Tauhu Bergedil


Teks & Foto: Hifzaila Hafni

Pertama kali suami bawa balik makanan ni, saya ingatkan bergedil tapi macam pelik sebab ada sos pencicah dan tak pernah nampak orang jual bergedil dah siap pek macam ni.

Tanya suami, katanya tauhu sumbat. Eh versi baru ke ni?

Saya pun cubalah seketul.

Oh sedap. Tauhu kering rupanya, dengan inti macam bergedil. Bukan carrot, tauge macam biasa orang sumbat dalam tauhu empat segi tu.

Tauhu ni kemudiannya digoreng dan dimakan dengan cicah cili kicap.

Lepas post di FB dan Instagram, baharulah saya tahu yang tauhu ni namanya Tauhu Bergedil. Memang dah popular tapi di sesetengah tempat saja. Ada juga yang komen tak pernah makan pun. 

Di Instagram, ada yang komen katanya tauhu macam ni dah lama wujud lebih 20 tahun dulu dah, mak ciknya pengusaha tauhu bergedil ni.

Boleh check out Tauhu Anora.

Tapi yang gambar ni bukan tauhu Anora, tauhu pasar pagi. Hehe.