Latih Menulis dengan Blog

Teks: Hifzaila Hafni

Jika kita ahli atau berpengetahuan luas dalam sesuatu bidang, rugi jika ilmu tersebut tidak dikongsi atau disebarkan untuk kebaikan masyarakat.

Atau jika kita mempunyai pengalaman luar biasa dan menarik yang boleh dijadikan panduan untuk orang lain, apa salahnya berkongsi.

Kadangkala menghimpunkan semua ini tidak memerlukan kepakaran menulis pun, sebagai permulaan, latih diri menulis sahaja dahulu. Kemahiran dan penguasaan kosa kata akan datang bersama semasa proses menulis. Konsisten menulis akan meluncurkan idea. Jadi jangan risau kalau kita tiada asas menulis atau merasakan diri tak pandai menulis, yang penting tulis sahaja dahulu apa yang kita tahu dan mahu kongsi.

Platform terbaik untuk kumpulkan hasil tulisan, boleh cuba blog. Mudah dan percuma. Dari blog boleh dikembangkan menjadi bahan ebook atau buku pula. Di blog juga boleh bertukar pendapat dan mendapatkan respon daripada pembaca.

Mahu mula menulis, pertimbangkan membina blog. Tak mahir menulis blog, tulis di buku nota. Tapi jika mahu belajar menulis di blog dengan bimbingan langkah demi langkah dan berfokus, melaburlah untuk kelas.

Kelas Asas Blog dan Penulisan sesi November 2017 kini dibuka. Kelas secara online sahaja, tidak perlu hadir ke kelas. Dibimbing oleh bekas wartawan majalah Karangkraf.

Sebarang pertanyaan tentang kelas blog ini, majukan ke hifzaila@hotmail.com.