Idea Menu Bekal Anak

Teks & Foto: Hifzaila Hafni

Sudah memasuki minggu keempat, dan syabas kepada ibu-ibu yang masih meneruskan amalan bagi bekal untuk anak bawa ke sekolah.

Tak kisahlah sama ada yang dibuat sendiri atau ready-made (roti, biskut, roti ban), yang penting ada bekalnya.

Saya walaupun anak masih tadika, tetap juga bagi bekal sebab tadikanya tak sediakan makanan. Tapi ada lah sedikit makanan dijual, sekadar yang ringan-ringan. Namun saya tetap juga akan bekalkan dia apa-apa. Takut lapar.

Setakat ni, kalau menu yang dia minta, memang akan habis licin. Kalau menu yang dipaksa bawa, memang macamana dia bawa macam tu juga akan dibawa balik (tak makan huhu). Memang memilih sikit anak sulung tu.

Yang dia paling suka, megi goreng. Dah macam-macam versi megi goreng dah saya buat. Memang habis, alhamdulillah.

Tapi takkanlah kita nak bagi megi goreng hari-hari?

Spagheti dia suka juga. Nak kena ulang menu ni juga kalau nak pastikan dia makan.

Saya cuba nak bekalkan cekodok pisang, keledek goreng tapi dia memang tak minat. Keropok lekor yang saya goreng sendiri pun tak habis. Anak memang tak makan finger food kat sekolah. Tapi sosej dengan keropok kat tadika mahu pulak beli.

Minggu ni, tengoklah idea apa pula yang datang.

Kat sini, saya kongsikan beberapa idea bekal sekolah yang senang dan cepat.

1. Nasi goreng planta/cina
2. Banjo (sandwic telur mata)
3. Roti telur kapit keju
4. Pasta bolognese/carbonara (segera)
5. Kuih sejuk beku (goreng saja)
6. Omelet
7. Mufin telur
8. Sandwic kaya/jem/mentega kacang
9. Kentang goreng
10. Sandwic sardin/tuna

Kesemua menu ni boleh disiapkan dalam 20-30 minit dan mungkin kurang daripada itu. Menu ekspres lah katakan.

Tapi mahu lebih banyak idea bekal yang lagi menarik dan 'cantik', saya sarankan dua buku idea bekal ke sekolah. Satu berkonsepkan menu Asia dan dua berkonsepkan menu ala Barat. Ada anak nak bekal yang dihias-hias. Ada ibu yang rajin dan kreatif. Boleh dapat panduan daripada buku bento ini.

Kalau berminat nak dapatkan, terus Whatsapp saja ke 019 460 3094.