Cara Beli Buku Online

Teks: Hifzaila Hafni
Imej: Google

Cara nak beli buku online, mudah saja. Tak payah ke kedai buku dan kurang kebarangkalian terlebih belanja (ye ke?). Yang pasti, beli online lebih jimat masa dan tenaga. Kadang-kadang tu lagi berbaloi bila ada promosi free shipping atau buku yang dijual lebih murah harganya berbanding di kedai buku.

Ada juga yang memang eksklusif dijual online sahaja. Dan, kadang-kadang buku baru terbit lebih cepat dibeli online kerana mahu tunggu buku masuk ke kedai akan mengambil masa.

Nak beli secara online, ada orang tak ada masa. Ada pula tak yakin dengan sistem pembayaran. Ada juga yang talian internet tak stabil untuk buat pembankan online. Dan ada juga orang rasa leceh nak order melalui website e-dagang.

Maka atas dasar itulah, antara sebab saya mula jadi ejen buku. Sebagai pemudah cara untuk para peminat buku membeli buku dengan lebih mudah.

Kalau macam saya yang kebanyakan masa di rumah ni, memang selesa sangat beli secara online saja. Janji ada duit dalam akaun. Hehe

Macamana nak beli buku online?

1. Mula-mula kenal pasti dulu buku yang nak dibeli. Apa tajuknya. Ada customer tak tahu tajuk tapi bagitahu tema buku contohnya parenting, resipi kek dan biskut, panduan hamil. Jadi saya akan cadangkan tajuk-tajuk buku yang sesuai dan bestseller untuk dipilih.

2. Dah confirm tajuk, biasanya saya akan check stok dulu. Yang bestseller selalunya laju jualannya, sedar-sedar out of stock. Sebab tu selalu saya minta beri masa kejap untuk saya check stok. Macam buku 21 Hari Cabaran untuk Kurus dengan Menu Eat Clean, memang cepat habis stok. Buku yang macam ni, bila dah restok saya akan maklumkan customer semula.

3. Bila buku yang dipesan ada stok, saya akan bagi harga buku dan kos pos. Kadang-kadang ada hari supplier bagi Daily Deals, boleh dapat Free Shipping. Untunglah.

4. Dah setuju dengan harga, saya akan bagi butiran untuk buat bayaran.

5. Selesai customer bayar, saya submit order. Biasa kalau order pagi, keesokan paginya juga buku boleh sampai pada customer. Semua buku dipos dengan Poslaju.

Senang saja kan?

Setakat ni, alhamdulillah saya berurusan dengan customer yang baik-baik. Ada tu mudah dan cepat saja urusannya. Tapi kebanyakannya memang tak sabar tunggu buku sampai. Hehe

Haa jangan lupa like Hif Bookstore di Facebook (http://facebook.com/kedaibukuhif) dan Instagram (http://instagram.com/hifbookstore) ye!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...