Pakej Ebook Berpantang


  • PAKEJ EBOOK BERPANTANG

    • Ebook 1: 44 Hari Pantang Tradisional & Moden 

      Penulis: Masayu Ahmad


    Ebook 1 (RM30)


    Tinta pengarang
  • Assalamualaikum w.b.t

    Dilahirkan sebagai wanita adalah satu kurniaan, justeru kehamilan juga adalah satu lagi kurniaan bagi seorang wanita untuk bergelar seorang ibu. Apabila disahkan hamil, ramai yang teruja untuk menantikan kehadiran cahaya mata. Tidak kiralah cahaya mata pertama, ke dua, ke tiga dan seterusnya.

    Banyak perkara perlu diambil perhatian iaitu sebelum hamil, semasa hamil dan selepas hamil. Penjagaan bermula semasa persediaan awal kehamilan, selama sembilan bulan seterusnya penjagaan rapi semasa berpantang.

    Penjagaan adalah bermula sebelum hamil dan ia berterusan selepas kelahiran. Proses pantang 44 hari adalah tempoh waktu untuk memulih dan mengembalikan semula kecergasan badan. Ia berlanjutan selama 100 hari untuk mendapatkan hasil maksima.
    Kaedah pantang secara tradisional masih lagi menjadi pilihan, tetapi alternatif rawatan moden seperti pakej rawatan pantang di SPA adalah satu usaha untuk mempercepatkan lagi untuk mendapatkan badan yang langsing.
     Isu yang paling menjadi persoalan apabila selepas melahirkan anak ialah soal mengembalikan semula berat badan. Buku ini khusus memberi panduan tentang pengurusan dan penjagaan selepas kelahiran iaitu tempoh berpantang dan selepas pantang.
    Kembali langsing selepas hamil adalah matlamat utama. 

    Matlamat yang lain ialah ingin memulihkan kesihatan dalaman dan mengembalikan semula kecergasan badan. Ini sangat penting bagi wanita, terutama untuk mengimbangi urusan kerjaya dan rumahtangga.Tumpuan bukan semata-mata menurunkan berat badan, tetapi pemulihan dalaman dan juga luaran juga perlu diambil perhatian.

    Dimuatkan panduan berpantang secara tradisional dan pilihan rawatan secara moden. Semoga ia bermanfaat dan semoga pembaca dapat menjadikan buku ini sebahagian daripada panduan untuk melengkapkan lagi maklumat sedia ada sebagai panduan berpantang.

    Selamat berpantang dan semoga kembali langsing dan anggun.

  • Ringkasan Kandungan Ebook Ini:
  • 1.Tujuan rawatan pantang
  • 1.1 Tempoh rawat dan rehat
    ·         Pemulihan kesihatan dalaman
    ·          Pemulihan luaran
    ·          Persediaan penjagaan bayi
    ·         Menurunkan berat badan
     1.2 Fasa berpantang
    ·          Fasa sebelum bersalin
    ·         Fasa 44 hari
    ·         Fasa 44 hari hingga 100 hari
    ·          Fasa 100 hari dan seterusnya
    ·         Ubatan konvensional & tradisional
    1.3 Pelan kecantikan & kesihatan
    1.4 Senarai kelengkapan berpantang
    1.5 Perancangan selepas pantang
    ·         Tip untuk ibu/wanita hamil
    ·         Tip untuk bapa
    ·         Panduan  selesai proses bersalin


    Bab 2: Persediaan Bersalin
    2.1 Lokasi Bersalin
    2.2 Kaedah Bersalin
    2.3 Persediaan Menyambut Bayi
    2.4 Persediaan Mental Dan Fizikal
    2.5 Prosedur bersalin

  • Bab 3: Persediaan Berpantang 
    3.1 Tujuh persediaan asas
    3.2 Bantuan Penjagaan
    3.3 Kelengkapan Ibu
    3.4 Kelengkapan Bayi
    3.5 Penyusuan Eksklusif
    3.6 Tip dalam pantang

