Cerita Wartawan Al-Quran

Teks & Foto: Hifzaila Hafni

Selama ni, saya biasa baca sahaja terjemahan Al-quran tanpa betul-betul faham makna yang sebenar di sebalik ayat-ayat Allah ini. Sekadar baca ayat dan terjemahan, 'rasa' itu kurang sampai ke hati.

Alhamdulillah sekarang ni mudah nak tadabbur Al-quran, insya Allah jika kita berniat untuk mendalami dan memahami, Allah bantu lorongkan.

Selain follow Dr Syaari Ab Rahman (FB Tadabbur Live) dan Puan Husna Haron (TimeRevamp), saya dapati buku Berjalan... Melihat... Mentafsir: Ceritera Wartawan Al-Quran oleh Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim Al-Hafiz ini sangat banyak bantu dalam mengaitkan apa sahaja yang berlaku dengan ayat-ayat yang ada dalam AQ. Sekaligus beri lebih kefahaman dan merungkai makna yang tersirat.

Buku ini mengumpulkan pelbagai cerita dan dikategorikan kepada 5 bahagian iaitu Akhlak, Dakwah, Ilmu, Sejarah dan Sosial. Dalam banyak-bab kategori, saya paling seronok baca kategori Sejarah. Biasanya saya paling tak boleh berlama-lama dengan topik Sejarah, tapi garapan dan pencerahan yang disampaikan oleh penulis sangat menarik hati saya.

Topik 'Hukum Fizik dan Batu Pemusnah Abrahah!' merupakan salah satu kisah yang saya kira paling menarik yang mana penulis terangkan dengan terperinci berkenaan peristiwa tentera bergajah, burung ababil dan Abrahah. Rupanya fahaman saya selama ni kurang tepat.

Ada lagi kisah lain, yang pasti cara penyampaian penulis memang 'sampai' dan mudah difahami.

Al-quran dirasakan lebih dekat bila kita faham kisah dan cerita yang terkandung dalamnya. Bagi saya yang bila baca terjemahan atau tafsir saja, memang saya kurang faham maksud tersiratnya. Jadi buku ni alhamdulillah sedikit sebanyak bantu saya faham lebih mendalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...