Membaca Untuk Apa?

Teks: Hifzaila Hafni
Imej: Facebook


Kenapa kita membaca?

Banyak sebab, seperti yang disampaikan oleh gambar di atas --

Membaca untuk belajar benda baharu. Membaca untuk keseronokan dan kegembiraan. Membaca untuk idea dan inspirasi. Membaca untuk 'escape'.

Saya tertarik dengan sebab yang terakhir. Betapa sangat kena dengan diri saya.

Membaca sebagai salah satu 'escape' atau lari dari dunia sebenar, sekejap. Kadang ada waktu rasa tepu dengan rutin seharian. Jemu. Bosan. Grab mana-mana buku dan dapatlah ke alam lain sekejap.

Membaca sebagai satu terapi. Membaca untuk tambah ilmu pengetahuan. Membaca menjadikan kita lebih bijak.

Sangat membantu untuk menulis juga!

Kalau anda, membaca sebab apa?