Kerahan Tenaga

Teks: Hifzaila Hafni

Sesekali perlu basuh baju dengan tangan, tanak nasi atas dapur gas, masak air guna cerek wisel - membuatkan saya banyak fikir tentang orang dulu-dulu yang biasa lakukan semua ini.

Generasi sekarang, mesin basuh dah wajib ada setiap rumah. Kadang-kadang sekali dengan mesin pengering. Kalau tiada mesin basuh sekalipun, kedai dobi layan diri banyak di sekeliling, buka 24 jam pula. 

Masak nasi, periuk elektrik dari yang sekecil saiz hingga besar. Cuci beras dan masuk air, tinggalkan saja. Nak makan, nasi dah sedia. 

Air masak, kebanyakan rumah dipasang penapis air. Tak perlu susah payah nak masak air panas, nak buat ais atau air sejuk. Picit saja di mesin. Betapa untung, mudah dan jimat.

Namun begitulah. Ada masanya kita perlu kembali kepada yang asas. Kita akan berasakan betapa besarnya jasa orang yang mencipta benda-benda tadi dek berapa banyak masa dan tenaga yang dapat dijimatkan. Cuma bertabahlah sedikit dengan bil elektrik. Hehe

Membasuh baju dengan tangan cabaran juga buat saya. Tangan tak begitu gagah untuk memerah hingga air betul-betul kering.

Tanak nasi atas dapur, alhamdulillah menjadi pada percubaan pertama setelah beberapa tahun. Itupun ikut panduan dari orang lain! Haha. Mujur panduannya mudah dan betul.

Air masak, lega dapat cerek wisel 4.7 liter. Sebelum ini, guna heater plastik yang berkapasiti kurang 2 liter sahaja. Tak cukup bekalan air masak sekeluarga dan tak kuasa nak masak banyak kali. 

Lagipun heater sebenarnya tak sesuai untuk heavy duty. Sikit-sikit boleh. Terpengaruh dengan cerek mak, bunyi wisel yang sangat menostalgiakan. Syok!

Sumber: lazada