Inspirasi Kisah Hidup Jackie Chan

Teks: Hifzaila Hafni

Semalam tonton satu video tentang Jackie Chan.

Kisah bagaimana beliau bermula hingga menjadi salah satu aktor yang berjaya.

Bukan mudah dan ya, bahaya.

Fakta tentang beliau yang sangat beri inspirasi pada saya:

1. Latar belakang ibu bapa yang 'gelap' tidak semestinya menjadikan hidup dan masa depan anak begitu juga. Namun anak terpaksa berusaha keras dan bersikap berani mengubah hidup.

2. Kental dan tahan lasak.

3. Bangkit dari dibuli dengan mempertahan dan melindungi rakan yang senasib (sama-sama jadi mangsa buli).

4. Gagal sebagai pengganti Bruce Lee, tetapi bangkit lebih berjaya setelah ubah strategi.

Kita mungkin ketawa besar dan seronok lihat aksi lawak dan stunt beliau dalam filem. Tapi betapa hampir setiap tulang beliau patah atau sekurang-kurangnya retak untuk melakukan semua tu.

Setiap perkara besar perlu pengorbanan. 

Semoga kita belajar sesuatu daripada ikon stunt ini.


Sumber video: Youtube Goalcast