Tahun Baru 2018

Teks: Hifzaila Hafni
Poster: Hif Bookstore

Alhamdulillah berjumpa lagi dengan tahun baru, tahun 2018.

Rutin harian seperti biasa. Suami juga bekerja hari ini, jadi tiada apa yang berbeza seperti hari-hari lain.

Cuma jalan besar di hadapan rumah, lengang selengangnya. Tidak seperti hari biasa yang mana jalannya tak putus dengan kenderaan hinggakan mahu melintas perlu ekstra hati-hati. Saya sampaikan tak berani nak melintas kalau sendirian dengan anak-anak. Tapi pagi ini, langsung kosong.

Betapa ramai orang masih bercuti di tahun baru.

Tahun ini juga tahun pertama anak melangkah ke tadika. Nervous juga, maklumlah tak tahu bagaimana keadaannya nanti.

Lencana sudah siap ditampal, baju seragam tadika juga dah siap bergosok. Rabu ini anak sulung akan mula sesi tadika sebelah petang.

Akan tinggallah ummi dengan adik-adik, berjuang menyiapkan kerja freelance yang tertangguh.