, sendukkan aje.

Selalu stok yang saya buat boleh lah guna dalam 2-3 hidangan. 

Setakat ni, memang membantu cepatkan urusan memasak. Sekejap saja dah siap :)



Strategi untuk Anak Makan Lebih Sayur

Kebanyakan kita memang tak suka makan sayur kan? Haa baik mengaku sekarang.

Sebab pahit, tak sedap, tak ada rasa dan macam-macam lagi lah alasan.
Anak-anak pun kalau tak digalakkan makan sayur, akan membesar dengan tak suka sayur.
Alhamdulillah saya memang suka makan sayur, jadi saya cuba nak bagi anak saya suka juga dengan menggalakkannya makan daripada sekarang.
Sebenarnya ada strategi untuk kita tetap makan sayur walaupun tak secara langsung. Atau kita boleh tukar cara persembahan sayur tu. Bukan apa, sayur penting dalam diet seharian untuk membekalkan vitamin, mineral dan serat yang perlu untuk kesihatan tubuh badan. Jadi, nak tak nak kena telan jugak tak banyak, sikit sayur ni ye.



8 strategi untuk makan sayur yang boleh diaplikasi pada anak atau seluruh keluarga
1. Campurkan atau masakkan sayur yang kita kurang suka dengan yang kita suka. Contoh, kita tak suka sawi, tapi kita suka lobak merah. Cuba campurkan sama ada digoreng atau dibuat sup. Sedikit sebanyak kita akan makan juga sawi tu, atau sekurang-kurangnya khasiat sawi pun kita dapat juga walaupun kita hanya meratah lobak merah. 
2. Lenyekkan lobak merah yang telah dimasak (dikukus/direbus) dengan kentang rebus. 
3. Tuangkan sos keju ke atas sayur campur beku yang telah dimasak.
4. Buat kari sayur. Atau pajeri nenas, pajeri terung. Atau dalca. Makan dengan nasi atau boleh cicah dengan roti.
5. Sediakan sos yang berasaskan tomato untuk pasta. Contoh sos marinara (sos tomato dengan makanan laut) atau bolognaise (sos tomato dengan daging atau ayam cincang).
6. Buat pasta bayam. Ini perlu kerajinan sikit untuk buat pasta sendiri. Pasta ni akan berwarna hijau. Tapi tak ada rasa bayam pun. 
7. Kacau-gorengkan sayur (campur yang suka dengan tak suka) dan tambah dengan sedikit protein (ayam atau daging). Boleh dijadikan one-dish meal. Tak payah masak lauk tambahan dah. Untuk menu macam ni, sayur yang keras sesuai seperti kobis bunga, lobak merah dan brokoli.

8. Tambahkan sayur ke dalam sup, macam tomyam, sup labu/cendawan/asparagus/tomato, sup krim atau sup bayam.
Yang saya selalu buat no 7 dan 8. Sebab mudah dan cepat.
Jangan lupa cuba :)

posted from Bloggeroid

Resipi Telur Hancur

Telur hancur atau scrambled egg, memang mudah dan jadi kegemaran keluarga saya. Sedap dimakan dengan roti. Kalau sempat, boleh sediakan sekali kacang panggang, sosej dan hash brown.

Tapi kali ini, telur hancur semata-mata. Tak sempat nak sediakan yang lain.

Telur hancur yang saya buat ni ikut resipi daripada Ina Garten, pengacara rancangan masak Barefoot Contessa di Food Network Channel.


Telur hancur dan roti

Sediakan telur, pecahkan dalam mangkuk dan kacau. Kemudian, masukkan garam dan lada hitam secukup rasa. Garam tak perlu banyak sebab nanti kita akan masak guna mentega (sesuaikan rasa kalau guna mentega tanpa garam). Kacau rata, kemudian masukkan susu segar. Susu tak perlu banyak, dalam 1-2 sudu je kalau guna 2-3 biji telur.

Panaskan mentega dalam kuali hingga cair. Tuangkan telur di tengah-tengah mentega tadi. Kecilkan api. Kacaukan supaya hancur. Dah siap untuk dimakan.

Bila masak guna mentega dan susu, telur hancur ni akan lebih lembap atau moist. Lagi satu, lebih lembut dan gebu. 



posted from Bloggeroid

Mengapa Makanan Pelengkap Tak Harus Diberikan Pada Bayi Dibawah Usia 6 Bulan

Bayi yang dah berusia 6 bulan dan boleh mula ambil makanan pelengkap.

Ramai ibu teruja nak bagi anak makan ni.

Kadang-kadang sebelum 6 bulan lagi ibu dah teruja nak bagi anak cuba macam-macam.

Sabar.

Jom kita tengok sebab-sebab makanan pelengkap tak sesuai diberikan pada bayi di bawah 6 bulan.

1. Sistem pencernaan bayi belum matang
Pencernaan yang tak sempurna boleh menyebabkan kembung, sakit perut dan masalah lain pada bayi. Masa usia ini juga, bayi adalah berisiko tinggi mengalami alergi makanan. 

2. Boleh mengganggu proses penyusuan susu ibu.
Boleh mempengaruhi minat anak terhadap susu ibu setelah mula merasa makanan lain, lalu memberi kesan kepada penghasilan susu ibu sendiri (sebab anak kurang menghisap boleh menyebabkan susu semakin berkurang).

