Latih Anak Tidur Awal

Teks: Hifzaila Hafni

Nak bagi anak masuk tidur serentak, seawal 9.30 malam, memang tak tercapai setiap hari. Tapi kita cuba sedaya yang boleh supaya mak ayah pun cukup rehat dan mudah nak bangun pagi.

Sumber: tribunnews.com
Ada hari, mudah anak tidur. Tertidur sendiri. Lepas menyusu terus tidur. Tidur selepas light off.
Ada hari, subhanallah.

Dah light off, masing-masing masih bersuara bergurau. Yang kecil merangkak ke sana sini. Tak larat nak jerit suruh tutup mata tutup mulut. 

Kita dah terlelap jadi pening sekejap terkejut terjaga.

Yes, it was one of the bad nights.

Tapi antara cara yang saya cuba latih anak untuk tidur awal, begini:

1. Tidak membiarkan anak tidur terlalu lama waktu siang. Lagi-lagi lepas Asar. Seeloknya 30 minit ke 1 jam saja. Saya akan cuba kejutkan atau keletung keletang di dapur supaya anak terbangun.

2. Pukul 9 ke 9.30 malam, mula bentang tilam dan susun bantal. Yang kecil biasa mahu menyusu dan terus tidur. Jadi abang-abang juga perlu ditidurkan bersama. Yang sulung dah siap buang air. Yang tengah ditukar pampers.

3. Lights off. Suasana gelap dan nyaman mampu buat anak cepat tidur. Mula-mula anak takut juga tapi lama-lama dah okey. Kalau bercahaya, lagi macam-macam aktiviti diorang. Lagi ligat. Lagi lambat tidur.

4. Amalkan makan malam awal. Sekitar jam 6 ke 8 malam. Jadi waktu malam dah tak sibuk nak masak-makan lagi, melainkan hari tertentu. Biasanya lepas isyak kalau lapar lagi, boleh ambil 'supper'. Anak kenyang mudah tidur.

Setakat ni, menjadi jugalah melainkan yang kecil tu kembung tak sedap perut (jadi susah nak tidur) atau cuaca panas, tak selesa.

Untungnya bila tidur awal, insya Allah dapat bangun awal juga. Saya biasa dan selesa buat tugasan freelance awal pagi. Malam, kalau perlu baru masuk soho selepas anak tidur.

Masih lagi dalam fasa latihan, namun cara ini sedikit sebanyak dapat membantu saya dan suami mendapat sedikit rehat dan tidur yang lebih berkualiti.