Stok Lauk Basah Seminggu


Teks & Foto: Hifzaila Hafni

Walaupun saya suri rumah, tetap jua kami (saya dan suami) beli stok lauk basah setiap hujung minggu dan dibekukan.

Sebelum ini tak ada peti ais, jenuh juga suami kena beli setiap hari. Dan jadual memasak pun agak kucar-kacir sebab bergantung pada waktu dia bawa balik lauk untuk dimasak.

Lagipun sekarang ni kami pilih untuk beli stok lauk kat pasar tani pagi setiap Ahad. Jadi, beli untuk keperluan seminggu terus.

Lauk basah di pasar tani pagi lagi segar dan banyak pilihan. Semalam kami sempat sampai sekitar jam 7.15 pagi, mudahnya nak membeli. Orang belum ramai, belum sesak. Tak serabut walaupun bawa kanak-kanak ribena.

Hasil tangkapan semalam: ikan sardin, udang, sotong, ikan pari, ikan tenggiri dan ayam seekor.

Sayur-sayuran, beli kacang botor, carrot, timun Jepun.

Biasanya ikan-ikan dah minta penjual tu siangkan siap-siap. Ayam pun dah siap potong. Senang kerja, balik rumah saya bersihkan dan masukkan dalam bekas dan bekukan saja.



Gambar ni stok lauk basah kami minggu lepas. Kami beli ayam, ikan cencaru, sotong dan ikan merah. Saya dah asingkan mengikut bekas. Setiap bekas untuk sekali masak. Senang dan jimat masa.

Minggu ni saya kena siapkan edit ebook Puan Noorulazwaliza. Jadi masak yang ekspres saja supaya cepat siap dan boleh edit dengan gembira. Hehe