Kelas E-book Sesi Julai dan Ogos

Teks: Hifzaila Hafni
Kelas e-book sesi Julai sudah bermula semalam. Jadi setiap peserta dah mula perlu laksanakan tugasan harian masing-masing dan terus menulis.
Kelas yang dijalankan secara online sepenuhnya ini, memang sesuai sangat untuk mereka yang mahu belajar hasilkan e-book tapi tiada masa ke kelas face to face atau masih mencari cara untuk siapkan e-book yang ingin ditulis.
Kelas ini memerlukan peserta berhubung dengan pengajar setiap hari sepanjang kelas 30 hari untuk memastikan tugasan dilakukan mengikut jadual dan pada penghujung kelas, setiap peserta telah sedia dengan e-book masing-masing.
Setiap tugasan akan dipantau dan ditambah baik mengikut keperluan. Yang penting, momentum menulis pada 10 hari pertama perlu dikekalkan untuk memastikan 20 hari seterusnya dilalui dengan jaya.
Walaupun pengajarnya tegas dan garang, beban tugasan kelas yang agak berat, namun percayalah semua usaha kalian berbaloi pada akhir kelas jika setiap tugasan diikuti dengan disiplin. Juga ditekankan supaya menjaga adab dengan pengajar, hormat ilmunya dan tidak lupa membaca dan ulang kaji nota yang dibekalkan.
Mahu mendaftar kelas Ogos, pendaftaran mula dibuka. Boleh terus Whatsapp 019 4603094 .

No comments:

Post a Comment

Hai 😊
Kalau suka baca, jangan lupa komen ya!
Terima kasih.