Surat-surat Perempuan Johor

Teks: Hifzaila Hafni

Sebelum ini, hanya telek tajuk sahaja sehingga seorang kenalan Facebook buat jualan lelong buku ini.

Memang pucuk dicita ulam mendatang, rezeki alhamdulillah.

Buku dah dapat berbulan dulu cuma tiga hari lepas baru terasa mahu baca.

Allahu. Sedap sungguh, tak boleh berhenti.

Patutlah menang anugerah. Lain daripada yang lain kontennya. Dan lepas habis baca, terasa-rasa kita pun nak menulis surat juga!

Karya Faisal Tehrani ni mengingatkan pada soalan SPM Bahasa Melayu bab prosa klasik pula perginya. Tapi sangat teruja membaca selain menambah banyak kosa kata sendiri.

Juga, betapa lantang, berani dan tegas perempuan-perempuan Johor ini. Tapi antara yang dikagumi adalah jiwa berniaga atau berdagang pada Ungku Hamidah. Serta kehalusan bahasa menerangkan hal intim suami isteri. Bukan semata-mata untuk kelangsungan zuriat keturunan tetapi lebih daripada itu. Pertembungan budaya, percampuran bangsa dan mengembangkan agama Islam.

Terima kasih kepada yang menghadiahkan. Sangat besar maknanya.

Surat-surat Perempuan Johor.
Faisal Tehrani.
Aberdeen Books.