Oven Toaster Butterfly, Jimat Wang dan Ruang


Teks & Foto: Hifzaila Hafni

Salah satu impian dapur tercapai sudah.

Oven toaster 😃

Okeylah buat masa ni, yang penting boleh bakar dan panggang. 

Oven toaster ada beza sikit dengan oven biasa. Saiz lebih kecil, harga lebih murah, function agak terhad.

Yang saya beli ni jenama Butterfly, RM105. Beli di Pasar Raya OTK.




Dah lama kepinginnya tapi tak tercapai sampailah suami kata masa lalu depan rak oven di OTK tu, "Kalau nak, ambiklah."

Saya tak adalah nak membakar beria sangat, memadai kalau boleh panggang ikan, kentang, piza, cupcake, biskut atau kek mudah untuk anak-anak. 

Lagi satu, saya nak sangat oven supaya saya boleh masak beberapa jenis menu dalam satu masa. Juga nak kurangkan menggoreng. Nak kurangkan minyak dalam masakanlah, kaedahnya. Dan biarlah kecil sahaja sebab ruang dapur terhad.

Alhamdulillah. Tinggal 1 unit ni saja di OTK waktu tu. Agaknya ramai orang dah beli menjelang puasa dan raya ni. Jadi, ambik sajalah kan.




Setiap unit dibekalkan dengan 1 pemegang dulang panas, 2 jenis dulang.





Percubaan pertama, bakar piza beku. Suami terus beli 3 kotak piza beku, teruja nak cuba oven baharu, katanya.

Sedap dapat makan piza dari dapur sendiri biarpun piza beku!



Percubaan kedua, bakar jejari kentang. Belum pandai kawal suhu dan tempoh masa, jadi tak berapa garing sangat kentang ni. Tapi bolehlah.

Sekarang masih lagi membiasakan diri dengan suhu dan tempoh masa bila masak sesuatu guna oven toaster ni. Alhamdulillah dah beberapa menu terhasil, contohnya ikan merah panggang, cencaru panggang, ketam ball panggang, piza roti. Akan datang, nak cuba kek ke biskut ke. Seronok jamu anak-anak.

Kegembiraan seorang suri rumah, bila dapat miliki gajet dapur, biarpun kecil.

Zaila
2.5.18