Peringatan untuk Kita yang Mudah Lupa

Teks: Hifzaila Hafni

Hati dan jiwa kalau tak di'revise', lama-lama hanyut juga. Lalai, leka biasalah kita ni bila disibukkan dengan urusan dunia.

Tapi syukurlah sekarang ni banyak medium boleh diguna pakai untuk bagi pengisian rohani kat kita yang mudah lupa dan lalai ni. Facebook pun ada ustaz yang rajin buat live. Ada perkongsian kuliah. Kat Youtube pun banyak. Grup Whatsapp lagi lah, kawan-kawan forward bermacam tazkirah, renungan, pesanan dan sebagainya.

Yang elok, kita ambil.

Lagi satu medium untuk isi hati yang kosong atau perlukan jentikan rohani, melalui buku. Ini turun temurun punya kaedah. Baca buku yang mampu mengembalikan semangat, meningkatkan keimanan, beri rasa bertuhan.

Walaupun kita belum mampu jadi yang terbaik, sekurang-kurangnya ada usaha ke arah tu pun Allah akan pandang juga. Lagipun untuk kesihatan hati kita sendiri.

Nah, dua buku yang saya nak cadangkan hari ni.

Syurga Pak Hang oleh Ustaz Abdullah Khairi.

Nasihat Buat Hati oleh Habib Ali Zaenal Abidin.

Moga bermanfaat.