3. Bekalan zat besi akan terganggu.
Susu ibu mengandungi bahan yang membantu zat besi menyerap lebih baik. Jadi, bayi perlu terus menyusu hingga sekurang-kurangnya 6 bulan untuk mendapat bekalan zat besi yang mencukupi. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan anemia.

4. Kebarangkalian anak mengalami obesiti pada usia muda.
Bayi yang memulakan makanan pelengkap terlalu awal boleh menyebabkan overfeeding dan peningkatan lemak dan berat badan sewaktu kanak-kanak, lalu meningkatkan risiko obesiti pada usia yang masih muda.

Saya pernah terbaca ada kes usus bayi tersumbat akibat diberi makanan pejal semasa 4 bulan setelah diberi makan bijirin beras. Tapi tak pastilah berapa banyak. Kalau setakat kuantiti yang sangat sikit (tujuan merasa) mungkin tak apa tapi kalau boleh elakkan lah.

Usus bayi matang mengikut usia dan satu-satunya makanan yang dia perlukan hanyalah susu ibu atau susu formula selagi belum mencecah 6 bulan.

Sumber info: Risalah Makanan Pertama Bayi oleh Persatuan Pemakanan Malaysia

Bento untuk Anak

Saya suka idea bento.

Bento, adalah istilah Jepun bagi hidangan bekal, yang mengandungi nasi dan lauk-pauk yang disediakan untuk dimakan di tempat lain contohnya sekolah, pejabat atau pergi berkelah. Selalunya disediakan di rumah.

Bento ikan salmon
Kredit: wikipedia

Senang kata, tapau. Istilah yang selalu kita guna sekarang.

Yang uniknya, bento ni, kalau diperhatikan, untuk kanak-kanak, makanannya dihias cantik dan berwarna-warni untuk menaikkan selera dan minat untuk makan. Selain itu, terdiri daripada kebanyakan kumpulan makanan menjadikan satu hidangan bento hidangan yang seimbang.

Bento comel.
Kredit: bentolunch.net

Jadi, sangat sesuai diaplikasi pada anak. Cuma ibu kena kreatif nak hias. Tapi, pada saya, hiaslah kalau sempat. Kalau tidak, cukup sekadar sediakan makanan mengikut kumpulan makanan yang seimbang untuk anak.

Tapi terpulang juga kepada penyediaan. Yang pasti ada, nasi dan lauk-pauk. Boleh ditambah dengan sayur dan buah juga. Atau sos dan kuah yang sesuai. Konsepnya sama saja macam bawak bekal ke sekolah, macam dulu-dulu.

Bento boleh dipek dalam satu bekas besar yang ada ruang pembahagian, atau susun saja dalam satu bekas. Contoh bekas macam ni.

Kentang rebus, telur mata, daging burger goreng, kacang panggang.

Saya ada juga niat nak buatkan bento untuk Fuaad, buat bekal dia di taska tapi buat masa ini belum kesampaian. Bila saya dah berjaya buat, saya kongsikan ya.


Petua Mengurangkan Batuk

Jerebu

Subhanallah. Teruk betul jerebu pagi ini. Boleh nampak debu-debu di bawah sinaran lampu. Suram dan mendung saja di langit.

Dengan pembakaran terbuka (terbakar atau dibakar), dengan tiadanya hujan memburukkan lagi keadaan.

Saya risau juga bila saya dan suami batuk-batuk, semalam Fuaad pun dah mula batuk juga. Harap-harap beransur la jerebu ni. Tak tahan dah batuk macam ni, apa lagi anak :(

Petua Melegakan Batuk 

Jenuh juga makan ubat batuk. Kadang-kadang dah habis sebotol tapi tak hilang juga batuknya. Jadi, macam-macam juga petua tradisional yang saya dan suami cuba.

Untuk anak, saya sapukan bam kunyit yang saya buat sendiri. Selalunya sapu pada batang hidung. Kadang-kadang sapu juga di dada dan belakang dada. Atau sapukan Vicks.

Boleh juga suapkan madu (untuk anak setahun ke atas). Madu katanya baik untuk legakan batuk dan keringkan kahak. Kalau anak susah nak telan bila diberi guna sudu, boleh celupkan sikit madu pada jari kita yang bersih dan biar dia hisap madu tu pada jari kita.

Untuk dewasa, ada beberapa petua:

1. Campurkan jus limau kasturi dengan sedikit kicap (dalam satu sudu besar). Telan. Ada juga petua gantikan kicap dengan secubit garam. Saya cuba cara ni, kurang sikit gatal tekak. Saya suka limau dilebihkan sedikit.

2. Minum air lemon madu suam. Campur madu dalam air suam dan tambahkan jus lemon. Selain rasa sedap, dapat menyegarkan tekak dan mengurangkan gatal juga. 

3. Campurkan kapur makan dengan air limau nipis. Ini selalunya suami saya buatkan. Tiap-tiap malam sebelum tidur, mesti dia sapukan ke leher saya dan anak. Sapu pada tengah-tengah leher, pada kawasan yang berlekuk tu. Ini petua daripada mak mertua. Insya Allah kurang batuk di tengah malam.

