5 Sebab Suri Rumah Perlu Tulis Blog

Teks: Hifzaila Hafni

Suri rumah, walaupun kebanyakan masanya di rumah dan bersama keluarga tetapi dengan perkembangan teknologi dan penggunaan internet kini pelbagai perkara boleh dilakukan biarpun tidak keluar rumah.

Menulis di blog salah satu cara untuk bersosial di alam maya selain menambah jaringan, rakan sehobi, kumpulan sokongan, berniaga dan menghubungkan silaturahim.

Berikut saya kongsikan sebab suri rumah perlu ada blog:


Sumber: knackforge.com


1. Sebagai medium untuk mencatatkan aktiviti seharian mengurus keluarga. 

Mungkin ada aktiviti yang kita lakukan menjadi panduan untuk suri rumah lain. Tip melipat baju dengan cepat contohnya. Atau cara jimat masa urus kain baju walaupun ada anak kecil.

2. Berkongsi resipi.

Suri rumah yang biasa memasak boleh kongsi resipi mudah, resipi anak, resipi ekspres. Selain bantu ibu lain dapat idea memasak, boleh sertakan tip dapur atau memasak yang diturunkan daripada ibu atau nenek, contohnya.

3. 'Write to heal'

Kadangkala suri rumah ni dalam keriuhan suara anak-anak, sebenarnya sunyi juga dalam hati. Tulis apa saja untuk legakan hati. Luahan perasaan, kata hikmah dan motivasi. Ini merupakan salah satu cara kita mengekspresi diri dan merawat hati juga.

4. Petua didik anak.

Anak yang dijaga sepenuhnya di rumah tanpa dihantar ke taska atau pengasuh pasti berbeza cara didikannya. Suri rumah boleh berkongsi petua yang digunakan dalam mendidik anak. Cara ajar anak mengaji tanpa menangis, contohnya. Atau petua untuk buat anak tak bosan baca buku. Boleh jadi panduan untuk suri rumah lain.

5. Sebagai platform menjana pendapatan. 

Melalui blog, suri rumah boleh mula jana pendapatan bermula RM1 seterusnya RM5 atau hingga tiga atau empat angka sekalipun. Boleh buat blog bisnes (kedai online), blog affiliate (promosi produk dan kumpul komisen) atau blog penulisan (hasilkan buku). Hanya perlukan modal data internet dan telefon pintar/komputer.

=================================

Tak tahu cara nak mula berblog?

Boleh sertai Kelas Asas Blog modul Akademi Bekerja Di Rumah.

Kelas setiap bulan. Latih tubi menulis 44 entri hingga blog lengkap dalam 20 hari.

Berminat untuk daftar, boleh Whatsapp ke 019-460 3094.