Mengajar Anak Di Rumah

Teks & Foto: Hifzaila Hafni

Baru saya faham cabaran mengajar anak setelah anak sendiri sudah ke tadika dan ada kerja rumah.

Jika sebelum ini, saya ajar dengan tak begitu serius, sekarang ni dah kena tegas dan 'garang' baru anak buka mata sikit.

Sebab Fuaad baru ke tadika dan dia mungkin tidak se-advance rakan lain dalam kenal huruf dan menulis, jadi kami kena kerja keras sikit untuk dia catch up. Memang kesian dan susah juga sebab dia belum biasa tapi kalau tak dibuat macam tu, dia buat rileks je dan ambil mudah.

Kita yang geram dan naik angin saja. Aduh. Kena banyak sangat sabar.

Cabaran paling sukar buat saya setakat ini, masa nak ajar dia menulis. Pada kita memang la senang nak tulis 'a', tapi pada budak memang payah. Jadi 'q' lah, jadi taktau lah apa bentuknya. Menyirap kita kan.

Dengan adik-adik dia yang sama nak menulis dan penuhkan meja, bertambah cabaran nak handle semua sekali.

Mula-mula stres juga, tapi saya terima perkembangan dia seadanya dan pantau. Dia baru pertama kali ke tadika. Pertama kali belajar tulis secara formal. Pertama kali ada cikgu selain saya.

Alhamdulillah cikgunya ok.

Kerja rumah pun bukanlah yang berat sangat. Latihan tambahan di rumah. Bagus juga bagi dia cepat catch up.

Jadual saya pun berubah sikit lah sekarang. Malam dan pagi akan ada sesi tutoring anak. Produktif betul rasa bila ada anak sekolah. Esok semua dah masuk sekolah mesti lagi kalut. Hehe

Mengajar anak di rumah ni memang menuntut kesabaran dan masa.

Dalam keadaan kita penat, mungkin akan affect juga cara kita mengajar anak atau bantu kerja rumah dia. Saya selalu terfikir kawan-kawan yang bekerja yang hanya ada waktu malam untuk buat macam-macam urusan rumah dan anak. Mesti letih kan. Itu yang saya cuba sabar bila fikirkan keadaan saya mungkin tidak sekalut dan sepenat orang lain.

Ada masa untuk duduk dengan anak buat kerja rumah pun rezeki. Ada peluang pantau dan tengok progress dia rapat-rapat pun rezeki.