Pilihan Raya Umum ke-14

Teks: Hifzaila Hafni
Imej: MyKlik RTM

9 Mei 2018, esok, hari mengundi untuk semua rakyat Malaysia.



Yang sudah mengundi awal, dah selesai.

Yang mengundi pos, ada yang selesai ada yang belum. Khabarnya macam-macam masalah juga melibatkan penghantaran.

Saya, dengan dukacitanya tak dapat balik kampung untuk mengundi. Pusat mengundi saya masih di Pulau Pinang, tempat saya dibesarkan.

Sayang mahu tukar walaupun kini menetap di Selangor.

Dalam hati, teringin sangat nak balik tapi saya beri laluan mengundi pada suami sajalah, yang akan mengundi di Selangor ni. Dia akan mengundi di Klang.

Satu sebab saya tak balik mengundi, anak saya yang tadika tu tengah periksa. Memang cikgunya boleh jadualkan semula tapi saya dan suami memilih untuk biarkan dia lalui hari peperiksaan seperti yang diaturkan oleh tadika. Cuti sehari pada hari pilihan raya sahaja, lepas tu sambung semula peperiksaan macam biasa.

Ada juga sebab-sebab lain tapi yang utamanya yang di atas itulah.

Mengikuti juga kempen-kempen tapi saya lebih kepada memerhati sahaja.

Kenangan mengundi, tahun 2008.

Mengundi di sekolah rendah saya. Waktu tu belum diperkenalkan dakwat ibu jari. Mengundi pun berdebar-debar. Haha!

2013, tak balik juga sebab Fuaad kecil lagi waktu tu nak dibawa berjalan jauh. Melepas juga, meneman suami sahaja mengundi.

Tak mengapalah. Jika dipanjangkan umur, jumpa dengan PRU ke-15. Semoga berpeluang mengundi, insya-Allah.