Latih Tubi Menulis di Blog

Teks: Hifzaila Hafni

Tiada cara lain untuk pandai menulis, melainkan terus menulis dan latih menulis sekerap mungkin.
Di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR), setiap pelajar perlu menjalani latih tubi menulis setiap hari berdasarkan tajuk blog atau ebook masing-masing.

Dalam kelas asas blog dan penulisan, pelajar dikehendaki menulis sebanyak 44 entri selama 20 hari. Ini bermakna setiap hari perlu update 2 entri atau lebih.

Berbeza dengan kelas tulis dan terbit ebook, yang mana latih tubi menulis lebih mencabar. Setiap pelajar perlu menyiapkan 50 entri blog dalam 10 hari. Ini bermakna, sekurang-kurangnya 5 entri ditulis setiap hari.

Dengar macam susah?

Iya, tetapi lama kelamaan akan lebih mudah bila sudah masuk trek dan bergerak bersama-sama rakan lain.

Minat atau mahu serius menulis, blog merupakan antara platform terbaik untuk bermula.

Kelas Asas Blog Penulisan
Kelas Tulis dan Terbit Ebook

Daftar sesi kelas seterusnya dengan Whatsapp ke 019 4603094.


Sumber: studioknez.com