Kebun Bandar Atas Bumbung

Teks: Hifzaila Hafni
Foto: Booking.com

Pagi ini kembali dengan rutin naik tren.

Tak lama, sepanjang minggu ini sahaja untuk bertahan dan bertabah dengan deruan enjin tren yang akan berlegar-legar dalam kepala.

Selain menikmati pandangan indah dan tenang matahari terbit, pagi ini terjumpa satu lagi pandangan yang bukan saja indah malah memberi inspirasi.

Kebun di roof top.

Laman roof top luas, di suatu sudut polibeg tersusun kemas dalam beberapa baris. Macam baru nak semai. Mungkin baru mula aktiviti berkebun.

Tengok ni, teringat satu hotel di KL yang juga buat kebun berkonsepkan sama. Lagi-lagi tambah edible plants, nak guna apa-apa herba, naik petik atas roof top.



Kelebihan berdiri dalam LRT, nampak kebun roof top pagi ni. Kalau duduk pun 'kelebihan' juga, tengok design beg dan kasut. Ops.

Isnin yang tak blues. Alhamdulillah.