Tip Tulis Blog Bagi Ibu Sibuk

Teks: Hifzaila Hafni

Ibu-ibu yang ada blog, kadang-kadang ada banyak cerita yang mahu dikongsi namun kekangan masa menghalang blog ter-update.


Sumber: bluemountaintraining
Bila nak menulis? Balik kerja dah penat. Nak update di ofis pun tak sempat sebab kerja banyak.

Waktu mana nak update blog? Asal buka laptop aje, anak pun sibuk tekan keyboard sama-sama.

Sama saja dilema ibu bekerja atau ibu suri rumah yang berblog.

Apapun kembali kepada tujuan asal berblog itu sendiri. Kita menulis blog untuk apa?

Sebab Blog Diwujudkan


Ada ibu wujudkan blog sebagai platform mengumpul kisah peribadi atau aktiviti harian. Supaya esok boleh dikenang kembali buat tatapan anak-anak dan keluarga.

Ada ibu wujudkan blog sebagai sumber menjana pendapatan. 'Mummy blogger' seluruh dunia kini boleh meraih pendapatan hingga beribu ringgit malahan lebih dengan berkongsi lifestyle dan membuat review produk.

Ada pula ibu yang wujudkan blog untuk mengetengahkan bisnes yang dijalankan. Bisnes bakeri, menjahit, ambil tempahan katering, bisnes networking, servis dan pelbagai lagi.

Ada juga ibu yang wujudkan blog untuk mengasah bakat menulis. Ini merupakan salah satu usaha permulaan yang bagus kalau berminat nak jadi penulis. Tak kisahlah penulis artikel, penulis kopi (copywriter), novel atau cerpen.

Saya?

Mulanya blog saya sebagai medium berkongsi luahan dan pendapat. Kemudian saya jadikan blog sebagai tempat latihan saya menulis setiap hari. Kini blog saya diwujudkan sebagai salah satu sumber menjana pendapatan.

Tip Konsisten Update Blog


Saya sendiri terpaksa mengaku, untuk kekal momentum menulis setiap hari ada masanya memang sukar.

Dengan anak kecil, dengan idea yang tak kunjung tiba. Pelbagai alasan.

Tapi setelah berguru dengan otai penulisan blog, untuk kekal update blog setiap hari (atau sekurang-kurangnya dengan kerap), menulis setiap hari sebenarnya tidak sesukar yang kita bayangkan.

Saya kongsikan beberapa tip tulis blog bagi ibu yang sibuk.

Tip Tulis Blog Bagi Ibu Sibuk


1. Senaraikan idea yang datang dalam buku nota atau app nota dalam telefon. Idea kasar saja pun tak apa. Kita hanya mahu idea tersebut tak hilang dan kita lupa. Tulis satu hari satu idea.

2. Tulis dan kongsi hobi kita. Ada ibu suka homeschool anak, boleh kongsi tip beli buku yang sesuai atau mainan yang boleh merangsang anak. Ibu memasak, boleh tulis tentang resipi atau tip kesihatan.

3. Peruntukkan dalam 30 minit atau sejam untuk menulis. Waktu pagi sebelum Subuh atau waktu break makan tengah hari. Atau ada yang selesa menulis bila anak semua dah tidur, pada waktu malam.

4. Terus saja tulis dan publish. Tak perlu ambil banyak masa mahu entri yang perfect. Edit terlalu lama atau tak yakin nak publish entri blog membuatkan usaha update blog terbantut.

5. Muat turun aplikasi blog di telefon. Blogger app contohnya. Boleh menulis blog on-the-go tanpa perlu laptop.

6. Gunakan aplikasi nota di telefon untuk menulis poin-poin penting untuk blog. Boleh gunakan Evernote, Google Keep atau apa saja app nota. Boleh copy paste ke blog bila-bila masa.

7. Setkan minda tujuan berblog. Lazimnya applicable jika tujuan menjana pendapatan kerana blog yang rajin di-update berpeluang lebih tinggi dicari dan dijumpai orang di Google, sekaligus meningkatkan potensi mendapat prospek atau membuat close sales.

Dah sedia merempit menulis blog walaupun sibuk?

Jom!

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Kelas Asas Blog dan Penulisan (Online) dibuka pendaftaran sekarang.

Latih tubi 44 entri selama 20 hari.

Analisa topik blog dan mulakan blog anda hari ini!

Untuk mendaftar kelas, hubungi:

Hifzaila Hafni
Pengurus Online ABDR
019-4603094 (Whatsapp sahaja)