Akhir Tahun

Teks: Hifzaila Hafni

Menterjemah teks Sains bagi topik yang agak jauh dari hati ini, mencabar juga.

Boleh pula ada topik jauh dan dekat di hati ye? Hehe, ya.

Kalau topik nutrisi, alam sekitar - dekat di hati, laju terjemah.

Topik elektrik, cahaya - Allahu, terasa panjangnya teks yang perlu diterjemah.

Begitulah kan cabaran dalam apa jua pekerjaan sekalipun. Bila diamanahkan, takkan mahu memilih pula, sedangkan itulah sumber pendapatan yang ada. Alhamdulillah.

Menjelang akhir tahun 2017 ini, terkenang juga betapa Allah kurniakan rezeki melalui kerja editing, terjemahan dan penulisan sepanjang tahun ini. Dengan susah payah, digagahi jua.


Sumber: kompasiana


Semoga tahun depan rezeki semakin melimpah ruah, mencurah-curah dan mengalir tanpa henti.

Amin.