Waktu Punch In Bekerja Di Rumah

Teks: Hifzaila Hafni

Alhamdulillah, anak-anak makin membesar sihat dan makin mencabar kesabaran dan ketahanan mental umminya juga.

Lantaran itu, waktu siang lazimnya terhad benar waktu yang saya ada untuk betul-betul fokus menulis. Waktu siang, banyak tumpuan pada urusan rumah dan anak-anak.

Masa siang macam ini, urusan Hif Bookstore bolehlah diselit-selit. Buat poster, update FB page + Instagram, up review buku, share caption yang bermanfaat daripada buku. Yang tak perlukan masa yang lama bolehlah saya buat.

Jadi masa bila saya boleh punch in kerja menulis atau mengedit?


Sumber: atimesolutions


Setelah beberapa percubaan, nampaknya paling awal yang boleh pukul 10 malam. Kadang-kadang 11 atau 12 tengah malam dah. Bergantung jugalah pada kesihatan saya dan anak-anak. 

Waktu ini yang paling tenang (kalau baby tidur nyenyak, kalau dia kejap-kejap bangun, gagal punch in juga) untuk menulis.

Menulis artikel dan menulis soalan latihan sains berbeza. Menulis soalan perlukan tumpuan, fokus dan kajian yang lebih sedikit sebab saya perlu semak sukatan pelajaran, buku teks dan buku rujukan berkaitan. 

Menulis artikel lebih bebas, namun masih perlu kajian bagi topik tertentu.

Ada masanya saya perlu submit beberapa artikel, saya perlu ikut deadline, jadi saya stay up sekejap. Tapi pada kebanyakan masa saya dah tak mampu nak tahan mata dah. Tidur juga akhirnya.

Begitulah bila bekerja sendiri. Sebenarnya bila dengan ada anak kecil memang mencabar sikit dek kerenah yang pelbagai. Kena sabar banyak-banyak.

Kadang-kadang mahu menulis sejam dua tanpa gangguan tapi biasanya hanya mampu dapat sekitar 15 ke 20 minit sahaja. Itu pun alhamdulillah syukur. Kadang-kadang saya curi-curi menulis di telefon semasa teman anak tidur atau masa anak leka bermain. Jadilah walau sekejap.

Bertabahlah ibu sekalian. Kita semua sabar dan hebat!