Berakhirnya Januari 2018

Teks: Hifzaila Hafni

Tamat bulan pertama di tahun baru 2018.

Sumber: searchengineland.com


Banyak perkara berlaku, saya pun tak sedar Januari sudah tiba di penghujung.

Dulu masa aktif berjualan suplemen, sibuk juga untuk closing. Kira sana kira sini. Last call promo merata. Kini dah pencen.

Klisé, cepat betul masa berlalu.

Anak dah ke tadika. Maka bermula rutin gosok baju tadika, buat bekal, bimbing kerja rumah, latih tubi baca dan Iqra'.

Kerja sebagai editor freelance, masih terus. Alhamdulillah baru selesai satu kerja terjemahan. Satu lagi kerja menulis perlu siap hari ini.

Punch in soho lepas Subuh, selesaikan tugasan yang patut dalam satu ke dua jam. Kemudian perlu rempit urusan baju dan dapur pula.

Lengang jalan raya pagi ini.

Selamat bercuti dan meraikan Thaipusam pada yang menyambut.

Oh ya, malam ini juga dijangka berlaku fenomena luar biasa 'Super Blue Blood Moon' selepas maghrib. Umat Islam digalakkan bersolat sunat gerhana.

Boleh baca details di Mingguan Wanita Online, klik SINI ya.

Hz
310118
0731hrs