4. Makan bawang putih bakar. Yang ni saya belum pernah cuba. Tapi katanya agak mujarab. Bakar bawang putih dengan kulitnya atas api dalam 2 minit. Kemudian dibuang kulit dan makan isinya. 


Kita sekadar mencuba. Tapi kalau berlarutan batuknya, jumpa lah doktor. 

Idea Sarapan Anak

#DoaUntukMH370

Pencarian pesawat MH370 dah masuk hari ke-5. Kita sama-sama terus berdoa supaya dapat perkhabaran yang baik tak kiralah apa jua keadaannya.

Bila dah sampai ke tahap ini, yang mana sepatutnya tidak akan berlaku sebarang kesilapan, secanggih mana teknologi dan sistem yang ada, sebagus mana sistem pengesanan yang digunakan sekalipun tak dapat tandingi kuasa Allah yang Maha Besar.

Setuju sangat komen Kapten Norudin Abd Majid. Terbuka hati dan minda orang-orang Malaysia ni, termasuk saya.

Baiklah. Kita serahkan pada Allah dalam memudahkan urusan mencari dan menyelamat yang giat dilakukan oleh pihak tentera kita dan juga antarabangsa. Semoga ada khabar baik hari ni ya.

Catuan Air

Alhamdulillah, rumah saya walaupun termasuk dalam zon catuan air, tetapi tak terputus bekalan air. Saya tak pasti kalau air tangki masih cukup atau catuan akan dirasai pada yang berikutnya pada hari Jumaat ini. Apa pun, yang pasti kami tetap berjaga-jaga dan bersedia dengan air simpanan. Mana tahu tiba-tiba memang betul tak ada air.

Sarapan Anak

Anak saya, Fuaad, makin hari makin lasak. Aktif sangat dia merangkak dan memanjat. Dalam usia nak masuk setahun empat bulan ni, dia masih belum boleh berjalan tapi bila ditengok perkembangan dia tu, tak lama lagi insya Allah.

Bab selera makan, setakat ni, alhamdulillah. Dia berselera dengan apa saja yang kita bagi. Di taska pun cikgunya cakap banyak dia makan. Fuaad jenis yang makan sikit-sikit tetapi kerap. Rasanya elok begitu kan, cuma ummi kena lah rajin dan kreatif nak melayan selera anak bujang seorang itu.

Untuk sarapan, kadang-kadang kalau sempat saya belikan dia kuih. Fuaad suka sangat makan donat. Kalau gerai dekat taska tu buka, saya singgah la beli. Saya sebenarnya nak belajar buat donat tapi masih lagi dok tertangguh. Kuih-kuih ni memang slow sikit.

Lempeng pun dia suka, tambah-tambah kalau yang Wan dia buatkan. Cuma kalau di rumah, saya masukkan sikit Cerelac beras dalam adunan lempeng tu. Kadang-kadang cincang buah kurma atau kismis, jadi lempeng tu manis-manis sikit. Atau buat penkek, makan dengan madu.

Ini penkek (Lempeng orang Barat)
Kredit: sxc.hu

Sesekali selang-selikan dengan Cerelac juga, kalau hari yang tak sempat nak buat sarapan. Atau, akhir-akhir ni, Fuaad suka makan bijirin sarapan dengan susu. Susu segar atau susu formula. Fuaad minum Frisolac. Bijirin sarapan tu kadang-kadang dia makan macam tu saja.

Antara menu sarapan lain untuk Fuaad, bubur nasi. Biasanya, kalau saya dah masak bubur waktu pagi, sampai ke malam lah menu tu. Sekali masak saja.

Pernah sekali saya buat kentang lenyek, Fuaad makan sikit saja, ketika itu dia tak berapa sihat. Kalau ibu nak cuba memang senang. Rebus kentang sampai empuk. Lenyekkan ketika masih panas. Masukkan garam dan lada hitam sikit. Itu resipi yang paling asas dan cepat. Kalau sempat, sampingkan lah dengan brokoli dan lobak merah kukus.

Hikmah Catuan Air

Akhirnya, kawasan rumah saya termasuk dalam zon catuan air peringkat ketiga. Bermula semalam dan berakhir hari ini, dan akan disambung bekalan air semula hari Rabu.

Kredit: sxc.hu

Untuk maklumat lanjut tentang gangguan atau catuan bekalan air, rujuk laman Syabas di sini.

Suami dah tadah dan simpan dua tong air. Tapi, untuk tujuan masak dan minum, saya akan guna air tapis yang ada dan air mineral yang suami sempat beli semalam. 

Taska anak saya memang dah tiada air sejak petang semalam. Rumah saya, alhamdulillah, sehingga ke pagi ini, masih ada. Mungkin air tangki kot. Apapun, suami tetap ingatkan supaya basuh baju siap-siap semalam, sementara air masih ada. Dan pagi ini, saya masak untuk makan malam sekaligus takut-takut balik nanti air memang betul-betul dah tak ada.

Sebab masa yang terhad di waktu pagi, saya cuma masak sambal sardin (untuk saya dan suami) dan sup sawi untuk anak. Balik nanti, cuma nak gorengkan filet ikan.

Menu mudah saja ya. 15 ke 20 minit dah pun siap.

