Kerja Rumah vs Kerja Terjemah

Teks & Foto: Hifzaila Hafni

Bila terima sesuatu projek, memang teruja dan syukur atas rezeki yang Allah bagi.

Alhamdulillah walaupun masih merangkak-rangkak dalam bidang freelancing ni, tapi saya percaya masih ada lagi banyak peluang yang saya belum teroka dan cuba.

Setakat ini, kerja yang diterima datangnya daripada circle of friends and contacts sahaja, tahun ini rancangnya mahu melebarkan servis dan jaringan. Insya Allah.

Sudah namanya suri rumah, tak boleh lari dari kerja-kerja rumah. Takkan tak buat pula. Cuma perlu pastikan kerja mana yang perlu fokus. Kalau tidak, memang akan stuck dengan kerja rumah saja tak sedar kerja terjemah dok menunggu. Aduhhhhh

Saya belum mampu lagi untuk sub kerja rumah kepada orang lain dan tumpukan lebih banyak masa pada kerja. Jadi terpaksa perlu bahagikan masa. Tapi sebenarnya, suri rumah yang bekerja ni kalau boleh hantar baju ke dobi/dobi layan diri, order makanan ke rumah atau beli makanan luar, hantar anak kepada taska dalam 2-3 jam - perkara yang sama dilakukan jika bekerja penuh masa, maka ia sangatlah membantu.

Kadang-kadang tak perlu pun hari-hari, mungkin pada waktu rushing dengan projek yang penting.

Sebab, bila di rumah, memang sangat cenderung nak buat kerja rumah. Mengemas, membasuh, memasak. Tak buat, sakit mata tengok. Dah buat, ambil masa pula. Lagi parah bila dah penat, tak larat dah nak buat kerja.

Tapi kalau belum mampu mahu sub kerja-kerja untuk pihak luar, macam saya, mahu tak mahu terpaksalah lakukan juga.

Mujur suami boleh bantu dan faham. Dan cuba selesaikan kerja rumah penting seawal pagi dan seekspres mungkin.

Masak pun yang ringkas dan mudah saja. Yang penting makanan ada.

Bagi anak sibuk dengan mainan semasa saya perlu menaip. Saya pasang video juga supaya anak tak bosan dan saya boleh buat kerja walaupun sedikit setiap hari.

Mengemas, ajar anak buat sama-sama.

Setiap orang ada cara dan situasi sendiri dalam atur jadual harian. Pilih dan sesuaikanlah mengikut keadaan masing-masing. Tak perlu nak down dan stres dengan jadual orang lain. Setiap orang tidak sama. Yang penting, kerja kita siap.