Musafir Cinta 4 Musim karya Prof Faridah Awang

Teks: Hifzaila Hafni
Imej: musafircinta4musim.com

Saya pernah menulis tentang Prof Faridah Awang - kecekalan dan cabaran beliau semasa menuntut di Amerika Syarikat di entri INI.

Jemput baca ringkasan perkongsian beliau di IKIM.fm dalam entri di atas ya.



Kini, Prof Ida telah menghasilkan sebuah buku bertajuk Musafir Cinta 4 Musim yang diterbitkan oleh Uni Ring Sdn Bhd. Buku tersebut dah pun terbit dan boleh dapatkan di sini.

Saya belum berkesempatan mendapatkan naskhah saya sendiri, nanti bila dah ada saya kongsikan reviunya ya.

Cuma sedikit sinopsis tentang buku ini,

Bermusafir di bumi Amerika, memburu Cinta Agung Penciptanya bertemankan ranjau & duri buat pengajaran & sumber inspirasi segenap lapisan masyarakat. Genggam erti sebenar kehidupan, kesusahan, pengorbanan, kesedihan, ketaqwaan, istiqamah, dedikasi, disiplin diri dan kejayaan insan kerdil di bumi asing.

Semoga Prof Ida terus sukses dan maju, dan memberi inspirasi kepada lebih ramai anak Melayu untuk berjaya seperti beliau.