Ebook untuk Memperkasa Suri Rumah dan Suri Bekerjaya

Teks: Hifzaila Hafni

Agak lama juga saya tidak giat mempromosikan ebook ABDR, tetapi dalam masa yang sama saya juga tidak hairan kalau tiba-tiba mendapat pesanan atau pertanyaan tentang ebook ini. 

Biasanya bakal pembaca menjumpai maklumat tentang ebook di blog.

Entri dan ulasan ebook yang dimuat naik sejak 2014 masih boleh diakses hingga kini. Begitu kuasa blog, update sekali tapi boleh dicapai berkali-kali tanpa di-repost.

Semalam, ada seorang pelanggan bertanyakan ebook Yeay! Mama Sudah Resign. 

Baca ulasan ebook YMSR di SINI.

Dia terus berminat membeli, dan apa yang lebih mengujakan saya, dia berminat untuk tahu apa lagi ebook yang ada. Lantas saya pun kongsikan koleksi ebook terbaik yang ada di ABDR untuk dia pilih.



Saya sarankan dia pilih lagi 2 ebook untuk dapatkan harga promo RM50 untuk 3 ebook. Saya cadangkan Super WAHM Super Mom dan 101 Idea Home Based Bisnes. 

Alhamdulillah berjaya close deal dan sebenarnya hampir beberapa jam juga saya melayan segala pertanyaan pelanggan ini. Mencabar sungguh dengan anak yang memanjat belakang dan yang kecil meraung nak tidur! 

Tapi begitulah cabaran berbisnes online. Alah bisa tegal biasa.

Semoga pelanggan tadi enjoy membaca dan bermanfaat ilmunya.