Modul 1 & 2 HEARTS: Quantum Excellence Empowerment Program

Teks & Foto: Hifzaila Hafni

Alhamdulillah selesai jalani Modul 1 & 2 program HEARTS yang mana wajib bagi semua peserta sebelum masuk ke Modul 3.

Modul 1 & 2: Quantum Excellence Empowerment Program, yang disampaikan oleh Puan Fathiah Shamsuddin merupakan program bersifat motivasi dan inspirasi yang sangat membantu kami suri rumah ni, untuk bina keyakinan dan semangat untuk menyumbang kepada ekonomi keluarga dan negara.

Tu dia semangat. Hehe

Memang betul tepu dan padu pengisian selama 2 hari suntuk ni. Banyak sangat input, perkara baru, perspektif baru; mengubah cara pandang dan cara fikir terhadap sesuatu.

Kami didedahkan bagaimana menggunakan Spiritual Quotient untuk mencapai impian. Serta 6 lagi quotient yang turut membantu dan diperlukan untuk merealisasikan matlamat masing-masing.

Satu input menarik dan baru bagi saya, bagaimana Reactivating Reticular System (RAS) dalam otak berfungsi untuk kita keep on track dalam mencapai matlamat hidup.

Bagaimana RAS menjalankan 'kerja' untuk temukan kita dengan People, Resource and Opportunity (PRO) yang tepat berdasarkan matlamat kita.

Sebenarnya tak tertulis betapa banyak ilmu yang kami semua peroleh daripada Modul 1 & 2 ni.

Sangat eye-opening dan inspiring.

Kini kami semua sudah gerak ke Modul 3, iaitu Kursus Penterjemahan.

Modul yang paling penting dan kritikal.  Semoga 10 hari ini menjadi satu turning point yang akan kami kenang 10-20 tahun akan datang, yang mengingatkan kami betapa untung dan syukur kami diberi peluang ini untuk dimanfaatkan.