Idea Menu Ramadan: Gulai Lemak Ayam, Bayam Merah Tumis


Teks & Foto: Hifzaila Hafni

Sudah masuk ke pertengahan puasa, teringin pula mahu makan menu bersantan. 

Tanya pada Fuaad, masak lemak ayam nak tak?

Nak, yang kuah kuning tu.

Asbab itulah terhasilnya gulai lemak ayam, inspirasi resipi daripada buku Chef Wan.

Asasnya untuk sediakan masak lemak atau gulai lemak, sama sahaja mengikut resipi siapa pun jua, tapi sengaja ikut resipi CW.

Itupun tak diikut bulat-bulat, saya memang suka tukar ikut selera sendiri. Dan gulai lemak ini saya ubah sikit bahannya, memang tak pernah dibuat orang tapi menjadilah juga. 

Nak tahu apa bahan yang saya ubah dan untuk dapatkan resipi asal daripada Chef Wan, boleh ke blog The Dapur Diary (KLIK SINI).


Gulai Lemak Ayam



Bayam, sayur kegemaran Fuaad. Abahnya belikan bayam merah jadi sedap ditumis beginilah. Masukkan ikan bilis sebagai rencah. Memang banyak dia makan. 

"Aad suka makan bayam je, sayur lain tak nak."


Bayam Merah Tumis

Ikan sepat masin, kegemaran suami. Enak dimakan seiring dengan gulai lemak. Memang membangkit selera kalau ada ikan masin.


Ikan Sepat Masin Goreng

Semoga memberi idea untuk menu berbuka hari ini :)