Projek Lavender, Kisah Inspirasi Kanser

Teks & Foto: Hifzaila Hafni

Projek Lavender ialah buku pertama saya. 



Projek Lavender. Inspirasi dan perjuangan.


Saya berkongsi kisah bersama-sama 21 penulis lain, yang semuanya mempunyai pengalaman dengan penyakit kanser, sama ada sebagai penjaga atau sebagai pesakit itu sendiri.


Boleh baca sedikit kenangan saya sebagai penjaga emak yang menghidap kanser, di SINI .



Para penulis Projek Lavender.


Tak dinafikan, mendengar perkataan 'kanser' itu sendiri amat memeritkan apatah lagi bagi pesakit dan ahli keluarga yang menanggung. 

Namun, itulah dugaan yang menguji kekuatan dan kesabaran serta kebergantungan pada Allah semata.

Membaca kisah penulis lain membuatkan betapa kuatnya mereka menghadapi ujian ini, berbanding saya sekeluarga.

Satu kisah ibu yang diuji anak menghidap kanser sejak kecil, hingga kini masih menjalani rawatan.

Kisah lain, ibu yang menjalani rawatan kanser semasa mengandung anak ketiga. Dan meneruskan kitar kimoterapi selepas bersalin.

Kisah lain pula, suami yang setia dan tabah menjaga isteri yang menghidap kanser hingga si isteri menghadap Ilahi sehari sebelum ulang tahun perkahwinan mereka yang kedua.

Kesemua 21 cerita meninggalkan kesan yang bercampur-baur pada saya. Sesungguhnya ujian setiap orang berbeza namun ada hikmah di sebaliknya.

Al-Fatihah kepada para pejuang kanser, sama ada yang masih gigih berjuang mengikuti rawatan atau kepada mereka yang lebih dulu meninggalkan kita.

Mereka semua kuat!






Lawati laman web Projek Lavender untuk lebih banyak cerita tentang kanser.



#kisahkanser #projeklavender #duapenulis