Peribadi oleh Hamka

Teks & Foto: Hifzaila Hafni

Buku Peribadi ini antara karya Hamka yang saya sangat suka. Biarpun mengambil masa yang agak lama untuk habiskan, namun kesudahannya saya seolah mendapat semangat baru seusai membacanya.

Di kala zaman yang kita perlu berdepan pelbagai kerenah dan ragam manusia, apa lagi kini boleh dijumpai spesies yang depan lain, belakang lain. Manusia yang sulit, manusia yang gila kuasa, pemimpin korup, manusia yang menunggang agama. Besar sangat cabaran hidup di zaman ini.

Dengan perkongsian beberapa sejarah pemimpin ulung terdahulu, Hamka jadikan contoh beberapa orang yang kuat peribadi dan boleh dicontohi.

Juga dinyatakan apakah peribadi yang kuat, peribadi yang lemah. Bagaimanakah yang dikatakan seorang itu kuat peribadinya. Ciri-ciri orang yang berperibadi mulia.

Bila kita rasa 'hilang' atau perlu suntikan semangat dan motivasi, berhajat mahu bangunkan diri. Membaiki peribadi yang kini, berubah menjadi seorang yang berperibadi tinggi, karya ini sesuai sebagai pemangkin.

Peribadi
HAMKA
PTS