Hujan Rahmat

Teks & Foto: Hifzaila Hafni

Hujan mencurah laju selepas Subuh tadi. Alhamdulillah. Nyaman dan dingin selepas beberapa hari panas dan kering.

Syukur pagi ini juga sempat kemaskan dapur dan uruskan 'dobi' sebelum anak-anak bangun. Syukur juga pinggang kurang sengal. Jika tidak, banyak benar kerja tertangguh.

Rupanya kata semangat buat diri pagi ini mampu merubah mood dan tenaga pagi.

Sejurus bangun, bisik pada hati - hari ni larat, hari ni kuat. 

Hanya itu. Allah kurniakan kudrat untuk selesaikan mana perlu.

Hujan sudahpun berlalu. Cahaya matahari mula menyusup jendela. Anak-anak mula celik mata. Rutin harian ummi berjalan seperti biasa.