Nasi pun saya dah masak sebelum mula masak lauk. Jadi, balik nanti cuma panaskan saja.

Untuk mendisiplinkan diri masak pagi-pagi memang tak mudah bagi saya. Tapi bila dapat buat satu hari, saya jadi seronok sebab mengenangkan balik kerja nanti, saya banyak masa nak layan anak saya daripada sibuk di dapur. Nampaknya itulah hikmah catuan air ya. 

Dan bila makanan dah ada, anak saya dapat makan awal sikit. Kalau tak, lambat menunggu saya masak, lambat makan dia. 

Macam pagi ini, sambal sardin, seperti yang kita tahu memang mudah sangat nak masaknya. Bawang putih dan bawang merah dah saya chopped dan simpan dalam bekas, dan disimpan dalam peti sejuk. Cili yang nak ditumis, saya guna cili giling Puteri (yang dah siap dimasukkan garam dan asam). 

Jadi, cuma tumis bawang, tumis cili hingga garing, masukkan sardin dengan sos tomatonya sekali. Cuma tambah gula kalau rasa terlalu masam atau pedas. Kalau ada masa, boleh masukkan bawang besar yang dipotong bulat. Dan kalau nak pedas lagi, masukkan cili padi (sama ada dikisar/dicincang bersama bawang atau diketuk/dihiris nipis). Kacau-kacau. Dah pun siap.

Sementara itu, saya dah panaskan air dalam periuk. Sup sawi kali ini saya tak tumis, cuma rebus. Masukkan bawang putih dan bawang merah, serta ikan bilis. Biarkan mendidih. Kemudian masukkan sawi. Perasakan garam dan lada sulah. Masukkan tomato atau lobak merah. Dah siap.

Sebenarnya, lebih mudah dan praktikal dapat masak di awal pagi, sebab dapat kurangkan kerja bila dah balik rumah petang nanti. Cuma nak bangun awal daripada biasa tu saja yang mencabar sikit :)

Kredit: sxc.hu


Sup Kobis Panjang dan Lobak Merah

Teks & Foto: Hifzaila Hafni

Kadang-kadang saya dah habis idea nak beli sayur apa. Asyik ulang sayur yang sama. Kalau ikutkan saya, sawi mesti nak ada stok sebab selain masak tumis air, sawi boleh masuk dalam banyak hidangan macam mi kari, bihun sup atau koay teow goreng.

Tapi, suami saya tak suka sangat sawi. Jadinya, hari tu ke pasar borong Checkers di Shah Alam, saya tengok kobis panjang. Macam dah lama tak makan kobis panjang. Sedap juga dibuat tumis air atau sup.

Maka, inilah hasilnya. Sup kobis panjang dan lobak merah.


Sup kobis panjang dan lobak merah

Sup ini adalah salah satu hidangan yang sangat praktikal untuk ibu nak cuba. Mudah dan tak banyak kerenah. 

Sup Kobis Panjang dengan Lobak Merah

Bahan-bahan

Kobis panjang (dipotong, batang yang hujung boleh dibelah dua kalau terlalu besar)
Lobak merah (dipotong panjang atau bulat)
Stok / Air rebusan ayam
Daun bawang
Garam
Lada sulah

Cara nak masak

1. Masukkan stok ayam dalam periuk dan didihkan. Kalau stok pekat, masukkan air.
2. Bila dah mendidih, masukkan lobak merah dan kobis.
3. Rebus hingga sayur-sayur lembut. 
4. Perasakan dengan garam dan lada sulah.
5. Taburkan daun bawang (atau daun sup).
6. Siap untuk dihirup kuahnya :)

Kalau ada kesempatan hujung minggu, saya sediakan stok ayam. Sebab mudah nak masak sup. Anak saya bila ada sup atau hidangan berkuah ni, laju sikit makan. Untuk elakkan guna banyak serbuk perasa atau kiub pati, saya ganti dengan stok macam ni. 

Petua dapur: Sayur-sayuran yang keras macam lobak merah, lobak putih, kobis bunga, saderi -- boleh dihiris nipis atau dipotong kecil supaya lebih cepat masak, dan mudah anak kecil nak makan.

----

#prayformh370


Doa dan harapan pada pesawat MAS yang masih tidak diketahui untung nasibnya. Semoga Allah lindungi semua mangsa yang terlibat, dan memberi kekuatan kepada ahli keluarga mangsa yang menanti.

Walaupun dengan pelbagai spekulasi, tohmahan atau teori...kita hanya mengharapkan yang terbaik.

Allah Maha Kuasa.

Cabaran Penyusuan: Cerita Saya

Doktor diagnos keadaan anak saya yang dok batuk berkahak hari tu sebagai acute bronchitis. Seram dengar, dah la untuk budak setahun 3 bulan. Tapi, itulah hakikatnya.

Dah berlalu episod mengewap saluran pernafasannya dengan ubat. Klinik pinjamkan nebuliser untuk diwap di rumah minggu lepas. Jadi, bertambahlah ilmu baru untuk saya dan suami - ilmu mengewap hidung dan mulut anak dengan menggunakan nebuliser.

Walaupun meronta-ronta tapi ada masa dia dok diam sedut asap tu. Kesian juga kena peluk kuat-kuat, panas (maklum la wap), habis berpeluh sebab masa tengah wap tak boleh buka kipas.

