Ibu Bekerja atau Suri Rumah, Keduanya Hebat!

Teks & Foto: Hifzaila Hafni

Setiap awal pagi, suka jenguk ke luar tingkap melihat deretan kenderaan menderu keluar simpang.

Depan rumah ni jalan besar untuk masuk ke lebuh raya, jadi sangat sibuk di waktu pagi.

Pemandangan begini selalu mengembalikan zaman bekerja, bila mana perlu keluar sesudah Subuh untuk elak kesesakan begini.

Anak juga perlu dibangunkan awal. Kalau hujan, bertabahlah untuk tiba ke pejabat.

Kalau boleh, tak mahu dah mengadap rutin begitu. Tapi kalau keadaan sebaliknya, terpaksa juga terima kan.

Dari satu segi, bila bekerja, lebih disiplin kot sebab kena kejar masa. Suri rumah pun sebenarnya melawan dengan masa juga tapi ada sikit fleksibiliti tu yang kadang-kadang buat lalai tu.

Apapun saya kagum dengan ibu yang beranak kecil, beranak ramai yang bekerja. Rumah masih diuruskan baik, begitu juga keluarga.

Semoga ibu semua dilimpahi rahmat dan kasih sayang, diberi kekuatan dan semangat menguruskan keluarga dan kerjaya.