Urus Emosi Suri Rumah

Teks: Hifzaila Hafni

"Anak siapa jaga, dik?"
"Jaga sendiri, saya dok rumah, kak"

"Oh tak kerja, suri rumah?"
"Ha aa"

"Baguslah camtu. Berapa orang anak?"
"Tiga"

"Baiklah jaga sendiri, dik. Sekarang bayar mengasuh budak pun bukan murah"
"Itulah. Kalau kerja pun, gaji separuh bayar pengasuh, taska"

"Cucu akak ni nanti, macamana tak tahulah nak kena hantar ke nursery ni."
"Berapa umur cucu akak?"
"Baru je 2 bulan"
"Ooo..."

---

Sesekali bersembang dengan orang yang menyokong tindakan kita untuk berada di rumah, menjaga anak sendiri, sedikit sebanyak melegakan hati.

Saya terpaksa mengaku. Ada masa emosi tercalar juga. Ada ketika terasa rendah diri juga, bila dibandingkan dengan mereka yang bekerja.

Terguris pun iya bila ada yang bersungguh benar mahu saya bekerja semula sedangkan kerja yang ditawarkan tidak berbaloi malahan berkemungkinan menimbulkan lebih banyak masalah pula.

Orang tak faham situasi kita. Dan kita pun tak perlu nak terangkan semua.

Kita sendiri sahaja tentukan apa yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga. Dan jalan terus dengan yakin.

Sumber: Word of Life