Mudahnya Hafal Al-Quran Menggunakan Kaedah Jibril

Teks & Foto: Hifzaila Hafni

Buku ini walaupun kecil dan hanya 166 muka surat sahaja namun penerangannya padat dan mudah difahami.

Berwarna keseluruhannya, dengan teks yang dipersembahkan dalam bentuk grafik menarik minat untuk kita terus membaca.

Buku ini ditulis oleh Ustaz Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz, yang memperkenalkan kaedah Jibril untuk memudahkan umat Islam menghafal Al-Quran.

Bab-bab terawal Ustaz menceritakan kepentingan menghafal Al-Quran dan juga berkongsi pengalaman beliau menjadi hafiz, serta bagaimana beliau bermula.

Apa yang saya suka kongsikan di sini, menjadi penghafaz Quran tidak semestinya harus bermula di usia muda saja, jika sudah berusia 40 tahun juga tidak menjadi masalah.

Melalui kaedah hafalan yang dikongsikan dalam buku ini, di usia berapa juga boleh bermula dan menghafal.

Buku yang komprehensif, ringkas dan praktikal ini sesuai bagi mereka yang berniat mahu mula menghafal Al-Quran dengan cara yang mudah.

Berdasarkan pengalaman Ustaz Asraff yang sudah lebih 15 tahun mengendalikan seminar dan bengkel berkaitan Al-Quran, boleh dikatakan buku ini harus menjadi pilihan mereka yang ingin mula mendalami dan menghafal Al-Quran.

=================================

Tajuk: Mudahnya Hafal Al-Quran Menggunakan Kaedah Jibril

Penulis: Ustaz Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz

Harga: RM16 tak termasuk pos

Ingin mendapatkan buku ini, boleh Whatsapp terus ke 019 460 3094.