Walaupun dalam keadaannya macam itu, dia sangat aktif main. Berselera juga makan. Alhamdulillah.

Cuma sekarang ni, dia suka makan sikit-sikit, macam-macam jenis, berulang-ulang. Bubur nasi, nasi putih, bahulu, wafel, sup, bijirin...apa sahaja. Kalau suka, dia minta lagi...'nak, nak'...kalau tak suka, dia luahkan lepas tu sambung main.

Kadang putus idea juga nak hidang apa untuk dia. Paling mudah supaya dia tak lapar, saya dan suami akan cuba bagi buah. Tapi kadang-kadang dia dah cukup kenyang minum susu dan menyusu.

Anak-anak yang di bawah umur 2 tahun, masih lagi perlu disusukan bagi ibu yang berkemampuan. Memang tak semua ibu mampu. Saya terpaksa mengaku yang tuntutan menyusu bayi memang tak mudah. Tapi tak sukar juga jika kena caranya. Cuma perlu ketahanan yang tinggi, perlu tabah. Saya juga pernah melalui episod kurang susu, puting luka, susu yang terhasil kurang zat...agaknya sebab stres dan penat, mempengaruhi penghasilan susu.

Nak hasilkan susu yang banyak, perlu makan dengan seimbang dan cukup, perlu bertenang dan rasa seronok. Kalau tidak, memang susu merudum. Susu akan jadi banyak bila kita makan makanan yang kita suka, atau semasa kita gembira. Tapi kita tak selalu begitu, maka itulah cabarannya.

Saya masih lagi meneruskan penyusuan selagi anak saya nak. Saya juga cuba semampu saya walaupun ada masa memang saya amat penat. Tapi itulah nama pengorbanan. Dia pula sekarang bijak pilih botol atau nenen. Siap tunjuk lagi kat dada kita, dia nak nenen, bukan susu botol.

Selain banyak khasiat dalam susu ibu yang amat baik untuk perkembangan bayi, aktiviti penyusuan dapat memberikan satu bonding antara ibu dengan anak. Dan apa yang kita rasa semasa menyusukannya, boleh mempengaruhi dia juga. Jadi, usahakan supaya berfikir dan bercakap yang baik-baik semasa menyusu. Saya pun mencuba juga, cuma kadang-kadang terbabas juga :(

Saya amat kurang ilmu tentang penyusuan sewaktu mula-mula bersalin. Saya tak pernah sangka penyusuan boleh jadi begitu rumit. Mungkin bahagian saya agaknya, Allah nak uji. Selepas melahirkan, setitik pun tak keluar. Dan saya tak tahu pun rupanya anak saya tak dapat setitik pun selepas pertama kali dia menghisap. Saya beranggapan dia dah hisap, dan kenyang kemudian tidur. Rupanya salah. Saya yang salah sangka. Walaupun dengan daya hisapannya yang kuat itu, belum mampu mengeluarkan puting susu yang tenggelam. Saya tak sedar hal ini hinggalah dah balik ke rumah, dan malam pertama di rumah, anak saya menangis kelaparan. Bila mak mertua dan kakak ipar nak ajar cara menyusu, baru saya tahu rupanya saya ada masalah inverted nipple, patut la susu tak keluar.

Itulah masa yang paling sedih bila diingat kembali. Saya rasa sangat bersalah pada anak. Makanan pertama yang masuk dalam perutnya bukanlah susu umminya.

Sebab itu, anak saya kena jaundis hingga ditahan di wad. Dan saya masih tak boleh keluarkan susu. Tahap stres waktu itu memang tinggi, dengan sakit pedih luka jahitan. Saya terpaksa mengalah tengok anak saya minum susu formula di awal hari-harinya melihat dunia.

Tapi, lepas tu, saya memang nekad nak menyusukan juga walau macamana sekalipun. Saya pergi berurut, alhamdulillah lepas tu keluar susu walau sikit. Usaha mengepam juga walaupun hanya dapat tiga titik dalam setengah jam. Akhir sekali, cuba makan suplemen membanyakkan susu. Alhamdulillah ada sikit walaupun tidaklah memancut, mencurah atau meriah. Saya tak boleh bayangkan keadaan normal susu badan yang banyak sebab saya tak pernah alaminya.

Hinggalah suatu masa, saya dah balik rumah sendiri. Saya memang bekerja dari rumah waktu tu. Dan saya masak apa yang saya suka makan. Saya rehat bila saya penat. Alhamdulillah waktu tu susu badan bertambah. Dan akhirnya pada usia 3 bulan setengah, anak saya menyusu badan sepenuhnya hinggalah hampir 10 bulan.

Tapi, sepanjang 3 bulan terawal itu, hari-hari saya paksa dia hisap. Saya cuba ajar dia hisap sampai boleh. Lama-lama dengan kekuatan daya hisap dia tu, semakin hari puting susu mula keluar sepenuhnya.

Saya amat bersyukur Allah beri peluang saya menyusukan anak walaupun terlambat. Walaupun melalui bermacam-macam episod sukar, tapi di sepanjang tempoh menyusu ni, banyak yang saya belajar dan banyak juga yang saya dan suami korbankan. Saya juga cuba ambil makanan tambahan untuk mengalakkan penghasilan susu. Alhamdulillah, menjadi juga.

