Idea Menu Ramadan: Ayam Goreng Capsicum, Sambal Sotong

Teks & Foto: Hifzaila Hafni

Resipi ayam goreng capsicum ni saya dapat daripada majalah Rasa keluaran lama. Selak-selak majalah, terjumpa resipi senang ni. Bahan-bahan pun ada semuanya kat rumah. Jadinya saya cubalah.

Ringkas sahaja, sesuailah untuk mak-mak yang masak berbuka selepas balik kerja atau untuk makan sahur.


AYAM GORENG CAPSICUM


Bahan-bahan:


1 mangkuk isi ayam, dipotong dadu
1/2 biji capsicum merah, dihiris memanjang
2 sudu besar sos tiram
1/2 labu bawang besar, dihiris bulat
2 ulas bawang putih, dihiris nipis
Sedikit serbuk lada hitam
Garam atau stok ayam
Serbuk kunyit

Penyediaan:


1. Isi ayam digaul dengan garam dan serbuk kunyit.
2. Tumiskan bawang putih, masukkan isi ayam. Goreng hingga ayam separuh masak.
3. Masukkan sos tiram, serbuk lada hitam, bawang besar dan capsicum. Kacau rata.
4. Mahu sedikit berkuah, tambahkan air.
5. Tambah garam atau stok ayam kalau perlu.
6. Siap dihidang.







Sambal sotong, alhamdulillah habis licin sampai tak cukup sebab Fuaad suka. Tapi rezeki hari tu sotong ada 3 ekor saja, memadailah untuk berbuka.

Sambal versi saya, saya suka tambahkan sos tomato dan sos tiram. Sedap ada rasa masam manis pedas begitu. 

Senang saja kan? Bolehlah cuba ye.

Selamat berpuasa!