Tambah Ilmu Wahm

Teks: Hifzaila Hafni
Imej: ABDR

Trend working at home mother (wahm) saya fikir dah makin popular sekarang di Malaysia. Kalau dulu mungkin kurang ibu yang nak resign dan duduk di rumah jaga anak sendiri tapi sekarang, ibu yang belajar tinggi atau bekerjaya besar juga ada yang melepaskan jawatan dan karier lalu meneruskan kerja dari rumah sahaja.

Apapun pilihan ibu, bekerja di pejabat atau di rumah, itulah yang terbaik untuk keluarga masing-masing.

Jika ada niat jadi wahm, atau baru sahaja bergelar wahm, kadang-kadang buntu juga sebab banyak sangat benda yang nak dibuat dan dicapai.

Nak masak sendiri. Masak apa saja yang anak request. Nak rumah berkemas. Nak baju siap lipat susun. Dapur bersih teratur. Ajar anak mengaji, membaca. Main dengan anak. Layan suami.

Kiranya semua kita mahu buat, segala yang kita fikir kita boleh buat setelah resign.

Tapi lama-lama kita akan perasan banyak benar benda yang mahu dibuat tapi tak berkemampuan. Ada yang meletak harapan yang terlalu tinggi pada diri sendiri hingga akhirnya stres dan menyesal membuat keputusan bekerja di rumah. Ada juga yang tak tahan dengan kerenah anak-anak maklum sahaja bila ibu ada depan mata 24 jam, perangai mereka boleh jadi macam-macam.

Memang kena sabar banyak.

Sebab itulah penting kalau ibu ada sokongan terutamanya dari suami. Kemudian ahli keluarga yang lain, kawan-kawan dan lebih baik lagi kalau melibatkan diri dalam grup sokongan ibu yang bekerja di rumah.

Ibu-ibu dapat berkongsi masalah, dilema, luahan atau apa sahaja dengan mereka yang mungkin bermasalah yang sama. Lagipun, dengan adanya sokongan begini ibu akan lebih yakin untuk teruskan apa yang telah dimulakan serta mencari solusi bila perlu.

Kadang-kadang kita rasa masalah kita paling besar atau luar biasa hebatnya tapi sebenarnya ada orang lain yang diuji lebih hebat dari kita.

Berikutan itulah, sekumpulan ibu-ibu berkongsi cerita, pengalaman dan kisah mereka bekerja di rumah sebagai inspirasi kepada segolongan ibu-ibu lain yang ingin memulakan bekerja di rumah juga. Ada masa kita belajar daripada pengalaman orang lain, untuk diambil iktibar dan sebagai panduan.

Jadi 3 ebook ini berkisarkan perkara tersebut. Bagaimana memperkasa ibu yang bekerja di rumah dan dalam masa yang sama dapat mendidik dan menjaga anak sendiri di rumah.

Memang tak mudah namun tak pula mustahil.

Bina kerjaya di rumah, inspirasi dari mereka yang telah berjaya sebagai panduan untuk sama-sama berjaya.

Ebook panduan untuk wahm, promosi 3 ebook RM50 (harga asal RM90).

Terus Whatsapp 019 460 3094 untuk beli.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...