Susu ibu, tak semua ibu berpeluang nak bagi pada anak. Mungkin disebabkan penyakit atau masalah kesihatan yang lain. Tetapi, kebanyakannya mampu beri. Cubalah beri, anak mesti tak menolak.

Kalau dia menolak, mungkin ada faktor lain. Keliru puting atau cara lekapan tak betul. Semua ilmu ni ibu kena belajar, banyak membaca dan bertanya. Saya pun bukanlah pandai benar cuma kongsi pengalaman sendiri sahaja.

Nak menyusu, faktor terpenting - ibu sendiri. Jika penuh sokongan atau cukup kelengkapan sekalipun, jika ibu sendiri tak sanggup atau tak mahu, memang tak menjadi.

Tak mampu banyak, sikit pun tak apa asalkan ada. Usahakanlah.

Susu ibu. Titisan emas yang Allah jadikan. Mahal harganya pada anak.



Ayam: Keracunan dan Cara Pengendalian

Trauma nak beli makanan di luar.

Macam-macam kes berkenaan makanan kita dengar sejak akhir-akhir ni. Bermula dengan episod keracunan makanan di majlis kenduri yang menggemparkan negara beberapa bulan lalu, disusuli dengan keracunan di asrama, dan yang terbaru, di pasar malam, yang mengorbankan seorang kanak-kanak lima tahun.

Katanya berpunca daripada ayam goreng. Subhanallah.

Kebanyakkan kes puncanya AYAM. Adakah ayam itu yang bersalah? Dah tentu tidak. Mungkin cara pengendalian atau memproses ayam tu yang tak betul.

Kita memang suka makan ayam. Selain ayam mudah dipelbagaikan masakannya, ayam juga dapat diterima oleh kebanyakan orang. Jadi, di majlis kenduri kahwin pasti ada hidangan ayam. Di pasar malam, pasti bermacam-macam gerai menjual makanan berasaskan ayam. 

Saya pun selalunya akan stock up ayam di rumah, berbanding ikan atau daging.

Sebab mudah dan boleh dipelbagaikan, dan lebih murah.

Salah satu penyebab keracunan makanan yang berpunca daripada ayam - bakteria E.coli.

Daging mentah yang tidak diproses atau disimpan dengan cara yang betul boleh membiakkan bakteria ini. Ayam memang sensitif, tak boleh dibiarkan pada suhu bilik terlalu lama sebab bakteria ni cepat membiak. Yang pasti, kena tau cara nak nyahbekukan daging ayam dengan betul.
  • Keluarkan daripada peti sejuk beku, letakkan di rak peti ais bawah. Biar ayam menyahbeku sendiri dengan suhu yang lebih rendah. Tapi, teknik ini perlu masa yang agak panjang. Kalau kita nak masak lepas balik kerja, pagi sebelum keluar bekerja, alihkan ayam ni dulu.
  • Simpan dan bekukan ayam dalam plastik ziplock atau plastik lain, kemudian rendam dalam air. Elak rendamkan ayam dalam air secara direct. Misalnya isikan air dalam bekas simpan ayam. Saya tau kebanyakan kita dan mak-mak kita praktikkan begini. Saya pun. Rupanya tak elok tabiat begini. Boleh galakkan bakteria membiak.
  • Keluarkan dari peti beku, nyahbeku (defrost) dalam microwave. Saya tahu ramai daripada kita tak suka, tak pandai guna, takut atau tak yakin dengan kaedah ini. Terpulanglah. Tapi inilah antara cara yang paling selamat. Microwave lazimnya ada fungsi defrost, cuma setkan sahaja mengikut berat dan jenis daging yang nak dinyahbekukan. Saya selalu guna cara ni, sebab saya selalu lupa nak keluarkan ayam dari peti beku sebelum gerak pergi kerja pagi-pagi. Tapi, lepas defrost, perlu terus dimasak dan elakkan membekunya semula. Kalau nak guna sikit, simpan dalam kuantiti yang kecil, cuma defrost daging yang nak digunakan sahaja.
Maka, walau sepenat mana, seteringin mana nak singgah membeli nasi ayam atau nasi lemak kukus ayam berempah...bila memikirkan insiden begini, terus tak jadi. Di sinilah perlunya ibu tetap memasak di rumah...tak payah yang susah...yang mudah pun boleh jadi sedap juga :D



Bersalin di Swasta atau Kerajaan?

Kos mendapatkan rawatan di hospital dan klinik swasta meningkat mendadak.

Tajuk muka depan satu akhbar utama semalam.

Fokus hanya pada kos rawatan bersalin sajalah ya. Yang lain-lain, sakit kepala, demam atau selsema masih boleh diterima walaupun naik juga harganya tapi yang menjadi keresahan ibu-ibu (dan bapa-bapa juga) adalah harga yang perlu dibayar ketika bersalin.

Sampaikan tajuk akhbar memetik bahawa sakit membayar bil lebih lagi daripada sakit melahirkan. Ada benar di situ.

Kos melahirkan seorang anak kini, memang menuntut ibu bapa menyediakan jumlah wang yang agak besar jika memilih bersalin di hospital swasta. 

