Sup Ikan Merah

Teks & Foto: Hifzaila Hafni

Anak-anak masih belum sihat sepenuhnya. Hampir seminggu dah demam dan selsema.

Lega sikit Bengkel Penyuntingan saya dah berakhir, kalau tak, murung juga memikir anak yang kurang sihat tapi terpaksa hantar kepada pengasuh.

Biasa kalau anak-anak dalam keadaan macam ni, saya suka masakkan sup. Sup ayam, sup daging, sup sayur atau sup ikan dengan dilebihkan bawang putih. Bawang putih katanya sebagai 'antibiotik' semula jadi, untuk cepatkan proses penyembuhan.

Hari ini, saya masak sup ikan merah dan ikan merah panggang.

Sup ikan dengan lambakan batang saderi, lobak merah dan kubis bunga.

Alhamdulillah anak-anak berselera makan. Fuaad berkali-kali tambah dan bukan main besar buka mulut untuk disuapkan. Adik-adik pun sama.

Lega hati bila anak ada selera. Risau bila tak nak makan, mana nak datang tenaga dan khasiat.