  • Bab 4: Rawatan Berpantang 
    4.1 Tradisional Dan Moden
    4.2 Istilah Dalam Pantang
    4.3 Masalah Dalam Pantang
    4.4 Menu dalam pantang
    4.5 Khasiat herba untuk wanita berpantang
    4.6 Kekal cergas semasa berpantang

  • Bab 5: Rawatan Tradisional 
    5.1 Jenis Rawatan
    5.2 Petua Pantang
    5.3 Pemulihan selepas bersalin
    5.4 Amalan Rutin 44 Hari
    5.5 Kekal sihat semasa berpantang

  • Bab 6 : Rawatan moden 
    6.1 Jenis rawatan
    6.2 Jenis rawatan moden
    6.3 Gabungan moden dan tradisional

  • Bab 7: Rawatan kaedah Islam 
    7.1 Sejarah perbidanan wanita Islam
    7.2Tip dan amalan

  • Bab 8: Cabaran Langsing 
    8.1 Menu Dalam Pantang
    8.2 Senaman Yang Sesuai
    8.3 Detoksifikasi

  • Bab 9: Diet Sihat Kekal Langsing 
    9.1 Pemakanan Seimbang
    9.2 Gaya Hidup Sihat
    9.3 Senaman Sebagai disiplin
    9.4 Diet dan senaman selepas pantang

  • Bab 10: Panduan Langsing & Sihat 
    10.1 Dilema wanita
    10.2 Kekal cergas dan sihat
    10.3 Panduan pemilihan kosmetik, ubatan dan pil kesihatan
    10.4 Tip agar sentiasa bermotivasi untuk sihat, langsing

  • Bab 11: Motivasi Selepas Bersalin 
    11.1 Menangani Tekanan ‘Pelbagai Tugas’
    11.2  Tips & Motivasi Suri Rumah
    11.3 Tip cergas dan sihat 24 jam

    ==============================================

Ebook 2: 44 Resipi Pantang


Penulis: Masayu Ahmad



Ebook 2 (RM30)


Teks: Hifzaila Hafni 

Menjadi ibu yang bakal berpantang tak lama lagi, pastinya bahan bacaan yang saya cari berkaitan dengan amalan berpantang. Salah satunya yang memang saya ingin miliki daripada sebelum hamil lagi adalah ebook resepi berpantang.

Dalam ebook 44 Resepi Berpantang hasil tulisan Puan Masayu Ahmad ini, dikongsikan 44 jenis menu berpantang yang mana meliputi menu sihat dan berkhasiat untuk ibu yang sedang berpantang. Untuk orang yang berdiet pun boleh juga kalau nak cuba resipi yang dikongsikan.

Sewaktu berpantang, tidak semestinya kita perlu makan masak pindang saja, ada lagi menu lain yang boleh dicuba dan diselang-seli untuk mempelbagaikan menu dan elak bosan. Bagi orang yang sudah biasa dengan menu sihat yang ringkas dan mudah mungkin tiada masalah (macam saya hehe). Tapi yang suka makan masak lemak, kari, asam pedas, berempah atau sambal tumis...tempoh berpantang sudah pasti dilalui dengan amat mencabar.

Jadi, dalam ebook ini, Puan Masayu ada ketengahkan beberapa jenis menu yang mungkin kita tak pernah tahu boleh dimakan sewaktu berpantang. Jadi tidaklah jemu makan menu pantang yang sama setiap hari.
Antara menu yang menarik perhatian saya adalah menu ayam. Tapi ayam yang digunakan ayam kampung atau ayam organik saja ya. Selain tu, ada menu nasi dan minuman juga.

Di samping resepi, dalam ebook ini juga terdapat tips sewaktu berpantang yang amat berguna sebagai panduan.

Jadi, bakal-bakal ibu yang akan berpantang, atau sedang berpantang atau menjaga orang dalam pantang; sangat digalakkan mendapatkan ebook ini.

Bermanfaat untuk saya, saya harap bermanfaat untuk anda juga.

BOLEH DAPATKAN E-BOOK INI DI SINI atau KLIK SINI.




Dikemaskini pada 14.5.2019



No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa nak tanya?