Belum dikira kos pasca kelahiran lagi.

Ya, sewaktu menanggung sakit nak melahirkan, semua ibu mahukan persekitaran hospital yang selesa dan tenang. Juga suami yang boleh menemani sepanjang kesakitan itu. Siapa yang mahukan keadaan yang bising, panas, bersempit-sempitan seperti sesetengah hospital kerajaan? Tambah lagi sewaktu menunggu waktu bersalin. Antara hidup dengan mati. 

Tetapi, tidak semua ibu atau bapa mampu menanggung kos rawatan bersalin di hospital swasta. Ibu-ibu kena redha dan berserah kepada Allah dan sangat-sangat tabah jika terpaksa memilih hospital kerajaan. 

Kos rawatan bersalin di hospital kerajaan jauh lebih murah dan tidak membebankan. Cuma ibu kena banyak bersabar. Sangat-sangat perlu bersabar. 

Pengalaman saya bersalin di salah satu hospital yang terkenal dengan kepadatan pesakitnya, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, memang takkan dapat dilupakan sampai bila-bila. 

Biarpun dengan pelbagai momokan tentang HTAR, suami dan saya tetap memilih untuk ke sana atas faktor jarak. Hanya 10 minit dari rumah dan kos yang kami mampu. Alhamdulillah saya selamat melahirkan anak pertama di situ dengan disambut oleh doktor Muslim perempuan. Itu sahaja yang saya syukuri sangat-sangat. 

Pengalaman semasa di wad, semasa di dewan bersalin, semasa melahirkan, selepas melahirkan...insya Allah saya kongsikan nanti bila kelapangan.

Biar apapun pilihan, terpulang mengikut kemampuan dan keselesaan masing-masing. Bersalin di hospital swasta atau kerajaan, sama-sama ada pro dan kontranya.

Hospital Shah Alam. Dijangka dibuka Jun 2014.
Kredit: thestar.com.my



Resipi Bubur Nasi Berempah

Memandangkan beberapa hari kebelakangan ni anak saya macam minat makan bubur, jadi saya pun masak bubur lah untuk makan malam semalam.

Puas fikir nak buat bubur versi apa pula kali ni. Yang ada di rumah, ayam dengan sikit sayur. Boleh la nak cuba buat bubur berempah. Tapi tak pedas sangat pun, versi kanak-kanak la katakan.

Mula-mula saya masak bubur dulu. Basuh beras wangi (sedap buat bubur dengan beras ni), masukkan air banyak. Saya agak-agak dalam dua atau tiga kali ganda jumlah beras. Beras saya gunakan dalam 4 genggam. Haa klasik sangat kan sukat beras guna genggaman tangan. Sebab dah biasa macam tu. Kalau bubur anak sahaja, dalam 2 genggam. Kalau untuk abah dan ummi sekali, 3 atau 4 genggam. 

Biarkan bubur dimasak dengan api sederhana saja. Takut hangit. Sesekali kacaukan sebab kita nak beras kembang dan hancur.

Sementara tunggu bubur, saya hiris bawang putih dan halia. Kemudian, potong ayam kecil-kecil, potong serong batang saderi, hiris tomato bentuk dadu. Tomato tu selalu saya buang biji dulu, tak tau kenapa tapi tak suka.

Dah siap semua tu, bubur mungkin dah hampir kembang, kacau-kacaukan dan masukkan bawang putih dan halia. kacau sekejap. Kemudian, masukkan ayam. Biar ayam masak sedikit. Kita boleh tengok bila daging ayam tu dah bertukar putih, tu tandanya ayam dah masak. Kemudian, masukkan sedikit rempah sup. Saya guna rempah sup daging Mak Siti. Agak-agaklah, jangan terlalu banyak. Kalau bubur nampak kering, masukkan air sedikit. Kacau hingga rempah sebati dengan bubur. Atau, boleh dibancuh dulu rempah dengan air, baru masukkan dalam bubur. Itu pun boleh.

Kemudian, masukkan saderi dan tomato. Perasakan dengan garam.

Biar mendidih sekejap lagi. Tutupkan api.

Sejukkan, kemudian dah boleh suap anak :)

Anak saya makan banyak juga. Siap hari ni ada lebih, saya bekalkan bubur tu ke taska. Abahnya semalam kata ni dah macam bubur lambuk dah. Hehe.

Bubur lambuk
Kredit: kuali.com
Tak sempat ambik gambar sebenar. Sibuk melayan dia makan. Tapi lebih kurang rupa bubur lambuk ni lah tanpa hiasan kat atas tu.


Petua sedap: Taburkan daun bawang, daun sup, bawang goreng atas bubur ni. 

Keperluan Kalsium pada Ibu dan Anak

Hari ni bawa anak follow up - kes batuk berkahak. Susah betul nak keluar kahak dalam peparu dia tu. Dia jenis yang susah nak muntahkan keluar. Dia dah ok sikit tapi belum sepenuhnya.

Risau kan bila anak sakit. Bila dia dah makin sihat, kita pula yang sakit. Kadang-kadang mencabar juga nak jaga kesihatan sendiri bila menjaga orang sakit.

