Berkongsi Rezeki

Teks & Foto: Hifzaila Hafni

Rumah saya ni selang sebuah sahaja dengan anak sepupu, jadi selalu juga kami bertukar makanan dan buat mesyuarat pintu. Hehe

Semalam, kakaknya datang, jadi kami semua berkumpul makan sama-sama.

Alhamdulillah. Bila ramai-ramai ni, seronok dan berselera makan. Rancangnya semalam, kami di rumah nak habiskan nasi ayam sahaja yang suami beli tengah hari. Ada lebihan 3 bungkus. Sudahnya dibawa terus ke rumah jiran.

Di sana pula, disajikan nasi panas-panas, tomyam campur, ikan 3 rasa, kailan goreng, sup ayam dan sate ayam.

Rezeki.

Fuaad bertambah nasi. Selera makan kuah tomyam dengan udang. Faheem sibuk ke sana sini dengan mainan, tak pandang nasi semua. Faathiya, tak lepas pegang sate di tangan kiri dan kanan.

Syukur berjiran dengan saudara-mara. Boleh catch up dengan berita semasa keluarga. Hehe

Hz
010218
1412hrs