Saya pun akhirnya sakit juga. Tonsil bengkak, disusuli sakit pinggang yang amat sangat. Mungkin terlalu penat dan kurang rehat. Tapi, yang sakit pinggang tu kurang kalsium agaknya. Akhir-akhir ni selalu terlupa nak minum susu.

Sumber-sumber Kalsium
Kredit: dietrendahkalori.com


Ibu-ibu menyusu, jangan lupa ambil kalsium tau. Susu, ikan bilis, yogurt...apa-apa bahan tenusu. Kekurangan kalsium selalu berlaku sebab kalsium dalam badan ibu diambil oleh anak yang menyusu. Kurangnya kalsium tu boleh buatkan kita sakit pinggang, selain baring terlalu lama (tambah lagi menyusu baring) atau berada dalam keadaan statik lama sangat (duduk atau berdiri). 

Pil kalsium hanya boleh ambil jika kita makan tak menentu kandungan nutriennya sehari-hari, tapi dengan jumlah yang dibenarkan. Kalsium yang berlebihan dalam badan boleh sebabkan keracunan.

Anak, lebih lagi perlu ambil kalsium. Macam yang kita tahu, kalsium penting untuk bina tulang dan gigi. Macam anak saya yang dah ada hampir 8 batang gigi ni, semakin hari semakin perlu kalsium untuk pertumbuhan gigi dan tulangnya yang baik. Sebab tu susu masih lagi makanan utama bagi kanak-kanak di bawah 2 tahun. 

Satu lagi sumber kalsium disukai ramai, keju. Boleh masuk dalam pasta atau sandwic. Kalau saya, keju Cheddar tu saya makan terus je sekeping :)

Untuk bagi keju pada anak, seeloknya keju blok sebab kurang masin berbanding yang kepingan. Tapi terpulang pada ibu nak sesuaikan pada anak. Kadang-kadang salah simpan keju blok ni, cepat rosak pula. Boleh juga bagi yang kepingan, tapi kurangkan kuantiti.


Air dan Jerebu

Langit tengok mendung saja. Kita ingatkan nak hujan, rupanya mendung jerebu.

Patutlah makin ramai orang tak sihat. Batuk, selsema. Sedut asap, debu hari-hari. Sangat lah tak menyihatkan.

Bila musim-musim batuk macam ni, kena banyakkan minum air. Air putih atau air masak ye. Kalau boleh kurangkan ais. Kadang-kadang minuman berais ni lagi buat tekak kering, lagi dahaga.

Anak-anak kita pun sama kena dibekalkan dengan air masak yang cukup.

Anak saya, bab minum air...
- ada masa dia beria-ia minum
- ada masa kita hulur macamana sekalipun dia tak mahu. 
- kadang-kadang nak minum guna cawan

Yang pasti, kena bagi dia minum air. Jalan yang paling akhir, guna picagari. Picit masuk terus mulut. Terpaksa dia telan. Sekurang-kurangnya masuk sikit air dalam badannya. 

Kuantiti air dalam badan juga boleh ditingkatkan dengan memakan makanan berkuah, bersup. Cecair yang diambil tak semestinya dalam bentuk air masak sahaja. Boleh pelbagai.

Yang menyusu dan mengandung pun kena minum banyak air. Kalau tak, dehidrasi pula nanti.

Semoga jerebu ni pantas berlalu...

Resipi Kurma Ayam untuk Anak

Semalam rasa nak tukar selera sikit. Kalau sebelum ni selalu buat sup je semalam saya masak kurma ayam.

Resipi ni sesuai untuk kanak-kanak 9 bulan ke atas. Saya rujuk resipi ni daripada buku Annabel Karmel, pakar pemakanan kanak-kanak.





Saya buat kurma ni dengan rempah yang sedikit saja, santan terlebih sikit. Sebab takut pedas atau terlalu berempah pula. Orang barat mungkin rempah kurma mereka berlainan, jadi saya sesuaikan ikut anak saya. Rempah kita selalunya pedas sikit, saya rasa. Rempah Adabi mungkin tak pedas sangat.

Ok, nak buatnya mudah saja. Sediakan bahan macam di atas. Cuma santan tiada dalam gambar. Saya guna santan dalam kotak. Tapi kalau boleh, gunalah santan segar.

Hiris bawang merah dan bawang putih. Potong kentang bentuk kiub. Potong ayam kecil-kecil. Kalau ada tomato, belah empat.

Bancuh serbuk rempah kurma dengan sedikit air, jadikan pes.

Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang merah dan putih hingga layu dan wangi. Masukkan pes kurma. Masak hingga rempah naik bau dan garing. Masukkan air sikit kalau nampak terlalu kering. Masukkan ayam, gaul rata dengan pes, hingga ayam kecut sikit. Masukkan kentang.

Semua bahan mesra dengan rempah, masukkan santan. Kalau tak mahu kuah terlalu pekat, guna santan cair. Masukkan mengikut kuantiti kuah yang kita nak. Kacau dan biar mendidih. Kacau sesekali untuk elak santan pecah minyak.

Akhir sekali, masukkan tomato kalau ada. Perasakan dengan garam, gula dan asam. Saya masukkan sikit sos tomato menggantikan tomato, asam dan gula.

Siap untuk dimakan dengan nasi :-)






posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...